Anda Juga Mungkin Berkenan

Isnin, 30 Jun 2014

Benci Pandang Pertama

Ramadhan ke dua.

Orang selalu sebut tentang cinta pandang pertama. Mendapat panahan cinta saat kali pertama mata saling berpandangan, rasa pun berubah dari mata turun ke hati.

Pernah jumpa kes benci pandangan pertama? Aku pernah alaminya.

Dalam satu bengkel, aku dapati seorang peserta perempuan ni selalu bercakap sinis denganku. Suka menyindir-nyindir dan bercakap jenis pukul anak sindir menantu. Dia sedaya upaya cuba cari peluang untuk hentam aku tak kira keadaan. Baginya satu kepuasan pula bila aku terkebil-kebil tak faham dengan gelagatnya itu.

Kursus tu ambik masa beberapa hari. Aku memang tak akan bertikam lidah dengan orang-orang yang bawa aura negatif. Aku tak mahu terjangkit aura tak baik itu. Namun, dia akan sedaya upaya untuk dekati aku semata-mata nak sembur aku dengan ayat-ayat sindir pesannya itu. Apa yang boleh aku buat kecuali senyum. Jahat benar aku pada pandangan matanya, sedangkan kami tak pernah jumpa pun sebelum itu.

Sebenarnya, aku juga pelik kenapa dia sentiasa cari hal dengan aku aje. Apa salah aku pada dia kerana selama ini seingat aku itulah kali pertama kami bertemu. Dia bukannya kenal aku pun, setelah sebut namaku barulah dia jadi begitu. Anehnya, dengan orang lain dia tak ada masalah itu, hinggakan ada peserta lain menyedari sikap aneh dan peliknya itu.

Di akhir bengkel itu, dia membuat pengakuan bahawa “aku” yang dia kenal itu begitu berbeza dengan apa yang dia diberitahu. Terkejut badak sekejab. Nampak benarlah ada orang sedang menyebarkan berita tak benar tentang aku, dan dia pula dah terpedaya dengan cerita itu.

Dia minta maaf. Katanya aku tidak sebegitu. Dan dia hairan mengapa “orang itu” yang barangkali aku kenal barangkali aku tak kenal sebarkan cerita sebegitu. Dan aku pula tidak tanyakan pun siapa si pembawa mulut itu. Bukan tak mahu tahu siapa empunya angkara, tetapi aku kesian dengan dia ini yang sangat-sangat menyesali apa yang telah dilakukannya kepada aku. Dah tentu pandangannya kepada si pembawa berita dah jadi lain.

“Awak tak nak tahu ke siapa yang bawa mulut?” dia macam tahu aje apa yang bergelodak di dasar hati aku ni. 

Sebenarnya sangat sangat nak tahu, tapi waktu tu aku hanya senyum dan kata “Kalau saya tahu siapa dia, dah tentu saya akan bermusuh dengan dia…saya juga akan tanamkan hal yang buruk juga tentang dia. Benda macam ni akan berlarutan sampai bila-bila,” nasib baik setan tak cucuk masa tu.

Aku nampak matanya merah dan dia tertunduk. Ya, aku tak tahu siapa penyebar fitnah itu. Namun aku tahu, hati orang ini telah berjaya aku curi. Sudah pasti juga kepercayaan dan tanggapannya kepada si penyebar fitnah itu juga sudah berubah.

Kami berpisah dengan peluk-peluk gesel pipi. Dan kini, aku sudah lupa siapakah orang itu. Bukankah itu yang terbaik?

Apa kata, di bulan Ramadhan yang mulia ini, kita jauhi sikap syak mengesyaki, buruk memburuk dan fitnah menfitnah. Dengan satu ayat sahaja mampu membawa kita lebih dekat dengan syaiton nirrajim.




Ahad, 29 Jun 2014

Dah satu Ramadhan.

 Ramadhan Pertama.

Selamat menyambut kedatangan Ramadhan al Mubarak, semoga kita diberikan kesihatan yang baik untuk jalani bulan ibadah ini sebaiknya.



Selamat berpuasa. Semoga ibadah puasa kita tahun ini lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya. Semoga puasa menjaga kita dari perbuatan yang tidak sepatutnya.


Sempena Ramadhan yang mulia ini, aku ambil kesempatan memohon ampun dan maaf andainya ada kesilapan yang sengaja dan tanpa sengaja telah mengguris hati kalian.



Kiranya ada sesiapa yang masih lagi aku berhutang, masih aku belum bayar hutang berkenaan sama ada dengan sengaja atau kerana terlupa, silalah tuntut dengan aku ya. Insha allah akan dilunaskan dalam kadar yang segera. Manalah tahu aku TERLUPA dan terlepas pandang. Sejak umur bertambah ni, mungkin juga akibat banyak makan semut, banyak perkara aku dah lupa. Jadinya…sila ingati aku.


Sabtu, 28 Jun 2014

Ditinggalkan Kekasih Kerana Pokai

Ini memang lumrah dunia. Kat mana-manapun.

Sekiranya kalian masih ada kekasih ketika pokai tak mampu nak hidup pun, maknanya kalian bertuah. Bukan semua orang sanggup hidup pokai bersama kita.

