Jumaat, 20 Februari 2009

Pesta Buku Bangi



Balik dari jogging petang semalam aku ternampak satu banting di sebelah PKNS tentang Pesta Buku Bangi yang diadakan bermula 18 Februari hingga Mac 2009. Asalnya nak balik rumah terus sebab dah penat sangat berjalan selama 2 jam, tapi bila ternampak banting berkenaan, langkah kaki melencong ke arah PKNS tersebut.

Bagi sesiapa yang nak melabur dalam bidang ilmu, bolehlah pergi ke kompleks PKNS Bangi untuk beli buku. Potongannya hingga 30 peratus sahaja yang aku nampak setelah melilau beberapa minit di sana. Janganlah harapkan macam Pesta Buku Antarabangsa di PWTC setiap April tu, tapi kira bolehlah untuk dapatkan buku-buku bacaan yang diterbitkan beberapa penerbit.

Ada satu tapak tu disewa oleh penjual buku-buku terpakai. Agak bagus juga. Ada beberapa judul buku yang aku berkenan dan nak beli tetapi disebabkan aku pergi jogging dan sekadar singgah sahaja di PKNS tu, jadi tak bawalah duitnya. Buku-buku terpakai ini terdiri daripada pelbagai jenis buku ilmiah, novel-novel dan juga majalah-majalah. Novel Saga umpamanya, terdapat dalam dua versi cetakan. Menarik tu....
Semasa menyebokkan diri untuk snap sana sini di kawasan pesta buku tersebut, tiba-tiba aku tersnap gambar YB tersohor di Bangi ni...YB Shafie Abu Bakar. Mmmmm nak pergi ucap salam dekat-dekat pun tak berapa nak sesuai. Maklumlah baru balik dari jogging. Semerbak baunya...

Bangi bandar Ilmu. Jadikan amalan membaca sebagai amalan kita sekeluarga. Selamat menambah ilmu!

Khamis, 12 Februari 2009

Bila Februari Bertandang




Februari datang lagi. Ada apa dengan Februari?


Kalau ditanyakan pada golongan muda mudi pada hari ini, tarikh 14 Februari memang tidak asing lagi kepada mereka. Malah, ada sesetengahnya sangat ditunggu-tunggu. Kononnya itulah tarikh untuk Hari Berkasih Sayang. Persoalannya, hanya 14 Februari sahajakah kasih sayang perlu diingati? Kenapa 14 Februari, kenapa tidak 15, atau 27 atau 29 Februari? Pada tarikh yang lain itu, kasih sayang tidak perlu diingati lagi?

Perayaan Hari Kekasih atau Valentine’s Day mula menjadi budaya dalam masyarakat kita khususnya generasi muda, sekitar akhir tahun 1980-an kesan dari budaya asing yang masuk melalui berbagai saluran media sama ada cetak mahupun elektronik. Kononnya hari inilah hari yang paling tepat untuk mengungkapkan perasaan cinta dan kasih sayang kepada orang yang dicintai atau dikasihi.

Kini, Hari Valentine bagaikan menjadi sebahagian daripada budaya timur yang kita amalkan. Sama seperti menyambut hari Taipusam, Deepavali, Cah Goh Meh, ataupun mesti ramai yang akan marah kalau disamakan juga dengan Hari Raya Aidiladha atau Aidilfitri. Hakikatnya, promosi tentang sambutan itu sangat meluas. Lihat sahaja sambutan yang diadakan melalui program TV yang ditayangkan atas nama “Valentine’s Special”.

Sesekali, jelling-jelinglah persekitaran yang sudah mula membudaya dalam masyarakat kita kini bila tibanya Februari. Jenguk-jenguklah pasaraya yang membuat pelbagai promosi untuk hadiah sempena perayaan ini. Potongan harga untuk minyak wangi, pelbagai cenderahati yang comel di rak seperti anak beruang, patung, ataupun kad-kad yang direka khas. Harga bunga-bungaan pada tarikh ini memang akan melambung naik secara mendadak. Tempahan makan malam direstoren terkemuka, kelab, hotel-hotel pula akan penuh. Dengan harga promosi yang melambung-lambung yang ada masanya memang tak masuk akal pula. Pihak hotel pula menawarkan pakej-pakej istimewa seperti ‘Makan Malam Hari Kekasih atau Hidangan Makan Malam Romantik’ dan sebagainya yang mempunyai tujuan untuk menyambut Hari Kekasih.

Lebih membimbangkan, kebelakangan ini pesta perayaan Hari Kekasih dirayakan dengan pelbagai sambutan yang tidak bermoral seperti yang dilaporkan oleh media massa. Mereka banyak menghabiskan malam perayaan tersebut dengan berpasang-pasangan, mengadakan parti, minum malah bergaul bebas dan sebahagiannya yang ada kala akan diakhiri dengan pesta seks. Hati kita lebih tergugah bila semua itu melibatkan muda mudi Melayu beragama Islam pula. Sedih!

Valentine’s Day mempunyai hubungan yang rapat dengan sejarah, tradisi dan ajaran Kristian. Berdasarkan penyelidikan yang tak seberapa kulakukan, berikut adalah apa sebenarnya yang dipanggil Valentine Day itu. Jom sama-sama kita tambah ilmu sejarah hari ni…

Sejarah Permulaan Valentine’s Day

Terdapat tiga pendapat mengenai asal-usul Valentine’s Day:

i. Valentine’s Day bermula semasa pemerintahan empayar Rom iaitu dengan menetapkan 14 Februari sebagai hari cuti bagi orang Juno, ratu kepada dewa-dewa dan dewi-dewi Rom. Hari berikutnya iaitu 15 Februari bermulanya Pesta Lupercalia iaitu perayaan tradisi bagi masyarakat
Rom di mana pada malam pesta tersebut, nama-nama gadis Rom ditulis di atas kertas dan dimasukkan ke dalam bekas. Setiap pemuda akan mencabut nama di dalam bekas itu dan nama yang terpilih akan menjadi pasangannya di sepanjang pesta berlangsung.

ii. Pendapat kedua menyatakan bahawa pada 14 Februari 270 Masihi, St. Valentine dibunuh kerana pertelingkahannya dengan Raja Romawi yang diperintah oleh Raja Claudius II (268-270M). Pada waktu itu Raja Claudius telah membatalkan semua perkahwinan dan pertunangan kerana Rom banyak terlibat di dalam peperangan. Menyedari hakikat itu, St. Valentine dan St. Marius telah mengahwinkan orang-orang Kristian dengan pasangan mereka secara rahsia. Akibat perbuatan tersebut, St. Valentine telah ditangkap dan diheret, yang akhirnya dihukum belantan sehingga mati serta dipenggal kepalanya pada 14 Februari pada tahun 270 Masihi. Bagi memperingatinya sebagai simbol ketabahan, keberanian dan kepasrahan dalam menghadapi cubaan hidup, maka 14 Februari dijadikan sebagai hari memperingati kematian St. Valentine dan iainya adalag satu upacara keagamaan.

iii. Pendapat ketiga mengatakan Valentine’s Day diambil daripada nama seorang paderi yang paling berpengaruh pada zaman pemerintahan Ratu Isabella dari Sepanyol iaitu St. Valentine yang status kedudukannya adalah di tempat kedua tertinggi selepas Pope. Apabila St. Valentine menyatakan hasrat untuk berkahwin dengan pasangannya dari pengamal protestan sewaktu kerajaan Sepanyol berjaya menumpaskan kerajaan Islam, timbul kegemparan rakyat Cordova kerana St. Valentine merupakan seorang Paderi Katolik yang tidak boleh berkahwin dengan pengamal Protestan, lebih-lebih lagi paderi sememangnya tidak boleh berkahwin. Tindakan St. Valentine yang mengambil keputusan berkahwin dengan pasangannya itu telah menimbulkan rasa murka Ratu Isabella, lalu memenjarakannya buat sementara waktu. Ratu menetapkan 14 Februari sebagai Hari Kekasih untuk St. Valentine sendiri.

