Selasa, 8 Mac 2011

Yusry Suka Ulasan Filem Hikayat Merong Mahawangsa Aku Tulis Entri Lepas

Waaaaaaaaa panjang betul tajuknya. Gempak tak? Tak apa...asal, baca tajuk pun dah tahu apa isinya. Tajuk yang tepat. Itu kata cikgu Bahasa Melayu kalau dia baca blog aku hu hu hu

Bila aku tulis tentang kehebatan filem Hikayat Merong Mahawangsa, aku memang maksudkan begitu. Harapkan begitu juga. Sangat teruja. Keterujaan itu melimpah-limpah melebihi masa tengok filem Magika tahun lepas.

Rupanya ramai juga tak sabar menantikan waktu tayangan filem arahan Yusry Abdul Halim ni. Ingatkan aku seorang. Minggu lepas, Cik Bintang cuba untuk tempah secara online lebih awal, tetapi tak dapat.

Percaya tak, kalau aku katakan...entri Aku Hampir Gila Menunggu Hikayat Merong Mahawangsa telah mendorong Yusri terjah blog aku. Tak percaya? Cuba tengok ni...


Tu lah...sape suruh tak percaya. Kan betul tu. Bukan calang-calang orang terjah blog aku. Yusri tuuuuuuuuu!

Mentang-mentanglah aku puji Filem Hikayat Merong Mahawangsa, ingat nak mintak tiket percumalah tu hu hu hu tapi kan, kalau dapat, apa salahnya. Bagilah banyak-banyak sikit. Boleh aku ajak rombongan cik Kiah sekali. Boleh kongsi dengan orang lain juga. Sesiapa yang baca blog aku ni, aku bagi je dua tiket untuk tengok Filem Hikayat Merong Mahawangsa, kan best boleh buat gitu….macam aku dapat tiket percuma filem Dostana dulu tu. Bolehlah menonton berdua-duaan dengan penuh berkaliber gitu...Mmmm sorilah, aku dah mula berangan ni.

Itu kalau KRU atau Yusry bagi aku tiket percuma barang sepanggung dua hu hu hu. Dah dia tak bagi, beli ajelah sendiri memasing ya…errr, betul ke Yusry dah terjah baca review aku pasal Filem Hikayat Merong Mahawangsa ni? Betul ke dia suka dengan review tu? Jom kita tengok betul ke tidaknya ya…


Errr…kenapa macam lain macam sikit ni?
Hu hu hu Yusri lain daaaaaaaaaaaa. Terima kasih ya Yusri, datang meriahkan blog aku ni ;) Dapat pulak idea untuk ceriakan awal minggu macam ni ;)


Apa kata kita sama-sama terjah blog Aku Hidup Dalam Blog yang empunya diri bernama Yusri ni. Yusri Wahab ya…bukan Yusry Abdul Halim…

Apa-apa kes pun, jom lah kita nengok Filem Hikayat Merong Mahawangsa. Jommmm la! Jommmm la!

Isnin, 7 Mac 2011

Iklan Kursus Perguruan Lepasan Sijil Malaysia (KPLSPM) 2011 Keluar Hari Ini


Permohonan Kursus Perguruan Lepasan Sijil Malaysia (KPLSPM) akan diiklankan dalam akhbar utama mulai 6 Mac 2011 (Ahad).

Permohonan boleh dibuat secara online di Portal rasmi Kementerian Pelajaran Malaysia bermula 7 Mac 2011 di http://www.moe.gov.my/ . Sekejab tadi ada pergi ke portal tersebut, tetapi masih belum ada makluman tentang hal ini. Apa-apa hal pun, jika adik-adik berminat, bolehlah pergi cari akhbar esok pagi. Jangan terlepas peluang pula.

Kepada adik-adik yang sangat berminat untuk jadi pendidik, atau sedang mencari peluang menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi, bolehlah mencuba nasib ya. Jadi cikgu ni kerjaya yang mulia tau…sampai mati orang panggil cikgu.

Jumaat, 4 Mac 2011

Ngendap si Ensem Walkswagon Merah

Zaman sekarang ni, payah nak jumpa lelaki ensem yang sopan santun. Serius aku cakap. Lagilah kalau naknya si ensem tu masih solo. Memang confirm tak akan jumpa sebab lelaki ensem yang tak berapa nak sopan dan tak berapa nak santun pun orang dok berebut kiri kanan, apalagi kalau dah ensem pulak. Sopan santun lagi. Lagi tambah bonus bila dia naik walkswagon warna merah. Lagilah terserlah kehensemannya tu.

