Selasa, 25 Januari 2011

Jalan-jalan Keliling Dhaka

Peringatan: Entri ini akan jadi panjang. Anda mungkin akan mengalami sindrom termuntah kalau tidak sabar menelaahnya. Sebelum tu, apa kata baca dulu entri berkaitan, karang tak payahlah aku jawab pertanyaan yang dah pun aku pernah tulis sebelum ni;

Melihat dengan Hati
Penerbangan Ke Dhaka, Bangladesh
Dhaka: Padat, Sesak, Penuh
Beli Belah Sakan di Tengah Dhaka
Bukan Selalu Jadi Perempuan Cantik

Hari terakhir di bandar paling sibuk di dunia. Macam sebelumnya, bangun dah jam 5 pagi (waktu malaysia) atau 3 pagi (waktu tempatan). Malam semalam tak ada aktiviti dan tidur awal (jam 2 pagi atau 12 tengah malam waktu Dhaka). Jadi rehat dah cukup.

Sebenarnya terjaga sebab sejuk sangat; lupa nak tutup tingkap. Dan nyamuk juga (walaupun dah berada di tingkat 3, nyamuk tetap berjaya terbang masuk ke bilik aku. Darah orang Malaysia lebih manis kot hu huhu). Kalau Lapangan Terbang pun dikerumun nyamuk, apalagi tempat lain. Jam 8 pagi (waktu Malaysia) atau 6 pagi (waktu Dhaka), aku dah mandi lama-lama hingga wap penuh bilik air (sebelum itu lompat-lompat dan bersenam bermacam gaya dalam setengah jam lebih kurang) dan bersiap seadanya. Kemas semua barang mutakhir perlu dimasukkan dalam beg. Sementara ada orang ambil jam 8 pagi (waktu tempatan), tulis sahaja apa-apa yang patut dalam buku catatan kerana semua kerja yang aku bawa untuk disiapkan sepanjang perjalanan dah siap. Dah tak boleh buat sampai habis sebab bahan-bahan yang lain tak bawa. Tak jangka pula akan ada banyak masa terluang pula.

Selepas daftar keluar dan cuba mengelak dari Mamun (Ohhhhh! Mamun asyik kejar aku sahaja walaupun dah tipu aku dah berkahwin dan ada anak enam. Dengan dua orang jejaka body guard bersama-sama aku itu, dia tawarkan apa-apa perkhidmatan lain. Ada ka patut, bila tolak tawarannya nak bagi perempuan, dia tawarkan khidmat lelaki pulak. Boleh dianggapnya body guard aku penuh susila itu gay. Terus je aku hilang respek. Kerana duit, orang sanggup buat apa sahaja), kami dibawa ke sekitar Dhaka yang sesak itu.

Kami singgah di Kubu Merah, tetapi tidak boleh masuk kerana cuti umum. Hari itu hari krismas. Kubu Merah merupakan kubu yang menjadi tempat orang Bangladesh bertahan semasa serangan Monggol dahulu kala. Kami nak ambil gambar pun susah juga sebab jalannya sangat sempit sekitar tempat itu, manakala kenderaan banyak. Sesak. Kami pula bukannya manusia yang tahan hati sahaja menjadi penyebab kepada kesesakan yang lagi teruk. Jadinya, masing-masing hanya tengok dari jauh sahaja kubu berkenaan yang diwarnakan dengan warna merah.

Ini gambar Kubu Merah yang aku google;


Kami melalui lorong-lorong tikus yang juga sesak. Lorong-lorong ini terselit di keliling bangunan yang juga sangat sibuk. Nak berselisih kenderaan pun sangat susah. Kalau takat ada lesen memandu dari Kuala Lumpur sahaja, memang akan gagal bawa kereta di sini. Ada masa kami perlu berhenti di kawasan yang tidak muat untuk berselisih kereta, saling bertolak ansur beri laluan kepada kenderaan lain juga.


Di kawasan bandar dan lorong tikus sebegini, banyak beca dan kenderaan kecil lain digunakan. Ramai juga yang berjalan kaki. Di kawasan yang sesak, sempit, berdebu dan penuh dengan segala macam umat ini juga kita boleh jumpa gerai-gerai termasuk gerai roti nan yang sebenarnya hanya sebesar meja makan sahaja. Orang yang lalu lalang beli makanan itu dan makan sambil meneruskan perjalanan. Kalau tanya aku, secara pribadi aku tak akan beli makanan di tempat tu kerana suasananya yang penuh dengan habuk. Maklumlah, memang di jukir jalan. Kereta lalu lalang, manusia lagi...memang sah akan kena keracunan. Namun, bila berada di tempat mereka, tambah lagi mereka memang dah lali dengan virus tempatan sana, dah tak jadi hal kan? Macam aku beli nasi lemak tepi longkang tu juga...aroma longkang tu yang lebih tambahkan kesedapan nasi lemah. Huh! Perbandingan yang tak boleh blah kan?

Bangunan dan kawasan rumah ahli parlimen Bangladesh berada di satu kawasan yang luas. Jalannya juga luas sampai 4 lorong berbanding jalan lain di tengah Dhaka. Alahhhh lebih kurang macam putrajayalah kan...mana ada sesak hu huh u . Kawasan ini sangat cantik kerana rumah kediaman berkenaan kelihatan bagaikan terapung atas tasik. Berderet-deret rumah menteri mereka. Kawasan rumah menteri tu kami tak sempat tala muncung kamera (sebab dalam kenderaan). Walaupun dah tala kamera, namun cuaca dan suasana yang berkabus sebabkan gambar tidak jelas sangat.

Di kawasan belakangnya pula ada taman dan tasik. Sekali pandang tak nampak macam berada di bangladeshpun. Pokok-pokok yang ada terdiri daripada pokok yang hidup di negara sejuk yang lain. Di sini aku nampak seorang yang tidak berumah sedang bersiram dalam sungai (buatan). Sekali pandang, memang tak lalu nak sentuh air sungai tersebut (warna air pun dah jadi hitam, bau tak tahulah kalau-kalau ada), namun, ada masanya hidup ini tidak menyediakan banyak pilihan. Dapat sabun tubuh pun dah kira ok kan?



Kawasan ini juga merupakan kawasan belakang bangunan parlimen. Ini dia kawasan hadapan parlimen;


Ada gambar-gambar menarik tentang keanehan sesuatu dari seluruh dunia. tak pasti ada ke tidak "sesuatu" di Malaysia kat sini sebab banyak sangat nak kena tengok dan baca keterangannya di situ. Masa sangat suntuk. berhenti untuk ambil gambar tak sampai 5 minit je pun.


Sarapan pagi kami pada jam 12 tengahari (jam 10 waktu tempatan). Dah nak pengsan kelaparan. Nasib baik aku dah belasah dua biji roti gardenia tamat tempoh kat bilik pagi tadi, kalau tak, memang akan muntah telan angin.


Restoren mewah ini letaknya bersebelahan dengan kolej swasta. Hanya orang-orang kaya sahaja yang makan di sini. Merasa jugalah aku jadi kaya sat ya hu hu hu. Aku ditegur seorang wanita kaya masa sama-sama turun tangga. Katanya anak dia sedang belajar di UKM. Fuyooooooo dia memang kaya kalau benarlah begitu!

Singgah seketika di bazar yang harganya sangat murah tetapi Taka kami telah kehabisan di laburkan di pusat beli belah sehari sebelumnya. Apalah yang hendak dibeli dengan 300 taka ini (Errrr....tau kan nilainya RM1.50 hu hu hu). Jadinya, hanya jalan-jalan sahaja tengok tempat yang padat dengan manusia itu. Hanya 10 minit sahaja tengok sebab tak tahan dengan sesak. Akhirnya kami tunggu dalam kereta sahaja sambil borak-borak umpat sana sini sambil tunggu seorang kenalan baru kami itu. Beri peluang dia laburkan hingga habis mana-mana taka yang baru ditukarnya kat sini. Dia ada 10 orang anak yang perlu dibeli buah tangan.
sesak!

Jam 3 petang (satu tengahari waktu tempatan) kami terus ke lapangan terbang. Perlu pergi 4 jam lebih awal kerana risau akan sesak dan jem sama macam masa kami datang. Mujurlah tak sesak, mungkin sebab cuti krismas.

Menurut info yang kami dapat, penduduk Bangladesh seramai 150 juta orang dengan Dhaka sahaja dihuni lebih 24 juta orang (sama macam penduduk Malaysia tu). Sebab itulah sesak merata tempat. 90 peratus penduduknya muslim. Namun, ramai yang terpaksa solat di tepi dinding sebegini sebab tidak ada surau di bahagian luar lapangan terbang.


Kaunter daftar masuk lambat dibuka, jadi terpaksalah belasah solat sebegitu sahaja. Dan, untuk perempuan, kat mana nak solat ni? Bila tanya, mereka kata ada di bahagian pelepasan nanti. Jadilah aku tukang jaga beg sementara 3 orang jejaka hensem itu menyudahkan kewajipan masing-masing. Bila mereka siap solat, kaunter Airasia dah buka, terus kami daftar masuk. Walaupun kita beratur dengan berhemah, usahlah terkejut kalau sangat ramai yang suka potong barisan. Dah budaya mereka tak reti nak beratur, nasib ajelah ya. Akhirnya, seorang staf Airasia buka kaunter baru dah panggil kami. Bila selesai je pendaftaran kami berempat, kaunter berkenaan terus ditutup buatkan aku terpinga-pinga sekejab. Agaknya mereka nampak kami ni muka baik kot (hu hu hu), tahan je orang potong Q dan kena buli. Alhamdulillah, Allah mudahkan urusan kami di kaunter itu. Entah doa siapa yang makbul ya ;)

Nasib baik juga urusan kami di imegresen juga sekejab. Kalau lama macam masa datang hari tu, jenuh terbatal wuduk yang aku ambil siap-siap kat luar tadi. Dah masuk ruang pelepasan, tiga jejaka kacak itu lepak di kafe sementara aku pula jelajah satu lapangan terbang cari surau. Dua tiga kali juga kena tanya orang hinggakan TERTANYA hindu yang jual barang-barang semayang depa kat situ. Ish! Ish! Ish! Agak-agaknya, terbuka tak pintu hati hindu tu selepas itu? (Errrr...ayat ni tak ada kaitan tentang merendahkan mana-mana kaum ya, ini cerita benar yang aku alami kat sana, sila jangan buat spekulasi melulu!).

