Anda Juga Mungkin Berkenan

Khamis, 27 November 2014

Mata Sakit, Tadak Kirija…Fisabilillah!

Masa beli kepala paip kat kedai hardware, datang seorang pakcik, bukan warganegara. Mohon sumbangan fisabilillah katanya. Untuk dia makan.

“Mata sakit, tadak kerija…mau makan. Fisabilillah” katanya

Aku ni biasa rasa macam mana bila lapar, jadi bila ada orang lapar mintak bantuan kita, hati mudah tersentuh. Bukan semua orang ada pengalaman tahan perasaan berlapar. Jadinya, dah tentu tak sampai hati nak tengok keadaan begitu.

Walaupun dia bukan warganegara, tapi dia juga manusia. Jadinya, aku ajak dia ke kedai makan sebelah kedai hardware tu.

“Encik makan situ kedai…saya bayar,” kataku.

Dia tak mahu. Dia nak duit.

Minta maaflah. Tadi kata lapar…tak makan. Sekarang tak mahu pula.

Aku blah je. Maaflah. Kalau bayar harga sepinggan nasi dan air di kedai mamak tu, aku sanggup je. Tapi kalau bagi dia duit, aku tak berapa ada duit. Tak ikhlas nak bagi duit hari ni!

Selasa, 25 November 2014

Orang Kita Melayan Pelanggan



Kerap kali berlaku;

Masuk kedai sebangsa dengan kita dengan niat nak bantu bisnes mereka. Tapi tak ada siapa sudi melayan sebab kakak tak berapa lawa ni mukanya tak berapa nak kaya.

Bila masuk kedai bangsa lain, dapat layanan bukan main lagi walaupun beli kepala paip je. 

Jangan salahkan kakaklah kalau lain kali kerap masuk kedai bangsa lain itu aje.

Jumaat, 21 November 2014

Tiada Subsidi Petrol RON95 Dan Diesel

Berita gembira kepada seluruh rakyat Malaysia; tiada lagi subsidi untuk petrol RON95 dan diesel.


Ini bermakna; jika harga pasaran minyak mentah dunia meningkat, harga runcit RON95 dan diesel juga akan meningkat. Begitu juga sebaliknya.

Jadi, silalah berdoa panjang panjang dan banyak-banyak setiap hari harga minyak dunia sentiasa turun hingga akhirnya kita boleh dapat FREE macam air laut kat PD huhuhuhu

Khamis, 20 November 2014

Salah Sendiri Tak Ngaku! Ego!

Pernah jadi tak? Memang kita tahu salah sendiri, tapi ego nak mengaku. Nak mintak maaf lagilah. Memang tak lah kan!

Lagi kantoi bila orang yang kita buat salah tu pula tahu apa kesalahan kita. Muka memang tak tahu nak sorok mana, kalau boleh nak masuk dalam supik gelenyar, apa daya…tak muat!

Nak tambah lagi sadis cerita, orang tu pulak buat-buat tak tahu. Buat selamba je depan kita macamlah dia tak tahu kita dok mengata mengutuk dia bagai kat belakang. Padahal, dia ada bukti pun. Dan bukti tu tak boleh dipertikaikan. Memang sahih. Memang sah. Tak boleh diada-adakan. Dan kita pulak tertanya-tanya, kenapa dia buat-buat tak tahu. Kenapa dia tak marah? Kenapa dia tak serang kita dan maki hamun?


Nak tutup salah yang sedikit tu, dek termalu dengan silap sendiri, makanya…dengan muka tak malu kita reka cerita lain. Kita sedarpun cara tu memang sah-sah dipanggil fitnah. Entah kenapa kita buat juga. Kita sebarkan kat orang juga.

Hati kita masihkah tetap tenang dengan diamnya dia tanpa kata apa walaupun dia tahu kita dah fitnah dan reka cerita macam-macam untuk tutup silap mengumpat dan prasangka kita yang awal itu? Tenang kah? Walaupun semua orang percaya dengan cerita buruk yang kita sebarkan itu, mengapa dia masih jua tidak marah dan maki hamun kita? Dia hanya senyum dengan segala gelagat kita itu.

Korang tak rasa pelik ke? Tak ada perasaankah dia?

Mmmmmm pernah alami begini tak?

PssssTTT: kejadian ini sebenarnya berlaku di dunia lain, bukan di bumi. Tak ada kaitanpun dengan spesies Darwin.




Rabu, 19 November 2014

Sembunyikan Kebenaran

Bukan semua orang mampu untuk berkata benar, apalagi jika kebenaran itu berkaitan dengan kesilapan sendiri. Dan diam itu menyebabkan orang lain terfitnah.