Hujjah dan Dalil
Islam sangat prihatin dan menghendaki supaya umatnya mempunyai identiti yang tersendiri dan berbeza dengan identiti umat yang lain. Penghayatan akidah Islam, pelaksanaan ibadah, muamalah dan akhlak serta tradisi-tradisi yang ada pada umat Islam tidak boleh sama dan serupa dengan umat lain, apalagi mencampuradukkan akidah dan ibadat agamanya dengan akidah dan amalan agama lain. Ini berdasarkan firman Allah S.W.T;

Bermaksud:
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
[1] Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai orang-orang kafir!
[2] Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah.
[3] Dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) yang aku sembah.
[4] Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat.
[5] Dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat.
[6] Bagi kamu agama kamu dan bagiku agamaku.
(al-Kafirun ayat 1-6)

Jadinya umat Islam tidak boleh tampil dengan cara yang sama dengan umat lain dalam hal-hal bersifat individu, misalnya dalam hal berpakaian, minuman, hiasan rumah, gaya hidup, penampilan dan sebagainya. Hukum Islam jelas dalam hal melarang umatnya meniru atau menyerupai budaya dan cara hidup orang bukan Islam. Ini berdasarkan hadith Rasulullah S.A.W. :
Bermaksud:
Sesiapa yang mengamalkan perkara yang bukan dari pada amalan kami maka ia akan ditolak” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)


Keputusan Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor
Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor Kali 1/2006 pada 21 Februari 2006 telah memutuskan bahawa:
“Amalan merayakan Valentine’s Day tidak pernah dianjurkan oleh Islam. Roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam.


Sebagai kesimpulannya, budaya dan amalan meraikan Valentine’s Day adalah dilarang sama sekali oleh agama Islam. Perayaan tersebut mengandungi unsur-unsur ritual dan kepercayaan agama Kristian serta amalannya yang bercampur baur dengan maksiat. Di dalam Islam, usaha untuk memupuk kasih sayang tidak semestinya dilakukan hanya pada hari tersebut sahaja kerana cinta merupakan satu proses yang berpanjangan dan berterusan sehingga seseorang menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Sekiranya Jawatankuasa Fatwa negeri Selangor telah memutuskan bahawa amalan merayakan Valentine Day ini dilarang dalam Islam, masihkah kita mahu meraikannya? Masihkah kita mahu mengagungkannya? Mungkin ada yang akan pertikaikan dengan alasan, betapa Islam juga agungkan kasih sayang. Pada aku secara peribadi, kasih sayang itu sepanjang hayat. Bukan hanya sehari dalam setahun. Bukan hanya ketika bunga mawar melambung harganya. Tidak juga terletak pada sebotol pewangi yang naik harganya itu.

Kalaupun nak menyatakan perasaan kasih sayang, luahkanlah pada hari yang lain. Pada hari harga bunga mawar tidak melambung-lambung tinggi. Pada hari harga pakej makan malam di hotel berbintang-bintang itu pada kadar yang biasa, ataupun pada hari harga pewangi dibuat Jualan Gudang. Kan jimat tu!


Artikel berikut merupakan kutbah Jumaat yang telah dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Selangor yang boleh diperolehi di
http://www.jais.gov.my/index.php?option=com_content&task=view&id=72&Itemid=1.


"LARANGAN MERAIKAN HARI MENGINGATI KEKASIH "


Sidang jumaat yang berbahagia,
Marilah kita bertakwa kepada allah s.w.t dengan sebenar-benar takwa iaitu dengan mematuhi suruhannya serta meninggalkan larangannya, dan takutlah bahawa sesungguhnya azab allah s.w.t adalah suatu yang pasti bagi orang-orang yang ingkar dan ianya adalah terlalu dasyat untuk dihadapi.

Sidang jumaat yang dihormati,
Sejak kebelakangan ini, keruntuhan akhlak para remaja islam telah sampai pada satu tahap yang membimbangkan. Kegiatan-kegiatan sumbang,tidak sihat serta salah laku semakin menjadi-jadi seperti yang dilaporkan oleh media massa dan ada juga yang berlaku didepan mata kita. Lebih membimbangkan apabila golongan yang ramai terjebak dalam masalah sosial adalah para remaja dan belia, yang menjadi harapan bangsa dan agama masa hadapan.

Para remaja dan beliau merupakan aset negara yang amat berharga, yang bakal menjadi pemimpin, walaupun sekurang-kurangnya sebagai pemimpin dalam keluarga. Mereka wajib mengisi dada dengan ilmu dan iman bagi mempersiapkan diri sebagai pelapis pemimpin negara serta keluarga dan bukannya hanya asyik leka dengan keseronokan duniawi. Akibat keruntuhan ini, sekirannya tidak dibendung, pasti akan membawa kepada kerugian dan kehancuran keluarga, masyarakat,bangsa,agama dan negara. Kegagalan menghayati ajaran islam dan kemasukkan budaya tidak sihat yang dibawa oleh golongan yang memusuhi islam mempercepatkan lagi kehancuran umat islam dan peradabannya.

Syahadat yang pernah kita lafazkan mengandungi ikrar bahawa tiada tuhan melainkan allah serta Nabi Muhammad s.a.w itu pesuruh Allah,tetapi mengapa kita gagal mengahayati tuntutan tersebut?, sebaliknya lebih banyak terpengaruh dengan ciri-ciri ajakan dan meniru cara hidup musuh-musuh islam, terutamanya golongan Yahudi dan Nasrani Laknatullah, yang berkiblatkan hasutan iblis dan syaitan.

Minggu hadapan apabila masuknya tarikh 14 Febuari, adalah tarikh yang diingati oleh sebahagian golongan muda mudi. Pasti kita lihat nanti, akan ramai anak remaja islam yang turut meraikan tarikh tersebut sebagai Valentine's Day. Minbar jumaat hari ini mengingatkan, bukannya untuk kita meraikan hari tesebut, sebaliknya biarlah ia berlalu begitu sahaja.

Sidang jumaat yang dihormati,

Nabi s.a.w pernah ditanya oleh sahabat tentang siapakah yang terselamat diakhirat kelak?
Jawab Baginda: Mereka itu adalah golongan yang menuruti perjalananku dan perjalanan para sahabatku.

Harus diingatkan Valentine's Day ini bukan amalan yang disuruh oleh nabi atau para sahabatnya Tabiil At-Tabiin atau para solihin, adalah sangat malang lagi bila mana valentine's day ini diraikan oleh pasangan muda mudi yang bukan mahram serta direstui pula oleh ibu bapa yang jahil tentang hukum-hukum agama. Pasangan kekasih ada kalanya meraikan hari valentine's day ini hingga berakhir di pub-pub, disko-disko, hotel-hotel dan berpenghujung dibilik-bilik sehingga berlakunya zina, yang kononnya sebagai tanda cinta kepada pasangan kekasih yang mereka sayangi.