Surau terletak nun di hujung dunia. Bila terjah masuk, nampak Pak lebai Tabligh yang akan sama-sama balik Malaysia nanti tengah tidur dengan bagusnya. Siap halau aku suruh pergi sebelah. Macam aku pulak yang salah. Dua kali aku pergi check, manalah tahu kalau-kalau surau dah pindah ke tandas, tak ada pula. Bila aku masuk semula, dia marah (tidur dia terganggu kot!). Siap dia pergi tunjuk kat aku tandas tu.

Hangin satu badan. Cuaca memang nyaman di Dhaka. Musim sejuk dah nak masuk, tapi cuaca hati aku mula membahang. Jangan lupa, aku ni baran. Walaupun berjaya atasinya sedikit demi sedikit...belum habis betul lagi. Dah lah makan kari berempah banyak dalam dua tiga hari ni, lagilah cepat darah mendidih.


“Saya nak solat dalam tandas ke?”

Kalau boleh tengok cermin masa tu, aku dah tahu dah macam mana rupa sendiri masa tu. Siap tumbuh tanduk lagi!

Yang aku peliknya, dia dah tak faham baha Melayu ke? Nak kata aku cakap bahasa Bangla, rasanya aku reti cakap bahasa Melayu je walaupun dah makan kari Bangla dua tiga hari tu. Ataukah, hanya orang alim macam dia sahaja layak solat?

Aku serbu masuk juga walaupun dia dah membebel entah apa-apa. Membebel dalam bahasa Melayu pulak tu. Kalau nak tidur, kenapa tak tidur sahaja dalam surau lelaki? Dah tukar jantina agaknya!

Masa aku keluar surau, mereka yang tengah lepak depan surau lelaki masih mengumpat aku. Kot ya pun nak mengumpat, perlahan ajelah pak cik. Namapun ngumpat. Tak ada nikmatnya mengumpat kuat-kuat.

“Dia reti cakap Melayu”

Hello Pak Cik, kalau aku cakap kelate lagu mana? Huh! Nak aje aku pi tanya lagu tu!

Aku bukan benci orang tabligh, tapi aku benci dengan sikap dua tiga kerat golongan ni yang cakap tak serupa bikin. Solat aku pun jadi tak kusyuk, geram belum habis lagi.

Bila bergabung semula dengan jejaka bertiga itu di kafe, kami pula buat acara mengumpat walaupun ada antara mereka juga berada dalam kafe itu. Umpat kuat-kuat hu hu hu mana dia orang boleh marah, kami ni kan orang jahil. Ada berani dia orang nak datang berkutbah masa tu? Masak karang kena rebus. Empat orang ni, mulut boleh tahan luasnya, mengalahkan mulut tempayan!

Alhamdulillah, penerbangan balik KL ikut jadual. Masing-masing dah penat kaki, penat minda, penat fizikal dan penat tekak nak telan makanan yang sama setiap hari (walaupun menurut mereka, itu makanan mewah. Aku dah rindukan sambal belacan dan nasi putih...tom yam juga ;) ). Dah termimpi-mimpi bantal dan tilam di rumah. Dah tak sabar nak jumpa Amir. Sebulan dah tak jumpa, mesti dia dah GEMOKKKKKK!

Siapa yang nak datang Dhaka, bolehlah guna Airasia. Harga tiket kenalah sentiasa semak di laman web. Kalau masa promosi, serendah RM34. Masa kami pergi harganya RM815 (2 hala termasuk bagasi). Kalau guna MAS, RM1600, manakala Biiman Air (Bangladesh Air) hanya RM1200, jam 1.45 AM di KLIA, manakala balik ke KL jam 6.45 petang, setiap hari juga disediakan makan. Walau bagaimanapun, 90 peratus penumpangnya adalah bangladesh dengan bahasa perantara juga Bangladesh. Bahasa Inggeris hanya digunakan sesekali sahaja (Dah boleh bayangkan suasananya hu hu hu).

Lupa nak catatkan bahawa, sebelum mendarat di Lapangan Terbang Zia, Dhaka, kabin pesawat akan disembur dengan cecair pembasmi kuman (kot!). Katanya peraturan lapangan terbang di sini. Awalnya, aku rasa kagum juga...ingatkan mereka tersangat amalkan kebersihan hinggakan pesawat yang nak landing pun kena sembur termasuk orangnya. Bila dah turun sana dan tengok segala mak nenek yang ada...aku rasa, biarlah komen itu aku simpan dalam hati sahaja. Karang ada pulak yang rasa hati ya...anda fikirkanlah sendiri ya ;)


Terima kasih kerana membaca entri yang teramat panjang ini. Dah malas nak pecahkan jadi banyak entri. Nak tulis pasal benda lain pulak. Jommmmmm kita petik anggur pulak!

PsssssTT: Acara jalan-jalan keliling Dhaka ini ditaja oleh kenalan kepada salah seorang body guard aku tu yang menyediakan seorang pemandu pelancong, pemandu dan kenderaan. Percuma. Alhamdulillah, dalam masa beberapa jam terakhir sebelum berangkat balik, sempat jugalah kami merayau-rayau melihat suasana sekeliling.

PsssssT: entri ini aku siapkan semasa dalam penerbangan balik...malas nak tambah apa-apa lagi, hanya taip semula sahaja.

Ahad, 23 Januari 2011

Bukan Selalu Jadi Perempuan Cantik

Bila berada di Dhaka, kaum wanitanya jarang benar bergerak sendirian, mesti ada body guard (lelaki) ataupun secara berkumpulan. Jarang juga jumpa golongan wanita berhias cantik jelita dan rupawan macam artis Bollywood kecuali semasa hadir kenduri kahwin dan golongan atasan yang pergi beli belah di mall terkemuka. Aku sempat menyibuk dalam majlis kenduri kahwin orang di hotel pada malam kami sampai. Keesokan harinya pula terdapat 6 majlis kahwin di hotel itu. Rasa hati memang nak terjah tetapi risau juga kena halau. Jengah-jengah dari jauh ajelah!

Menjadi perempuan yang cantik (bangga tu...sebelum ni tak pernah rasa cantik, bila tiba di tanah ini, tiba-tiba aku rasa aku dah jadi cantik dan jadi tumpuan. Bukan senang nak dapat tu!), berada antara kaum lelaki yang kacak pula, aku tidak dapat nafikan yang aku turut mendapat perhatian dikalangan mereka. Pertama; mereka boleh cuci mata, kedua; walaupun aku memanglah tak cantikpun tetapi apabila dah pakai lipstik dan cara berpakaian yang berbeza sedikit daripada mereka, akan nampak lain juga. Walhal ada juga wanita lain dalam program ini yang lebih cantik, tetapi bila semuanya lebih kureang macam itu rupanya, aku yang tidak berapa cantik ini tetap akan terlihat cantik. Sebelum semua orang kata aku perasan, aku beri dua situasi iaitu;
i. Gagak tetap nampak cantik kalau tinggal dalam kumpulan merak, manakala merak itu dianggap biasa-biasa sahaja.
ii. Merak hanya cantik kalau berada dalam kumpulan gagak.

Jadinya, aku berada dalam kategori 1. anda faham bagaimana semua itu berlaku? Yup! hanya berdasarkan “lain”. lain sebabkan kita jadi istimewa.

Setiap kali turun dan meninjau bahagian dapur (yang berada di hadapan hotel-patut diamalkan di Malaysia ni, barulah kita tahu macam mana mereka memasak), pekerja-pekerja dapur (terutama lelaki) sangat suka kalau aku singgah dan ambil gambar mereka. Satu ketika, aku kena marah dengan pekerja-pekerja wanita (maaf tak faham sepatah harampun apa yang mereka bebelkan tetapi dari air muka yang ditunjukkan, membayangkan muka tak puas hati- jeles aku hanya ambil gambar jejaka kacak di situ sahaja kot hu hu hu). Zul pernah kata “Minah ni turun je, berseri-seri muka abang-abang kacak tu…” hu hu hu

Di tempat yang hampir 90 peratus dikuasai golongan lelaki ini, bila jumpa perempuan cantik, sila lah bersopan ya. Jangan dok gatai ambil gambar mereka macam orang gila seks, tak pasal-pasal dapat makan sup selipar Jepun percuma pula. Biasanya orang-orang dari negara India, Pakistan, Bangladesh dan Asia Barat yang lain sangat jaga kaum perempuan mereka. Tahap cemburu mereka sangat tinggi. Jeling pun tak boleh, apalagi bercakap dengan orang asing. Janganj dok kacau tak tentu hala kalau rasa nak hidup lama. Sebab itulah aku lebih suka ambil gambar jejaka-jejaka hensem sahaja ya…sebab mereka ini suka kalau kita ambil gambar. Lagi suka kalau kita minta izin nak bergambar dengan mereka, siap bagi gaya yang menggiurkan lagi hu hu hu


Psssst: semasa dalam bas dari pesawat ke terminal ketibaan, seorang mak cik bersama anak bujangnya yang kacak menegur dalam bahasa Bangla. Oppssss! usah berkenan buat menantu…jauhnya kena travel nak balik kampung!