Di BEIJING, Seorang jejaka warga China yang pernah ditinggalkan kekasihnya kerana tidak memiliki wang telah membelanjakan AS$40,000 membuat tempahan empat pawagam IMAX di sini untuk tayangan perdana filem terbaru "Transformers" pada Jumaat sebagai bukti yang dia tidak lagi pokai.

Ketika di tahun empat kolej pada 2007 dia tidak mempunyai wang untuk membeli dua tiket wayang pun. Pada hari kekasihanya meninggalkan Beijing, dia telah memberi komen yang Xiaoyun akan berada dalam keadaan yang sama sampai bila-bila.

Sejak itu dia telah bekerja keras. Akhirnya dia membelanjakan separuh daripada pendapatan bulanan untuk membuat tempahan ke atas empat panggung IMAX sebagai bukti, keputusan yang dibuat oleh bekas kekasihnya tujuh tahun lalu adalah satu kesilapan besar. Fuhhhhhh! Setengah bulan gajinya USD40 ribu hambekkkk kau! Keja apakah dia ni? Nak pi ngurat lah!!! Seee…bila dah kaya, semua orang sanggup pi ngurat dia huh u huh u 

Sebagai bukti, Xiaoyun turut memuat naikkan salinan resit tempahan kesemua panggung tersebut yang berjumlah 250,000 yuan atau $40,000 {sejak bila pula USD 40k sama dengan RM40k? Pelik sat! Errrrrr…masa tempah bayar deposit dulu je kan?}.

Xiaoyun juga telah meminta bantuan para pengguna internet supaya menyebarkan mesej yang ingin disampaikan kepada bekas kekasihnya itu dan menjanjikan tiket percuma kepada mereka. Mesejnya itu telah dihantar sebanyak 110,000 kali menjelang Jumaat.

Khamis, 26 Jun 2014

besi binaan MRT timpa kereta?


Ada terima whatsapp berikut;

Makluman..org subang nak ke KL sila lalu jln lain..jln Aport jem teruk kerana ada besi pembinaan mrt yg sedang diangkat kren jatuh atas kereta.. Kesian org yg dlm kereta cedera teruk..

Ada disertakan gambar juga, tapi tak pasti betul ke tidak. Ada kawan-kawan yang tahu tentang ni, bolehlah kongsi maklumat.






Kemas kini dari Mstar;

Seorang pemandu dan penumpang sebuah kereta cedera selepas kenderaan mereka ditimpa beberapa batang besi pembinaan Aliran Transit Ringan (LRT) di Jalan Lapangan Terbang Subang menghala ke Lebuhraya Persekutuan di sini pada Khamis.

Kejadian berlaku pada pukul 9 pagi Khamis ketika kerja-kerja mengangkat batang besi di kawasan pembinaan itu sedang dijalankan. Beberapa batang besi terjatuh di atas sebuah kereta (Honda Civic) yang kebetulan melalui kawasan berkenaan sehingga mengakibatkan seorang lelaki dan perempuan yang berada di dalamnya cedera.

Sebuah van jenis Nissan Vanette yang sedang mengekori kereta berkenaan kemudian gagal berhenti dan merempuh kenderaan itu. Kedua-dua mangsa telah dihantar ke Pusat Perubatan Sime Darby dekat Subang untuk menerima rawatan manakala pemandu van tidak mengalami kecederaan. 

 

peneroka felda dapat duit raya

Untunglah orang felda. puasa pun belum lagi tapi mereka dah tahu akan dapat duit raya tak lama lagi.

Ikut berita radio yang aku dengar agihan duit raya bakal diterima peneroka pada minggu pertama puasa.

Penjawat awam dapat bonus duit raya tak tahun ni?

Rabu, 25 Jun 2014

Rombakan Kabinet ke umum menteri baru?


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengadakan sidang media di pejabatnya di Putrajaya jam 12.30 tengah hari ini. Spekulasi tentang rombakan kabinet menjadi bualan hangat mutakhir ini berikutan desas-desus bahawa Najib perlu melakukannya untuk membawa masuk pemimpin daripada MCA dan Gerakan.

Akhirnya, Perdana Menteri mengumumkan rombakan kabinet. Beberapa posisi telah berubah iaitu;

Datuk Seri Liow Tiong Lai diumumkan Menteri Pengangkutan baru.

Datuk Mah Siew Keong dan Datuk Wee Ka Siong diumumkan sebagai menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Datuk Lee Chee Leong diumumkan sebagai Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa.

Datuk Chua Tee Yong diumumkan sebagai Timbalan Menteri Kewangan dan Datin Paduka Chew Mei Fun diumumkan sebagai Timbalan Menteri Pembangunan Wanita.

Istiadat angkat sumpah akan diadakan Jumaat, di Istana Negara pada jam 11 pagi.

siapa tahu buah aneh ni?