Orang yang terfitnah itu pula, ada ketikanya membisu...seakan mengiakan. Tidak menepis, atau suaranya tidaklah selantang mana mencari ruang untuk membela diri. Satu dunia menganggap dia bersalah.

Tak pasal-pasal ramai orang mengumpat dia. Diaibkan. Dan dia, mengaut sebegitu besar pahala dengan redha dan sabar menelan fitnah itu. 

Pernah terfikir tak, kita juga antara orang yang memberi pahala percuma kepada orang lain gara-gara percayakan fitnah? Ataukah, kita antara orang yang terfitnah itu?
 

Selasa, 18 November 2014

Ini Bukan Tentang Tanah Runtuh di Genting Higlands

Hari tu Cameron Higlands banjir lumpur dan berlaku tanah runtuh. Sekarang ni semua PATI di Cameron Higlands lari sembunyi ke Lojing bila Cameron Higlands kena gempur secara besar-besaran. Harapnya PATI hilang selamanya dari Cameron Higlands.

Sekarang, tanah runtuh di Genting Higlands pula. Errrr jalan nak pi Genting Highlands. Berita jam 8 malam tadi, Menteri kata tanah runtuh di Genting Higlands memberi imej buruk kepada pelancongan negara.

Mmmmmm aku tak nak komen banyak sangat bab menteri di Malaysia ni, tunggu aku jadi menteri dulu baru aku komen ya. Tak pepasal bacaan gula dalam darah aku meningkat mendadak pulak kang huhu hu huhu

Bila musim hujan, tanah memang lembut dan mudah runtuh. Bangunan yang keras tu pun boleh runtuh, apalah sangat takat tebing kan? Bab runtuhnya Cameron Higlands aku dah jangka pun akan berlaku semenjak zaman Cameron highlands masih dingin dan sejuk tahun 2000 nun…14 tahun lepas. Masa tu kami berada di puncak Equatorial gariskan apa yang patut dibuat di tempat indah tu dan serahkan kepada pak menteri untuk jadi panduan. Kononnya nak jadi penyelamat Cameron highlands. Akhirnya, Cameron highlands tetap runtuh sana sini juga. Tetap banjir lumpur juga sejak tahun lepas. Entah-entah dokumen yang kami serahkan dulu tu dah hanyut ke sungai sejak 14 tahun lepas lagi huhuhuhu


Bila kejadian tanah runtuh berlaku pula di Genting Higlands dan menimbus sebuah kereta peronda, aku tak terkata apa. Nak kata apa? Nak salahkan siapa?

Kejadian tanah runtuh Genting Highlands berlaku di Kilometer 4.2 tengah malam tadi. Kejadian berlaku kira-kira pukul 12.50 tengah malam menyebabkan laluan tiga lorong menuju ke pusat peranginan itu tertimbus dan tidak dapat dilalui oleh kenderaan

Tanah runtuh itu menutupi jalan utama kira-kira empat kilometer menuju sehingga puncak Genting Highlands. Hanya dua lorong dibuka kepada pengguna untuk naik dan turun dengan dikawal polis bantuan Genting.

Seorang anggota polis bantuan Genting yang sedang membuat tinjauan di kawasan terbabit sempat melarikan diri sebelum keretanya tertimbus oleh tanah runtuh tersebut.


Komen lebih kang ada yang sentap pulak, tapi hakikatnya benda-benda pelik sentiasa sahaja berlaku. Sama macam ramai pak menteri sekarang ni…bila bercakap lupa nak rujuk buku PMR, tetiba jadi fonomena dan viral di media social. Mmmmm sekali kenang, sekali ingat cerita orang-orang dulu, macam berada di zaman penjajah pun ada. Pada zaman penjajah, rakyat tidak bebas bersuara. Salah cakap “potong keparaaaa!!!!”

Maka lahirlah karya-karya patriotic macam novel “Anak Mat Lela Gila”. Kalau tengokkan tajuknya, mmmmm mana ada nilai patriotic….cerita pasal anak mat lela yang gila huh uhu huh u tapi itulah hebatnya penulis zaman dahulu. Penulis zaman sekarang mana reti nak guna symbol dan lambing. Mana tahu guna semiotic. Redas kena buah butir terus atas batang hidup pun tak reti lagi. Mmmmm itulah bezanya ilmu mantik zaman dulu dan zaman sekarang.

Sebenarnya, aku nak tulis pasal tanah runtuh di Cameron Higlands. Tak tau pasai apa entri ni jadi lagu ni. Maaflah ya….dah dua hari aku tak sembang dengan orang, tak jumpa orang berkurung dalam gua gelap. Makanya, dah wenggg kepala otak!