PssTTT: korang rasa…aku macam balik kampung sendiri tak? Ohhhh! setahuku, arwah Tok Ayah tak pernah bagi tahupun yang moyang atau keturunan kami sebelumnya berasal dari sini. Sebab itukah ramai Bangla suka ngurat aku? Opppssss! Pleaselah! aku hanya suka “barangan buatan Malaysia” sahaja.

Artikel lain yang berkaitan;

Rabu, 19 Januari 2011

Beli Belah Sakan di Tengah Dhaka

Sepatutnya entri ni aku siarkan semalam, tetapi capaian ke internet sangat perlahan mengalahkan semut si kura-kura (ada ke semut jenis ni? Aku pakai bantai aje ni...). Jadinya, agak lambat sikit sambungan dari entri terdahulu ini aku sambung. Rakan-rakan boleh baca catatan sebelumnya di Melihat dengan Hati, Penerbangan Ke Dhaka, Bangladesh dan Dhaka: Padat, Sesak, Penuh

Walaupun tidur dah jam 2 pagi waktu Malaysia (12 tengah malam waktu tempatan), aku dah terjaga jam 5 pagi (3 pagi waktu Dhaka). Waaaaaaa kalau di Bangi, jam 6.30 pagipun liat nak bangun hu hu hu suasana senyap sunyi. Gelap juga kat luar. Subuh jam 7.30 pagi waktu Malaysia, masih juga gelap gelita. Jam 8 pagi baru cerah tanah.

Berbanding Beijing yang sama cuaca dan keadaan tahap sejuknya, aku dapat lihat bezanya; Beijing hidup lebih awal. Jam 5 pagi mereka dah bising keluar cari rezeki. Di sini, jam 9 pagi baru mereka keluar. Dah terang benderang.

Jam 9 pagi, kami turun ke bawah dan jalan-jalan ke sekitar mencari sarapan. Kedai-kedai masih tutup. Jalan raya masih lengang. Yang banyak lalu lalang adalah tut-tut, beca dan kenderaan kecil yang lain memunggah barang-barang ke pasar. Kalau tengok sayur dan buah yang mereka angkut, huh! Rasa nak angkut bawa balik Malaysia sahaja. Besar. Segar.

Ini dia DBKL mereka. Guna penyapu lidi bersihkan jalan. Kumpul sampah sarap di beberapa tempat sepanjang jalan, kemudian terus bakar di tepi jalan itu juga. Tak payah ada lori angkut sampah. Tak perlu ada tempat pelupusan sampah.


Dapur hotel berada di hadapan dan bersifat terbuka. Jadi kita boleh tengok apa yang mereka masak. Agak-agaknya, mampu telan tak kalau dah tengok macam mana mereka buat aktiviti masak memasak itu?

ayam dalam bakul

Chef hotel...

Ada macam rupa periuk Ali Baba tak?

Depa guna tangan je alihkan kari ayam dari periuk ke bekas lain. Senduk tak ada ya...

Acara basuh periuk belanga

Kami naik tut-tut ke pusat beli belah di bandar. Kalau naik teksi, lambat sampai. Tambangnya 1000 taka sahaja. Maknanya hanya 50 sen. Huh! Macam hidup tahun 80-an sahaja.

Pusat beli belah ini ada kawalan keselamatan yang ketat. Kena scan badan segala, macam kat airport tu. Aku punya handbeg ciput beli masa potongan harga 70% tu pun nak digeledahnya (macam tak logik je...nak mintak angpaulah tu!). Nasib baik kami bawa pekerja hotel yang sangat suka mengulangi ayat “have a problem, please call me...24 hour” huh! Dia punya motto tu diulang-ulang hingga kami pun dah hafal. Asal sahaja dia sebut “have a problem...”Kami pun terus sambung ayat dia hu hu huhu...entah berapa ratus kali dia sebut.

Pusat beli belah taraf bintang-bintang

Orang tak ramai masa awal sampai (waktu solat Jumaat), masa kami balik...fuyooooo penuhhhh! Foto masa orang ramai tak sempat ambil sebab bateri dah habis.

Tingkat ini hanya ada kedai sari sahaja. Rabun biji mata sekejab.



Siap buat demo cara pakai sari lagi tu...

Sari ini hanya untuk pengantin sahaja.

Walaupun aku tidak harapkan untuk berbelanja di sini, tetapi kami sebenarnya tidak ada pilihan lain. Tempat ini macam klcc, barang-barangnya memang mahal. Kalau kami ke satu bazaar yang popular di sini (lupa dah apa nama dia), kami diberitahu akan balik hotel esoknya (pergi hari ni, esok baru sampai ke hotel semula sebab jarak dan juga kesesakan. Fuhhhhh! Macam nak beli juta-juta tan sari je!)

Jadinya bajet dah lari. Saripun tak ada yang murah. Nak beli skirt macam Aishwarya Rai pakai pun dah tak dapat. Manusia pula seramai-ramai orang. Tak ubah macam jalan TAR atau Jalan Masjid India pada musim perayaan. Itu kat mall mahal, kalau bazaar tepi jalan, lagilah tak mampu nak menyesakkan sama.

Barang-barang yang ada memanglah cantik-cantik. Mahal. Berpinar-pinar sekejab biji mata tetapi bila tengok harganya, kering darah (bagi akulah, orang lain, ok aje). Body guard aku dua orang tu juga borong sakan. Aku yang berkira lebih. Nak tawarpun sangat susah bila pergi ke tempat mewah macam ni. Redha ajelah!

Berkenan dengan baju kaler purple tu...tapi mahal sangat; 15 ribu taka. Tujuh ratus lebih tuuuuuuu!

Bos yang hensem hu hu hu macam shah rukh khan

Untuk pergi ke tempat yang harganya lebih murah, aku tak rasa ianya mudah. Tempat-tempat mahal inipun penuh dengan manusia, apalagi kalau tempat yang begitu. Salah hari kena copet pula. Kira redha ajelah. Namun, aku yakin, bagi orang lain, tempat ini tidaklah mahal sangat. Sama macam Midvaley aje. Hanya aku yang rasa tak berbaloi dan mahal.

Si hensem tu sempat menjeling masa aku ambil gambar dia hu hu hu agak-agaknya, dia tahu tak dia tu hensem?

PsssssT: Selamat panjang umur dan diberkati seluruh kehidupan buat diri sendiri. Aminnnnnnnn! ;)

Isnin, 17 Januari 2011

JUALAN GUDANG Buku-buku Terbitan UTUSAN 2011

Tadi dapat email dari pihak Utusan Publication, beritahu dan jemput kita semua ke Jualan Gudang Buku-buku Terbitan Utusan. Aku tepek ajelah email tu kat bawah ni ya...malas nak tulis panjang-panjang;

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Dengan sukacitanya, pihak kami menjemput tuan/puan ke Jualan Gudang Kumpulan Utusan 2011 yang akan diadakan pada tarikh dan tempat seperti berikut:

Tarikh: 20 - 30 Januari 2011 (termasuk hari Sabtu & Ahad)

Tempat: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd., No. 1 & 3, Jalan 3/91A,Tmn Shamelin Perkasa, 56100 Cheras, KualaLumpur.

Masa: 10.00 pagi hingga 6.00 petang

Sempena jualan gudang ini, pihak penganjur akan menawarkan potongan harga sehingga 70 peratus di atas harga buku yang dipamerkan (kenapa aku rasa ayat ni pelik semacam aje ye?). Pembelian juga boleh dibuat secara tunai dan kad kredit.


Oklah ya...jom reramai kita serbu Utusan Publication.

Khamis, 13 Januari 2011

Dhaka: Padat, Sesak, Penuh

Entri ini sambungan entri terdahulu, Melihat dengan Hati dan  Penerbangan Ke Dhaka, Bangladesh

Untuk pengetahuan semua, bandaraya Dhaka dihuni oleh 24 juta penduduk, lebih kurang sama macam penduduk Malaysia, dengan jumlah penduduk keseluruhan negara ini adalah 150 juta orang. Negaranya kecil, tetapi penduduknya sangat padat (paling padat di dunia).

Keluar dari lapangan terbang, kejutan budaya terjadi kepada kami. Tak cukup dengan kata-kata untuk aku gambarkan suasana di jalan raya mereka. Bagi sesiapa yang pernah ke Bandung atau Jakarta, mungkin anda akan kata sesak. Namun di sini, berganda dari itu lagi hinggakan motor pun tak mampu nak menyelit lagi. Orang yang berjalan kaki lebih laju daripada kami yang berkenderaan.

Pelbagai kenderaan boleh disaksikan di jalan raya. Basikal, motosikal, kereta, bas (yang biasa kita tengok) ataupun tut-tut pelbagai versi ada di sini, sama ada sama seperti tut-tut di India, tut-tut di Thailand, tut-tut di Indonesia. Malah, kita boleh jumpa beza dan macam-macam bentuk kenderaan lain yang aku sendiri tidak tahu namanya. Pelbagai rupa. Pelbagai variasi;










Apa yang aku boleh kata, semua kenderaan pengangkutan awam tersangat uzur. Basnya bukan sahaja pudar atau tanpa warna, tetapi juga penuh dengan kesan kemek dan calar seperi tin biskut yang sudah terlalu banyak kali dikemekkan, kemudian dibetulkan semula. Selagi boleh bergerak, tetap digunakan. Begitu juga teksi. Hanya sekali sahaja nampak teksi paling cantik di sini (sama seperti teksi paling tak cantik di Malaysia), selebihnya teksi di sini umpama kereta Tiara yang hampir roboh.


