Isnin, 16 Julai 2012

Tarikh Tengok Anak Bulan Ramadan


Wahhhhhh! Cepat betul masa berlalu
tak sedar pun setahun berlalu, macam baru aje
bersesak jem teruk balik kampong halaman sambut Aidilfitri
tetiba Khamis nanti nak tengok anak bulan Ramadhan lagi
yaaaa….dah nak puasa
memang teruja, namun risau pun ada sebab masa cepat benar berlari
aku masih terhegeh-hegeh terkial-kial mengejar duniawi
aduhaiiiiii!

kenyataan Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja
istiharkan Khamis nanti bersamaan 19 Julai 2012
adalah tarikh bagi melihat anak bulan Ramadan tahun ni
di 30 tempat di seluruh negara

Tempat untuk melihat anak bulan adalah;
di Pontian Kecil Johor;
Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu, Tanjung Bidara Melaka;
Telok Kemang, Port Dickson, Negeri Sembilan;
Bukit Melawati, Pulau Angsa, Kuala Selangor;
Bukit Jugra, Banting Selangor; Balai Cerap Selangor, Sabak Bernam;
Pantai Pasir Panjang, Mukim Pengkalan Baru Daerah Manjong Perak;
Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Acheh Pulau Pinang.

Kampung Pulau Sayak, Kuala Muda Kedah;
Pemandangan Indah, Pulau Langkawi;
Menara Alor Setar, Alor Setar Kedah;
Bukit Besar Kuala Terengganu; Bukit Geliga, Kemaman;
Pulau Perhentian, Besut; Balai Cerap
Kolej Ugama Sultan Zainal Abidin (KUSZA) Setiu, Terengganu.

Bukit Peraksi Pasir Puteh, Menara Bangunan SEDC, Kota Baharu Kelantan;
Bukit Kampung Tembeling Mukim Manjur Daerah Olak Jeram Kuala Krai Kelantan;
Tanjung Lubang Miri, Sarawak; Teluk Bandung, Kuching Sarawak;
Tanjung Batu, Bintulu Sarawak.

Balai Cerap Al-Biruni, Tanjung Dumpil Sabah;
Bukit Tanjung Batu Nenasi, Gunung Berincang Cameron Highlands;
Bukit Pelindong, Kuantan, Pahang;
Menara Universiti Malaysia Sabah, kampus Antarabangsa Labuan;
Menara Kuala Lumpur; Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya
dan Kuala Sungai Baru, Simpang Empat Perlis.

Majlis Raja-Raja bersetuju bahawa cara menetapkan
tarikh permulaan puasa adalah berdasarkan Rukyah dan Hisab.
Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja akan mengisytiharkan
pada malam itu juga tarikh permulaan puasa
yang akan disiarkan melalui radio dan televisyen

Mmmmm netah bila tercapai untuk skodeng tengok sendiri anak bulan
mesti lagi teruja untuk puasa esok harinya tu kan?

Tak sabar nak puasa…
banyak azam nak kena laksana sempena puasa tahun ni
banyak harapan nak kena capai ni
moga-moga tahun ni dapat mendulang sebaik mungkin
InsyaAllah, asal ada usaha, asal ada keinginan dan kehendak
Hasrat yang baik moga-moga dipermudahkan

Selamat menjalani ibadah puasa ya...

Walaupun TRW, Kelantan The Red Warriors
Juara Liga Super dan Piala FA 2012  ohhhh piala yang sangat bermakna tu
dapat cuti sehari walaupun belum menang, akan beraksi menentang
kelab Liga Perdana Inggeris, Queens Park Rangers, QPR
TRW Kelantan lawan bola dengan Queens Park Rangers QPR
yang ala-ala atromen taro gitu pada 20 Julai di Stadium Shah Alam
jam 9.15 malam…jangan risau ya kalau nak pergi tengok
solat sunat terawih berjemaah akan diadakan dalam stadium
sebelum sepak mula…harapnya cara begini akan dilakukan pasukan lain juga
bukan apa, main bola tetap main bola, tambah lagi bulan Ramadhan...
sokong pasukan bola tetap sokong
usah lupa pula kewajipan yang kena laksana. Tak gitu?

Apa lagi? Gomo Kelate Gomo je lah!
Gomo…jange tak gomo!


Final Master Chef Selebriti Malaysia 2012 Dato’ Fazley Yaacob vs Angah Raja Lawak


Akhirnya rancangan Realiti Master Chef sampai final juga
dengan senarai selebriti yang hebat memasak
akan bersaing untuk peringkat final @ akhir Master Chef iaitu
Dato’ Fazley Yaacob dan Angah Raja Lawak
Ingatkan Juliza Adzlizan, selama ni aku tahu dia pandai masak
mungkin sebab dalam rancangan Master Chef ni
kena masak macam-macam masakan serata alam kot
bukan semua orang boleh masak semua menu kan?
kalau boleh begitu, lagilah best…errr macam aku jugak
reti masak air je untuk celup megi segera
boleh gitu?