Siapa tahu nama buah ni? Buah aneh ini kelihatan seperti telah dikacukkan dengan dua spesies. Rupanya macam buah manggis, tapi warnanya merah. Bau buahnya manis. Daunnya juga macam daun manggis, tapi kecil sedikit dari daun manggis dan bentuknya lebih memanjang.

masih di dahan...sedang elok masak

Hanya boleh ambik gambar dan tengok sahaja. Walaupun banyak buah masak gugur tapi tak berani nak ambik rasa. Ikut hati memang nak rasa juga macammanalah rasanya buah aneh ini...tapi akal kata kena mintak izin tuannya. Belum ada rezeki nak jumpa tuannya, belum ada rezeki nak merasa.

ada nampak macam manggis tak?

Saiz buah ni taklah besar, lebih kurang buah pinang sahaja. Warnanya masa masak di dahan adalah merah, bila ranum jadi kening keorenan macam buah pinang masak.

dah ranum dan gugur berlambak di tanah

Kami jumpa buah aneh dan istimewa ini di Kompleks Rumah Tumbuhan, UKM. Nun dalam hutan rimba sana. Haaaaaa jangan buat tak tau, tumbuhan pun ada kompleks rumahnya sendiri hu hu huhuhu


Isnin, 23 Jun 2014

Berikan Daku SyurgaMu


Kita selalu dengar “Syurga di telapak kaki ibu”, anak tak boleh kecilkan hati mak, lukakan hati mak. Hati mak yang tersentuh, tersakiti akan jauhkan anak dari bau syurga.

Sebagai anak, ramai anak di dunia mahu senangkan hati mak. Gembirakan hati mak, ceriakan mak dan tak mahu mak susah hati. Makanya, mencuba takat terdaya untuk sentiasa menjaga hati mak agat tidak tersentuh. Agar mak tak jauh hati. Agar mak tak kecil hati, apalagi marah dan mengucapkan “tidak kuhalalkan air susu yang kau teguk”. Lagilah tak mahu kalau dicop sebagai anak durhaka, sebab semua orang sedar, menyakiti hati mak umpama menjauhkan syurga.

Namun hakikatnya, pernah tak mak beritahu kita apa yang buatkan dia kecik hati? Apa yang buatkan hatinya tercuit tersentuh dan tersakiti? Mak tak pernah berikan garis panduan dan senarai perkara apa yang perlu kita sebagai anak buat agar hatinya sentiasa terjaga tak tersakiti?



Bukankah lebih mudah dan jelas kalau disenaraikan apa perlu anak buat untuk gembirakan mak, apa yang perlu anak lakukan untuk elakkan hati mak tersakiti yang kemudiannya anak akan dicop sebagai tanggang tak mengenang budi? Adakah cukup dengan hanya telefon bertanya khabar setiap minggu? Cukupkah dengan belanja bulanan setiap kali gaji, atau belikan barangan idaman? Cukup tak dengan balik raya setiap tahun? Apa lagi yang anak-anak perlu lakukan? Bukan semua anak mampu salami hati kecil mak mereka, sangat ramai anak yang bendul macam aku pun. Kalau tak beritahu, manalah nak tahu. Tak boleh ke beritahu?



Kepada semua mak di dunia, jika dikau terasa hati dengan perlakuan anak, silalah beritahu anak itu terus terang. Usah simpan. Kasihanilah anak itu, dia juga mempunyai impian untuk masuk syurga. Usahlah terlalu berkira dengan kecik hatimu itu hingga melambatkan anak masuk syurga. Beritahulah “Mak kecik hati kau tak belikan nasi goreng kampong hari tu…”, janganlah sebab nasi goreng kampong, anakmu bermasalah untuk masuk syurga.



Usahlah simpan dalam hati, mak. Kalau tak suka anak itu malas basuh baju, berterus teranglah. Suruhlah dia hantar dobi. Semakin lama mak simpan dalam hati hanya kerana perkara sekecil itu, semakin lerai kasih sayang itu di dunia, apalagi di akhirat sana. Janganlah sebab ada lessen besar bergelar “ibu” maka mak terusan mengugut anak “Kau tak dengar kata mak…tak masuk syurga!”

Agak-agaknya, Mek pernah tersentuh hati tak denganku? Pernah terguris rasa tak? Pernah terluka tak? Macam mana nak tahu macam mana seorang ibu terluka hatinya? Ada cara tak?

 



Ahad, 22 Jun 2014

Video Sedih Anak OKU Dikurung Ibu Sendiri


Sabtu lepas, negara dikejutkan dengan berita penemuan remaja OKU dikurung ibu sendiri ketika Ops 6P oleh Jabatan Imigresen Negeri Sembilan dalam keadaan menyedihkan di sebuah rumah pangsa di Taman Semarak, Nilai. Menurut Pengarah jabatan berkenaan Faizal Fazri Othman, remaja berumur 15 tahun itu bukan hanya kurus kering, malah persekitaran bilik di rumah pangsa itu didapati dipenuhi dengan tanah dan najis.



Penemuan seorang remaja lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) dalam keadaan menyayat hati mendapat reaksi yang pelbagai. Tubuhnya terlalu kurus dan kelihatan seperti mayat hidup, dipercayai akibat kekurangan zat makanan. Baju yang dipakai mangsa juga didapati sudah mereput akibat terlalu lama bercampur dengan sisa air kencing dan najisnya sendiri sepanjang berada di situ.

Ibunya yang dikenali sebagai Lola, berasal dari Sabah dan ditahan reman sejak semalam hingga Rabu ini.