Tak Sanggup Aku Nak Jadi Cikgu

Agak banyak juga entri aku tulis tentang guru @ cikgu ni. Pasal pesan cikgu, kisah murid dulu dan murid sekarang, guru sekolah menengah aku dulu, susah nak jadi cikgu hinggalah surat pengakuan seorang murid kepada gurunya. 

Ini pengalaman aku sendiri. Kisah benar. Masa tu aku tengah belajar di UKM dengan kos yuran semua tanggung sendiri. Yaaaaaaa aku yang dari negeri paling miskin tanggung sendiri yuran pengajian setelah kena hamun seorang kerani di sebuah organisasi untuk anak melayu sebab perasan bagus nak mintak biasiswa dan pinjaman pelajaran. Tak dapat biasiswa dan pinjaman pelajaran tu, aku buat kerja sementara ikut kelapangan sambil belajar. Alhamdulillah, sampai sekarang belum habis belajar lagi.

Kisah ni berlaku tahun 1997, lama dahulu lagi. Nampak benaunya aku dah tua hu huhuhuhu. Masa tu cuti pertengahan semester sebulan. Nak jadi cerita aku berjaya jadi cikgu ganti selama dua minggu di sekolah swasta di Cheras.

Sekolah swasta memang sinonim dengan anak orang kaya, yang berada, yang mampu. Bagi mereka duit taka da masalah, sedangkan cikgu yang mengajar di situ mencari duit. Jadi, pelajar sesedap rasa sahaja boleh cemuh cikgu dengan kata-kata “Cikgu jangan nak banyak hal, gaji cikgu bapak saya yang bayar,”



Aku ajar Bahasa melayu dan pendidikan moral di tingkatan dua paling nakal. Semua cikgu memang tak sanggup nak masuk kelas tu, perangai setiap orang macam hantu tak kira lelaki ke perempuan. Nak kawal kelas pun dah jadi masalah yang besar, apalagi nak bagi dia orang diam dan dengar arahan.

Hari pertama aku masuk, macam biasa mereka berlari sana ini dalam kelas, buat itu ini bising sana sini macam pasar ikan. Mula-mula, aku yang jelita dan sopan ini bagi arahan supaya masing-masing duduk di kerusi sendiri. Nak kena belajar kan…kenalah dok elok-elok.

Ada depa kesah?
Tak ada. Kelas jadi pasar ikan dengan kebisingan tahap tenggelamkan suara merdu manis aku ni. Lima minit aku berdiri sahaja pandang gelagat mereka. Yang lembut hati akan kembali duduk di kerusi masing-masing dan duduk senyap. Yang keras hati tetap juga buat hal sendiri macam aku bukan makhluk yang perlu dia orang rasa nak hormat. Akhirnya hanya tinggal dua tiga orang masih main-main di belakang kelas tanpa pedulipun aku hingga menuntut aku bersuara mintak dia orang duduk di kerusi masing-masing.


Ada dia orang endahkan?
Tak ada. Selamba sahaja dok bergurau hingga suara aku pun tetiba jadi suara HULK yang mula menukarkan warna hijaunya, yang mula koyakkan bajunya. Errrr...baju tak koyak ya, kang kalau koyak susah pulak terbuka aurat huhuhuhuhu Masa tu aku angkat kerusi dan tanya mereka;

“Awak nampak kerusi ni?” itu sahaja yang aku tanya.

Mata kena tajam, pandang tepat ke mata dia orang dengan muka serius. Muka nak telan orang. Berlakon kononnya. Tapi lakonan itu berjaya. Mereka duduk di kerusi masing-masing dan senyap. Hanya perlu buat begitu ketika hari pertama sahaja. Hari-hari seterusnya mereka dah dengar kata dan mula seronok belajar dengan macam-macam mainan pembelajaran hingga kelas riuh rendah. Tuan Pengetua ingatkan pelajarnya bising tak dengar kata, rupanya sekali dengan cikgu dok main sama huhu hu hu hu

Dua minggu aku berada di sekolah itu, mereka boleh buat karangan padahal menurut Pengetua, budak-budak tu nak buat ayat lengkap pun payah.


Dalam masa dua minggu itu juga mereka tidak buat bising masa aku mengajar. Pengetua tawarkan jawatan tetap di sekolah tu, tapi aku tolak sebab tengah belajar. Kalau aku terima, rasanya aku kena jadi cikgu disiplin kot huhuhuhu

Jadi, cikgu-cikgu di Malaysia….silalah belajar silat taekwando kungfu bagai jika mahu jadi cikgu di Malaysia huh u hu huhu kalau tak, anda akan mengalami masalah kemurungan. Jangan dikungfu betul-betul sudahlah ya, tak pepasal mati anak orang!