Cerita pasal master chef, memang tak lengkap
kalau tak masukkan artis kontroversi Azwan Ali yang kecoh tu
bila dia disingkirkan, agak tenang sikit rancangan realiti masakan ni
tapi kecoh tu lah yang buatkan rancangan ni berperisa
dah lah hanya ada Dato’ Fadzly je yang boleh jadi cuci mata
Jehan miskin dan si Tomok pun dah lama disingkirkan
dah tak ada muka cun hensom kacak jejaka malaya dah…

Jom sama-sama kita tunggu Isnin malam
untuk melihat kehebatan kedua-dua finalis Master Chef ni
bertarung di dapur masakan, gamaknya sempat rentung tak?


Rumah Syarifah Shahirah Pula Dirompak


Dulu Wardina saffiyah jadi mangsa rompakan
hingga dia trauma…
kemudian diikuti dengan penyanyi sms ternama
rumah mawi dan ekin pula disamun tengah malam
sekeluarga diikat, nasib baik mereka semua selamat
dan tidak dicederakan, terkini
rumah pasangan artis Syarifah Shahirah dan Ijoi pula dirompak
itu belum kira rumah orang yang bukan artis
pendek kata, kalau tak samun, akan ada rompakan
tak pun ragut…ish! Seram sejuk bulu kaki kalau ingat pasal ni
walaupun negara kita diistiharkan sebagai Negara paling selamat
[ya, maknanya memang sangat berbeza dengan negeri paling miskin]
di Asia, namun setiap hari, kepala otak ni dok risau je
entah-entah akan datang rumah kita pulak jadi sasaran
dahlah dalam rumah tu terang benderang macam padang bola
tak ada apa yang nak disamun
namun, harta paling bernilai dalam rumah tu adalah
diri aku sendiri…tak ada jual tempat lain untuk beli ganti dah!

Ketika kejadian rompakan malam kelmarin di rumah pasangan tersebut
semua anak mereka (Allisya, 14, Airell, 8, Airra, 5, serta Auddra, 3,)
berada bersama pembantu rumah, dan langsung tak sedar
rumah mereka dipecah masuk
Syarifah Shahira berada di Miri, Sarawak dan suaminya,
Ijoy Azhari, menghadiri majlis perkahwinan rakan.

Bila mereka balik jam 2.30 pagi semalam, ada sesuatu tidak kena
pintu bilik tidur gagal dibuka sedangkan ia tidak berkunci sebelumnya.
Ijoi memanjat balkoni dari luar untuk masuk ke dalam bilik
terkejut mendapati pintu terkopak, baru sedar rumah mereka dipecah masuk
dan kehilangan barang kemas milik anak dianggarkan bernilai RM1,500

Alhamdulillah, walaupun rumah kena pecah masuk,
Ahli keluarga ada kat dalam, Cuma hilang banyak tu je
Nyawa dan keselamatan diri lebih utama dari duit
Walaupun tak ada duit memang susah nak hidup
Tapi kalau dah tak ada nyawa, maknanya memang tak hidup dah
Ada duit banyak manapun bukan hak kita lagi
Dah jadi harta pusaka…adoiiii apa aku melalut ni?

Takziah kepada Ijoi dan Syarifah Shahira dengan kejadian ni
moga mereka sentiasa tabah hadapi hari yang dukacita ni
anggap je sebagai ujian yang menambah eratkan kasih sayang sekeluarga
ceeeeeewah! ayat…tak boleh blah kan?
tapi aku memang maksudkan begitu.
Perkara sebegini akan sedarkan dan beri isyarat kepada kita
betapa Allah beri peluang untuk lebih menghargai orang yang kita sayang
ya…peluang bukan selalunya begitu!


Ahad, 15 Julai 2012

Pesta Liar Remaja Bawah Umur


Masa sekolah dulu, aku belajar biologi je
ada terangkan pasal binatang liar,
tak ada pulak tahu pasal parti liar,
parti hari jadi pun masa tu dah jadi pelik kalau sambut
nampak macam kebaratan sangat
sampai terlebih umur pun tak pernah pergi mana-mana parti
termasuk parti taperware
tetiba je sekarang ni remaja bawah umur
dah pandai buat parti liar…ohhhh! Sangat maju ke hadapan!

Seorang bapa mengesan aktiviti online anak remajanya
menemukan satu perkara yang mengejutkan
hingga mendorongnya buat laporan polis

Sekumpulan remaja, majoritinya masih di bawah umur,
dikesan membentuk satu forum sosial dengan lebih 3,500 keahlian
di facebook dan twitter semata-mata untuk sertai beberapa siri pesta liar.

Kumpulan lelaki, perempuan, pondan dan lelaki lembut itu
menggunakan laman sosial untuk berinteraksi menetapkan
tarikh dan lokasi pertemuan pesta liar dinamakan ‘parti lolipop’
sama seperti sambutan ‘ladies night’, merujuk kepada
ahlinya yang sebahagian besar remaja bawah umur.
parti berbaur maksiat dari satu lokasi ke satu lokasi itu
diadakan di beberapa pusat hiburan, turut menghidangkan
arak dan pil khayal, dikhuatiri berlanjutan dengan hubungan seks.

