Anda Juga Mungkin Berkenan

Jumaat, 29 Mei 2015

Kepentingan Mengembara Merantau Berkeliling Dunia

Allah menyeru kepada hamba-hambaNya;
Katakanlah: “Berjalanlah di (muka) bumi, maka perhatikanlah bagaimana Allah menciptakan (manusia) dari permulaannya, kemudian Allah menjadikannya sekali lagi. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu” – Al Ankabut: 20


Didalam ayat yang lain, Allah swt berfirman;
“Maka apakah mereka tidak berjalan di muka bumi, lalu mereka mempunyai hati yang dengan itu mereka dapat memahami atau mempunyai telinga yang dengan itu mereka dapat mendengar? Karena sesungguhnya bukanlah mata itu yang buta, tetapi yang buta, ialah hati yang di dalam dada” – Al Hajj : 46

Khamis, 28 Mei 2015

Kayuhan Sejuta Kasih Setapak Ke Manik Urai


Dah berapa kali kalian sampai manik urai? Yaaa Manik Urai, tempat paling teruk dilanda bah kuning tahun lepas.

Aku? Baru tiga kali. Kalau nak bandingkan dengan Raja Shamri dan Geng We Are The Third Force, Together We Are Stronger. Sejak awal banjir Disember 2014, mereka tidak pernah berhenti untuk meneruskan misi membantu mangsa banjir besar bah kuning di serata negeri Kelantan. Tahniah! Semoga semangat mereka kuatkan semangat kita juga.

Walaupun dah akhir bulan Mei 2015…dah hampir 6 bulan banjir kuning berlaku di Manik Urai, Gua Musang dan Dabong, namun bagi sesiapa yang pernah jejakkan kaki di Manik Urai, kawasan paling teruk ditenggelamkan banjir kali ini, kita masih boleh saksikan lagi penduduk berada dalam khemah. Bayangkanlah dengan cuaca panas, kering, berdebu…anak kecil, anak remaja, ibu bapa, warga emas bergelumang dalam habuk dan debu di bawah khemah.


Setiap kali menatap status Raja Shamri, mata memang berkaca. Ramadhan semakin hampir. Bagaimana mereka nak lalui puasa tahun ini dengan serba kekurangan. Serba dhaif. Paling utama, mereka sangat perlukan tempat berlindung dari panas dan hujan.
Geng Pak Yunus kutip derma untuk mangsa banjir Manik Urai semasa perlawanan akhir @ final piala FA TRW lawan Lions di Bukit Jalil lepas...
aku malu dengan kegigihan Pak Yunus dan Gengnya
hati selembut tisu walaupun rambut sekeras batu... cayalah Bro!!
Masa aku ke Manik Urai bulan lepas, rasa nak nangis guling-guling bila seorang kakak tu cerita “kalau hari hujan, kami beramai-ramai duduk di satu tempat dalam rumah ni. Tempat tu je tak tiris, tempat lain bumbung rumah kami adalah langit” dan rumah kakak itu, bumbungnya adalah plastik khemah yang lutsinar. Nampak langit. Boleh bayangkan bagaimana suasana mereka berhimpit anak beranak ketakutan di tempat yang tidak basah dalam keadaan trauma tentang banjir, angin atau hujan itu akan mengibar-ngibarkan plastik-plastik khemah yang menjadi bumbung rumah mereka. Boleh bayang bagaimana kilat yang memancar-mancar sangat jelas dalam pandangan mereka?

Semasa singgah ke sebuah rumah seorang warga emas, rumahnya sedang dicuci menggunakan waterjet. Cuci dinding dan lantai yang ditenggelami air hingga bumbung. Bumbung rumah warga emas ini telah ditukar dengan bumbung zink. Jadinya, nenek ni akan pindah masuk rumahnya. Kena cuci dulu. 

inilah rumah warga emas itu, keadaannya peringkat awal banjir...kini, batang balak itu masih tergolek sebelah rumahnya, sampah yang lain dah tak ada
Hati aku tak mampu kata apa-apa bila nenek ni mintak “kalau boleh, ambo nak mintak rak kecik hak murah-murah, nak buat letak baju dan pinggan. Rumah makcik ni hanya ada lantai dan dinding je, lain-lain semua dah hanyut. Tadak gapo sekaro,”

Apa rasanya bila kita tak mampu memberi? Mudahkah nak kata tak boleh? Subhanallah, mereka warga emas yang tak daya nak kerja lagi. Mereka ibu muda yang perlu mengasuh anak-anak kecil sedangkan suami kehilangan pekerjaan selepas banjir, mencari rezeki untuk sesuap nasi pun teramat payah. 

