Anda Juga Mungkin Berkenan

Jumaat, 29 Januari 2016

Ambo Janji Pulangkan Balik



Dialog Hari ni:
Dia: Boleh bercakap dengan Puan Anyss (nama dah kena ubah)
Ambo: Yaaaa saya…boleh saya bantu?

Hari ni Jumaat, tetiba bersopan santun pulak jawab telefon huhuhuhu
Dia: Kami dari agensi pelancongan blab la bla…kami nak bagi offer penginapan kepada Puan dan keluarga…

Belum sempat dia habis cakap aku dah potong;
Ambo: Maaflah, tahun ni ekonomi tak berapa cantik, kami tak pergi jalan mana-mana

Dalam hati sebenarnya masih berharap untuk pergi mana-mana rehatkan minda tahun ini. Ada sesiapa nak derma tak? Ambo janji, kalua ada lebih, ambo akan pulangkan balik.

Betul ni! Janji!

Khamis, 28 Januari 2016

Teks Penuh Ucapan Pengubahsuaian Bajet 2016

Katanya hari ni akan dibentangkan Pengubahsuaian bagi Bajet 2016 yang lalu diadakan Majlis Perutusan Khas Pengubahsuaian Bajet 2016 di Putrajaya. Terdapat 11 Langkah Pengubahsuaian Bajet 2016 yang baru diumumkan PM, antaranya adalah;

1. Mengurangkan potongan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebanyak tiga peratus yang dilakukan mulai Mac ini

2. Kerajaan akan memberi pelepasan cukai pendapatan sebanyak RM2,000 kepada pembayar cukai individu berpendapatan RM8,000 sebulan ke bawah, untuk tahun taksiran 2015. Ia memanfaatkan seramai dua juta pembayar cukai;

3. Mengurangkan kos harga barangan keperluan harian rakyat;

Ketika mengumumkan pengubahsuaian Bajet 2016 hari ini juga PM mengumumkan pelaksanaan program MyBeras yang mana setiap keluarga miskin tegar yang berdaftar, akan dibekalkan 20 kilogram beras setiap bulan. Langkah ini diambil sehingga Disember ini bagi mengurangkan bebanan hidup keluarga miskin.

Baguslah macam tu. Nanti tak adalah rakyat Malaysia kebuluran hingga bocor urat perut sedangkan ramai mat Bangla makin lama aku Nampak makin membuncit dah perut mereka. Ini tak ada kaitan dengan semangat perkauman ya…ini contoh semata-mata.

Dalam pindaan ubahsuai Bajet 2016 juga terdapat perkara berikut;

4. Kesemua penjualan rumah berharga RM300,000 ke bawah ditetapkan hanya untuk pembeli rumah pertama sahaja serta tawaran pakej pembiayaan rumah rakyat berharga RM35,000 ke bawah melalui Bank Simpanan Nasional (BSN) dan Bank Rakyat;

Mmmmmm aku nak komen apa. Tak ada komen apa-apapun sebab rumah yang harga sebegitu memang dah pupus di Bangi ni. Reban ayam pun lagi mahal rasanya. Lagipun, memang tak cukup modal pun nak beli rumah huhuhuhu ada sesape nak derma tak? Aku janji, derma akan dipulangkan kalau lebih!

Nak tengok rakaman video Perutusan Khas Pengubahsuaian Bajet 2016, boleh tengok dalam video di bawah;



 Bagi yang nak menelaah TEKS PENUH ucapan Pengubahsuaian Bajet 2016 boleh download di link yang aku sertakan pada perkataan teks penuh tu ya...

Namun begitu, untuk hal di bawah ni…aku memang sokong sangatlah;

8. Kerajaan akan lebih berhemat dalam perbelanjaan terutamanya bekalan dan perkhidmatan;
Kat pejabat aku ni, tiap kali ada mesyuarat, telan je lah air kosong bawak sendiri dari rumah. Naik bocor usus aku sebab lambat sarapan sebab bila mesyuarat macam ni, memasing suka tunjuk pandai dok gebang je memanjang. Nak buat keputusan kecik pun ambik masa berejam, sedangkan biskut kering pun tak ada nak kunyah. Jadinya, bila kami yang marhaen ni hanya telan liur je dalam mesyuarat berejam tu, janganlah pulak pihak pengurusan tertinggi asyik melencong je ke luar negara pulak. Kang kena sumpah jadi kad kredit baru angpa tau!

