Khamis, 5 Januari 2012

Dah Kembali


Waaaaa sakan ya bercuti (walaupun sambil kerja)
Hari ni pagi-pagi lagi kena terjun datang pejabat
Sebab mesyuarat bulanan pertama untuk tahun 2012

Jadinya,
Simpan dulu cerita sepanjang minggu berkubang balik kampong
Ataupun
sebahagian daripadanya dahpun ditulis Makcik Apron Merah

Aku meeting dulu ya…

Rabu, 4 Januari 2012

Gerakan Besar-besaran Gabungkan BN dan PAS di Thailand. Ada Sesiapa Faham Apa Yang Tertulis?

Selasa, 3 Januari 2012

Kena Urat Jejaka Hensem Sebelah Rumah


Masa tengah belajar dulu
aku tinggal dengan kakak dan abang ipar di semenyih
setahun juga tu…dia orang pula baru pindah balik dari sabah
kakak mengajar di bandar sunway masa tu
abang ipar pula sambung belajar di UKM
Aku pula…ponteng kelas jaga anak sulung dia orang

Masa tu ekonomi terumbang ambing
baru pula dapat anak sulung
kena berjimat ikat perut bagi ramping huh u hu
pakat sewa rumah di Semenyih sebab murah sikit

Jiran sebelah rumah orang Kelantan juga
tinggal berkeluarga bersama adik iparnya yang hensem
kerja kilang dengan motor RXZ birunya.

aktiviti petang biasanya melonggok depan rumah
dalam pagar masing-masing tetapi saling berborak
sambil tu aku dan kakak akan buat batas tepi pagar
dan tanam sayur; bendi, sawi, kangkung, kacang botol…
tak payah dah beli sayur
rezeki lebih hulur juga kat jiran tetangga

adik ipar lelaki hensem jiran sebelah rumah kakak aku tu
sangat suka nyanyi lagu ni…hanya lagu ini sahaja
macam hanya lagu ni je dia tahu nyanyi:

 

Awalnya, aku buat tak tahu aje
tapi lama-lama aku tersedar sesuatu
asal sahaja aku keluar ke depan untuk
sidai baju, buang sampah, gambur tanah atau apa-apa sahaja
dia akan nyanyi lagu tu
ada kalanya siap diiringi suara latar lagi
siapa lagi kalau bukan anak-anak buah dia yang jadi suara latar

ingatkan aku yang perasan
rupanya abang ipar dan kakak juga sedar hal tu
tiap kali keluar rumah dengan motornya pun
si hensem tu akan hidupkan motor depan rumah kami
kadangkala terserempak dengan kakak dan abang ipar
kelam kabut dia cuba cover line
akhirnya, gelagat dia menjadi hiburan kami

bila aku pindah ke Bangi
kakak kata mereka dah tak dengar lagi lagu tu
persoalannya: kalau nak ngurat aku, kenapa tak cakap?
Aku ni kan bendul, takat hint macam tu manalah aku faham
Hu hu hu nak buat macam mana
Mentol lambat menyala!

Isnin, 2 Januari 2012

Nasyid K-Pop

Demam K-Pop macam dah serang satu dunia
bukan main ramai lagi peminat mamat korea ni
kalau zaman aku baru pegang duit dulu
ramai yang gila beli dvd telenovela Korea, Amerika Latin dan Filipina
berdozen dikumpulkan sedangkan setiap satu harganya lebih RM150

Masa tu, aku tak akan buat kerja-kerja membazir tu
maklumlah, masa tu baru kerja
ekonomi taklah bagus sangat
hutang banyak nak kena bayar
keluarga kat kampong masih lagi huru hara
tak ada sumber pendapatan juta-juta billion untuk ubah nasib
adik-adikpun masih sekolah lagi
(sekarang semua dah kerja tapi aku masih lagi sayang
nak bazirkan duit beli dvd begini
beli buku tak apalah pulak hu huhu)

Sekarang ni zaman berubah dengan drastik
kalau tak nak beli boleh aje download
tak pun tengok saja di youtube
kalau mampu bersabar sikit, tak payahpun masuk panggung
tengok online je

Kegilaan terhadap K-pop ada masa Nampak agak melampau juga
itu kalau kita ambil yang negatif, apa kata kalau kita psotifkan minda
jadikan K-pop sebagai salah satu cara untuk orang buat baik
jom tengok kumpulan nasyid ni;


Ya adik-adik K-pop sekalian
Jom reramai kita nasyid gaya K-pop

Ahad, 1 Januari 2012

Rasa Macam nak Kejar Biri-Biri Puteh Je Kat Sini


Pernah baca tak entri tentang angan-anganku  yang nak sangat tercapai? Boleh baca dulu Kejar biri-biri Gemok.

Walaupun yang diangankan tu, padang rumput saujana pandangan kehijauan itu terletak di lereng gunung, tapi…kalau macam dalam video di bawah ni pun kira bolehlah, tapi biri-birinya warna putih ya, bukan hitam:

Entah bilalah operasi mengejar biri-biri gemuk ini akan tercapai huh u hu

Selamat tahun baru semua...sila tanam dan kuatkan azam kita untuk lebih kuat menempuh cabaran sepanjang tahun baru ni ya