Aduhhhhh! Apa nak komen? Apa nak kata?
Dah habis perkataan dahhhh!


Pertandingan Mengarang ESEi 2012: Yayasan Maybank-Yayasan Kepimpinan Perdana


Yayasan  Kepimpinan  Perdana dengan  kerjasama  Yayasan  Maybank akan  menganjurkan Pertandingan  Mengarang  Esei  2012  yang  akan  bermula  pada  20 Jun 2012  sehingga  31  Oktober  2012.  Tujuan  utama  pertandingan  ini adalah  untuk  memupuk  minat di kalangan  pelajar  terhadap  sejarah  kepimpinan  dan  menggalakkan penyelidikan  tentang  sejarah  pembangunan  negara  di  samping  untuk mengasah  bakat  penulisan  yang  kritis.

Kategori A (13-17 tahun)
Pilih salah satu daripada tajuk-tajuk berikut:

Pandangan saya berkenaan ertinya menjadi rakyat Malaysia yang bertanggungjawab.
Bagaimanakah caranya sekolah-sekolah di Malaysia boleh menggalakkan kerakyatan bertanggungjawab?

Kategori B (18-25 tahun)
Pilih salah satu daripada tajuk-tajuk berikut:

Bagaimanakah Internet telah mengubah atau memberi kesan kepada keterlibatan dan pemerkasaan rakyat di Malaysia?

Telah dikatakan bahawa era “Government-Knows-Best” telah berlalu. Apakah implikasi-implikasi pernyataan tersebut?

Blogpost:
Kategori A (13-17 tahun)

Tuliskan sepucuk surat terbuka yang ditujukan kepada kawan-kawan dan rakan-rakan sekolah berkenaan peranan yang boleh mereka mainkan sebagai warganegara muda dan apa yang boleh mereka lakukan – sekarang – bagi membentuk masa hadapan Malaysia yang lebih cemerlang.

Kategori B (18-25 tahun)
Jika anda diberikan dana dan sumber-sumber untuk menubuhkan sebuah kumpulan bertindak belia masyarakat sivil yang baru, bagi mempengaruhi dasar awam yang menyentuh isu-isu mendesak berkaitan belia, organisasi apakah akan anda tubuhkan dan tujuan apakah yang akan ia perjuangkan?

Maklumat lanjut boleh dinengoknya di laman web rasmi, http://perdanaessaycompotetion.com.my

Hadiahnya memang mengancam jiwa raga aku
Fuhhhhh pendek kata kalau berjaya tempat pertama tu
Memang boleh lupa diri sekejab…tak percaya?
Cer tengok:


Essay

Category A (13 – 17 years old)

Grand Prize
1st Prize
2nd Prize
3rd Prize
Special Mentions
·         RM5,000
·         iPad2
·         E-Book Reader
·         Book Vouchers
·         Trophy
·         RM2,500
·         iPad2
·         E-Book Reader
·         Book Vouchers
·         Trophy
·         RM1,500
·         E-Book Reader
·         Book Vouchers
·         Trophy
·         RM750
·         E-Book Reader
·         Book Vouchers
·         Trophy
·         RM250
·         Book Vouchers

Category B (18 – 25 years old)

Grand Prize
1st Prize
2nd Prize
3rd Prize
Special Mentions
·         RM8,000
·         iPad2
·         E-Book Reader
·         Book Vouchers
·         Trophy
·         RM4,000
·         iPad2
·         E-Book Reader
·         Book Vouchers
·         Trophy
·         RM3,000
·         E-Book Reader
·         Book Vouchers
·         Trophy
·         RM2,000
·         E-Book Reader
·         Book Vouchers
·         Trophy
·         RM400
·         Book Vouchers


































Category A (13 – 17 years old)

Grand Prize
1st Prize
2nd Prize
3rd Prize
Special Mentions
·         RM3,000
·         E-Book Reader
·         Book Vouchers
·         Trophy
·         RM1,000
·         E-Book Reader
·         Book Vouchers
·         Trophy
·         RM500
·         E-Book Reader
·         Book Vouchers
·         Trophy
·         RM750
·         E-Book Reader
·         Book Vouchers
·         Trophy
·         RM100
·         Book Vouchers

Category B (18 – 25 years old)

Grand Prize
1st Prize
2nd Prize
3rd Prize
Special Mentions
·         RM4,000
·         E-Book Reader
·         Book Vouchers
·         Trophy
·         RM2,000
·         E-Book Reader
·         Book Vouchers
·         Trophy
·         RM1,000
·         E-Book Reader
·         Book Vouchers
·         Trophy
·         RM500
·         E-Book Reader
·         Book Vouchers
·         Trophy
·         RM100
·         Book Vouchers













   Blogspot:

























Hebat tak? Banyak tak? Kalau menang nanti,
jangan lupa belanja aku ya!