Manik Urai Lama ini sekampung tenggelam dek banjir kuning. Bagaimana hanya nak tolong nenek ini sahaja sedangkan masih ramai lagi nenek lain, warga emas lain yang juga perlukan bantuan. Kerdilnya diri. Selepas 6 bulan dilanda banjir kuning, Manik Urai hanya mampu berteleku. Kehidupan memang sedang mereka uruskan, sedang mereka teruskan, namun mereka kehilangan daya upaya. Mereka kekurangan kekuatan. Mereka masih lagi trauma. Mereka kehilangan segala-galanya kecuali nyawa.

Hulurkanlah mereka doa. Simpati. Berikan mereka kekuatan. Bantulah mana yang terdaya. Kalaupun sekadar gali parit dan longkang keliling masjid, mereka sangat hargainya. Walaupun sekadar bertandang, bertanya khabar, mereka amat sanjunginya. Dan hati aku tak adalah tabah mana bila melihat wajah-wajah warga emas, wajah-wajah anak kecil, wajah-wajah anak sekolah ini. Tapi, aku turut jadi kuat bila mereka sangat cekal mendepaninya. Mereka sangat syukuri musibah yang melanda. Subhanallah.

Jika berkemampuan, hulurkanlah sumbangan kewangan. Raja Shamri dan Geng We Are The Third Force, Together We Are Stronger bakal mengadakan Kayuhan Sejuta Kasih bagi mengutip dana dan menebarkan rasa prihatin dengan mangsa banjir di Kelantan pada Disember 2014 lepas. Berikut maklumat tentang Kayuhan Sejuta Kasih;


Tarikh: 3hb Jun 2015
Tempat berlepas: Surau Jumaat- Madrasah Al-Islahiah Addiniah, No.61 Jalan Taman Ibu Kota, Taman Ibu Kota, Setapak 53100 Kuala Lumpur.


Tentatif Program "KAYUHAN SEJUTA KASIH" (Draf Awal):

3hb June 2015 (Rabu)
8.00 pagi - Berkumpul dihadapan Madarshah AlIslahiah Addiniah, Taman Ibu Kota, Setapak, Kuala Lumpur.
- Taklimat
- Bacaan Doa
- Sidang Akhbar
- Minum/Sarapan pagi.
- Solat Dhuha dan Hajat.
8.30 pagi -Pelepasan Kayuhan Sejuta Kasih
1.30 ptg. - Solat Zohor/Asar di Masjid Jamik Bentong. Makan Tengahari.
2.30 ptg. - Kayuhan Sejuta Kasih disambung semula.
5.00 ptg. - Dijangka sampai ke Mentakap.
6.00 ptg. - Sampai Temerloh. - Bermalam di Rest House Temerloh/solat Maghrib/Isyaq
(Pekena Patin Tempoyak)

4 hb June 2015 (Khamis)
5.40 pagi- Solat Subuh
8.00 pagi - Sarapan/ minum pagi.
8.30 pagi - Kayuhan Sejuta Kasih diteruskan.
1.30 ptg. - Dijangka sampai Maran. Solat Zohor/Asar / Makan tengahari.
2.30 ptg. - Kayuhan Sejuta Kasih disambung.
6.00 ptg. - Dijangka sampai Kuantan dan Bermalam. Makan Malam di Tanjung Lumpur/Solat Maghri/Isyaq

5hb June 2015 (Jumaat)
5.40 pagi - Solat Subuh
8.00 pagi - Sarapan/minum pagi.
8.30 pagi - Kayuhan Sejuta Kasih disambung lagi.
1.30 ptg. - Dijangka sampai Kemaman.
Solat Jumaat/ Asar/ Makan Tengahari.
2.30 ptg. Kayuhan Sejuta Kasih diteruskan.
6.00 ptg. - Dijangka sampai Dungun dan bermalam/makan malam/solat Maghri/Isyaq

6hb June 2015 (Sabtu)
5.40 pagi - Solat Subuh
8.00 pagi - Sarapan/minum pagi.
8.30 pagi - Kayuhan Sejuta Kasih di sambung lagi.
1.30 ptg. - Dijangka sampai Kuala Trengganu.
Solat Zohor/Asar dan makan tengahari.
2.30 ptg - Kayuhan Sejuta kasih diteruskan.
6.00 ptg. - Dijangka sampai di Jertih/Besut dan bermalam. Solat Maghrib/Isyaq dan Makan malam.