Teksi Paling mewah di Dhaka,Bangladesh.


Kereta yang cantik adalah kereta persendirian. Sebahagian besarnya menggunakan jenama Toyota. Bangga juga pernah jumpa kereta Persona warna hitam yang dijadikan sebagai kenderaan rasmi di sini.

Kami dibawa ke hotel Shohag, hotel 3 bintang sahaja (tetapi kalau di Malaysia memanglah tak ada bintangnya pun hotel begitu). Okey aje untuk aku. Asal boleh tidur dan mandi. Paling penting tandasnya kena baik.

Nak tunjuk ubat gigi; pek warna hijau. Yang lain dah biasa tengok kan;)

Walaupun bertaraf tiga bintang, luas dan selesa, bagi orang di sini dah bersih dan kemas, namun untuk kulit aku yang manja ini, masih lagi alami gatal-gatal dan perlu buat aktiviti menggaru. Jadinya, semasa tidur, aku tidak gunakan selimut hotel, sebaliknya menggunakan pashmina yang sentiasa aku bawa. Pagi-pagi pula air pancut perlu dibiarkan terbuka selama lima minit untuk dapatkan air panas. Aku mandi sampai satu bilik air berkabus dengan wap panas. Sejuk woooooooooooo...

Lif di hotel. Waaaa jumpa juga benda macam ni dalam hidup aku. Bila nak turun atau naik, kena jerit panggil orang yang jaga itu on elektrik, kalau tak macam mana nak jalan? Mereka sangat jimat dalam penggunaan bahan bakar dan elektrik.

Ini dia makan malam kami, cuba teka apa dia;
Nasi beriani daaaaaaaaaaaaa


Ini kari ayamnya
Nan Bangla mariiiiiiiii

Malam itu kami keluar sekejab ke jalan raya yang terletak 100 meter di hadapan hotel. Nak tengok suasananya macam mana. Kalau siang, penuh dan sesak dengan segala macam kenderaan (macam-macam ada. Kalau nak tengok benda-benda pelik, datanglah ke sini). Ada lori kecil telah diubahsuai menjadi bas mini, ada juga kenderaan angkut barang yang turut sama mengangkut orang. Materialnya diperbuat daripada buluh kecuali tayar.

Bila malam, jalan lengang sedidit dengan kereta, bas dan kenderaan besar, tetapi masih meriah dengan beca, tut-tut dan segala macam kenderaan yang kecil. Walaupun kecil, laju pulak tu (termasuk yang tarik menggunakan orang seperti di atas). Laju semuanya. Orang yang menarik kenderaan itu pula berkaki ayam. Bayangkanlah kalau berkaki ayam di atas jalan raya...tapak kakinya tentu dah tebal. Tak rasa sakit lagi.

Orang kata Dhaka tak pernah tidur (sentiasa hidup 24 jam) dengan jumlah penduduknya di bandar ini seramai lebih kurang sama macam penduduk Malaysia. Fuyoooooooo satu Malaysia tinggal di Dhaka, apa tak sesaknya. Mana-mana pergipun ada orang.

Kedai-kedai tutup seawal 8 malam. Kawasan sekitar hotel dah gelap gelita. Kat tengah bandar tak tahulah pula, kami dah penat untuk jelajah bandar berhabuk itu malam-malam begitu. Tambah pula kena cukup rehat untuk lebih segar dan bertenaga esok hari.

Ikutkan beza masa, hanya dua jam sahaja. Mereka lambat menerima matahari dua jam daripada kita. Walaupun begitu, matahari sangat awal tidur di sini. Jam empat petangpun dah gelap gelita macam dah jam 7 petang. Tak pasti pula sebab sekarang suhu makin rendah ke musim sejuk, ataupun memang dah begini sepanjang tahun. Dan tahun ini, mereka jangkakan sejuknya akan terlebih daripada biasa.

PssssT: Entri seterusnya...kita pi soping ya ;)

Pemain Bola Sepak Negara dapat Durian Runtuh

Berikutan kemenangan skuad bola sepak negara menjadai juara dan membawa pulang PIALA SUZUKI AFF 2010, semua wira negara ini mendapat durian runtuh. Perdana Menteri Malaysia mengumumkan yang mereka akan menikmati 4 perkara sempena kemenangan tersebut, iaitu;
  • setiap pemain dan jurulatih dapat RM50 ribu dalam bentuk Amanah Saham Wawasan 2020. boleh keluarkan paling cepat dalam masa 10 tahun. Fuyooooooo penuhlah ASW depa ni selepas 10 tahun tu kan
  • setiap pemain mendapat RM15 tunai, iaitu; RM10 ribu dari Kerajaan Malaysia sementara RM5 ribu lagi daripada persatuan bola sepak Malaysia.
  • boleh buat attachment dan latihan ke luar negara yang ditaja sepenuhnya kerajaan Malayisa

Tiga orang pemain yang berasal dari Kedah pula mendapat tambahan RM5 dari kerajaan negeri Kedah.
 Penjaga gol, Khairul Fahmi Che Mat dapat rumah dari kerajaan negeri Kelantan.

Mmmmmm kayalah depa tahun 2011 ni ya ;) mintak sikit! hu hu hu

Berikutan kejayaan Malaysia merangkul kejuaraan piala Suzuki AFF 2010 ini, maka Ranking pasukan bola sepak Malaysia telah naik dua tangga seperti ditulis dalam Utusan Malaysia.
Kejayaan Malaysia merangkul Piala Suzuki AFF bulan lepas membolehkan pasukan negara meningkat dua anak tangga dalam ranking dunia terbaru yang dikeluarkan oleh Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA). Malaysia berjaya memperbaiki kedudukannya dengan menduduki tangga ke-142 berbanding tangga ke-144 sebelum kejohanan tersebut.
Menurut ranking terbaru FIFA yang dikeluarkan hari ini, Malaysia memungut tambahan 17 mata selepas menjuarai kejohanan serantau itu. Bagaimanapun, kedudukan tersebut masih jauh berbanding kedudukan terbaik Malaysia di tangga ke-75 pada tahun 1993. Kedudukan pasukan negara kini setanding dengan negara seperti Burundi (141), Tajikistan (143), India (144) dan Hong Kong (146) dan lain-lain negara yang diketahui mempunyai kekurangan infrastruktur asas seperti padang, stadium dan peralatan sukan.
Di kalangan negara Asia Tenggara pula, Malaysia berada di tempat kelima di belakang Thailand (119), Indonesia (126), Vietnam (136) dan Singapura (139). Di peringkat peringkat Asia pula, kedudukan Malaysia juga naik ke tangga ke-23 berbanding tempat ke-25 sebelum ini di kalangan 46 negara di rantau itu. Sementara itu, Sepanyol mengekalkan kedudukanya selaku pasukan nombor satu dunia selepas dibantu oleh kejayaan mereka merangkul Piala Dunia 2010. Belanda berada di tangga kedua diikuti Jerman di tangga ketiga daripada kseluruhan 203 negara yang menjadi ahli FIFA. - Bernama
PsssT: Rasa-rasanya, dapat tak kegemilangan bola sepak negara macam zaman allahyarham Mokhtar Dahari dulu kita ulangi semula?

Rabu, 12 Januari 2011

Penerbangan Ke Dhaka, Bangladesh

Pada tarikh yang cantik ini, 1111, aku kongsikan kisah ini. Entri ini akan panjang...sila buat persediaan mental yang cukup untuk hadapinya ;)

Kisah ini dan beberapa entri sepanjang minggu ini berkisar tentang pengalaman aku berada di bumi Dhaka, Bangladesh pada bulan Disember 2010 lepas. Harapnya catatan ini membuka minda kita semua untuk mengenali negara dan penghuninya yang terlalu ramai kita jumpa di negara ini.

Kali ini aku akan kongsi pengalaman perjalanan ke Dhaka, Bangladesh. Hah? Bangladesh? Apa kelas Bangladesh hu hu hu …untuk kalian yang utamakan kelas-kelas dan strata sebegitu, entri ini sangat tidak sesuai untuk anda. Entri ini hanyalah pengalaman orang-orang yang bajet ciput macam aku tetapi hati sangat besar nak jelajah dunia hu hu hu.

Aku dah penat tanya Inche Google tentang negara yang agak dekat di hati kita ini, tetapi payah nak dapatkan sumber rujukan di internet berdasarkan pengalaman orang Malaysia yang pergi sana. Tak banyak yang ditulis melainkan tampal-tampal gambar sahaja. Jadinya, sebelum ke sana, kepala aku memang tak mampu nak gambarkan apa-apa, tambahan pula sepanjang Disember aku kalut malut melompat sana sini. Jadinya, tak sempat nak Tanya betul-betul dengan Inche Google. Redah ajelah labu!

Perkara pertama kena buat: tempah tiket. Dua bulan sebelum pergi aku dah tempat tiket, RM815 naik AirAsia. Kelam kabut sana, kelam kabut sini, hamper lupa nak ambil visa walaupun Cik Bintang dah ingatkan. Nasib baik sempat. Visa perlu bayar RM37 melalui Maybank dan serahkan salinan slip tersebut ke kedutaan tinggi Bangladesh di Kuala Lumpur bersama-sama 3 keping gambar, 2 salinan borang, surat dari pihak berkaitan di Dhaka dan surat dari UKM (sebab pergi dengan urusan kerja. Kalau pergi melancong, tak perlu kot. Aku kirim sahaja dengan ketua rombongan Cik Kiah sebab pada masa tersebut aku sibuk berkayuh perahu mencari Bujang Senang di tengah Sungai Sarawak).