9. Tumpu projek pembangunan yang mendahulukan kepentingan rakyat;

Sebagai rakyat yang marhaen, aku sangat mengharapkan hal seperti ini berlaku. Rakyat sepatutnya diutamakan, didahulukan…bukannya dicapatikan. Kemudahan asas kena tingkatkan; jalan raya, sekolah, pengangkutan awam, hospital…tu memang sangat-sangat diperlukan. Orang sakit makin ramai sedangkan hospital tetiba mengecil. Sebelum subuh lagi dah kena serbu beratur nak ambil nombor. Kalaulah setiap kawasan ada hospital, tak adalah sesak sampai perlu seawal tu. Ke memasing nak jumpa doktor hensem, tu pasal sesak? Di Bangi belum ada hospital ya walaupun di Serdang dah ada. Jadinya, silalah bina hospital barang sebijik dua di bangi dengan kaunter pendaftaran sesayup mata memandang luasnya, dengan tempat letak kereta berbelas hektar jaraknya. Tempat letak kereta yang luas itu memang memudahkan pengguna, pada masa yang sama boleh membantu orang-orang yang perlukan rawatan fisioterapi macam aku ni...jalan jauh, sampai je kat bangunan hospital terus sihat huhuhuhu 

Yang utama adalah: tiada berlaku pemberhentian penjawat awam atau pemotongan elaun penjawat awam seperti yang dok kecoh di media sosial dari hujung minggu lepas itu. Alhamdulillah. Kalau ada pun, aku bukanlah antara orang bertuah itu kot walaupun selalu jugak kena ugut cenggitu. Mmmmmm nak buat cemana, orang yang tahap keyakinan dia terlebih aras ni biasanya tak makan dek ugut, tak makan saman orang kata...adoi la!

Yang lain-lain tu korang carilah sendiri. Tak ada kaitan dengan aku, malas sikit nak tulis huhuhuhuhu

Jom sambung kerja…mmmm belum rehat tengah hari lagi ni, nak baring kejab. 

Hishhhhh! Dah nak habis waktu kerja pun aku belum sempat baring lagi ni. Haru betul…sapa kata orang kija gomen tu rileks je kerja dia?




Rabu, 20 Januari 2016

Nak Mengamuk Bertukar Warna Kulit Macam HULK



Bila usia kita bertambah, kononnya kita akan lebih matang. Harap-harapnya begitulah.

Hari ini, setelah usia bertambah lagi setahun dan sehari, aku jalani fisioterapi di Hospital Serdang macam biasa. Macam biasa juga jam 7 pagi aku sudah berada di perkarangan hospital Serdang, kemudian menikmati sarapan dalam kereta sambal dengar radio dan memerhati gelagat manusia. Jam 7.45 pagi baru aku melangkah ke dalam bangunan dan melihat kekalutan waktu pagi dalam Hospital Serdang tersebut.

Bila daftar di bahagian fisioterapi, boleh dikatakan 90 peratus adalah warga emas. Mereka ni santai dan ceria. Kalau ada yang muda pula, mukanya memang nampak stress. Ya, sakit bukanlah nikmat dan dah pasti membebankan. Namun, bila kita ceria, sebahagian besar dari sakit itu sudahpun terubat!

Hari ini, aku berjaya tahan diri dari mengamuk dan marah. Itu kelemahan utama aku. Takat terbalikkan meja tu tak perlulah hairan sangat, sudah kulakukan sejak sekolah menengah lagi.  Tak megahpun nak mengaku, namun keupayaan untuk mengawal perasaan marah itulah satu kemenangan besar. Bukan mudah. Dah terlalu lama aku usahakannya. Alhamdulillah, untuk kes hari ni aku berjaya. Situasi lain belum tahu lagi.

Aku hanya mengharapkan mampu atasi semua itu dengan baik sepanjang masa. Tak ada indahnya bila marah. Selain dari muka jadi tak ayu, jiwa juga tak tenteram. Namun, ada ketika yang lain…kadangkala rasa menyesal juga tidak mengamuk kerana kepalaku sebegitu mudah dipijak-pijak. 

Itulah dugaannya!

Selasa, 19 Januari 2016

Jelingan Maut Perempuan Jelita



Bila perempuan lawa menjeling tahap terbeliak biji mata, aku terasa hairan juga. Kalau aku ni lagi jelita dari dia, boleh juga aku katakana yang dia cemburukan kejelitaanku itu. Namun, bila aku yang dijelingnya ini hanyalah gagak di rimba, kerana apakah jelingannya itu?

Kalua lelaki, boleh juga kata dia sedang cari jalan nak usha aku, tapi…bila perempuan jelita yang menjeling sebegitu entah apalah yang buatkan dia bertingkah sebegitu sekali. Aku ini sudahlah bagai gagak di rimba, rakyat marhaen sahaja pula. 