Komen aku: Tak terkata apa-apa. Terbeliak biji mata adalah, terutama bila tengok video remaja OKU dikurung ibunya sendiri yang menyayatkan hati ini.

Jumaat, 20 Jun 2014

Rasulullah Menanti Orang Yang Tak Kahwin Di Hadapan Pintu Syurga

Anak-anak kecil yang meninggal akan menunggu ibu bapanya di hadapan syurga.

Siapa nak tunggu kami yang belum tentu ada peluang nak ada anak ni?



Lega rasa hati bila dengar ceramah ni. Maklumlah, kalau takdirnya bujang sampai akhir hayat, paling tidak adalah juga orang akan tunggu. Orang istimewa pulak tu…ya Rasulullah S.A.W akan menanti orang yang tak kahwin di hadapan pintu syurga. 

Silalah jangan jadi Kak Nam celupar dok tanya sesuatu yang hanya Allah yang tahu.


Khamis, 19 Jun 2014

Dah Bodoh, Memanglah Kena Tipu!


Ayat macam tu dah acap kali aku dengar. Belum kena batang hidung sendiri, bolehlah sembang, bro! cer kena. Tak pepasal meroyan salahkan segala system dalam dunia huh u huh u

Kita tak pernah sempurna, hati-hati macam manapun adakalanya terlepas pandang juga. Orang yang kerjanya menipu ni, akal dia panjang walaupun ada masa kantoi juga di mana-mana. Nak buat macam mana, dah kerjaya dia menipu. Status jawatan tetap dia adalah PENIPU. Mudah-mudahan status tu dia tak bawa sampai mati. Itupun kalau dia sedar MATI itu pasti.


Dah kena tipu nak buat apa? Mula-mula dah tentulah kena pergi buat laporan di balai polis. Memanglah leceh. Kes aku sejak 2008, sampai sekarang senyap pengap dan aku sangat pasti sampai pencen pun dendiam je kat situ. Si penipu tu pula lepas bebas dan bermaharaja lela menipu orang lain pulak. Itu biasa berlaku, bukan aneh pun. Lainlah kalau kita ni seseorang macam anwar Ibrahim ke…altantuya ka…sapa lagi orang-orang yang cepat dapat liputan eh? Mmmmmm Nampak sangat aku tak berapa nak kenal hu huhuhuhu 


Jika libatkan urusan perniagaan, silalah panjangkan laporan polis berkaitan ke SKMM (bila libatkan penipuan online bagai) dan SSM (suruhanjaya syarikat Malaysia) dan pihak lain yang berkaitan. KDPNKK sekali. Tak susahpun nak kenal pasti siapa si penipu tu…maklumat diri tetap boleh jumpa kat akaun bank, SSM atau no telefon walaupun ada sesetengah penipu ni biasanya gunakan orang lain punya nama atau akaun.Memang dah biasa menipu, depa ni dah tahu dah macam mana cara untuk lepas. Kat dunialah lepas, kat sana belum tentu lagi. Kat Padang Mahsyar nanti merangkak lah cari semua orang yang ditipunya...benda tu kan lambat lagi, bukan sekarang fikirnya. Tua nanti tobatlah! KOtlah sempat tua...

Putar alam dan tipu menipu keliling kita;



Setelah itu, berurusanlah dengan Pencipta segala isi langit dan bumi ini. Tipulah kalau kata hati boleh halalkan. Ya lah, hati memang sakit kena tipu…apalagi kalau libatkan jumlah yang banyak. Takat dua tiga ringgit boleh aje buat tak tahu dan halalkan. Tapi kalau ratus-ratus, ribu riban? Puluh ribu? Ratus ribu? Nak redha dan halalkan ke?



Kalau mampu, anda memang hebat. Tahniah!

Rabu, 18 Jun 2014

Ayah Tak Pernah Hadir Mesyuarat PIBG Sekolah

Cikgu sekolah selalu sahaja bengang dengan ibu bapa yang payah nak hadiri mesyuarat PIBG anak-anak mereka. Tak datang waktu hari report kad anak-anak diserahkan.

Ayah aku sebenarnya tidak pernah hadiri sebarang mesyuarat PIBG sejak kami darjah satu hinggalah tamat sekolah…hinggalah habis belajar lavel berapa pun, ayah tak pernah pergi. Kami konvo pun ayah tak datang masuk dewan tengok perarakan anak dia. Tak pernah!


Kami nak rasa hati? Tak pernah!

Kami faham ayah sibuk kerja keras demi sesuap nasi. Kami tak pernah lompat pagar sekolah ponteng kelas. Kalau aku nak keluar asrama pun, aku tak lompat pagar, aku keluar ikut pintu pagar hadapan sekolah lagi huh u huh u hu

Walaupun kami bukannya kategori pelajar pintar dan jadi harapan sekolah, tetapi kami tak terlibat dalam masalah disiplin. Kalau aku tak datang sekolah, bermakna aku ada di rumah. Tapi, itu jarang berlaku sebab aku suka pergi sekolah. Aku suka kedatangan penuh setiap tahun.