Errrr sukacita dimaklumkan, pada hari Jumaat yang mulia ni…aku TERhendap si ensem walkswagon merah masa sama-sama beli barang dapur di Econsave hu hu hu. Nasib baik budak lagi, kalau tak…jenuh dia nak kena lari aku kejar la la la

Tadi juga aku terdengar umpatan sekumpulan lelaki kat kedai kopi;


Perempuan yang make-up nak rak tu bukannya perempuan cantik. Dah sedar tak berapa nak cantik, itu yang tonyoh macam tepong gomok
Ada apa-apa komen tentang statement tu?
Kamu ni kan, boleh tak lepas solat tu, pi tambah bedak sikit…lipstik sikit. Muka tu pucat je…cuba tengok mak cik cleaner tu…lagi tebal make-up dia dari kamu tau!

Dialog tu aku dapat dari seorang rakan sekerja tahun lepas. Mana ada orang lain berani komen aku macam tu hu hu hu …errrr bukan aku ni mak cik cleaner jugak ke?


PsssT: Setiap 15 minit ada pasangan bercerai. Ada kaitan tak dengan ngendap si ensem walkswagon merah tu?

PsssssT: Hari minggu lepas, tertunai sudahlah hasrat hatiku…makan nasi kerabu selama dua hari sebanyak tiga kali sehari. Hebat tak?

Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) dipanggil Berkhidmat Semula

Berita baik kepada sejumlah 13 ribu Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT). notis pemberhentian dan ditamatkan perkhidmatan Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) yang dikeluarkan pada tahun lepas, ditarik balik. Syaratnya, perlu berkhidmat di mana sahaja.

PsssT: bukan berat sangatpun syarat tu. Masa usia muda ni lah boleh jelajah segala ceruk tempat timba pengalaman & ilmu. Kat Malaysia je pun, bukannya perlu ke Libra, Mesir atau IraQ pun...

PsssT: Huh! Karpal Singh tak bayar cukai? Biar betoiiiii! Ada sesiapa boleh check tak? Karpal Singh tak nak buat pengakuan ke?

Khamis, 3 Mac 2011

Aku Hampir Gila Menunggu Hikayat Merong Mahawangsa

Aku tahu tentang kewujudan filem Hikayat Merong Mahawangsa masa tengok filem Magika tahun lepas. Tengok promo je pun, aku dah tahu filem itu akan jadi filem yang hebat. Kali ini, Yusry yang jadi pengarahnya dan bakal ditayangkan pada 10 Mac 2011. Tak sabar nak tunggu!


Hikayat Merong Mahawangsa merupakan sebuah filem yang menggabungkan cerita-cerita sejarah dan mitos tiga tamadun terkenal dunia iaitu Melayu, China dan Rom. Filem epik aksi yang akan ditayangkan di 72 buah negara itu dibintangi oleh Stephen Rahman-Hughes, Gavin Stenhouse, Jing Lusi, Datuk Rahim Razali, Ummi Nazeera, Nell Ng, Khir Rahman, Craig Fong, Jehan Miskin, Umie Aida dan Mano Maniam. Beberapa pelakon dari United Kingdom, Sweden dan China juga terlibat dalam filem ni. Hikayat Merong Mahawangsa juga menggunakan 15 pelakon aksi lagak ngeri yang didatangkan dari Hong Kong. Filem ini menggunakan 50 peratus dialog dalam Bahasa Melayu dan selebihnya bahasa Inggeris. Ia membabitkan lebih 300 pelakon akan menggunakan judul The Malay Chronicles-Bloodlines untuk tujuan pasaran dan tayangannya di peringkat antarabangsa.

Apa yang buatkan aku lagi teruja sebab filem ini merujuk kepada Hikayat Merong Mahawangsa yang terkenal itu (aku je la kot yang kenal). Selain itu, kostum dan props dalam filem epik drama itu juga akan diimport dari Amerika Syarikat dan China kerana filem ini juga melibatkan Empayar Rom dan China. Kostum berkenaan mengikut daya imaginasi, kesesuaian watak dan latar masa kurun ke-11 sewaktu era kegemilangan Kerajaan Langkasuka. Empat buah kapal yang ada di antaranya berukuran 60 kaki kali 20 kaki saiznya telah dibina bagi menggambarkan jalan cerita filem ini di samping bantuan unsur-unsur CGI.