7hb June 2015 (Ahad )
5.40 pagi - Solat Subuh
8.00 pagi - Sarapan/ minum pagi.
8.30 pagi - Kayuhan Sejuta Kasih diteruskan lagi.
1.30 ptg. - Dijangka tiba Pasir Putih. Solat Zohor/Asar/ Makan tengahari.
2.30 Ptg. - Kayuhan Sejuta Kasih disambung
6.00 Petang dijangka sampai ke Kota Baharu dan Bermalam/ makan malam/solat Maghrib/Isyaq.

8hb Jun 2015 (Isnin)
5.40 pagi - Solat Subuh
8.00 pagi - Sarapan/ minum pagi.
8.30 pagi. - Kayuhan diteruskan lagi.
1.30 Petang dijangka tiba Kuala Krai/Solat Zohor/Asar/makan tengahari. Kayuhan Sejuta Kasih ditamatkan ditempat /kawasan/daerah kejadian banjir besar paling dahsat terjadi.

#‎Ketepatan‬ tarikh sampai dan waktu berlepas disetiap destinasi boleh berubah bergantung pada cuaca dan keadaan.#

Datanglah beri sokongan. Datanglah kayuh bersama. Bagi sesiapa yang terbuka hati untuk menderma kepada mangsa banjir di Manik Urai, Kuala Krai, Tumpat, Gua Musang dan Dabong, bolehlah jadikan akaun Raja Shamri sebagai perantaraan. Itupun jika anda yakin beliau boleh salurkan sumbangan anda itu kepada mangsa banjir. Aku yakin. Aku percaya. Bank in sahaja di akaun;

Maybank Jerteh : 5130 4105 0271 (Raja Shamri)

Kemudian Whatsup Raja Shamri: 017-3872232 beritahu nilai sumbangan anda kepada beliau. Namun begitu, nak ingatkan anda, Raja Shamri tidak keluarkan resit derma untuk anda yang bolehkan anda membuat tuntutan di Lembaga Hasil dalam Negeri dalam tuntutan cukai tahunan anda. Beliau bukan NGO, persatuan atau perbadanan yang jalankan khidmat masyarakat. Kita hanya minta tolong beliau salurkan sahaja. Kita yang sempurna anggota badan ini tak berdaya untuk meneruskan misi bantuan pasca banjir berbanding Raja Shamri walaupun dia berkaki palsu. Yaaa sebelah kakinya palsu. Dia OKU, tetapi dia lebih gigih dari kita. Aku sangat malu. Tersangat malu!

Banyak pengalaman yang aku kutip sepanjang di Manik Urai. Banyak gambar dirakamkan. Banyak kisah divideokan. Banyak rasa tak terluah yang ramai orang tak tahu ada dalam simpanan aku. Pengalaman banjir kuning? Mungkin, kalau ada kesempatan, boleh aku kongsikan di blog tak seberapa ini. Yaaaa ada yang bercerita sambal ketawa, namun tawa itu sarat dengan tangisan dan kepedihan. Walaupun kita cuba memahami, mereka lagi tahu rasa itu. 

Sedikit sumbangan kita mampu membantu mereka hidup lebih selesa Ramadhan nanti.

PssssT: semua gambar dalam entri ini diambil dalam FB Raja Shamri. Harap maklum.

Rabu, 27 Mei 2015

Maksud Gomo Kelate Gomo?


Hu huhu hu mana dia belajar maksud gomo kelate gomo serupa tu pun aku tak tau;



Saranan aku: sedut budu dengan strow...anda kekurangan protein huhu huhu

Selasa, 26 Mei 2015

Tempat Memanah Murah Indoor Archery Tok Puteh

Sebelum ni, aku selalu terjun kolam, terkial-kial berenang dalam kolam awam. Ada kala sangat seronok macam kolam tu aku yang punya, maklumlah tak ada orang lain. Ada masa, masuk sekejab sahaja sebab penuh umat…redha ajelah, dah tak mampu ada kolam renang sendiri.