Itu aje nak cerita pun. Hanya nak jadikan peristiwa dijeling perempuan jelita ni sebagai kenangan yang dicatatkan di sini. 

Mmmmmm tetiba rasa macam pelik pulak buat macam tu.Jomlah dengar lagu...

Hati-hati Amira Othman




Hati-hati dengan hatiku!


Sabtu, 16 Januari 2016

JANAM JANAM (Dilwale) Nyanyian Shila Amzah


Wahhhhh Shila Amzah pun dah kena demam Dilwale ni…cer dengar Shila Amzah nyanyi lagu Janam Janam dengan penuh penghayatan ni;

JANAM JANAM (Dilwale) Nyanyian Shila Amzah



Tahu kenapa lagu Janam Janam ni berhantu? Iramanya memang menyentuh hati, liriknya, lagi lahhhhhh boleh cair hati yang keras huhuhuhu. Jom kita tengok maksud lirik lagu Janam Janam dari filem Dilwale ni…

TERJEMAHAN LIRIK LAGU JANAM JANAM dari Filem Dilwale (2015)

Janam Janam Janam janam janam saath chalna yunhi.
-Kita akan berjalan bersama seperti ini di setiap kelahiran

Kasam tumhe kasam aake milna yunhi.
-sumpah demi dirimu aku akan selalu datang menemuimu seperti ini

Ek jaan hai bhale do badan ho judaa.
-Meski raga kita terpisah namun jiwa kita tetap satu

Meri hoke hamesha hi rehna.
-setelah kau menjadi milikku tetaplah bersama selamanya

Kabhi na kehna alvida.
-Jangan pernah ucapkan selamat tinggal

Meri subah ho tumhi aur tumhi shaam ho.
-kaulah pagiku dan kaulah senjaku

Tum dard ho tumhi aaram ho.
-Kaulah deritaku dan kaulah pelipurku

Meri duaaon se aati hai bas yeh sadaahanya.
-inilah suara yang bergema dari doa- doaku

Meri hoke hamesha hi rehna.
-setelah kau menjadi milikku tetaplah bersama selamanya

Kabhi na kehna alvida.
-Jangan pernah ucapkan selamat tinggal

Teri Baahon Mein Hain Mere Dono Jahaan.
-dalam pelukanmu terletak dua duniaku

Tu Rahe Jidhar Meri Jannat Wahindi.
-mana kau berada, di sanalah surgaku

Jal Rahi Aggan Hai Jo Yeh Do Tarfa.
-api asmara yang membara di kedua sisiNa

Bujhe Kabhi Meri Mannat Yahin.
-tak akan pernah padam karena hasratku ada di sini

Tu Meri Aarzoo, Main Teri Aashiqui.
-kau adalah kerinduanku, aku adalah asmaramu

Tu Meri Shaayari, Main Teri Mausiqui.
-kau adalah syairku, aku adalah muzikmu

Talab Talab Talab Bas Teri Hai Mujhe.
-aku hanya menginginkan dirimu seorang

Main Som Tu Nasha, Banke Ghulna Yunhia.
-ku adalah arak dan kau rasa mabuk, kita menyatu seperti ini

Meri Mohabbat Ka Karna Tu Haq Yeh Adaa.
-kau penuhi kewajibanmu untuk mencintaiku

Meri Hoke Hamesha Hi Rhona.
-setelah kau menjadi milikku tetaplah bersama selamanya

Kabhi Na Kehna Alvida.
-jangan pernah ucapkan selamat tinggal..

Alvida..selamat tinggal

Yaaaa usah diucapkan selamat tinggal. Sayunya! Syahdunya!

Jumaat, 15 Januari 2016

Janam Janam (Dilwale) dan Gerua Versi Dakwah

Sekarang ni demam Dilwale (2015) masih belum kebah. Makin ramai pulak terjangkit ni. Sempena hari Jumaat yang mulia ni, jom kita hayati lagu Janam Janam versi Dakwah ya…semoga kita dapat manfaatnya.

Terima kasih kepada Mr. Bie yang lagukan Janam Janam 'Ost DILWALE' Versi Parodi Melayu dengan tajuk Jangan-Jangan 



Bagi lagu Gerua pula, Mr.Bie telah berduet dengan Adik C juga dalam versi Parodi.
Gerua' OST Dilwale Versi Melayu "Maruah" Mr Bie ft Adik C 



Kalua rasa nak gelak, tengoklah video ni



Adoiiii, aku nak sambung gelak sekejab huhuhuhuhu mecam-macam la korang ni. Banyak masa betul buat benda-benda cenggini huhuhuhu

Khamis, 14 Januari 2016

Janam Janam Dilwale

Aku adalah antara sebegitu ramai penonton yang tertipu dengan filem Dilwale. Mati-mati aku ingatkan filem Dilwale ni sambungan daripada Filem Dilwale Dulhania Le Jayenge (1995). Ohhhhh tipah tertipu!! Rupa-rupanya filem Dilwale ni tak ada kaitan langsung pun dengan filem Dilwale Dulhania Le Jayenge (1995) yang jadi fonomena tu. Rasa nak bakar panggung!