Kalau aku datang lambat ke sekolah, bukan sebab aku ponteng. Sebab basikal buruk aku buat hal. Kalaupun pengawas tulis nama dan hantar kepada guru disiplin, ada aku takut? Tak pernah! Sebab aku tahu aku bukan sengaja nak lambat. Aku sentiasa sampai awal. Dan cikgu disiplin tak pernah denda walaupun aku terbabas datang lambat. Kalau dia denda? Dah tentu aku akan pertahankan diri…bukan sengaja kan? Aku kan sentiasa perjuangkan kebenaran!

Walaupun cikgu kata “ibu bapa murid yang tak datang mesyuarat PIBG, anaknya akan kena denda”, tetapi ayah tetap tak juga datang mesyuarat tu. Dan aku tak pernah kena panggil atau kena denda sebab ayah tak datang mesyuarat PIBG tu.

Cara ayah aku mudah sahaja. Dia akan pergi ke rumah cikgu disiplin sekolah tu. Tanya hal anak-anak dia ada masalah ke tidak kat sekolah. Ada berani aku nak buat hal?

Kami sentiasa cuba ringankan beban ayah. Kami saksikan sendiri betapa penatnya dia berkerja di bendang untuk menyara kehidupan kami semua. Kegigihan ayah melebihi gigihnya orang lain di kawasan sekitar kami kerana kemiskinan kami juga lebih tinggi tahapnya berbanding orang lain. Rasa itu buatkan kami sedaya upaya cuba untuk tidak buat onar dan beri masalah.

Jadi, walaupun ayah tak pernah hadiri majlis perjumpaan PIBG, ada anak dia berani nak ponteng bagai walaupun anaknya ni gengstar tu boleh tahan juga hu huhuhu kira macam hero filem tamillah kan?

Mmmmm entri ni sepatutnya terbit sempena Hari Bapa, tapi aku cari tak jumpa tang mana dah save entri ni hu hu huhu



Selasa, 17 Jun 2014

Tanda Tanda Orang Yang Bijaksana


Tanda-tanda dan ciri-ciri orang yang bijaksana adalah;


Bukan mudah nak jadi bijaksana, namun...sekurang-kurangnya niat tetap ada.
Semoga dimudahkan Allah.



Isnin, 16 Jun 2014

Dapat T’Shirt Hinditrax Percuma


Masa muda-muda dulu (macamlah dah tua benar) aku tak berapa suka filem Hindi. Tengok filem tamil kat TV, selalu kena ejek dengan Mek sebab dalam keluarga kami tak ada siapa suka tengok filem Tamil apalagi Hindi. Semua tengok cerita P.Ramlee je.

Dah kerja, tak tahu macam mana tetiba aku boleh gila dengan lagu-lagu hindi, selalu tengok videoklip lagu hindi popular yang sedap di dengar di Youtube. Yang aku masih ingat punca aku suka tu sebab dulu-dulu dengar Time Hiway Radio DJ Andy Hakim selalu translet senikata lagu-lagu hindi dakam rancangan Hindi Power . Bila tahu betapa indahnya maksud setiap lagu-lagu tu, tetiba boleh terjatuh cinta! Tetiba baru tahu maksud filem Dilwale Dulhania Le Jayenge yang pernah dihadiahkan CDnya oleh seorang kawan...Opssss! manaku tahu dia nak ngurat. Pasai apa tak habaQ ceQ oiii...selepas 10 tahun baru tau maksudnya hu hu hu hu

Sekarang akan sentiasa di sisi SelangorFM setiap Isnin, bersama DJ Andy Hakim. Macam selalu…DJ idaman Malaya tu akan terjemahkan intipati kisah dalam setiap lagu dan rangkap kata yang indah-indah tu. Fuhhhhhh! Sangat menyentuh jiwa habaq hang!

Sejak dua bulan lepas…DJ Andy Hakim dah tulis blog berkisar tentang dunia Bollywood dalam bahasa Melayu. Kisah artis bollywood, kisah industri perfileman bollywood, terjemahan lagu-lagu dan semuanya dalam bahasa Melayu. Aku lebih suka tang lagu-lagu dan terjemahan tu dan info semasa. Silalah ke HindiTrax kalau nak tengok;


Tapi, lebih suka bila dapat t’shirt percuma Hinditrax. Gila tak suka!

buka je bungkusan...terus jerit sensorang. Comeyyyyy!!!!
Opsssss! Macam kat Korea pulak...teruja!!!
Nyata jelita! Ohhhhhh! Hati berbunga-bunga sepanjang hari dok renung ni!

Cantik tak? Cantik kan? Kan?

Lagi cantik sebab percuma huh u huhu terima kasih Abe Andy Hakim dan SelangorFM. Terima kasih penaja HindiTrax! Hati berbunga-bunga, kembang kuncup macam dapat bawak balik Khirtik Roshan gayanya!

DJ Andy Hakim buat kuiz mudah masa rancangan Irama Bollywood hari Isnin 26 Mei 2014, asalnya hanya pilih 3 pemenang sahaja. Bila sambutan gamat, tetiba jadi 5 orang pemenang dan aku antara salah seorang yang menang. Itupun lepas aku dah rasa putusasa macam tak ada peluang je huh u huh u sekali, DJ Andy Hakim telefon bagi tahu termasuk dalam senarai. Fuhhhhh, Seronok tak? Mestilah seronok. Tidur malam tu pun dok tersengih-sengih. Nasib baik tak mimpi jumpa Khirtik Roshan…kalau tak, jenuh panjat bukit lari-lari kejar biri-biri putih sambil nyanyi lagu Hindustan! Haila Haila!