Minggu lepas ikut Cik Bintang pergi memanah di Tok Puteh Indoor Archery (Taman Seroja, Bandar Baru Salak Tinggi), pemiliknya, Cikgu Faizal. 

gaya pro memang lain dari gaya kami ...cikgu Faizal @ Tok Puteh
Pertama kali kami pegang busur ni, jadi Cikgu Faizal memberikan penerangan asas-asas memanah. Disebabkan kami hanya berdua, makanya anak murid sesedap rasa sahaja mencelah bertanya macam-macam. Setengah jam sahaja kami buat aktiviti ni termasuk sembang-sembang dan melayangkan panah.
gelanggang silat dan gelanggang memanah

Kehebatan kami terserlah. Macam-macam tempat kami panah. Ada yang melayang ke garis merah, garis biru, garis putih, terkeluar garisan, terbabas ke board sebelah, malah…disebabkan kami hebat bebenornya, dinding dan lantai pun jadi mangsa panahan kami huhuhuhuhu
ada gaya pro macam Tok Puteh tak?
semua board kami tala huhuhuhuhu
kali pertama main dah boleh tala ke kaler kuning tu kira ok lah kan kan kan

Untuk yang berminat mencuba aktiviti memanah yang menyeronokkan ini boleh whatsapp ke nombor Cikgu Faizal 0166780904 atau terus ke FB Indoor Archery Tok Puteh.

Alamat Tok Puteh Indoor Archery:
Lot 21, Kedai Taman Seroja, Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang.

Sekarang ni ada harga promo.. bolehlah booking segera.
nak bersilat pun bolehhhh ...napelah masa sihat dulu aku tak buat benda gini huhuhuhu kata anak pendekar!!!

Selain memanah, sesiapa nak bersilat pun bulehhhh. Silalah bertanya terus kepada Tok Puteh ya. Entri ni bukan iklan berbayar, hanya seronok nak kongsi benda baru je. Tapi kan kan kan kan kalau lepas ni kalau gian, jangan salahkan aku pulak huhuhuhu

Isnin, 25 Mei 2015

Unfriend Kawan Facebook



Aku ni bukan jenis manusia yang boleh berkawan dengan orang tak tentu hala macam gitu aje. Aku memang pilih dengan siapa nak kawan.

Dulu, ada jugak terima sesiapa tak kenal yang add di FB. Sekarang ni aku hanya terima orang yang kenal sahaja walaupun tak semestinya pernah jumpa. Tak kesahlah nak kata aku ni sombong pun sebab aku memang tergolong dalam golongan orang-orang yang sombong pun huhuhuhu 

Kalau yang dah kenal, pernah jumpa tapi aku tak berapa berkenan dengan status FB dia yang melebih-lebih tu, atau aku ada kesan jenis makan kuih talam, aku unfollow je walaupun ada jugak seorang tu aku block terus sampai sekarang belum terbuka hati lagi nak unblock semula.  Sakitnya tuh di sini!!

Sama ada bergurau, letak komen, jawab komen di FB…semuanya ada etika tersendiri. Nak post komen lagilah ada etikanya…ya dak?

Setiap orang ada limit tertentu bergaul di dunia maya. Memang ramai yang tak Nampak muka atau mungkin tak bertemu, namun bila berlaku interaksi, setiap orang ada prinsip gaya hidup yang berbeza. Aku bukanlah jenis sebarkan muka merata ceruk alam, walaupun aku sentap orang tak tahu, hakikatnya aku masih mengharapkan pengertian sekalipun dah tentulah tak ada siapa pun nak faham. Aku bukanlah sesiapa.

Orang kata, kita tak boleh ubah orang lain, tapi…kita boleh ubah diri sendiri mengikut apa yang kita inginkan. Jadinya, bila daku tidak muncul di khalayak ramai umpama artis diva, usahlah rasa hati. Tak ada niat tak mahu bersilaturrahim, sekadar hindari penyakit sentap yang bakal muncul selepas itu. Sekali pun sentap itu hanya aku seorang sahaja yang tahu.

Sabtu, 23 Mei 2015

Kelebihan The Red Warriors

Akhir Piala FA 2015 antara TRW The Red Warriors dan Lions XII

Tahun ni TRW The Red Warriors Kelantan Darul Naim sekali lagi layak ke perlawanan akhir @ final Piala FA 2015. Alhamdulillah. Kalau ikutkan persembahan awal permainan pasukan Kelantan dahulu, harapan memang macam tak ada. Akhirnya, alhamdulillah, ke pentas final juga. Kali ini bertemu dengan Singa Selatan, Singapura @ Lions XII berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Apa yang berbeza antara TRW The Red Warriors berbanding pasukan lain adalah...mmm penyokong pasukan ni memang gila. Termasuk akulah tu. Tapi kegilaan aku pada aras paling rendah, hanya beli mafla TRW sahaja (cari bendera Kelantan payah nak jumpa huh uhuhu). Itu pun sebab nak bergambar kalau daki mana-mana bukit huhuhuhu macam kat Korea tu!