LCCT merupakan lapangan terbang tambang murah paling sibuk di dunia. Sangat sesak mengalahkan Pudu pada musim raya. Ramai orang. Padat. Sendat. Hari biasapun sentiasa ramai orang, apalagi kalau cuti sekolah atau musim perayaan. Macam pasar malam pun ada. Ini merupakan larian terakhir aku pada tahun ini (Semasa entri ini ditulis masih lagi 2010), naik turun belon.

Penerbangan jam 2.10 petang di LCCT dan kembali nanti jam 4.45 petang waktu Dhaka. Ada satu penerbangan sahaja sehari tetapi tidak pasti berapa kali seminggu Airasia terbang ke sana. Sila datang ke LCCT lebih awal kerana manusia terlampau ramai, perlu beratur panjang. Semasa daftar masuk, aku nampak hanya beberapa orang perempuan sahaja yang menaiki pesawat ini dan semuanya bersama-sama keluarga masing-masing. Nasib baik aku ada 2 orang body guard yang hensem lebih daripada mereka, kalau tak, huh…tak tau macam mana.

Sebelum masuk ke balai berlepas atau setiapkali terbang dengan Airasia, pastikan anda makan dahulu. Paling tak sempat pun, makanlah di LCCT. Kita tidak tahu apa yang bakal berlaku. Kali ke dua aku pusing mencari tempat makan di LCCT, barulah kami dapat tempat duduk di Mary Brown.

Di terminal, fuyoooooooooooo….aku jadi perempuan paling jelita dan rupawan kat situ. Oohhhhh sila bayangkan dengan penuh perasaan ya…body guard aku kata”Hari ni awak jadi Mak Datin Bangla” hu hu hu hu paling kurang merasa jugak aku jadi mak datin ya. Anggap sahajalah kata-kata itu pujian kalaupun tujuan asal penuturnya nak kutuk aku kaw kaw sebab warna kulit aku macam kopi terlebih susu unta (mereka bergurau aje ya…tak ada niat kutukpun).

Bila anda gunakan Airasia dan menuju ke Dhaka sebagai destinasinya, usah terlalu berharap anda akan temukan satu perjalanan nan indah-indah seperti pergi Switz pada musim bunga ya. Masuk sahaja dalam belon, suasana dan bau Dhakanya sudah dapat anda lihat dan saksikan.

Satu kapal terbang, tak sampai 10 orangpun penumpang wanitanya. Jadi, aku perlu mengalah melainkan kalau nak jadi “ganas” lebih daripada lelaki-lelaki itu. Pesawat akan deelay (penerbangan kami deelay satu jam) kerana pelbagai hal-hal teknikal.

Tak ramai penumpang dalam pesawat ini biasa terbang. Tambahan pula, dalam penerbangan ini terdapat lebih 20 orang yang dihantar pulang pihak imigresen Malaysia dengan pelbagai kes terutamanya hal-hal yang melibatkan permit kerja. Kiranya, kapal terbang ini macam tongkang yang hantar mereka pulang.

Sebahagian besar penumpangnya perlu dibantu untuk duduk di bangku yang betul. Suasana memang bingit sebab mereka ini bercakap menggunakan speaker bervolume tinggi macam dalam filem Hindi…Oppppssss! Tukar! Bukan Hindi, tapi Tamil. Usah ditanya apa hidung anda akan nikmati aromanya. Macam-macam bau ada. Nasib baik pramugari Airasia yang comel-comel tu, bila sesekali melintas memberikan aroma yang agak menyegarkan hidung.

Biarpun berulangkali diingatkan supaya tutup telefon masing-masing, mereka ni ada lesen besar. Apa dia nak heran sangat. Sebahagian besar daripada mereka akan bercakap di telefon walaupun dah masuk pesawat. Kalau sekadar umumkan di pembesar suara meminta matikan telefon, tak ada kesanpun. Pramugari perlu tepuk bahu dan minta matikan telefon, mereka hanya putuskan talian sahaja. Bila pramugari dah berlalu, mereka akan telefon semula hingga memaksa pramugari manis minta telefon tersebut dan tolong matikan hu hu hu boleh anda bayangkan betapa manisnya wajah pramugari cantik bermake up tebal itu? pertama kali aku tengok situasi begini.

Bila semua telefon Berjaya dimatikan, barulah suasana senyap seketika dan kecoh semula bila sampai bab makan. Ada juga yang mengkritik Airasia yang tak sediakan makanan percuma (aku malas nak ulas bab ni, karang tak pasal-pasal entri aku akan jadi terlebih panjang).

Lepas makan (bagi yang makan), ada pula aktiviti mesyuarat tingkap. Lepak-lepak. Bercerita. Berkenalan sesama mereka. Eratkan silaturrahim ya kawan-kawan.


Acara mesorat tingkap

Bila nak mendarat, masing-masing nak serbu tingkap untuk jenguk ke bawah. Oooohhhhh! Aku yang dah sedia darak (peeerak=jakun), tetiba je jadi sopan padahal biasanya aku yang akan terjenguk-jenguk arah tingkap nak tengok, tetapi kali ini hanya panjangkan leher sedikit sahaja. Tak sampai buat lebih-lebih sebab aku nampak mereka dah buka tali keledar dan bangun untuk jenguh bawah. Adussssssssssss!

Dhaka dari pandangan udara. Sangat padat!



Akhirnya mendarat juga di lapangan terbang Zia, Dhaka pada jam 4 petang (waktu tempatan, 6 petang waktu Malaysia). Penerbangan ambil masa tiga jam. Kami perlu naik bas ke terminal. Suasana dah gelap pada masa itu tetapi matahari masih tergantung cantik dengan warna sebam menyambut kami. Awalnya aku ingatkan sebab kabus cuaca sejuk, sewaktu balik barulah aku tahu bahawa sebam mentari itu sebab partikel udaranya yang tepu. Di bahagian atas partikel itu, mentari memancar terik. Mmmmmm banyak habuk!

Ini suraunya. Marilah ramai-ramai kita pakat bersyukur dengan surau sempurna di KLIA @ LCCT ya rakan-rakan...(pesanan dari penaja hu hu hu)



Ini pula bilik air. Penuh tradisi tempat cebok air tu. Kalau besarlah “hajatku” entah berapa kali perlu penuhkan “guri” tu. Guri?


Memang agak penat bila penerbangan ambil masa 3 jam, deelay lagi. Ambil kira juga masa menunggu dan hal remeh temeh di lapangan terbang. Di imigresen, perlu bersedia untuk beratur agak lama. Setiap seorang mengambil masa hingga lima minit. Rupanya, mereka taip semula apa yang ada dalam slip kedatangan pelancong yang kita isi itu ke dalam sistem. Belum online ya rakan-rakan...

Di hadapan imigresen, ada money changer. Sila tukarkan USD anda ke Taka ya...USD100=70.100 Taka (ikut tukaran semasa), tapi...dia orang ni anggap angka 100 kat belakang tu tak wujud. Hanya 70 000 Taka sahaja diberikan.

Di lapangan terbang ini, kami disambut dengan hurungan nyamuk. Agak lama kami ternanti-nanti, tercari-cari dan tertunggu-tunggu orang datang jemput. Kami tak ambil teksi sebab pihak penganjur sediakan perkhidmatan tersebut dengan bayaran USD50. Ikutkan rasa, memang sangat mahal bila membandingkannya dengan nilai Taka. Bila dah ada di jalan, dah tak kesahpun lagi nilai tersebut kerana kami dipandu seorang yang tahu berbahasa Inggeris dan berpengetahuan juga. Banyak maklumat tempatan kami boleh dapat.

Keluar dari lapangan terbang, kejutan budaya terjadi kepada kami.

Selasa, 11 Januari 2011

Melihat dengan Hati

Ini entri intro tentang pengalaman aku di Dhaka, Bangladesh.

Tak ramai orang suka ke negara-negara yang padat manusia dan kurang maju seperti Bangladesh, Pakistan dan India. Indonesiapun ramai orang pergi hanya sebab tambangnya murah, dekat, bahasa yang hampir sama dan tukaran matawang yang sedikit rendah. Tak sempat bosan terbang, dah pun pijak bumi semula. Namun, aku sangat percaya yang banyak penalaman kita boleh saksikan, banyak perkara boleh kita lihat biarpun di negara miskin sebegitu.

Bila ke negara-negara begini, banyak perkara kita perlu bersedia terutama fizikal dan mental. Ada masa, kita tidak boleh menduga apa yang bakal berlaku dan ditemu. Tak mampu nak jangka, contohnya; kita ingat bila infrastruktur sempurna, maka semuanya akan lancar. Namun, ada masa, itu tidak menjadi. Mentaliti orang yang guna juga turut mempengaruhi. Kalau sekadar harapkan infrastruktur sahaja tahap pertama dunia tetapi orang yang gunakan itu seperti manusia yang tidak bertamadun...apa yang ada tidak dapat dimanfaatkan sepenuhnya.

Bila keadaan menghimpit dan mendesak, ramai orang akan jadi kreatif. Masa di Bandung, aku saksikan bagaimana masyarakat tempatan mampu menjadi kreatif untuk teruskan kelangsungan hidup mereka. Ada yang jual jajan, akhbar, buah yang siap dipotong, minuman dan sebagainya antara kesesakan jalan raya atau di kawasan Pasar Baru yang menjadi tumpuan pelancong (terutama dari Malaysia). Mereka pergi kepada pengguna, bukannya pengguna yang cari mereka. Orang Malaysia, bila dan beli belah memang tak akan rasa dahaga dan lapar. Jadi mereka hadir menawarkan air minuman yang harganya lebih mahal dari di Kuala Lumpur sebenarnya. Tiga kali ganda. Namun, kita tidak kesah sangat.