Haila Haila



Seronok sebab jadi antara orang terawal yang dapat tshirt istimewa HindiTrax ni. Yang mahalnya daun maple berguguran tu, pergi Korea hari tu banyak jumpa pohon Gingko, pohon maple tak dan jumpa yang daun besar-besar, kecik cinonet je dan tengok. Lagi mahal dan jadi teramat mahal adalah siapa yang bagi tu. Fuhhhhhhh! tetiba rasa nak sembunyikan dalam almari tak mau bagi tengok kat anak buah. Karang kena paw! Makcik ni mudah luluh dengan rayuan huh u huhu

Mau tak sembunyi, Tshirt Korea ceQ dah kena paw hu huhuh u …tak apalah yang tu, ada jugak sehelai lagi. Yang ni memang satu-satunya tau!

Mmmmmm dulu pernah terima tiket tengok filem Hindi Dostana, merasalah juga tengok filem hindi kat panggung. Tak sangka masih ada rezeki. Persamaannya: ketika kedua-dua hadiah comel ni aku terima, aku tak berapa nak sihat. Kira macam jadi penghibur yang lebarkan senyumlah ni…

Sebenarnya entri ni bagitau "Terima Kasih DJ Andy Hakim, terima kasih HindiTrax...terima kasih SelangorFM"




Ahad, 15 Jun 2014

Aku Tak Guna Kolagen Murah!


Bila umur dah bertambah, kesihatan mula susut. Entri ni kira macam nasihat dari orang yang pernah sakitlah ya…mana ada seronokpun sakit, walaupun aku cakap dengan Mek aku suka dok hospital hu huhuhu itu sandiwara semata-mata. Tilam bucuk aku lebih nyaman dari tilam hospital walaupun ada misi lawa dok melayan kerenah aku hu huh uhu

Sejak tak berapa sihat dulu aku ambil satu kolagen mampu milik. Tak adalah mahal mana, RM30 sahaja tetapi kandungan kolagennya agak tinggi. Sesuai benarlah untuk aku yang dah reput tulang dah longgar sendi dah kematu jari jemari dan dah lemau kulit wajah. Huh! Baru sepuluh hari bercuti di KPJ, memandai-mandai pulak bagi laporan kesihatan ya…hakikatnya, aku perlukan supplement yang bagus untuk memulihkan semula tubuh badan. Tambah lagi masa tu aku bertongkat.


Dah guna lebih dua minggu (2 pack), aku mula rasa perubahannya. Dah tak perlu pakai tongkat lagi. Jangan kata tak perlu buat buat fisioterapi pulak ya, sila teruskan terapi dan makan ubat. Pada masa sama aku telan juga kolagen murah yang ada orang tak suka ambil sebab murah sangat. Kononnya kolagen murah tidak boleh dipercayai.

Aku ni tak kesah sangat guna barang murah asalkan barang tu bermutu. Lagi suka sebenarnya. Jimat duit aku. Satu pack yang ada 10 sachet tu hanya RM30 (tidak termasuk pos), memang mampu milik. Aku kan rakyat marhaen je huh u huh u…kalau rasa teringin, sila whatsAp Cik Bintang 012 2459477


Pagi-pagi aku goncang satu ketul dan campur juga dengan oat (sebab kolesteral aku dah mencanak naik). Nak kesan lebih terbilang, minum begitu je setengah jam sebelum sarapan. Aku ni kan suka langgar peraturan, sebab tu kesannya lambat sikit kot.

Sekarang aku dah tak perlu pakai tongkat. Doctor pun dok heran sebab apa. Ikut kata doctor, patutnya masih guna tongkat…selepas 3 bulan baru boleh jalan pelan-pelan. Sekarang ni walaupun aku belum cuba berlari lagi, tapi aku ni pelupa. Setiap 15 minit kena bangun jalan-jalan dan tak boleh angkat barang berat. Berdiri atau berjalan pun tak boleh lama, kena baring dan duduk semula. Semuanya serba salah huhuh uhu

Terima kasih kepada Cik Bintang yang kenalkan aku dengan produk ni. Aku percaya dengan produk ni sebab aku tahu dikilangkan di kilang diiktiraf dan mematuhi piawaian, aku tahu kandungannya tidak memudaratkan tak ada barang terlarang, dan aku percayakan Cik Bintang yang sentiasa sahaja tegur kalau aku guna produk yang merapu meraban. Sesiapa yang teringin nak guna kalogen murah tetapi hebat ini, boleh hubungi cik bintang sebab aku pun tak tahu kat mana lagi jual benda ni selain dari beli dengan cik bintang. Bagi tahu cik bintang, kalian dapat info kolagen murah di blog ni, dia akan bagi harga RM30. Aku pun tak pasti harga orang lain sama jugak ke tidak.