Comey pulak aku nengok dubsmash ni;



Penyokong pasukan Kelantan TRW sanggup sahaja berarak sepanjang negeri kami yang miskin itu datang ke Bukit Jalil meredah hutan belantara semata-mata untuk memberi sokongan kepada pasukan mereka. Itu belum campur lagi dengan anak jatinya yang berdagang di Selangor. Malah, ada antara penyokongnya sanggup turun dari utara pun. Matlamat hanyalah satu: sokongan kepada pasukan Kijang ini.

macam jem musim nak balik raya hu hu huhu

Piya memang bertuah. Ada tak Kapten pasukan negeri lain yang ada lagu khas dinyanyikan untuk nya? Piya sorang aje kot huhuhuhu ...Sebuah lagu Dikir Moden telah dicipta khas buat peminat setia TRW dan dinyayikan oleh artis tempatan yg sedang meningkat naik, QUA ANWARY. Lagu ini ditujukan khusus buat PIYA @ BADRI RADZI Kapten THE RED WARRIORS. Hebat tak dia?



Bila pasukan TRW Kelantan menang, esoknya kalian akan lihat perarakan tanpa penganjur sepanjang laluan antara Bukit Jalil ke Kota Baharu. Aku pernah menggambarkan tentang kemeriahan jalan raya sepanjang laluan Ketereh hingga Karak dalam entri: Belajar Kecek Kelate. Tak faham? Terjemahannya ada di entri Merai Kemenangan.
musim bola, satu negeri pakai jersey sebegini bukanlah aneh sangat pun...ambo teringin jersi keluaran terbaru, belum berpelung beli lagi ni huhuhu

hias kereta sebegini juga perkara biasa...malah bendera besarpun mereka kibarkan

Tak boleh gambarkan bagaimana situasinya? Cuba lihat rakaman video berikut, beginilah sedikit sebanyaknya;

Tentera TRW



Tak kesahlah orang nak kata kami miskin, namun aku sangat seronok melihat perpaduan, semangat menyokong pasukan yang tinggi ini tanpa mengira bendera apa mereka naugi. Ada BN, PAS, UMNO malah, mereka boleh saling membantu jika berlaku apa-apa masalah sepanjang perjalanan di tengah hutan rimba sana. Syabas penyokong TRW The Red Warriors Kelantan Darul Naim.

Kelbihan ni payah nak jumpa kat tempat lain;
 

Salah lagu the red warriors nyanyian Zaidi Buluh Perindu Feat Mat Glamour



Sekalipun begitu, jenis yang memalitkan lumpur itu tetap juga ada. Namun, jika seorang dua sahaja yang terlebih emo berbanding puluhan ribu lain yang hebat, dah tentulah jadi kes terpinggir.

Kepada penyokong pasukan TRW The Red Warriors Kelantan Darul Naim yang menyaksikan perlawanan akhir Piala FA 2015, silalah profesional. Dah habis main, jangan kotorkan stadium, jangan dok provokasi lebih-lebih...sila hormat tetamu. Lions XII juga pernah membantu mangsa banjir Manik Urai. Sila kenang kebaikan mereka ya.

Gomo Kelate Gomo. Silalah menang ya!

Mmmmmm tak sabar nak tunggu keputusan akhir Piala FA 2015 ni, siapa bakal dinobatkan sebagai juara Piala FA 2015 agaknya.

Khamis, 14 Mei 2015

Cara GST Bangunkan Rakyat




Pak menteri kata gst diperkenalkan untuk kebaikan rakyat. Maka aku pun percaya walaupun selepas berbulan diperkenalkan, aku tak jumpa pun tang mana murahnya barangan keperluan harian. Tak apalah, dah pak menteri kata, kita rakyat marhaen ni wajiblah percaya, ya dak? Kang dikira durhaka pulak. Tak pepasal kena sula!