Begitu juga di Dhaka. Berbanding Bandung, masyarakat Dhaka lebih kreatif biarpun tahap kemiskinannya sangat tinggi.

Bas yang menjadi pengangkutan awam sudah hilang warnanya, kemik sana sini macam tin milo. Ada juga teksi yang aku sendiri tidak dapat teka dari zaman bila (sesiapa yang suka tengok filem tamil akan dapat bayangkan bagaimana rupanya teksi itu). Ada lagi tut-tut seperti yang terdapat di Thailand (menggunakan lori kecil), tut-tut seperti di india (bertayar tiga), beca, lanca, malah bagi yang tidak mampu, mereka buat sendiri kenderaan pengangkutan menggunakan tenaga manusia untuk menariknya, beroda dua dengan struktur lainnya diperbuat daripada buluh. Boleh anda bayangkan? Bagai kembali semula ke tahun 70-an atau zaman penjajah sahaja.

Walaupun terdapat juga kanak-kanak atau orang dewasa meminta sedekah, namun mereka tidak agresif. Kalau tak bagi, mereka pergi sahaja dari situ. Namun golongan ini tidak ramai. Walaupun mereka miskin, berpakaian lusuh, kurus kering...namun sebahagian besar daripada mereka berkerja. Apa-apa sahaja termasuk mencari bahan kitar semula.

Menyaksikan sendiri dua remaja memungut barang terpakai dan kitar semula pada malam nan dingin menyengat, meminta sedikit duit dari seorang lelaki...bila lelaki itu memberinya duit, terus sahaja dia membeli sebiji pisang seorang di tepi jalan itu. Terus sahaja makan sambil meneruskan pekerjaannya menyelongkar longgokan sampah mencari barangan terbuang. Air mata hampir menitik melihatnya.

Bukan mudah untuk melihatnya dengan hati. Kerapkalinya kita selalu gunakan mata. Bukan mudah juga untuk kita jujur pada diri terutama apabila berkaitan dengan perkara-perkara yang bersangkutan dengan hati.

Ramai orang kata: kita belajar daripada pengalaman dan kesilapan. Bila sesekali silap, kita tak akan ulanginya lagi. Serik. Namun, orang juga selalu pesan, bila pernah buat tak elok, akan diulangi lagi dengan pepatah “anjing kalau tak makan tahipun, tetap hidu juga”. Ada ketika, kita memang perlu diberi peluang untuk orang lain berubah setelah dia buat silap, namun pada masa yang lain, kemaafan bukanlah layak buat orang yang sengaja membuang peluang itu.

Bila sesekali memandang dengan hati, bukan selamanya kata hati itu sentiasa benar.

Isnin, 10 Januari 2011

Keputusan Final Anugerah Juara Lagu ke 25 (AJL)

Hari ini adalah hari penentuan Anugerah Juara Lagu ke 25 (AJL) yang berlangsung di Stadium Bukit Jalil.

Berikut adalah senarai peserta dan lagu yang layak masuk ke peringkat akhir Anugerah Juara Lagu yang ke 25 (AJL 25) malam ini iaitu;

1. Faizal: Tahir Hanyut [Persembahan Terbaik]
2. Shahir: Kebahagiaan Dalam Perpisahan
3. Hafiz: Noktah Cinta [vokal terbaik, tempat ke 3]
4. Yuna: Cinta Sempurna
5. Hujan: Mencari Konklusi
6. Stacy: Jahat
7. Adira: Ku Ada Kamu
8. Black: Sofea Jane
9. Ana Rafali: Tolong Ingatkan Aku  [Juara AJL]
10. Meet Uncle Hussien: Drama King  [Tempat ke Dua]
11. Tomok: Berlari
12. A.P.I: Pelita
13. Faizal Tahir: Selamat Malam
14. Bunkface: Ekstravaganza

Lagu mana bakal menjadi juara AJL yang ke 25?

Sama-sama kita ngadap TV malam ni, itupun sambil lakukan aktiviti sosial. Mmmmmm ada sesiapa serbu stadium semata-mata nak nengok AJL tak?

PssssT: Aku kagum dengan Ana Raffali yang suka berbaju kurung dan kebaya...walaupun sambil main gitar ;) Dia ada identiti sendiri...

PssssT:  Ana Raffali kata di TV3: dia memang suka berbaju kurung.

Wardina Sifiyyah siap peluk-peluk Ana Raffali secara langsung di TV3 dalam MHI sebab kagum dan minat (Errrr...nampak macam kelakar pulak kan. Kenapalah dia boleh buat aksi paling manis secara langsung macam tu. Tolonglah, Wardina! Anda nampak tak profesional. Boleh tak tunggu masa iklan untuk adegan peluk memeluk tu?)

Mmmmm....ramai lagi tak anak muda kita suka berbaju kurung macam ni?

Sabtu, 8 Januari 2011

Kelmarin dan Hari Ini

Entri sebelum ini penuh dengan kemalasan. Mungkin sisa demam, selsema dan batuk masih ada. Jumaat, aku ke pejabat setelah uruskan segala mak nenek berkaitan insuran dan cukai jalan. Asb kering kena sedut hanya untuk itu. Tinggal sisa untuk bayaran yuran semester baru yang perlu dilunaskan selewat-lewatnya Februari. sepetang Jumaat itu aku gunakan untuk kemaskan tempat kerja.

Malu nak tunjuk gambar sebelum dikemas. Penuh dengan sampah sarap macam tempat pelupusan sampah. Berhabuk. Berselerak. Berterabur. Ambil masa sejam juga untuk rapikannya. Dan isnin ini, dah tentu semangat kerja akan lebih bertambah. Berganda-ganda. Harap-harapnya. Kan dah nak tekan gear 5 turbo ;)

Hari ini pula sental bilik air yangt berlumut sampai dinding. Tak ubah macam tandas awam percuma yang tidak ada penyelenggaraan. Huh! Sangat-sangat malu bila tetamu datang nak guna tandas itu.

Minggu lepas, aku dah halau seorang amoi comel kerana dah habis sabar dengan perangai peliknya suka tinggal di tempat pelupusan sampah. Bila dia tak ada, hati sangat lega. Lega sangat-sangat. Jadinya, minggu ni kena sental tandas tempat bersiramnya itu selama ini. Satu jam menyental hingga hilang jugalah kalori aku dua tiga bakul. Hasilnya, masih juga belum mencapai tahap kualiti yang aku ingini. Warna HITAM masih bersisa di lantai walaupun berjaya aku kilatkan dinding hingga merelip wink wink.

Tengahari jumpa akak Azieazah kita. Dah lama tak makan tart tersohor tu...sekali rembat sampai lima pack huh! ambik kau! jangan risau, takat lima tu, dua kali ngap pun dah tinggal bekas hu hu hu tolong jangan bagi tau bakal mak mertua aku ya hu hu hu

Terima kasih banyak kak Azie, susah payah hantar sampai Kajang. Lain kali saya pi amik di Maluri pulak selepas tanya Inche google lokasinya.

Jam tiga lebih kurang aku dah terpacak di Nilai 3. Hasilnya, beli cecair membersihkan lantai yang sangat-sangat-sangat berasid. Nak juga sental bilik air tu sampai boleh buat cermin tilik nasib hu hu hu

Malam ni tidur awal ya...penat tarik-tarik kain, pikul tikar getah juga hu hu hu kalaulah kalian nengok berapa banyak barang yang aku beli tu, mesti ada yang jatuh kerusi gelak terbahak-bahak.


Psssst: minggu depan aku akan coretkan pengalaman menarik sepanjang berada di Dhaka. Teruja? Ada aku kesah kalau ada sesiapa nak menyampah? Hu hu hu

Jumaat, 7 Januari 2011

Ohhhhhh! Aku dah Makin Kronik!

Rasa macam tak percaya juga bila aku tulis tiga entri tentang “cara menarik trafik” ke blog. Tiga entri tu….cayalah! Terkagum dengan diri sendirilah pulak. Waaaaaaaa macam otai pulak aku ni kan hu hu hu tarik nafas tahan perasan sekejab.

Nak Sangat Trafik, tulis Je Blog Pornografi

Cara ke Dua Tarik Trafik Blog Anda

Blog Masakan Ramai Peminatnya

Maklumlah, aku ni kan baru je semenjak dua menjak ni sahaja serius menulis entri kat blog ni. Sebelum ni pakai taram je. Ikut suka aje bila nak tulis, bila tak nak tulis. Ikut mood kononnya. Ikut kelapangan. Bagi aku, perkara paling sukar dilakukan adalah untuk menulis entri setiap kali. Satu pun payah nak kekalkan, apalagi dua tiga entri setiap hari. Sangat menggugah ketekalan hati. Namun, bila Azieazah kata “Mazidul yang sibuk tu pun boleh tulis entri dan balas komen” di blognya, terasa jugaklah pedasnya sekejab.

Terlalu banyak yang nak ditulis sebenarnya, namun bila entri perlu disiarkan setiap hari, banyak pula kerja lain terpaksa ditunda. Setiap hari ada aje kerja yang tertunda, tapi entri muncul pula pepagi hari. Huh! Sangat menggugah. Itu penyakit baru yang sukar nak ubat.

Penyakit nak tulis entri blog banyak-banyak, nak jejalan ke blog kawan-kawan yang masih juga belum sempat aku nak terjah semula walaupun dah nak masuk minggu ke dua tahun baru, aku masih lagi kalut. kalut yang entah apa-apa. terlalu banyak sangat kalut sampai aku sendiri tak tahu nak buat apa. nak buat yang mana dahulu.