Sidang jumaat yang dihomati,
Sebagai seorang Islam yang beriman, siapakah kekasih yang seharusnya kita agung-agungkan?.Sebagai umat Islam kita hendaklah menjadikan Allah dan Rasulullah S.A.W itu sebagai kekasih utama, kemudiannya ibu bapa yang melahirkan serta membesarkan kita.
Terdapat tiga tanda untuk mendapat kemanisan iman iaitu,
1. Cinta kepada Allah dan Rasul lebih dari seisi dunia.
2. Kasih dan benci sesuatu kerana allah.
3. Terlalu takut kepada kekufuran serta cukup takut dilontar kedalam api neraka.
Jika sudah berani keluar dengan pasangan bukan muhrim, sanggup dipeluk dan dibelai oleh pasangan yang bukan muhrim, sanggup menggadai kesucian diri untuk orang yang dianggap sebagai kekasih tanpa ikatan nikah, adakah perilaku ini dianggap sebagai kasih kerana Allah dan takut pada api neraka Allah?.

Sidang jumaat yang dihormati,
Valentine's Day itu diambil dari nama seorang paderi yang begitu berpengaruh pada zaman pemerintahan ratu dari Sepanyol. Terdapat beberapa variasi bagaimana valentine's day dikaitkan dengannya, namun sekurang-kurangnya terdapat dua variasi yang telah dicatat dalam sejarah.

1. Valentino adalah orang terpenting ratu Isabella yang berjasa menumpaskan kerajaan islam Krodova, Sepanyol. Ratu Isabella dan seluruh rakyat menganggap dia sebagai kekasih, lalu 14 Febuari itu diraikan sebagai tanda kemenangan dalam menyembelih dan menumpaskan umat islam serta memadamkan cahaya Islam di Sepanyol.

2. Sebelum mencapai kejayaannya menumpaskan islam, Valentino dikatakan mempunyai dua orang kekasih. Kekasih pertamanya beragama islam dan kekasih keduanya beragama kristian. Memandangkan berlainan agama, maka dia terpaksa melupakan kekasihnya beragama Islam dan menumpukan kepada kekasih keduanya yang berpahaman Protestan. Apabila beliau berjaya menumpaskan kerajaan Islam di krodova sepanyol, maka ratu Isabella bertanya kepadanya, apakah bentuk ganjaran yang ingin dikurniakan atas kejayaanmu itu? Lantas Valentino menyatakan keinginannya untuk mengahwini kekasihnya, yang berpahaman protestan itu. Permintaan ini menimbulkan kemarahan kepada ratu Isabella dan juga rakyat Kardova kerana Velentino merupakan paderi katolik sedangkan kekasihnya seorang protestan , tambahan pula beliau adalah seorang paderi ia sememangnya tidak boleh berkahwin. Atas kemurkaan inilah beliau dipenjarakan, tetapi sebagai mengenangkan jasa paderi ini maka tarikh 14 Febuari dianggap sebagai "Hari Mengingati Kekasih".

Di barat, hari kekasih bermaksud hari tersebut para pasangan kekasih bebas melakukan apa sahaja. Mereka bukan sahaja bertukar bunga-bungaan, malah mereka akan melakukan perkara yang berada diluar batas moral manusia dan akhirnya berlaku perkara yang tidak sepatutnya mereka lakukan. Agak bahaya budaya ini telah dijadikan sebagai gaya hidup pada golongan muda mudi kita masa kini. Firman allah s.w.t :

"Dan belanjakanlah (apa yang ada pada kamu) kerana menegakkan agama Allah, janganlah kamu sengaja mencampakkan diri ke dalam bahaya kebinasaan, baikilah perbuatan kamu, kerana sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berusaha supaya baik amalannya". (Al-Baqarah: 195)

Sidang jumaat yang berbahagia,
Amalan menyebut hari valentine's ini, jelas bertentangan dengan Islam dan hari yang tidak dimuliakan oleh Islam. Hari yang asasnya bukan dari akidah yang benar, malah sesiapa dikalangan umat islam yang meraikannya samalah seperti dia meraikan perjuangan seorang paderi yang telah berjaya meruntuhkan Islam dibumi Allah di Sepanyol itu.

Meraikan valentine's day juga seolah kita mengiktiraf perilaku seseorang kasanova valentino yang mengheret dua kekasih dalam satu masa. Hari kekasih yang dibawa oleh musuh-musuh Islam ini tanpa disedari bertujuan melekakan dan merosakkan akhlak umat Islam. Sedarlah, bahawa budaya ini bukan budaya Islam. Budaya ini adalah kudis yang membawa barah kerosakkan dalam masyarakat kita, yang mana kumannya dikirim oleh musuh-musuh Islam dalam agenda mereka untuk memusnahkan khususnya para remaja Islam. Sewajarnya kita lebih menghayati dan meraikan kekasih kita -Habibullah- iaitu Nabi Muhammad s.a.w yang telah menyinari kehidupan manusia dari kegelapan kepada cahaya seluruh alam.

Ya-allah , kurniakan kehormatan dan keselamatan, penjagaan dan perlindungan ,kesuburan dan penghasilan, keatas negeri kami, negeri selangor darul ehsan. Jadikan rakyatnya bersatu padu, berilmu pengetahuan dan berakhlak mulia,lindungi kami daripada persengketaan, perpecahan,fitnah memfitnah dan bencana alam. Semoga dengan demikian negeri selangor dan rakyatnya bertambah makmur dan berkat.
10 Februari 2006

Jadinya…masihkah kita mahu meraikan 14 Februari dengan cara yang sama seperti mereka? Apa bezanya Mereka berbanding anda?

Anda sendiri memang tahu jawapannya.

Rabu, 11 Februari 2009

Remaja Zaman Sekarang

Bila baca pasal kelakuan anak muda, anak remaja dan adakalanya anak yang dah beransur-ansur nak sampai senja ni, adakala rasa semacam pula. Kak Tie kita risaukan anak bujangnya yang masih lagi sekolah rendah. Masih disekolah rendah sudah di urat anak dara orang. Kerisauan Kak Tie tu boleh anda baca di http://kaytieze.blogspot.com/2009/02/apa-sudah-jadi.html

Memang susah jadi ibu zaman milaneum ni. Semua perkara nak kena risau. Banyak benda nak kena perhatikan. Perlu ditinjau. Cabaran hidup anak-anak kini pada zaman penuh pancaroba ini jauh bezanya dengan kehidupan kita pada musim-musim yang sudah. Masa seusia umur anak Kak Tie itu, aku rasanya masih lagi belum pandai nak mengurat anak teruna orang (sampai sekarang pun belum pandai-pandai jugak tu...). Bila di sekolah menengah, menyebut nama rakan-rakan sekelas lelaki pun kena marah.

Kebimbangan Kak Tie memang ada asasnya. Gejala sosial kian memberat kini. Toleh kiri kanan, hati jadi risau. Suasana masyarakat kita yang dah semakin maju dan TERBUKA masa kini (tak kira cara berfikir atau cara pakaian yang dikenakan...mmmm semuanya terbuka), bukan sahaja Kak Tie yang ada anak teruna itu sahaja yang risau. Aku pun risau jugak.

Aku sarankan agar rajin-rajinlah Kak Tie gunakan perkhidmatan awam. Dalam komuter, LRT ataupun monorel, Kak Tie boleh tengok macam-macam gelagat remaja yang ada masanya masih rebung lagi tetapi aksi mereka boleh buatkan muka kita yang dah jadi buluh ni memerah. Ramai antara mereka tak kesahpun untuk berpelukan mesra dalam perkhidmatan awam sebegitu lebih-lebih lagi kalau musim sesak dan sendat dengan manusia. Siap melentokkan kepala ke dada sang teruna lagi. Jadinya, kalau setakat anak teruna Kat Tie kena hendap tu, masih berada pada aras yang belum bahaya lagi. Kak Tie akan lebih risau bila anak bujangnya itu melangkah ke sekolah menengah.