Aku memang tak sanggup jadi cikgu. Bagi aku, hanya orang terpilih sahaja layak jadi cikgu. Kalau aku terus jadi cikgu, aku risau ada pelajar masuk ICU hu huhuhuhu

Isnin, 17 November 2014

Orang Cantik Juga Dapat Nama

Ini biasa berlaku dalam kehidupan di sekeliling kita. Orang yang cantik jelita dan rupawan itu selalu dianggap beruntung, berbudi tinggi dan sopan santun. Sebab itu kot ramai aje lelaki sanggup jadi hamba perempuan cantik.

Untung kan mereka? Tak percaya? Jom kita tengok iklan pendek ni;



Beruntung kan bila memiliki wajah yang rupawan. Begitulah nilaian dunia.

Bila orang tak berapa nak cantik berbuat budi, bukan sahaja tak dihargai, dipandang pun tidak.

Namun, andainya kita membuat kebaikan hanya sebab mahu dipandang…rasanya niat tu dah terpesong. Pastikan apa sahaja yang kita buat, niatnya kena betul.

Jom pakat betulkan niat mulai sekarang!

Khamis, 6 November 2014

Sembilan Budak Hitam



Yaaaa ada Sembilan budak hitam, kalaupun ada antara merah kulitnya cerah dan putih, mereka tetap kelihatan hitam…makanya, seperti dijangka, sembilan budak hitam yang sedang belajar di Universiti Malaya mungkin dibuang universiti kerana kejadian robohkan pagar UM. 

Pelajar Universiti Malaya (UM) berkenaan terlibat secara langsung dalam himpunan sempena pidato Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim di kampus Isnin lepas. Mereka diminta untuk menghadiri perbicaraan disiplin di kampus hari Jumaat ini. Tindakan diambil bergantung pada hasil perbicaraan tersebut. Hukuman paling ringan yang diputuskan mungkin berupa surat amaran, hukuman maksimum adalah buang universiti.

Presiden Majlis Pelajar UM, Fahmi Zainol yang merupakan penganjur bagi himpunan '40 Tahun: Dari Universiti Malaya ke Penjara' menerima surat menyatakan dia kini menghadapi sembilan tuduhan di bawah Akta Universiti dan Kolej Universiti Undang-undang. Mmmmmm tukang anjur je kena kot, tukang rempuh tak tau lah pulak. Kena tunggu Jumaat ni untuk sapa dah kenaaaaa!

Mmmmmmm jiwa muda. Darah masih panas. Tapi aku dulupun pernah muda juga, darahpun masih lagi panas. Setidak-tidaknya aku sedar aku kena tamatkan belajar dan cari kerja untuk ubah nasib keluarga kami. Itu dululah. Bila dah berubah, hu huh uhu lambatlah pulak nak siap belajar ni. Tetiba aku dah rasa bosan dah belajoo lama sangat. Macam mana nak sambung 4 tahun lagi ni hu huh uhuhu hati tak istiqamah ni!

Adoiiii la! Bila nak konvo ni!!! Semua orang dah berjujut jujut pakat gi konvo, aku sorang je belum siap kerja skulah ni apa kes!

Rabu, 5 November 2014

Banjir Lumpur Di Cameron Highlands




Sekali lagi, Cameron Higlands dilanda banjir lumpur

Hujan lebat berterusan dan kenaikan paras air Sungai Ringlet di Cameron Higlands menyebabkan berlaku kejadian banjir lumpur. Khabarnya, lebih 20 rumah penduduk terjejas selain merosakkan beberapa kenderaan. 

Antara kawasan penempatan terjejas dengan banjir lumpur di Cameron Higlands kali ini ialah pekan Ringlet, Kampung Baru Ringlet, Kampung Ulu Merah. Banjir lumpur itu dikatakan hingga paras lutut. Belum banyak maklumat yang ada, berita di radio pun belum ada.

Harapnya, tidak libatkan kehilangan nyawa. Harapnya juga pihak berwajib segera beri bantuan. Hujan woooooo dahlah Cameron Higlands memang sejuk kan. Tak boleh bayangkan keadaan mereka waktu malam begini. 

Ada sesiapa ada gambar banjir lumpur di Cameron Higlands ni tak? 

Kawasan banjir lumpur di Cameron Higlands kali ini terletak kira-kira empat kilometer dari lokasi kejadian banjir lumpur di Lembah Bertam yang mengorbankan empat nyawa pada 23 Oktober 2013. Dalam kejadian itu empat orang terbunuh dan jejaskan  80 rumah di tebing sungai apabila arus sungai turut bawa sampah sarap, pokok dan pasir. Akibatnya, puluhan kenderaan, kedai dan Surau An Nur Lembah Bertam musnah.