Rumah dah lama bersepah. Minggu lepas adik datang dan buat operasi mop serta sapu lantai. Nasib baik dia datang kan hu huhu susah-susah kena jaga anak, kena pulak service rumah aku yang macam tongkang pecah. Bila pergi pejabat, kepala lagi serabut tengok meja yang bersepah macam tempat pelupusan sampah. Kertas bertimbun merata tempat. Atas lantai pun ada. Alahai!

Aku perlu kerja lagi keras dari tahun 2010. Gear 5 turbo ya. Namun, mood masih lagi suam-suam kuku. Pertama, sebab masih belum sihat sepenuhnya. Kedua, kepala biol dan berserabut dengan macam-macam benda yang nak kena buat tetapi masih belum disenaraikan sepenuhnya lagi. Ketika, tempat yang bersepah buatkan kepala aku juga jadi bersepah. Ahhhhhh! macam alasan yang sengaja dicari sahaja.

Maka, boleh dikatakan lengkaplah penyakit aku sekarang ni. Ada sesiapa nak jadi PA percuma tak? Aku memang memerlukan pengurus yang cekap. Isi borang permohonan ya…

Khamis, 6 Januari 2011

Blog Masakan Ramai Peminatnya

Entri ni masih lagi menyambung dua entri sebelum ini terutama kepada yang sangat teruja untuk mengejar trafik. Entri ni hanya berkisar tentang cara ke tiga nak tarik trafik ke blog kita, cara pertama dan kedua boleh jengah di;



Ramai orang ingat trafik memberi imbuhan yang besar sebab nuffnang pandang dari sudut tu untuk berikan iklan. Namun, bila ondscene yang kena terjah puluhan ribu pengunjung setiap hari hanya dapat seciput je walaupun dah lebih dua tahun tampal iklan nuffnang, aku jadi pelik juga. Kalau macam tu gayanya, apa yang jadi penentu untuk iklan berkelip-kelip sepanjang musim kat blog kita?

Cara ke tiga tarik trafik ke blog anda: Jadikan Blog Anda sebagai blog masakan yang penuh dengan tips, petua, cara memasak, dan resipi masakan. Letak gambar makanan yang mampu buat air liur ramai orang menitik, terutama bulan Ramadhan.

Blog jenis ini juga akan kena serbu terutama bila dah dekat dengan bulan Ramadhan dan Syawal. Letaklah resipi banyak-banyak, gambar masakan berkenaan juga disertakan, tips dan petua dan bla bla bla yang berkaitan masakan. Percaya tak, blog jenis ini merupakan blog ke tiga yang mendapat trafik tertinggi. Bagi anda yang memang hebat memasak tu, silalah buat blog masakan. Tampallah resipi banyak-banyak, bagilah panduan yang hebat-hebat di blog anda.

Aku? Aku memang tak akan boleh buat blog jenis ni. Kalau takat nak letak resipi cekodok bolehlah. Cekodok pisang memang tak akan tinggal. Cekodok manis. Cekodok bawang. Cekodok bilis. Cekodok jagung. Cekodok kentang. Mmmmm semuanya cekodok je...ish! Ish! Ish! Itu ajelahpun yang aku tahu masak selepas masak air untuk buat white kopi old town 3 dalam 1 hu hu hu hu....ohhhh, harapnya bakal mak mertua tak baca entri ni ya. Ampunkanlah anakanda, ya bonda. Sila latih anakanda bonda itu untuk rajin dan mahir memasak...anakonda ini hanya tahu melahap aje hu hu hu

Alahai...tadi niat nak buat entri yang pendek sahaja, tetiba terpanjang lah pulak. Membantu anda tak? Mmmm sejak bila pulak aku dah pandai menulis cara tarik trafik ni? Hu hu hu kalau terjumpa maklumat lain, nanti aku kongsi lagi ya. Maklumat ni tetiba je terjumpa lama dahulu, baru terbuka hati nak tulis. Maklumlah, aku bukannya blogger otai yang dapat juta-juta (rupiah) tiap bulan hasil tulis blog. Blog aku pun dua tiga kerat je orang melintas. Dan entri ini tentulah entri yang ...ikut suka aku je ;)


PsssssT: Kalaupun anda nak cari RM tambahan menampung kenaikan harga barang, tak payahlah tambah SAHAM tulis blog-blog bersifat tunasusila lagu tu...karang, apa korang nak jawab dalam kubur nanti? Sila baca Halal Haram Nuffnang sebagai tambah ilmu.

Rabu, 5 Januari 2011

Cara ke Dua Tarik Trafik Blog Anda

Entri hari ni sambungan dari entri Nak Sangat Trafik, tulis Je Blog Pornografi yang aku tulis semalam. Sebenarnya entri yang aku tulis tu agak panjang, jadi nak belajar pendekkan entri, aku dah patahkan kepada 3 entri. Cara ke dua untuk tarik trafik ke blog anda adalah;

2. Jadikan Blog Anda penuh dengan kisah sensasi dunia hiburan; cerita artis, gosip, gambar, kahwin dan cerai, skandal sana sini, perangai buruk artis, artis melaram, kekayaan dan harta benda mana-mana artis, kereta spot yang dimiliki...pendek kata segala-galanya tentang dunia hiburan. Letakkan juga lagu-lagu terkini yang menjadi kegilaan ramai dan boleh didownload secara percuma.

Ini merupakan blog atau laman web kedua tertinggi yang akan diterjah. Trafik memang akan tinggi. Kalau tak percaya, cuba tengok murai.com, tengok aje blog-blog berkaitan artis yang wujud masa kini. Trafik sentiasa sahaja ada. Iklan nuffnang tak pernah berhenti berkelip silih berganti walaupun siang buta. Kalau macam blog aku ni...tengah malam buta je iklan melintas. Sesaat dua timbul siang hari, lepas tu tunggulah nanti bulan timbul...itupun kalau nak timbul lagi, selalunya jarang nak timbul ;)

Letakkan gambar-gambar artis yang comel, lagu-lagu popular yang boleh didownload secara percuma (pastikan anda tidak langgar hak cipta ya), cerita ceriti mereka yang sedang hangat diperkatakan; tak kesahlah tentang skandal ke, gosip ke, kisah cinta, cerita kahwin cerai, kes mahkamah, paling pembaca nak tahu cara hidup dan harta yang mereka miliki (aku pun tak tahulah kenapa ramai sangat orang nak tahu pasal harta benda orang lain). Paling malaspun, tampal ajelah gambar-gambar mereka ketika melaram ke mana-mana anugerah. Letakkan sinopsis drama-drama terkini yang sedang meletup di kaca tv yang mereka lakonkan...

Soalnya, siapa yang nak kena jadi paparazzi? Kalau maklumat tersebut adalah cerita dan gosip yang dah ditulis di mana-mana akhbar atau blog, masihkah akan diserbu? Mungkin, sangat susah untuk aku tulis tentang dunia mereka kerana aku tidak begitu mengikuti perkembangan semasa dunia hiburan Malaysia. Anda yang prihatin, dah tentu tahu segala hinggakan Lisa Surihani suka makan tom yam pun anda tahu (aku yang suka makan tom yam sebenarnya, tak tahulah kalau-kalau Lisa Surihani juga suka tom yam hu hu hu Er...Cik Bintang, kita pergi makan tom yam lagi sekali ya).

Hujung dua minggu yang entah berapa banyak lepas dah, tetapi sebenarnya tahun lepas (nampak sangat aku sediakan koleksi entri ya...), penerbangan aku bersama segerombolan artis Malaysia tetapi mungkinkah anda akan percaya kalau aku katakan yang hanya Mr. Os seorang sahaja aku kenal? Hu hu hu memang sah lah aku tak boleh buat blog hiburan ya...

Selasa, 4 Januari 2011

Nak Sangat Trafik, tulis Je Blog Pornografi

Ini entri kedua aku tentang panduan, petua, tips dan perkongsian tentang dunia blog, terutama ilmu tarik menarik trafik ke blog. Entri pertama aku pernah tulis berkaitan Berapa Panjang Nak Tulis Entri. Semua ni aku tulis berdasarkan pengalaman aku yang tak seberapa ni. Aku bukan otai ya...baru nak cuba-cua tulis. Maklumat ini memang 100 peratus boleh dipercayai, namun...aku sarankan supaya anda tidak praktikkannya. Kenapa? Dah baca nanti barulah anda tahu kenapa hu hu hu...jom tengok!

Satu ketika, aku pernah terbaca tentang rungutan keluarga mangsa yang terlibat dalam kemalangan ngeri di Simpang Ampat yang melibatkan dua buah bas, tiga buah kereta dan sebuah van dahulu. Seorang pak cik keluarga mangsa meluahkan rasa sedihnya dengan blogger dan pengguna Buku Muka yang menulis tentang kemalangan berkenaan terutama meletakkan video di tempat kejadian. Pak Cik tersebut tertanya-tanya mengapa ramai blogger dan pengguna Buku Muka ini sentiasa mengemaskini maklumat berkenaan.