Bukan semua remaja, muda mudi atau anak gadis dan teruna zaman ini yang sebegitu. Tak ramaipun, hanya segelintir sahaja. Namun yang segelintir itulah yang boleh sentap jantung kita. Sebenarnya masih ramai lagi anak-anak remaja, muda mudi dan si dara jetita yang masih tepu dengan kesopanan dan susila timur. Namun, kesusilaan dan budaya timur yang dibawa mereka ini buatkan mereka tidak begitu menonjol dan menyerlah di khalayak. Ataupun juga disebabkan mereka ini “normal” dan biasa-biasa sahaja berbanding dengan dua tiga kerat yang lain yang begitu menonjol atau sengaja menonjolkan diri itu. Itulah sebabnya mereka lebih mudah kita ingat, kita kenang dan kita rasa sakit kepala.

Buat anak-anak muda, adik-adik remaja dan anak bujang teruna alaf baru ini, jagalah susila diri. Jagalah Islam yang kita anuti. Jagalah nama baik ibu bapa. Jagalah juga susila timur yang kita dukungi. Remaja hanya sekali, jadi peluang yang datang hanya sekali itu usahlah dicemari dengan sesuatu yang akan kita tanggung akibatnya sepanjang hayat. Adik adik ini lebih bijak dari kami dahulu, jadi gunakanlah kebijaksanaan itu ke arah yang sepatutnya. Jika sekali buat silap, alangkah ruginya andai terpaksa menanggung akibat daripada kesilapan berkenaan sepanjang hayat kita. Bukankah lebih baik kiranya usia muda digunakan untuk membina hidup yang lebih bermakna apabila dewasa nanti?

Fikir-fikirkanlah!

Selasa, 10 Februari 2009

Jualan Gudang Utusan

Berita tentang Jualan gudang di Utusan aku dapat semasa singgah di blog ini beberapa hari sebelumnya http://celikhuruf.blogspot.com/2009/02/masih-ada-jualan-buku-majalah.html. maklumat di blog ni aku guna untuk ke laman sawang Utusan. Lebih banyak maklumat boleh dapat di sana.

Jadinya, Sabtu 7 Februari lepas aku rancang ke alamat yang dinyatakan di Shamelin Perkasa. Aku ajak adik dan kakak sama, kotlah dia orang nak borong buku juga. Kami ni memang kaki buku, memang PANTANG benar kalau ada jualan Gudang buku macam ni. Confirm muflis punyalah!
Ingatkan besar-besaranlah dia punya jualan gudang tu...maklumlah, namapun jualan gudang. Namun apa yang terpacak dalam fikiran kami tu berbeza sangat. Dah lah kami memang tak biasa dengan tempat tu, banting atau iklan tentangnya yang tergantung kat tepi jalan juga payah nak jumpa. Hampir habis minyak suku tong unser tu barulah kami jumpa tempatnya.

Paling aku suka kat jualan gudang tu adalah kamus...harganya dah jadi semurah ni

Lain-lain tu biasa sahaja. Paling murah buku boleh dapat dengan harga RM1. Novel-novel ada yang 3 buah RM10. Akhir cerita, langsai juga RM184.60 kat situ. Kakak pula RM182.60. MUFLISSSSSS. Nasib baik sebab beli buku, bukannya beli barang-barang kurang penting.

Kat bawah boleh lihat kemeriahan yang ada kat sana.

Bila balik, buku-buku yang dibawa hanya 4 beg plastik. Budak-budak ni pula seronok bawa balik belon.
Mmmmm tapi...memang PENAT GILA. Bukan sebab jinjing buku, tapi...kejar bebudak ni...Adusssssssssss

Jumaat, 6 Februari 2009

Cadangan Parking Lot



Nampak macam comel je tempat letak kereta macam ni kan...ruangpun jimat. Ada kemungkinan tak untuk Malaysia bina tempat "simpan" kereta macam ni?

Rabu, 4 Februari 2009

Surau di Kompleks Beli Belah

Seronok kan kalau boleh selalu pergi shooping. Apalagi kalau musim jualan murah sama ada semasa jualan mega, jualan musim perayaan, jualan musim cuti ataupun jualan tiap hujung bulan bila dapat gaji. Diskaunnya adakala tak masuk akal. 80 peratus tu...bukan senang nak dapat, walaupun aku masih mengidamkan jualan hingga 100 peratus diskaun. Ada ke?

Sogo memang antara tempat klasik yang aku suka pergi bila nak beli belah atau lepak. Sebabnya, tak ramai orang. Lagi pula senang, ada stesen Bank Negara untuk komuter. Tak payahlah aku tukar train di Sentral. Masa balik juga begitu manfaat. Ada tempat duduk berbanding kalau naik di Sentral yang perlu berasak-asak.

Namun, ada satu perkara yang agak menyedihkan tiap kali ke Sogo. Pusat beli belah sebesar itu, meletakkan suraunya di kawasan yang paling terpencil. Di kawasan letak kereta yang panas. Pengap. Kecil dan sempit juga.


















Pada waktu puncak seperti musim perayaan dan hari minggu, ruangnya padat dan basah dengan air tapak kaki pengunjung. Waktu Maghrib terutamanya, ada masanya tiada ruang untuk berdiripun sementara menunggu giliran solat.Sekalipun ada kipas disediakan, pengudaraan yang tidak sempurna buatkan ruang sempit itu lebih pengap. Lebih hangat.

Sesekali beli belah di Time Squere, jenguk-jenguklah suraunya di tingkat 8 bagi muslimin dan tingkat 7 untuk muslimat. Aku tak pernahlah masuk ke surau muslimin tetapi surau muslimat yang disediakan itu tidaklah sempit sangat. Ada penyaman udaranya. Ada kipasnya. Namun, kesedaran pengguna yang rendah menyebabkan kemudahan ini “sedih” untuk dipandang. Sejadah dan telekung solat bukan sahaja berbau hapak dan kusam, tetapi amat kotor. Bersepah di lantai tanpa berkemas dengan rak yang disediakan atau ampaian terbiar kosong. Itu belum lagi dicampur dengan sepahan tisu yang digunakan cik adik manis buat mengelap lebihan gincu. Mmmm kalau diikutkan, cantik molek orangnya tetapi...pengotor! Dengarnya Islam mementingkan kebersihan! Fuihhhhhh. Hal-hal sebeginilah yang sukarkan kita nak jawab bila ditanya oleh orang bukan Islam. Mohon maaf, tidak dapat disertakan gambar buktinya kerana suasana tidak mengizinkan snap sekeping dua gambar. Melibatkan aurat juga.


Di bangunan Low Yatt yang majoriti dikuasai kaum Cina pun, meletakkan suraunya di tingkat UG (dahulu) tetapi kini telah dipindahkan ke B2, di tingkat bawah tanah searas dengan tempat letak kenderaan. Surau dahulu (di aras UG) sempit, namun penyaman udara memberi keselesaan kepada pengunjung. Bersih dan teratur juga. Dan kini, bila berpindah ke aras B2, surau berkenaan lebih selesa. Luas, bersih. Bukan sahaja ada kipas, tetapi ada juga penyaman udara. 

















Cuma sedikit canggung bila tempat wuduknya dibina bersebelahan antara tempat wuduk lelaki dan wanita. Bagi sesetengah orang memang tak kesah, namun bagi dua tiga tengah orang yang lain, rasa tidak selesa. Maklumlah, untuk mengambil wuduk, memerlukan wanita membuka sebahagian besar daripada tudungnya. Mmmm janggal lah pulak!

