Jumaat, 31 Ogos 2012

Gempa Bumi Di Filipina, Penduduk Sabah, Sarawak Diminta Jauhi Pantai



Gempa bumi kuat berukuran 7.9 pada skala Richter
melanda Kepulauan Filipina pada pukul 8.48 malam tadi
[akemudiannya disahkan sebagai berukuran 7.6 skala richter]

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia,
gempa bumi itu berpusat di 214 kilometer dari timur laut Surigao City,
Filipina dan 1,145 kilometer dari timur laut Kinabatangan, Sabah.

Penduduk di pantai timur Sabah dan utara Sabah serta utara Sarawak
dinasihatkan supaya menjauhi kawasan pantai buat sementara waktu.
Jabatan Meteorologi sedang memantau perkembangan
dari semasa ke semasa dan akan memaklumkan maklumat terkini
berhubung kejadian gempa bumi berkenaan

Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS) mengeluarkan amaran tsunami
kepada Indonesia, Taiwan, Jepun, Papua New Guinea dan Haiwaii.
Kemudiannya menarik balik amaran tsunami di Jepun, Taiwan dan Hawai
Tetapi amaran tsunami di Filipina dan Indonesia masih kekal.

Laman web Jabatan Meteorologi Malaysia juga melaporkan
terdapat tiga gegaran di Filipina pada malam ini
iaitu sekuat 7.9 Richter (8:48 malam), 5.2 Richter (9.14 malam)
dan 5.5 Richter (9.27 malam).

Kepada semua penduduk di kawasan pantai di Sarawak dan Sabah
Juga Trengganu diharap jauhi kawasan pantai bagi elak kejadian tak diingini.
Paling-paling pun aka nada ombak besar dan air pasang besar atau
Tiupan angin kencang huh u hu pepandai je aku kan?



Dialog Syahdu Dengan Doktor Hensem


Ekoran kisah aku TERlalu depan klinik dan singgah jumpa doktor hensem
Kata TER tersebut bermaksud “lalu secara tidak sengaja” jadi,
dah alang-alang lalu, Singgah ajelah ya jumpa doktor hensem
berikut antara dialog antara kami;

Doktor ensem: esok tak kerja, saya bagi ubat yang kuat sikit…mengantuk ni

Aku yg tak berapa lawa: tapi doctor, malam ni saya DIARAHkan untuk hadiri ambang merdeka, kalau tertidur tengah padang tu…doktor kena datang kejutkan!

Doktor ensem: Pakai baju kuning ke? Tudungpun dah kuning tu… [Oh! Dia makin hensem bila buat lawak macam tu…]

Aku yg tak berapa lawa: Belum pikir nak pakai baju warna apa, tudung kuning ni tak plan pun pakai capai aje… [masa tu aku memang bendul, tak faham maksud dia…kepala ting tong mamai dek selsema]

Doktor ensem: Saya bagi surat cinta ajelah…senang! Tak payah bawak bendera berarak tengah padang malam-malam buta. Makan dua-dua ubat ni, tarik selimut je…lagi best!

Aku yg tak berapa lawa: Terima kasih doktor..selamat hari raya


Bila balik rumah, makan ubat segala dan online seketika tunggu mengantuk
Barulah aku tahu maksud doktor ensem tu pasal “pakai baju kuning”
Itupun sebab baca amaran polis dan DBKL supaya
tak buat perhimpunan di Dataran Merdeka.
Sejak bila pulak tak boleh berhimpun di Dataran Merdeka ni?
lagi semak kepala aku nak pikir…hinggalah termengantuk
dan tidur dengan amat lena petang semalam.
ohhhhh! Ubat itu sangat POWER doktor, dah bangun pun masih mamai
kalau pergi jugak kibar bendera malam semalam
memang aku akan tertidur nyenyak atas padang

Hari ni aku hanya mampu baca entri rakan-rakan
tentang perhimpunan ambang merdeka di Dataran Merdeka semalam
kalau kawan-kawan nak tengok gambar-gambar ambang merdeka
sekitar dataran merdeka semalam bolehlah tengok di biaqpila
rakaman video ambang merdeka sekitar dataran merdeka pula di btmmari

Hari ni dah tak mau makan ubat selsema dan batuk tu lagi dah
…tidurnya macam tak sedar diri, kerja aku masih banyak belum siap ni


Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Negara Ke 55 Tahun


Walaupun pakar sejarah tersohor kata Malaysia tak pernah dijajah
dengan peliknya kita sambut hari kemerdekaan Negara pada 31 Ogos
kemudian Hari Malaysia pada 16 September…tak apa,
asal cuti aku memang suka, sambil tu dengarlah ya satu lagu ni
biasanya kita suka dengar Sudirman hj Arshad nyanyi
kali ni jom kita tengar yang original @ asli dari pencipta asalnya;




Lagu Nyanyian dan Ciptaan Ahmad CB.
Lagu ciptaan asal berlatarkan dokumentari kemerdekaan tahun 1957.