Filem ini juga menjadi filem Melayu pertama yang menggunakan lagu-lagu skor di dalamnya dengan kerjasama MPO (Malaysia Philharmonic Orchestra) dengan hampir 100 pemuzik. Lagu tema berjudul Sedetik Lebih sangat merdu dialunkan suara Anuar Zain. Jiwang sekejab aku hu hu hu

Sedetik Lebih: Anuar Zain



Lokasi penggambaran filem ini dilakukan sekitar Kuala Terengganu dan Besut di Terengganu, malah Kuantan dan Kuala Lumpur. Skripnya pernah dirombak sebanyak 16 kali dengan kos pembikinan filem ini hanya RM8 juta tetapi filem genre epik dan aksi itu dihasilkan bak sebuah produk bertaraf Hollywood yang sepatutnya mencecah ratusan juta ringgit. Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi membiayai geran lebih RM4 juta bagi pembikinan filem tersebut. Empat juta tu memang banyak, tetapi dengan hasil yang sebegitu, aku percaya pelaburan itu berbaloi.

Setakat ini filem Hikayat Merong Mahawangsa bukan sahaja mampu mencuri hati aku yang tak suka tengok filem Melayu di panggung, tetapi juga berjaya menarik perhatian ramai pengedar filem luar semasa menyertai Pasaran Filem Eropah (EFM) di Berlin, Jerman pada 11 hingga 21 Februari lalu. 25 pengedar dari 25 buah negara seperti United Kingdom, Jerman, Rusia, Perancis dan negara-negara Timur Tengah sudah pun menempah untuk mengedarkannya di negara mereka. Kagum tak?

Tengoklah macam mana mereka buat promo…fuyoooooooooooooooo! Macam bukan filem Malaysia je.

Hikayat Merong Mahawangsa (Official Teaser)



Hikayat Merong Mahawangsa (Official Bahasa Malaysia Trailer)



KRU juga pandai promosikan filem ni. Biasanya orang buat program Di Sebalik Tabir... Atau The Making Of...sahaja, tetapi hikayat ini tampil dengan sebuah program dokumentari khas. Itu yang aku tabik spring tu. Dokumentari ini digunakan mereka untuk mengelakkan masyarakat daripada terus keliru mengenai mitos Merong Mahawangsa yang selama ini diceritakan secara turun-temurun oleh nenek moyang kita.

Ada 3 siri di sebalik tabir Hikayat Merong Mahawangsa di Youtube. Silalah cari sendiri kalau nak tengok.

Terdapat pelbagai versi dan tafsiran tentang naskhah Merong Mahawangsa yang asal, dokumentari memberi peluang kepada penonton untuk menilainya melalui beberapa sesi temuramah dengan pakar-pakar berkaitan. Antara individu yang terlibat dalam penghasilan dokumentari itu ialah Datuk Wira Mohd Shaarif Abu Samah (wakil Istana Kedah), S. Mohan (Presiden Hindu Sangam Malaysia), Prof. Emeritus Datuk Khoo Kay Kim (Sejarawan), Datuk Dr. Wan Shamsudin Mohd Yusof (Sejarawan Negeri Kedah) dan Datuk Dr. Siti Hawa Salleh (Ahli Filologi dan Pengkaji Buku HMM). Dalam erti kata lain, ia adalah penterjemahan intelektual untuk menyokong penterjemahan berbentuk hiburan bagi filem HMM, barulah orang lebih yakin. Bukan calang-calang orang tokoh yang ditemubual. Semua mereka ini pakar dalam bidang tersebut. Ada sesiapa lagi yang berani pertikaikan?

Ini promosi percuma sebelum filem ni pecah panggung. Yusry tak pernah bayar aku apa-apa untuk promosi filem terbarunya ini, tetapi aku sangat-sangat bangga dengan usaha mereka. Pada masa hadapan, mereka akan jadi lagenda dalam industri perfileman negara kita, macam apa yang telah dicipta oleh P.Ramlee. Harap-harapnya, selepas ini, kita tak malu lagi nak masuk panggung untuk tengok filem Melayu. Errr…ada sesiapa nak ajak aku tengok filem hebat ni tak?