 















Di pusat beli belah Bukit Bintang dan Wang Plaza, surau comelnya memang terjaga. Selesa. Bersih. Kemas dan teratur. Telekung wakafnya juga kira bolehlah digunakan dengan selesa, tanpa bau hapak. Walaupun bilik wuduknya agak jauh sedikit, namun kecacatan sebegitu boleh dimaafkan bila selesa berada di dalam surau comelnya itu.

 

 














Nak surau yang lagi selesa masa beli belah, pergilah ke KLCC. Luas. Bersih. Selesa. Yang biasa-biasa aje suraunya bila berkunjung ke MidValey. Di Alamanda, Putrajaya...seadanya sahaja. Taklah secantik dan sebersih di Buikit Bintang Plaza, namun tidak juga sampai ke tahap surau di Sogo atau Berjaya Time Squere. Kiranya selesa seadanya sahaja. Kalau dahulu, semasa Alamanda baru dibuka, suasana dan persekitaran suraunya sama seperti di KLCC. Dah lah luas, bersih, selesa dan menyenangkan. Namun kini, tahapnya turun sedikit walaupun masih tergolong antara surau yang masih selesa digunakan.

Tak kira surau manapun kita pergi semasa beli belah, perkara utama yang perlu diingat adalah awasi barangan sendiri terutama dompet dan telefon canggih yang dibawa. Entah mengapa, tempat ibadat sebegitu menjadi tempat paling bagus untuk mencopek. Sedihkan!


















Khamis, 29 Januari 2009

Anda Prihatin?

Kiranya anda seorang yang prihatin, bacalah satu kisah duka yang memerlukan bantuan semua.
Pada 2 Januari 2009 yang lepas, aku menerima SMS mengkhabarkan seorang sepupuku (usia awal 40-an) telah dipanggil Ilahi dalam satu kemalangan di Jalan Gua Musang-Lipis. Saat itu, yang menjelma di ruang mata hanyalah nasib anak-anaknya (6 orang).

Isterinya surirumah sepenuh masa. Tidak pernah berkerjapun sejak berkahwin. Hanya menjaga anak-anak dan keperluan rumah tangga. Anak keduanya belajar di Sekolah Menengah Sains, Machang. Untuk seorang anak kampung yang dikelilingi dengan suasana belajar yang tak seberapa, melangkah ke sekolah sains adalah sesuatu yang membangggakan.

Setelah ketiadaan sepupuku itu, aku sendiri tidak tahu bagaimana mereka akan meneruskan kehidupan dengan cabaran dunia hari ini. Anak-anak ada 6 orang yang semuanya masih kecil. Aku risaukan persekolahan mereka akan terjejas, terutama anak sulungnya itu. Dia punya harapan untuk maju dan meningkatkan taraf hidup mereka sekeluarga nanti. Kami, saudara maranya yang terdekat hanya mampu hulurkan sedikit bantuan. Namun, aku cukup pasti yang ianya masih tidak begitu cukup meringankan beban yang terpaksa mereka tanggung.

Mereka bukan sahaja hilang ketua keluarga yang menjadi tonggak rezeki, malah hilang terus punca pendapatan. Kalaupun isteri arwah cuba mencari pekerjaan, dengan anak-anak yang masih kecil serta memerlukan jagaan, kelulusan yang tidak seberapa dan peluang pekerjaan yang agak terbatas dek kegawatan ekonomi, memang amat sukar untuknya.

Kiranya anda seorang yang prihatin dan bersedia untuk membantu anak-anak yatim ini, berikut adalah nombor akaun yang boleh disalurkan bantuan itu;



Nama: Mohamad Hasyir Ashfal bin Hapani & Normain Bt. Omar (akaun bersama dengan anak bongsu)
No. Akaun: 03-072-02-087969-6 Bank Islam.



Aku faham kiranya ada yang akan melambat-lambatkan sumbangan tersebut kerana bank yang digunakan. Aku juga begitu. Sering tertangguh. Kalau Maybank atau CIMB, lebih mudah bagi kita. Sambil uruskan bayaran bil atau hal-hal boleh bank in sama untuk ini. Bila pergi ke bank semata-mata untuk ini, acap kali benar tertangguh.


Mereka tidak pernah tahu yang kisah mereka itu aku masukkan ke dalam blog ini. Mereka pun tidak pernah tahu blog itu apa. Tidak ada ahli keluarga kami yang tahu tentang hal ini. Semua ini aku lakukan dengan niat untuk membantu mereka. Manalah tahu, ada hamba Allah yang tulus ikhlas mahu membantu kesinambungan kehidupan anak-anak yatim ini.


Kalau boleh aku tak mahu anak-anak itu keciciran pendidikan mereka. Kalau boleh aku tak mahu isteri arwah tertekan dengan kehilangan berkenaan hingga abaikan persekolahan anak-anak hanya kerana masalah kewangan. Kalau boleh juga, aku tak mahu anak-anak itu terpisah kerana terpaksa diserahkan kepada orang lain (walaupun saudara mara kami juga) kerana anak-anak itu perlukan kasih sayang seorang ibu. Setelah hilang seorang ayah, amat malang bagi mereka andai dipisahkan sebegitu pula.


Marilah kita tingkatkan cinta kasih kepada fakir miskin dan yatim piatu. Insya Allah kelak di akhirat kita dikumpulkan bersama orang-orang yang mengasihi fakir miskin dan yatim piatu serta menjadi satu gerbong kebajikan bersama Rasulullah Muhammad SAW beserta orang-orang shalih, seperti firman Allah yang bermaksud;


“Tahukah kamu (orang) yang mendustakan agama? Itulah orang yang menghardik anak yatim, dan tidak menganjurkan memberi makan orang miskin. Maka kecelakaanlah bagi orang-orang yang shalat, (yaitu) orang-orang yang lalai dari shalatnya, orang-orang yang berbuat riya dan enggan (menolong dengan) barang berguna”. (Al-Qur’an, surah Al Maa’un: 1-7): terjemahan Indonesia.


Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
[1] Tahukah engkau akan orang yang mendustakan agama (meliputi hari pembalasan)?
[2] Orang itu ialah yang menindas serta berlaku zalim kepada anak yatim,
[3] Dan dia tidak menggalakkan untuk memberi makanan yang berhak diterima oleh orang miskin.
[4] (Kalau orang yang demikian dikira dari bilangan orang-orang yang mendustakan agama), maka kecelakaan besar bagi orang-orang Ahli Sembahyang;
[5] (Iaitu) mereka yang berkeadaan lalai daripada menyempurnakan sembahyangnya;
[6] (Juga bagi) orang-orang yang berkeadaan riak (bangga diri dalam ibadat dan bawaannya),
[7] Dan orang-orang yang tidak memberi sedikit pertolongan (kepada orang yang berhak mendapatnya).
(Al-Qur’an, surah Al Maa’un: 1-7) Terjemahan Malaysia di http://quran.al-islam.com/Targama/DispTargam.asp?nType=1&nSeg=0&l=eng&nSora=107&nAya=1&t=mal

Bagi anda yang prihatin dan ikhlas ingin membantu, saya (kena sopan sikit) mewakili keluarga tersebut mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih. Hanya Allah sahaja yang akan membalas kesediaan dan keikhlasan semua. Moga anda diberkati kehidupan di dunia dan akhirat. Aminn.

Bagi yang lebih mampu, sama-samalah juga membantu saudara seIslam kita di Gaza. Mereka berani sabungkan nyawa berjihad menegakkan Islam. Apalah sangat jika nak dibandingkan dengan nilai sepinggan nasi yang kita dermakan. Jadinya, sama-samalah kita menyumbang ke tabung NSTP dan Maybank melalui;

Maybank 514105-320501, atas nama NSTP Fund For Gaza.