Selamat menyambut hari Kebangsaan ya…jom!
baca balik buku sejarah…karang lupa pulak sejarah negara
walaupun dah banyak pun sejarah kena seleweng



Khamis, 30 Ogos 2012

Dataran Merdeka Di Ambang Merdeka 2012



Setiap tahun, Datararan Merdeka memang tak pernah sepi
dengan acara di ambang kemerdekaan walaupun lokasi lain juga ada
tapi kat sini sangat nostalgia betul kan?
Kat sini jugalah pelbagai acara perarakan, kesenian, hiburan
Pendek kata Dataran Merdeka memang tak sunyi dari pelbagai acara

Apa ada di Dataran Merdeka malam ni?
Dengar ceritanya kumpulan Gabungan Janji akan berhimpun
di kawasan air pancut di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur
pada malam ambang kemerdekaan 2012.

Sekarang ni dianggarkan lebih 5000 individu berbaju kuning
berkumpul berhampiran air pancut di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur
sambil meniup alat seperti digunakan oleh penyokong bola sepak di stadium.
Hu huh u mesti bising gilaaaa!
kalau nak tahu kemaskini mutakhir di Dataran Merdeka himpunan Gabungan Janji
bolehlah jengah-jengah blog mazidul...

A.Samad Said, dijangka akan membaca puisi pada jam 12 tengah malam
Dia nak baca puisi je pun, biarkan je lah
Dah habis baca, dah kering tekak…dah penat
Dia orang baliklah. Buat apa nak kepung haling segala
Itu yang jadi provokasi dan rempuhan tu

berikut adalah video Bacaan puisi oleh A.Samad Said di Dataran Merdeka
ketika sambutan ambang merdeka ke 55;



Mata dah makin tak boleh buka…nak kena landing baik punya!
Huh! Memang kuat betul ubat batuk dan selsema ni
Tak dan nak tunggu count down dah…
Selamat hari kebangsaan semua!



Pensyarah Yang Langgar Lari Teruk Dibelasah



Hari ni heboh pasal Muhdalena hadir di mahkamah pakai topeng Power Rangers
Pertama kali dalam sejarah kan?
ingat lagi kes Amukan Putrajaya?  ada video amukan putrajaya ni walaupun tak jelas
Hebat betul dia…sebelum ni ramai yang tutup muka pakai tangan,
Guna kertas akhbar tapi dia dengan comelnya
Pakai topeng power ranger merah naik motor merah
Fuhhhhh! Kreatif. Lain dari lain!

Di trengganu, seorang penyarah teruk di belasah apabila
cuba melarikan diri selepas melanggar seorang penunggang motosikal.
aku tak rasa dia nak lari macam tu je
mungkin dia nak pergi terus ke balai polis
biasanya bila berlaku kemalangan macam tu, ramai yang emosi
kerap sangat dah orang yang langgar kena pukul
dah takut sangat, tu yang dia lari…
nak buat macam mana, berjaya kena haling orang ramai
kesian dia tau….hu hu hu aku bukan nak bela dia
hanya simpati je

Seorang daripada tiga suspek yang ditahan pada hujung Jun
lalu berhubung kes pemalsuan ijazah Universiti Sains Malaysia (USM),
dihadapkan di Mahkamah Sesyen hari ini atas tuduhan
menjual ijazah palsu pada harga RM540 dalam sindiket pemalsuan ijazah
Mengikut pertuduhan, Chuan Soon didakwa menipu Tang Yong Peng, 23,
dengan mengambil RM540 sebagai bayaran bagi mendapatkan
Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan (Kepujian) dari USM
sedangkan sijil itu tidak sah laku.
Chuan Soon menghadapi satu lagi kes di Mahkamah Sesyen Shah Alam
untuk pertuduhan yang sama iaitu menipu Wan Noorhafiza Wan Hussin, 23,
dengan mengambil RM14,500 sebagai bayaran mendapatkan
Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perakaunan (Kepujian) USM

Mmmmm banyak juga benda-benda pelik berlaku
Menjelang cuti hujung minggu yang panjang ni
Selamat hari merdeka kepada semua rakan-rakan
Mungkin ramai yang memanfaatkan hujung minggu
Untuk hadiri rumah terbuka. Selamat membesarkan pinggang!
Hati-hati di jalanan ya…biasanya sepanjang Syawal
Jalan alami kesesakan luar biasa tiap hujung minggu