Sinopsis filem Dilwale (2015)

Filem Dilwale (2005) berkisar tentang kisah cinta antara Kaali dan Meera. Kedua-dua mereka ini merupakan anak angkat (Kaali) dan anak (Meera) kepada dua kumpulan gengster (Randhir dan Malik). Randhir akhirnya cuba berbaik dengan Malik demi cinta anak mereka tetapi dikhianati oleh Malik sehingga kedua-dua ketua gangstar ini terbunuh. Dalam peristiwa itu, Meera menyangka Kaali telah menembak bapanya. Mereka akhirnya berpisah tanpa Meera mengetahui kisah sebenarnya.

Lima belas tahun kemudian, di Bulgaria, Kaali mengubah identitinya sebagai Raj yang membesarkan adiknya, Veer dengan penuh kasih sayang dan menyembunyikan identiti sebenar keluarga mereka. Veer jatuh cinta dengan Ishita dan merancang untuk berkahwin, tetapi ini telah membongkar sejarah silam antara Raj dan Meera.

Filem ini ada banyak emosi di dalamnya, gembira, sedih, lucu dan terharu. Part lucunya bila Veer dan Ishita cuba mengorek kisah cinta lama antara Raj dan Meera hingga wujudlah watak Ramlal dan Pogo. Okeh, aku nak sambung gelak!

Dalam filem Dilwale (2015) ni aku sebenarnya sangat suka lagu Gerua. Mungkin sebab aku dah tengok bagaimana penggambaran bagi lagu ini dilakukan di Iceland. Sangat cantik pemandangannya. Sangat indah lagu tu…rasa macam nak turut lari kat pantai berair tempat mereka berlari tu huhuhuhuhu aku sebenarnya lebih hayati keindahan alam dalam lagu Gerua tu berbanding lagunya pun huhuhuhu

Gerua - Dilwale (2015)



Pun begitu, yang glamer dalam filem ni adalah lagu Janam Janam….mmmmm nasib baik bukan Jahanam huhuhuhu apapun, lagu ni bagaikan tergiang giang di copeng telinga. Yaaaaa usah kau ucapkan selamat tinggal….hmmmmm

Janam Janam – Dilwale (2015)



Dalam filem ni, Kajol memang nampak sangat jelita. Fuhhhhh giler lawa. Tetiba nak lawa macam Kajol huhuhuhuhu

Bagi aku, filem Dilwale ni lebih ringan dan santai…ya, kisah cinta yang manis akhirannya kalau nak banding dengan filem epic Bajirao Mastani yang diakhiri dengan tragedi. Tragedi cinta terlarang!

Mmmmmm aawal-awal tahun pun pi bantai tengok dua filem Hindustan huhuhuhu macam buang tabiat pulak kan huhuhuhu


Selasa, 12 Januari 2016

Cinta Terlarang Bajirao Mastani

Sabtu lepas Cik Bintang ajak pergi tengok cerita cinta epic Bajirao Mastani. Mmmmmm aku bukannya tahu sangat pun pasal cerita cinta dari benua belah sana tu, Shah Jehan dan Mumtaz pun aku tak berapa nak tahu sangat. Kisah taj mahal pun tak pula aku tahu dengan detail. Tapi bila libatkan kisah epic, sangat terasa nak tengoknya. Mana tahu lebih hebat dari Devdas yang tak epic itu huhuhuhu

Filem ini berkaitan percintaan antara Bajirao dan mastani. Sinopsis filem dan semua maklumat berkaitan filem ini boleh dibaca di Wikipedia yang lengkap dengan rujukannya juga tu. Silalah menelaah ya, akum alas nak tulis synopsis ceritanya kat sini huhuhuhu

Lima minit pertama tu bagi aku bosan. Yaaaa lah bukan mudah nak bagi intro kepada penonton untuk fahami kisah besar ini. Hati mula berbergelek bila lagu pertama dipersembahkan. Untuk aku, lagi ni maknanya memang mendalam tapi aku lebih suka lagu yang Deewani Mastani yang dinyanyikan Mastani bila buat persembahkan di istana …. Fuhhhhh sangat indah. Rasa nak bangun joget-joget sama aje huhuhuhuhu sangat berseni dan lemah gemalai. Jom kita joget sat;