Dunia kita kejar, hari kemudian juga perlu kita ingat. Dunia ini ladang akhirat. Di dunialah kita perlu berbuat kebajikan dan kebaikan. Apa saja amal dan kebajikan yang kita buat dunia akan kita tuai hasilnya di akhirat kelak. Ia tidak berdasarkan berapa banyak amalan itu, tetapi berapa ikhlas dilakukan. Tak kira sebesar zarah sekalipun kebaikan dan kebajikan yang kita lakukan di dunia ini, akan ada balasannya kelak. Sesungguhnya janji Allah itu benar.

Meriahnya Raya!

Malaysia memang negara yang bertuahkan? Apa tidaknya, dah la ada berbilang bangsa. Melayu, India, Cina. Di Sabah dan Sarawak tu dah pun hampir seratus suku kaum. Tambah lagi dengan Siam, Myanmar, Filipina, Indon, Bangla, Pakistan (alamak, Pakistan ni yang payah nak sebut! Adoi!) dan bla bla bla...tak cukup jari kaki dan tangan nak kira.

Disebabkan negara kita ni pelbagai kaum dan bangsa macam tong sampah kitar semula (macam-macam ada!), jadinya, dah tentulah ada banyak perayaan kan. Ada Raya Aidilfitri, Raya Aidiladha, Xmas, Deepavali, Tahun Baru Cina, Taipusam, Gawai, dan macam-macam lagi. Menarik kan?


Masa orang sibuk nak raya Xmas akhir tahun lepas, beginilah suasana Sogo masa tu.


Ramai orang kan? Berpusu-pusu. Sesak. Nak sorong kakipun payah. Nak beli barang jangan haraplah. Siksa banget nak pilih. Tak nampak barangpun. Penuh dengan orang. Ni pulak kat luar (petang)










Masa Tahun Baru China Januari 2009 pula, suasananya begini;
Ginilah suasana kat luarnya...


Kat dalamnya...hu hu hu, rasa nak nagis je...gambar2 tu dah terdelate masa aku nak save. Sadis!
Pada Hari tahun Baru Cina, Sogo dibuka jam 12. Beratur pengunjung menunggu depan pintu. Ingatkan dia orang nak serbu apa-apa yang istimewa (hanya ditawarkan pada hari CNY saja...Hampeh! tak ada apapun!).
Ni pula di Low Yatt Plaza. Tak ramai orang...tanglung pun tak meriah...














Ada beza tak dengan Sungai Wang Plaza dan Bukit Bintang?






















Ini di Time Squere. Menarik kan?

Lebih banyak gambar di Time Square dan Sogo yang menarik sebenarnya, tapi aku...terdelate. Mmmmm nak nangis!
Kalau singgah di KL Sentral pada hari tersebut, nampak macam tak ada apa-apa perayaan pun di Malaysia. Kenapa ya? bukankah di situ tempat berlaku pertukaran ke mana-mana destinasi sama ada di bandar atau untuk ke tempat lain? Aku tak ada jawapan...korang ada?

Apapun aku kagum betul dengan semangat muhibah rakyat Malaysia ni. Tak kira perayaan apapun, kita saling berbelanja sakan. Saling berlumba sesakkan jalan untuk balik kampung. Meriahkan?

Agak-agaknya, ada tak negara lain di dunia ini semeriah di Malaysia tiap kali sambut apa-apa perayaan?




Jumaat, 23 Januari 2009

Kalau ada orang merajuk, nak buat macam mana ye? Ada sesiapa nak bagi cadangan? Cadangan terbaik akan dihadiahkan dengan ayam jambu ni. Macam sedap je dibuat kari!



Jangan lupa ya...beri pendapat kalian yang bernas lagi memberangsangkan tu sampai kalah mutu Beras Bernas ye... hu hu hu

Selasa, 20 Januari 2009

Musim Curi Kenderaan?

Berikut adalah berita yang aku baca secara online...

Utusan Malaysia 20 Januari 2009
200,000 pekerja hilang kerja?

KUALA LUMPUR 19 Jan. – Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF) menjangkakan 200,000 pekerja di negara ini terpaksa diberhentikan berikutan merudumnya ekonomi global berbanding 85,000 pekerja sewaktu kemelesetan ekonomi 1998. Menurut MEF yang dianggotai 4,500 majikan itu, kemelesetan ekonomi global 1998 hanya membabitkan peringkat Asia berbanding krisis semasa yang lebih meluas kesannya.

Pengarah Eksekutif MEF, Shamsuddin Bardan berkata, sektor yang terjejas teruk pada masa ini ialah industri komponen elektronik dan elektrikal apabila ada di antaranya tidak menerima tempahan produk untuk tempoh tiga bulan pertama tahun ini. Sebagai langkah bertahan, syarikat terbabit mula melakukan pemotongan kos operasi dengan menghapuskan sistem kerja lebih masa atau menghentikan pekerja dan bagi kes yang kritikal, sudah ada yang menutup operasi atau cawangan.
Katanya, perkembangan negatif itu berpunca daripada kekalutan ekonomi global sehingga menguncupkan pertumbuhan ekonomi Amerika Syarikat (AS), Eropah dan Jepun yang menjadi pasaran utama produk elektrik dan elektronik negara.

“Keadaan ini dijangka berlarutan sehingga 2010 dan paling awal pasaran dapat distabilkan ialah dalam jangka masa 18 bulan. Pada 1998, seramai 85,000 pekerja diberhentikan dan kali ini kita jangka angka itu meningkat sekali ganda mencecah 200,000 orang,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr. S. Subramaniam bahawa kira-kira 45,000 pekerja dari pelbagai sektor pengilangan mungkin kehilangan pekerjaan apabila kebanyakan kilang akan memberhentikan sementara pekerja menjelang perayaan Tahun Baru Cina pada hujung bulan ini.

Shamsuddin berkata, menyedari keadaan yang semakin getir, MEF telah bersemuka dengan Unit Perancang Ekonomi (EPU) Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Sumber Manusia serta Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) bagi mengemukakan beberapa cadangan untuk memastikan syarikat yang mula tenat itu diberi sedikit bantuan untuk bernafas.

Katanya, MEF telah mencadangkan kepada kerajaan untuk meminta Tenaga Nasional Berhad (TNB) menyemak semula kenaikan tarif elektrik sebanyak 26 peratus yang mula dikuatkuasakan pada Julai 2008.

“Semakan kadar itu bukan sahaja untuk sektor industri dan perniagaan bahkan orang ramai juga berhak menikmati kadar tarif baru. Kalau kedua-dua sektor ini terbeban, duit tak ada banyak dan orang pun tak berbelanja, sebab itulah kita perlu merangsang ekonomi dalam negara,” katanya.