Jawapannya memang mudah; trafik! Pak cik itu tidak tahu kenapa ramai orang mengejar trafik [Kak Jie telah buktikan bahawa trafik bukannya faktor utama penyumbang duit di nuffnang, sila jenguk sini, juga seorang blogger lain di sini]. Jadi, sila abaikan ketidaktahuan pak cik tersebut. Dia memang bukan pengguna Buku Muka atau blog yang tegar (mmmm macam aku juga, bezanya...aku tahu sikit je dari pak cik tu). Jadi, bagi blogger yang ingin mengejar trafik, di bawah aku letakkan panduan bagaimana untuk menarik trafik ke blog anda. Namun, AWAS! Aku tidak akan bertanggungjawab dengan kerosakan moral, minda dan akhlak yang bakal anda lakukan jika mengikut panduan berkenaan. Tepuk dada tanya iman. Pastikan anda tahu niat sebenar anda berblog. Niat paling best bila anda tulis blog kerana Allah. Bila niatnya sebegitu...tak kan nak buat blog serupa dengan blog kamasutra ya tak?


Klasifikasikan blog anda jika mahukan trafik yang mencanak datang. Mengikut kajian, terdapat tiga jenis blog yang akan mendapat perhatian di dunia maya. Jika anda mahukan trafik yang tinggi, maka binalah blog-blog seumpama ini;

1. Jadikan Blog Anda Blog Yang penuh dengan kisah pornografi, cerita seks, gambar lucah dan video 18sx
Blog jenis ini akan diterjah trafik yang sangat tinggi. Menurut kajian, blog dan laman web jenis ini sangat popular di serata dunia. Setiap entri yang anda kemas kini dengan cerita sebegini pasti akan mendapat sambutan. Blog yang tidak terdapat unsur-unsur ini pun (blog akupun selalu juga terbabas dimasuki oleh insan yang dahagakan perkara sebegini, walaupun seingat akulah... Tak pernah tulis pun tentang cerita seru yang menggelegakkan arus darah dan nadi) ada masanya didatangi insan-insan yang mahukan cerita seru begini. Sebab itu ada blogger gunakan tajuk-tajuk panas untuk tarik trafik walaupun apa yang ditulis tak ada kaitan langsung dengan tajuk.

Jika anda nak kaya cepat dengan trafik yang tinggi, silalah bina blog jenis ini. Namun, usah ditanya hasilnya itu HALAL atau HARAM. Anda sendiri mampu menjawabnya. Itupun jika anda mengutamakan HALAL itu lebih daripada nilai RINGGIT...hu hu hu Kalau anda nak juga buat blog jenis ini...sendrey mau ingat! Aku tak masuk campur dalam bab kira mengira buku timbangan anda di Padang Mahsyar!

PssssT: aku tengah belajar nak tulis entri yang pendek, cukuplah takat ni dulu ya...sambung lagi dalam entri akan datang

PsssT: tengah tulis entri tentang Dhaka, ambil masa sikit...masih batuk, demam, selsema dan lelah kehabisan tenaga. SabaQ ya...

Isnin, 3 Januari 2011

Dah Rindu Bangi Yang Sentiasa Hidup dalam Nadi

Hari ni aku akan balik Bangi semula. Doakan moga perjalanan lancar dan tiada halangan sepanjang tempoh itu. Sambil-sambil bermalas-malas melayan batuk, aku baca akhbar online sambil juga dengar TV. Tertarik dengan dua berita dalam Berita Harian hari ini. Payah juga bila ahli sihir dah jadi kerjaya kan hu hu hu


BUCHAREST: Romania meluluskan undang-undang buruhnya yang baru dan secara rasmi mengiktiraf ahli sihir, tukang tilik dan ahli nujum sebagai satu kerjaya mulai semalam, sekali gus bererti mereka yang terbabit perlu membayar cukai pendapatan.

Tindakan itu bagaimanapun dibantah seorang ahli sihir dikenali sebagai Brata yang memberitahu laman web sebuah stesen televisyen terkenal, Realitate.net, bahawa dia akan melakukan sihir dan memecah-belahkan kerajaan menggunakan lada hitam dan yis.
Patutpun ramai yang suka menyihir orang sekarang ni ya…dah diiktiraf sebagai kerjaya hu hu hu

Berita kedua yang buatkan aku berfikir semula beberapa detik kemudian adalah tentang Bah di Australia seburuk zaman Nabi Nuh.

Sebahagian besar Queensland dan wilayah timur laut Australia terus ditenggelami banjir dengan Keluasan kawasan banjir terbabit sama besar dengan negara Jerman dan Perancis, menjejaskan lebih 200,000 orang. Pihak kerajaan tempatan menyifatkannya seperti banjir zaman Nabi Nuh.

Mmmmm aku ni tak reti sangat bab banding membanding ni…besar tu ke banjir pada zaman Nabi Nuh a.s dahulu?


PsssT: Hujan renyai yang kemudiannya semakin lebat seakan lontarkan hiba dengan kembalinya kami ke Bangi. Usah menangis SP, ada ketika aku akan kembali semula di sini…selagi ada yang sudi menerima anak dagang ini.

Ahad, 2 Januari 2011

AutoPing Entri di BlogLarian FB Sesi 2011

Selamat tahun Baru 2011. Aku masih lagi dalam kembara ketika ini, jadi tangguh dahulu tentang perjalanan ke Dhaka minggu lepas. Sementara aku tengah berdepan dengan pengalaman baru di Sungai Petani (ada sesiapa dari Sungai Petani nak jemput ke rumah tak ni?), aku tampal enteri berkaitan Bloh Larian yang akan autoping di FB. Aku berminat sangat ni.

Syaratnya mudah sahaja...
1. Pastikan blog anda sudah tersenarai di BlogLarian (sudah ada)
2. 'Like' BlogLarian FB, Bagi yang tiada FB, anda dimaafkan :) [Tak ada FB...terima kasih admin]
3. Buat satu en3 bertajuk ' AutoPing Entri di BlogLarian FB Sesi 2011' dan letakkan banner di atas dalam en3 anda dan linkkan ke en3 ini. (Dah buat)
4. Letak no rumah anda dalam BlogLarian (Sudah. No 108)
5. Letak link ini dalam en3 anda (feedback Penyewa BlogLarian)
6. Bantu BlogLarian untuk mempromosikan Page di bawah ini. Pilih 3 daripada Page tersebut dan jelaskan dengan ringkas kegunaan page tersebut menurut perspektif anda.
1. Tutorial BlogLarian
2. Contest BlogLarian (tampalkan kontes yang dianjurkan mana-mana blog kat sini. Bagi yang nak sertai kontes, bolehlah terjah sini dan jelajah semua blog-blog yang ada kontes kat sini. Semuanya terkumpul di satu tempat sahaja)
3. Santai BlogLarian (kita boleh baca macam-macam berita, menikmati magga dan download cerita di sini. Kira macam acara bersantai untuk minda di satu tempat sahaja...macam pasaraya pulak, semua barang adaaaaaaa)
4. PingSite (senarai site yang boleh digunakan untuk ping blog anda. macam-macam tempat ping ada macam Selangor Blogger, Kelantan Blogger, Geng Blogger dan sebagainya. Asal rajin je buat benda-benda remeh ni, blog anda akan glamer dan jadi tumpuan ramai...tak percaya? Apa kata buat dulu dan tengok hasilnya nanti.
5. BlogLarianSquare

7. Komen di en3 ini berdasarkan format berikut. (sudah)
  • no. rumah: 108
  • nama Blog: Saat Kau Sentuh Hatiku
  • link en3 anda
8. Penyertaan di buka hingga 31/1/11 (Masih belum tamat)
9. Tag 3 rakan anda dalam BlogLarian (jika tag yang bukan penyewa pun boleh jika anda mahu tambah penyewa di BlogLarian. Sekiranya mereka berminat, barulah buat, Tiada paksaa. Tagging ni mcm nak bgtau je :) [yang ni payah sikit nak buat...ada sesiapa berminat tak?]
Harap-harapnya blog aku diterima untuk ping di FB walaupun aku tak ada FB pun.

Jumaat, 31 Disember 2010

Syukuri Setiap Anugerah Kehidupan

Kita selalu mendongak ke langit, membilang kerlipan bintang-bintang yang indah, memuja bulan yang cantiknya hanya di mata, walhal hakikatnya...permukaan bulan berkerutu bak pipi ditumbuhi jerawat batu, atau menadah memandang terang mentari biarpun kita tahu hangatnya telah membahang ke kulit.

Tak salah bercita-cita tinggi dan simpan angan-angan menggunung dalam hidup ini, kemudian berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk mencapainya. Memang tak salah. Apa yang salah adalah; terlupa nak pandang ke bumi tempat kaki kita berpijak. Terlupa yang kita sebenarnya berada di dunia realiti.

Terlalu agungkan tingginya wan, langit, bulan, bintang dan seluruh isi planet, usahlah sampai lupakan rumput yang menjalad di bumi. Usahlah leka hingga tak sedar asal dan duduk diri. Kejarlah sebanyak manapun isi dunia ini, namun, ada masa-masa tertentu usahlah leka dengan apa yang kita miliki. Semua itu hanya pinjaman. Usah lupa untuk bersyukur dengan apa yang ada biarpun kita masih lagi rasa tak cukup. Rasa masih lagi nak tambah. Rasa macam masih belum banyak lagi kita kumpul.

Memandang kurangnya orang lain, melihat sukarnya hidup orang lain, melihat betapa banyaknya usaha orang lain perlu dilakukan demi menyambung hayat hingga esok hari, pernahkah kita bandingkan dengan diri sendiri?

Tak salah kita ada impian setinggi langitpun, itu akan beri kita tenaga untuk mencapaipun. Tambah pula, berangan tu tak payah bayar. Seronok pun berangan. Namun, pada masa yang sama, usahlah sombong dan bongkak dengan apa yang kita tak pernah rasa cukup itu. Kalau Allah nak tarik, sesaat pun lenyap semua.


PsssssT: Selamat menyambut tahun baru 2011. Saat ini, daku tiada di Bangi...