Apa kaitannya entri dengan tajuk? Itu hanyalah ungkapan seseorang bila bercerita tentang kolagen murah seumpama ini. Dia duit banyak tak apalah…aku ni marhaen je, manalah nak mampu guna produk yang mahal hu huhu hu yang aku tahu, kandungan kalegen murah yang aku guna ni lebih tinggi dari kandungan kolagen mahal yang dia selalu guna itu.


Sabtu, 14 Jun 2014

Perang Dunia Depan Pagar Rumah


Ya, ini masalah rumahtangga. Rumahtangga orang yang belum terbina pun.

Bila perempuan cantik bergaduh terpekik terlolong depan rumah, walaupun lelaki sanggup sahaja menjadi hamba perempuan cantik, aku yang memandang naik lemas. Bukan sekali dua berlaku…berkali-kali. 


Jangan kata aku ada PHD dengan kebahagiaan mereka sebab hakikatnya aku dah bosan jadi saksi acara hentak-hentak kaki, hempas-hempas pintu.Entah berapa ribu retak di pintu kesan hempasan tak berhati perut itu. Kasihan pintu rumah! Dari pintu depan, pintu bilik, dan pintu bilik air...semuanya merasa kena hempas. Siapa kata perempuan cantik tak reti hempas pintu, hentak kaki ke lantai lagilah reti!

Dua-dua aku halau! Kalau nak gaduh, pi gaduh tempat lain. Silalah jaga air mukaku depan jiran-jiran, boleh?

Kemungkinan untuk halau dari rumah juga dah mula ada. Silalah jangan buat hal depan muka aku lagi.

Jumaat, 13 Jun 2014

Orang-Orang Di Naungi Di Padang Mahsyar

Pada hari semua manusia bertelanjang dan sibuk dengan urusan sendiri; ibu lupakan anak, isteri lupakan suami, saudara lupakan saudara mereka yang lain…terdapat 7 golongan yang mendapat naungan Allah, iaitu;

Dari Abu Hurairah r.a. berkata: Rasulullah saw bersabda, “Ada tujuh golongan yang bakal dinaungi Allah di bawah naungan-Nya, pada hari yang ketika itu tidak ada naungan kecuali naungan-Nya yaitu Pemimpin yang adil; Pemuda yang rajin beribadat kepada Allah; Orang yang hatinya senantiasa terpaut kepada masjid; Dua orang yang berkasih sayang karena Allah, baik di waktu berkumpul maupun berpisah; Seorang lelaki yang diajak berbuat serong oleh wanita bangsawan yang cantik kemudian ia menolak dan berkata, ‘Saya takut kepada Allah’; Orang yang bersedekah dengan diam-diam; Orang yang senantiasa berdzikir (ingat) kepada Allah ketika sendirian kemudian mencucurkan air mata.”
(Bukhari – Muslim)

Semoga kita tergolong antara 7 golongan dikasihi Allah berkenaan. Aminnnnn!


Khamis, 12 Jun 2014

Sukarnya Untuk Berkata Benar

Orang kata, berkata benar itu payah. Bagi aku, menidakkan perkara yang benar lagi payah. Itupun kalau kita jenis tahu bahawa menidakkan kebenaran boleh mendatangkan malapetaka kepada orang lain. Kalau kita seronok nak tengok orang berpecah belah, kes lain pula.

Pernah terfikir tak, kita membenci orang yang menyembunyikan kebenaran…bila berlaku situasi tertentu, rupanya kita juga sama macam manusia lain yang suka sembunyikan kebenaran itu. Kita anggap orang lain itu bermuka-muka, talam dua muka…ke talam naik harga, ke tepung talam bulan puasa (errrr ada ke gini?), hakikatnya kita tak pernah sedar bahawa kita juga tergolong dalam spesies yang sama.


Dalam hidup ini, rupanya kebenaran itulah sebenarnya yang pahit. Dan kita sudah terdidik untuk sentiasa menjaga hati orang walaupun hati kita sendiri terbelit pedih.

Tak faham? Okey, contohnya macam ni;

Kita beli biskut sedap terlajak laris di pasaran Pure Butter K.Rogers, lalunya kesedapan itu buatkan kita tak nak kongsi dengan orang. Usung je tin biskut ke mana pergi, celik mata je jeling tin biskut. Nak order biskut sedap ni, sila whatsApp Cik Bintang di 012 2459477, iklan sat!

rupa pure butter almond & cocoa chips yang aku beli

Bila tiba-tiba kita terlupa nak usung tin biskut sembunyi bawah katil, akhirnya kita temui hanya tin sahaja yang tinggal dengan isi tin yang rangup sedap itu sudah ghaib, makanya…menderita tak hati? Mencarut marah tak dengan orang yang dah pindahkan isi tin ke perut itu?

Ginilah rupanya sebelum kunyah-kunyah...usah terpedaya tengok isinya masih banyak macam tu. Dah kosong tin aku kunyah!

Jika jawapannya TIDAK, tapi muka macam manga muda, (mangga muda ya, bukan Harum Manis…kalau harum manis, wajahku terlihat ayu menawan tersenyum manis tau!) sumpah seranah kat orang lain atau benda lain termasuk kucing jiran…maka sahlah yang kita juga tak ada beza pun dengan segala orang yang kita tak suka itu. Jangan dok perasan kita ni baik sangat, sebabnya…bila kena tang batang hidung sendiri, tetiba kita dengan sengaja menghalalkannya. Padahal, kat batang hidung orang lain, bukan main hebat kita menghukum mengeluarkan fatwa. 