Situasi semasa sebegini antara lain akan meningkatkan kadar jenayah di Negara kita. Kes pecah rumah, ragut, rompakan dan kecurian akan meningkat. Kita hidup dalam suasana yang tidak tenteram. Harta benda perlukan kawalan yang lebih tinggi. Kenderaan seperti kereta dan motor akan lebih banyak dicuri. Jadinya, langkah awal yang perlu diambil adalah tingkatkan kawalan keselamatan. Ciri-ciri keselamatan yang tinggi mengurangkan risiko kecurian kenderaan anda. Berikut antara cadangan yang boleh difikirkan bersama-sama;

Satu
Sumber Berita : Berita Harian, 2007-05-23, Posted on May-23-2007 3:33 am
Pelajar UTM cipta sistem cegah curi kenderaanDua
SISTEM KESELAMATAN ELEKTRONIK UNTUK KERETA ANDA

















DUA

IMMOBILIZER TOUCH & START (T&S)

Immmobilizer T&S tersembunyi dan tidak kelihatan. Kesemua wayar yang digunakan berwarna hitam.
Immobilizer T&S bersifat 'Stand Alone' dan tidak mengganggu sistem penggera kereta yang sedia ada
Immobilizer T&S mengunci secara automatik sistem elektronik enjin kereta setiap kali enjin dimatikan
Immobilizer T&S memastiikan kereta anda TIDAK dapat dihidupkan walaupun suis utama kereta telah diceroboh, dikopak atau di 'Jump Start
Immobilizer T&S sesuai untuk semua model kereta seperti Proton, Perodua, KIA, Honda, Toyota, Nissan, Ford, Mitsubishi, Mazda, Hyundai dan lain-lain
Immobilizer T&S memberikan lebih keyakinan apabila anda meletakkan kereta di tempat awam
Immobilizer T&S melengkapkan 3 lapisan keselamatan kereta anda iaitu Kunci Mekanikal, Suis Utama dan kunci keselamatan Elektronik Immobilizer


Bagaimana Ia Berfungsi??
Sistem Sentuhan (Touch & Start - (T&S))
Cara Penggunaan:
Bagi kereta yang telah dipasang dengan sistem immobilizer ini:
1) gunakan kunci kereta seperti biasa
2) letak / atau sentuhkan sedikit jari tangan kanan pada besi kunci
3) sentuhkan jari tangan kiri pada sensor yang tersembunyi baru kereta boleh dihidupkan.
(a) sensor ini boleh diubah atau disembunyikan sendiri mengikut citarasa atau keperluan pengguna.
4) "by pass* atau "off system' disediakan
(a) guna bila diperlukan. Contoh: bila hendak menghantar kereta ke bengkel atau kedai cuci kereta.
5) amat mudah digunakan, mudah difahami walaupun dengan sekali penggunaan, telah banyak digunakan oleh kaum wanita dan warga emas.
Sistem Magnetik Chip (MC)
Cara Penggunaan:
Bagi kereta yang telah dipasang dengan sistem immobilizer ini:
1) gunakan kunci kereta seperti biasa
2) letak / atau sentuhkan magnetic chip pada sensor yang tersembunyi baru kereta boleh dihidupkan.
(a) sensor ini boleh diubah atau disembunyikan sendiri mengikut citarasa atau keperluan pengguna.
3) 'by pass' atau 'off system' disediakan
(a) guna bila diperlukan. Contoh: bila hendak menghantar kereta ke bengkel atau kedai cuci kereta.
4) amat mudah digunakan, mudah difahami walaupun dengan sekali penggunaan, telah banyak digunakan oleh kaum wanita dan warga emas.

Pemasangan.
Pemasangan adalah percuma untuk kawasan Lembah Klang dan Seremban. Tempat-tempat lain, anda boleh membuat pemasangan di kedai aksesori berhampiran anda.
Semua wayar sistem berwarna hitam bagi mengelirukan,menyukarkan dan menyusahkan pencuri professional jika ingin menanggalkan sistem ini yang telah dipasang pada sesuatu kereta.
**Pemasangan memgambil masa 30 minit hingga 50 minit

Korang surf sendirilah produk ni kalau berminat. Aku bukannya ejen. Tak dapat komisen pun.

KETIGA
Tak mampu nak pasang? Jangan risau. Ada cara lain lagi nak pastikan kenderaan anda tetap selamat walaupun tidak menggunakan kos yang tinggi. Ikuti seperti cara berikut;










KEEMPAT

Ambil kira tips di bawah ini agar kenderaan anda lebih terjamin selamat. Yang ni modal lebih kecil;

General : Elakkan dari kenderaan anda dicuri
Hari ni saya dapat sedikit info dari CRIME PREVENTION INFO iaitu beberapa tips bagi mengelakkan kehilangan kereta atau motosikal kesayangan kita.
Mungkin ramai yang dah tahu tips-tips ni tapi kekadang kita tak praktikkan pun. Jadi kebelakangan ni kes-kes pengangguran pun meningkat. Ekonomi juga dijangka meleset sampai ke kemuncaknya pada tahun hadapan. So kemungkinan graf jenayah termasuk kecurian kenderaan juga meningkat. Ok kita boleh ikut tips-tips di bawah untuk jaga keselamatan motor kesayangan kita.

Curi KenderaanTempat di mana kecurian kerap berlaku;

Tempat letak kereta awam,

Komplek membeli-belah

Di hadapan rumah, tepi jalan raya

Tempat letak kereta di hotel-hotel


Faktor berlaku kecurian

Tidak dikunci, Tiada kunci tambahan, Meletakkan di tempat yang terpencil atau gelap pada waktu malam, Meninggalkan barang berharga di motosikal,

Bagaimana mencegah kecurian kereta

Pastikan kereta dipasang dengan alat penggera keselamatan yang baik·

Memasang kunci tambahan untuk stering, gear, roda dan kelac.

Pastikan juga kereta sentiasa dikunci·

Sentiasa meletak kereta di tempat yang mudah dilihat dan pada waktu malam, letak di tempat yang terang berlampu

Pastiakn anda berhati-hati supaya kunci kereta tidak ditiru semasa menghantar kenderaan anda untuk diservis

Jangan serahkan kunci kepada ‘Jockey’ kereta·

Adalah lebih baik untuk menukir nombor pendaftaran di cermin kereta (’sandblasting’)Bagaimana mencegah kecurian motosikal·

Letak motosikal ditempat yang dikhaskan·

Pastikan anda mengunci motosikal ketika meninggalkannya·

Letakkan di tempat yang mudah dilihat dan pada waktu malam letak di tempat yang terang/berlampu·

Rantai dan kunci tambahan adalah penting untuk mengelakkan motosikal daridicuri·

Pasangkan alat penggera kecurian motosikal dan ukirkan nombor pendaftaran motosikal pada bahagian-bahagian yang jelas dilihat.

Ok kita cuba praktikkan seperti yang disarankan di atas InsyaAllah selamat motosikal kita.
Kita tak boleh nak tawakkal jer tapi mesti didahului dengan usaha barulah berhasil.
Sekian

Selasa, 13 Januari 2009

Kita masih beruntungkan?

Petang ini, sambil merenung lereng bukit yang ditarah belakang pejabatku, hati terdetik sesuatu. Kotak fikir terkenangkan beberapa hal. Nak kongsi tak?

Jom hayati gambar-gambar yang dah lama tersimpan dalam komputer aku ni...

Kalaupun sukar nak beli kasut baru yang selesa, paling kurang kita patut bersyukur adanya kaki yang sempurna. Andai sebegini, entah bagaimana upaya kita...

Kalaupun hanya ada motor cabuk, ianya lebih banyak untung berbanding dia. Entah berapa banyak kudrat digunakan untuk angkut semua ini.
Masa kecil dulu, aku angkut padi tuaian dalam guni rami balik ke rumah guna motor, entahkan terdaya tidaknya andai sebegini.

Kita selalu anggap diri sendiri paling malang di dunia ini. Begitukah sebenarnya? Kalaupun ada banjir, tanah runtuh...sampai tahap inikah kita di Malaysia ini?


Biar semiskin manapun kita di Malaysia ini...tidaklah sampai menulis pada jongkong batu bata. Masih ada banyak tandas awam yang boleh kita conteng kan?
Alangkah bertuahnya diri kita kan?

Pada usia sebegini, harapnya kita dah boleh menikmati pencen seadanya...