Deewani Mastani Filem Bajirao Mastani


Masa Bajirao menari dalam salah satu lagu tu... aku rasa nak gelak huhuhuhu semuanya gara-gara pakaian klasik itu menampakkan macam depa pakai skirt. Bila menari Nampak macam pelik sikit sebab tarian lelaki patutnya Nampak keras tetapi dek sebab kostumnya sebegitu…tetiba kelihatan macam jelita pulak hu huhuhuhu

Lagu terakhir tu best, tapi aku tak puas hati. Sebabnya, aku dok bayangkan lagu tu akan jadi sangat indah kalau Aiswarya yang joget. Maklumlah, joget Aiswarya memang sangat indah kalau bawak tarian klasik. Sampai sekarang masih lagi dok tak puas hati. Ini bukan sebab lagu dan tarian yang dibawa oleh Deepika Padukone dan Priyanka Chopra cantik, comey aje pun. Cer tengok;

Pinga | Bajirao Mastani | Deepika Padukone, Priyanka Chopra


Tapi sebab aku dok bandingkan dengan Aiswarya dan Madhuri Dixit masa lagu Dola re Dola dalam filem Devdes, gitulah jadinya. Jom kita tengok keindahan seni tarian klasik bawaan Aiswarya Rai;

Dola Re Dola (Devdas)


Ramai orang kata filem ni bagus dan hebat. Tapi, masalahnya aku nak lagi. Bagi aku belum cukup. Patutnya jadi lebih hebat sebab pengarahnya tu memang hebat. Kisahnya pun kisah hebat.

Antara filem Bajirao Mastani dan Dilwale, memanglah tak kena kalau nak bandingkan sebab genre yang berbeza. Namun, jika anda sukakan wadah yang lebih berat, filem ini lebih sesuai sedangkan filem Dilwale sesuai untuk menonton santai. Mmmmm entri akan datang aku tulis pasal filem Dilwale pulak ya…

Isnin, 11 Januari 2016

Amran Fans Page Kena Serang Ibu-Ibu Menyusu Bayi


Tetiba sahaja alam maya kelam kabut bak perang dunia ke 4 bermula. Alamak! Apa dah jadi ni?

Hujung minggu lepas aku ada nampak juga page Amran melintas kat wall aku bila ada rakan-rakan like status page tersebut. Tapi aku buat tak kesah je lah, tak ambil pot pun. Isu yang sama ditulis dek Sultan Melaka Fans;


Tetiba semalam baru perasan kecoh pulak pasal isu berkenaan. Bagi aku isunya jelas, Amran Fans Page tulis status tentang ketidakwajaran golongan ibu muda yang jelita ni tayang gambar tengah menyusu bayi  mereka (Breastfeeding) di FB memasing, walaupun katanya tidak mendedahkan aurat.

FB mereka, memanglah ikut suka mereka nak tampal gambar apapun, tapi bagi aku bukan semua perkara boleh letak di status. Itu akulah yang gaya orang lama ni. Kalau 14 kali sehari letak gambar selfie pun aku dah rasa nak block, tapi pandangan orang memang berbeza. Barangkali aku sorang je tak selesa nengok muka orang selfie 14 kali sehari di telefon, kalau tengok di skrin computer besau berinci-inci tu dah tentulah lain lagi pulak rasanya. Rupanya, kisahnya Amran Fans Page kena serang dengan ibu-ibu menyusu ni cenggini je;


Salah satu komen penyokong Meran;


Amran Fan Page telah muatnaik beberapa status untuk menyatakan apa sebenarnya berlaku tetapi asyik kena spin je balik huhuhuhuhu


Udah-udah lah tu perang ya Meran, semua orang dah tahu pun Meran bukannya anti ibu menyusu. Meran hanya anti orang upstatus gambar tengah menyusu bayi je. Bila dah kecoh begini, matlamat Meran dah tercapai kot walaupun masih lagi ramai yang dok emo dengan Meran. Meran akan Nampak lagi macho dan ensem apa bila hentikan perang ni. Ramai orang sayangkan meran tau. Berundur bukannya bererti kalah, Meran.

Aku bukan nak sebelah mana-mana pihak, apa lagi terlibat dalam peperangan mereka. Cumanya, kalau nak perang ke apa, silalah jaga budi bahasa kita bersama ya. Bahasa melambangkan bangsa kata orang. Di dunia maya ni, bahasa aje lah kot yang boleh bagi penilian kepada orang lain tentang jati diri kita. 

Ishhhh!!! terpanjang lah pulak entri ni...