Kata pak menteri, bila dilaksanakan gst, nanti akan lebih banyak kemudahan diperolehi rakyat jelata yang marhaen setaraf dengan aku ni. Kenalah percaya. Itukan kata pak menteri. Ya lah, betullah tu…bila kutipan harian hasil gst pun dah cecah hingga 42 juta, bayangkanlah bila dikumpulkan setahun. Fuyoooooooooooooooooooooooo banyak gilerrrr!!!! Dah tu, dah tentulah pak menteri akan bangunkan Negara Malaysia yang terchenta ni ya dak?

taHUn depan, terpacak kat Bangi sebiji hospital canggih. Berdesup aku boleh lalu jalan yang bertar licin tadak lobang sebesar hama pun kalau nak banding yang sekarang ni, gajah pun boleh tenggelam kat lopak air di tengah-tengah jalan raya. 
 
Isnin lepas, macam biasa kena tawaf 3 pusingan untuk ambik nombor, tahun depan kita ada hospital baru yang besar kan? Tak payah tawaf gini dahhhhhhhh itulah kebaikan gst!!
Dah tuai hasil gst nanti,  bukan setakat hospital dan jalan raya ada di Bangi, sekolah pun dah canggih. Tak perlu lagi cikgu panjat tangga tertonggek-tonggek dengan kasut tumit tinggi sejengkal tu, ada lif bagai dah. Bilik darjah pun dah ada econ, selesa budak-budak belajar. Bilik computer penuh dengan apple, bukannya computer buruk bermonitor besar tong tu lagi.

Haaaaaaa itu baru sekolah. Baru jalan raya. Baru hospital. Belum sebut benda lain lagi…malas aku nak sebut kang panjang entri ni komer jugak malas baca.  Pendek kata, tak perlu nak susah payah lagi dahhhh…dalam masa 2 tahun je ada rel MRT depan rumah aku. Tak percaya? Tunggu je 2 tahun lagi.

Semua itu kelebihan gst. Jadinya, silalah redha untuk bayar gst ya. Sila sedekah banyak-banyak kat gst demi pembangunan rakyat. Errrrr demi rel MRT depan rumah aku juga. Lepas ni aku tak payah dah bawak kereta, guna aje MRT, terus berhenti depan rumah. Keluar pintu stesyen MRT, terus masuk pintu pagar rumah aku. Bahagia hidup!!




Rabu, 13 Mei 2015

TOPUP RM10 dapat RM10



Kabinet hari ini bersetuju dengan cadangan Kementerian Komunikasi dan Mutimedia supaya kad tambah tambah nilai prabayar telefon bimbit yang dijual pada RM10 akan mendapat nilai RM10 apabila diaktifkan. Kata menterinya, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, kerajaan memberikan tempoh enam bulan lagi kepada semua syarikat telekomunikasi (Telco) untuk melaksanakan cadangan tersebut.

"Bermakna, beli RM10 dapat RM10 akan dilaksanakan pada Disember ini. Semua Telco telah dimaklumkan mengenai perkara ini tadi dan mereka bersetuju dengan tempoh tersebut. Cadangan itu bermakna cukai barang dan perkhidmatan (GST) untuk tambah nilai prabayar akan dikenakan atas penggunaan. Kerajaan berpandangan cara ini adalah lebih wajar kerana GST tidak akan dikenakan sebelum perkhidmatan digunakan," katanya 

Maknanya apa? Maaflah, aku ni kurang sikit ilmu matematik. Maklumlah masa SPM dulu gagal Matematik Tambahan. Ilmu mengira tak reti.

Persoalan aku, adakah hanya untuk jumlah RM10 sahaja je seluruh nilai tambah nilai yang lain?
Adakah GST akan ditarik dari jumlah topup bila nak guna, bersandarkan ayat “tambah nilai prabayar akan dikenakan atas penggunaan”. Caj perkhidmatannya kat mana? Bila kena bayar?

Aku guna topup RM30 untuk sebulan. Kalau guna RM10 tahan seminggu sahaja. Kalau nak topup setiap minggu, bermakna penggunaan untuk sebulan dah RM40 (4 minggu), sebab itulah aku guna terus yang RM30. Konon-kononnya untunglah RM10.

Tolonglah jawab untuk aku ni…sila jawab. Sila jawab. Jawab dalam ayat paling mudah ya...bagi mudah otak berjerebu aku ni faham.

Mmmmm yang pasca bayar pun mengsiput khinzir nak kemaskini blog...apalagi takat topup gitu. Alahaiiii negaraku yang maju, telco jugak memaslankan diri  huhuhu hu