Apa yang berlaku pada masa depan kita memang tak tahu, namun...harapnya, tidaklah sampai sebegini.
Kita masih untung kan?
Masih punya rumah walaupun rumah sewa...Kasihan betul atok ni, roboh ranap kediamannya. Belum kira penghuninya lagi yang sama-sama berkubur bersama runtuhan batu bata.


Kita masih untungkan? Hidup dalam suasana aman damai.
Berbalah mulut masa pilihanraya, kembali berbaik semula selepasnya.
betul ke? Anda sendiri yang jawabnya.


Lihatlah mereka...nyawa bak senipis kulit bawang. Bila-bila masa sahaja boleh melayang.
Memanglah ajal dan maut kita tak tahu, namun...sekurang-kurangnya kita dapat rasakan betapa selamatnya hidup di bumi merdeka...
Hari ini, bersyukurlah kita.
Hari ini...kuinsafi kelebihan yang kita ada. Lalunya, salahkah andai berkongsi sedikit nikmat yang kita ada dengan mereka?
Tanyalah hati. Tanyalah kotak fikir. Tanyalah iman...usah disuakan pertanyaan itu pada selera. Kernanya..makin ditanya selera, makin banyaklah maunya. Makin kedekutlah diri...
INFO: Tabung NSTP Untuk Gaza

MEREKA yang ingin menderma kepada Tabung NSTP Untuk Gaza boleh berbuat demikian dengan menyerahkan sumbangan kepada Bahagian Kewangan NSTP, 31 Jalan Riong, 59100 Kuala Lumpur atau menerusi akaun Maybank 514105-320501, atas nama NSTP Fund For Gaza.

SUMBANGAN juga boleh dibuat dengan menyerahkan bantuan kepada syarikat bersekutu NSTP iaitu TV3, 8TV, ntv7 dan TV9 selain rangkaian radio miliknya. Tabung NSTP Untuk Gaza dibuka sehingga 7 Februari.
Kalau seorang rakyat Malaysia bank in seringgit seorang pun dah berapa juta dapat kita kumpul. Itu baru seringgit. Belum lagi dua tiga ringgit.
Jika Mawi anda boleh laburkan beringgit-ringgit untuk undi, apalah sangat dengan nilai yang sama anda transfer ke akaun di ataskan. Yang kita bantu itu pejuang Islam. Yang kita sokong itu fisabilillah. Yang kita beri itu hanya material. Berbanding dengan mereka yang berani angkat senjata, apalah sangat nilainya sumbangan kita kan. Terlalu kecil. Mereka bukan saja sanggup angkat senjata untuk berjuang, malah sanggup hilang nyawa. Kita? Seringgitpun cukuplah. Kalau dapat lebih daripada tu, lebih elok kan.
Apa salahnya puasa sekotak rokok hari ni untuk masukkan ke tabung tu. Apa salahnya kurangkan sepinggan nasi sahaja hari ni. Mereka di sana pun belum tentu makan untuk beberapa hari ini. Pengorbanan kita taklah sebesar mana kalau nak dibandingkan dengan mereka. Betul tak?
Jom sumbang seringgit sorang!

Khamis, 8 Januari 2009

Peristiwa Hari Semalam


Tengah bersiap nak datang opis jam 9.30 AM, telefonku menyanyi rancak. Nombor yang tidak dikenali. Ingatkan ada orang nak tanya pasal sewa bilik yang masih juga tak lekat penyewa itu. Belum sempat beri salampun, berlakulah dialog berikut;


ApeX: Hello...ini kampeni XYZ (bukan nama sebenar hu hu hu)?
Aku: Hah? Kampeni aper?
ApeX: kampeni XYZ...
Aku: Bila masanya pulak saya bukak kampeni ni?
ApeX: Haiyya U pun tak tau ka?
Aku: Salah nomborlah. Nombor lain kot...(sesedap rasa je aku bagi pandangan. Maklumlah tengah mamai tak cukup tidur).
ApeX: Sudah betul la...ini nombor bla bla bla kan?
Aku: Betullah nombor saya tu...
ApeX: Saya hanya mau tanya saja itu Malaun (bukan nama sebenar) ada kerja situ kat dulu?
Aku: Malaun? Haiyya...bila masa pulak saya ada kampeni? Saya pun kerja mau cari makan ma...kuli orang saja...
ApeX: Malaun ni kata U pernah jadi boss dia...dia keleja situ maaa...
Aku: Dia bagi salah nombor kot.
ApeX: Letterhead kampeni XYZ...di Shah Alam. Saya talipon office pun tarak angkat. Sudah banyak kali maaa...
Aku: U cuba la call lagi...lama-lama ada angkatlah. Tapi ini nombor personal punya. Bukan kampeni la. Saya tarak kaya punya orang maa...

Bila pergi pejabat, tengah syok buat kerja, telefon menjerit-jerit mintak diangkat. Berlakulah perbualan berikut:


ApeX: Hello, ini kampeni XYZ ke?
Aku: Minta maaf, encik...ni pejabat gomen. Mungkin encik salah nombor.
ApeX: Betul bukan syarikat XYZ? Di Shah Alam?

Aku terkedu sekejab. Bukan Apek ni ke telefon aku pagi tadi?
Aku: Encik yang call saya pagi tadi tu ke? Cari si Malaun?
ApeX: Ohhh sama olang ka?
Aku: Ye lah. Saya yang tadi. Malaun tu siapa?
ApeX: Saya mau pakai olang la, itu Malaun mintak keleja sini. Sau mau check la...dia kata pernah keleja sama U.
Aku: Saya tak kenal pun itu Malaun. Siapa dia? U offer dia kerja apa?
ApeX: Pakistan mari. Itu IT punya assistant la...
Aku: Pakistan? Haiyya...saya tak ada sedala dari sana maaa. Better u check betul-betul malaun tu. U tak mau gaji orang tempatan ka? Belum kerja pun dia sudah tipu sama U, sudah kerja lingkup U punya kampeni kena bedil maaa...
ApeX: Itu pasal saya call U la...
Aku: Sori la...saya tak kenal itu Malaun. Sini Gomen punya opis la...bukan kampeni.
Apek: Oklah. Saya heran dia punya letterhead la...Shah Alam punya kampeni, tapi no telepon di Sri Kembangan. Haiyyaaa....

Sekalipun aku lupakan dialog itu kemudiannya dan terus buat kerja yang menimbun-nimbun ni...beberapa detik yang entah berapa jam kemudiannya, mentol kepalaku tiba-tiba menyala. Pakistan???? Aku tiba-tiba teringat yang sebelum ni pernah kenal seorang lanun asal dari Pakistan. (Bukan di Somalia je ada lanun DEK NoN weh!) Lama dahulu. Hari ini, barulah aku tahu, dia sudah edarkan nombor telefonku ke seluruh Pakistan untuk dipergunakan oleh kaum kerabatnya. Mmmmm entah apa masalah akan datang nanti!

Kalau selepas ini, namaku dan nombor telefonku (termasuk nombor pejabat) dilelong sebegitu lagi, rasanya aku perlu lebih tegas. Report polis. Ok tak? Apa pendapat kalian?

Selasa, 6 Januari 2009

Bila Rindu

Mmmmmm awal tahun yang benar-benar sibuk dan menyibukkan. lalunya, masa untuk update blog memang tak ada langsung kerana masa untuk tidurpun terpaksa dikontot-kontotkan. Jadinya, kutinggalkan benda ini buat sesiapa yang rindu nak baca blog aku...




Hmmmm ada ke orang nak rindu baca blog ni? Macam tak ada pun. Ada sesiapa nak buat pengakuan berani mati tak? hu hu hu...