Hanya kerana nak jaga hati orang,  maka kita berdiam diri biarpun biskut kesayangan yang tahap kesedapan tidak terhingga itu sudah habis. Ya, biskut boleh dibeli, namun ikatan yang terlerai harganya bukan seperti setin biskut almond & cocoa chips ini. Ketahuilah, syaitan sedang bergelak ketawa ketika biji mata kita terbuntang tengok isi tin yang kosong. Sekiranya kita memaki hamun orang yang memakan biskut sedap terlaris di pasaran ini, ketika itu syaitan sedang mengibarkan bendera Brazil sambil berjoget dangdut walaupun kita sendiri pun tak tahu siapa juara piala dunia FIFA 2014. Adussssss! mengarut sudaaaaa!

Okeh, nak hadap tin biskut semula!

Rabu, 11 Jun 2014

Bila Hati Rasa Tak Ikhlas

Pernah rasa tak?

Pernah rasa tak bila hati rasa tak ikhlas?

Bila hati rasa macam tak berapa nak memberi, macam aku rasa bila berdepan dengan peminta derma yang demand tu?

Sekarang ni, aku kena cuci hati pakai klorox, sebab…tetiba hati jadi tak ikhlas.Retak serpih jadinya!

Hati sangat tak ikhlas untuk disakiti. Noktah. Titik.

Dari Ibnu Umar r.a. berkata: Rasulullah saw bersabda, “Tidak boleh seseorang iri terhadap orang lain kecuali dalam dua hal yaitu seseorang yang diberi pengertian Al Qur’an lalu ia mempergunakannya sebagai pedoman amalnya siang-malam dan seseorang yang diberi oleh Allah kekayaan harta lalu ia membelanjakannya siang-malam untuk segala amal kebaikan.”
(Bukhari - Muslim)

Sangat menderita bila begini.

Selasa, 10 Jun 2014

Saat Kau Sentuh Hatiku


Bila hatiku kau sentuh…bibir jadi kelu tak terkata.

kelak, ia kering dipanah mentari...

Hati jadi beku untuk berkata. Biarlah kusimpan segala bicara, agar nanti hanya hatiku sahaja yang terluka;

sendirian mengadap ranting-ranting yang terlerai rimbun daunan

Kepunyaan Allah-lah segala apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi. Dan jika kamu melahirkan apa yang ada di dalam hatimu atau kamu menyembunyikan, niscaya Allah akan membuat perhitungan dengan kamu tentang perbuatanmu itu. Maka Allah mengampuni siapa yang dikehandaki-Nya dan menyiksa siapa yang dikehendaki-Nya; dan Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu. (QS. Al Baqarah[2] : 284)


Terima kasih atas segalanya!


Hatiku memang rapuh, namun masih mampu kutampung retak serpihnya. Masih berdaya mengutip dan menampal biarpun tak terlindung retak itu.


Akhirnya...lelas itu tidak jua hilang tinggalkan bekas. Sakitnya terpalit ke mata, bayangnya dilampias pada senyum nan makin kaku.

Pernahkah kau tahu saat kau sentuh hatiku ini?






Jumaat, 6 Jun 2014

Bila Hati Retak Serpih...

Kuubati hati yang keluh kesah ini dengan maksud terjemahan berikut;

Dan hamba-hamba (Allah) Ar-Rahman (yang diredhaiNya), ialah mereka yang berjalan di bumi dengan sopan santun, dan apabila orang-orang yang berkelakuan kurang adab, hadapkan kata-kata kepada mereka, mereka menjawab dengan perkataan yang selamat dari perkara yang tidak diingini.

(Al-Furqaan 25:63)



Sekalipun ini belum mampu mengubati...harapnya siraman maknanya melekat di sudut hati. Bukan mudah untuk redha dengan ketentuan dan sabar menempuh ujian.

 

Rabu, 4 Jun 2014

Gambar Banjir Kilat di UIAM Gombak

Berlaku banjir kilat di UIAM Gombak akibat hujan lebat sejak jam 2 petang tadi. Di khabarkan dalam berita beberapa buah kereta ditenggelami air dalam kejadian banjir kilat UIAM, manakala air melimpah hingga mencecah paras pinggang.

Berikut beberapa keping gambar banjir kilat UIAM Gombak petang tadi yang dikongsikan rakan-rakan di facebook dan whatsApp;




Isnin, 2 Jun 2014

Jakim Sahkan Cadbury Bebas DNA Babi

Hari ni jakim sahkan tak ada DNA babi dalam dua produk coklat cadbury.


Aku bukan orang pakar dalam bab halal dan haram atau bukan juga tauke atau pemilik saham Cadbury ni. Aku juga bukan peminat tegar coklat. Yang aku tahu adalah, bila kita was was dengan sesuatu, maka tinggalkannya. Walaupun tak ada babi dalam coklat tu, tapi kalau kita percaya ada, maka dah tak boleh makan. Kalaupun kita makan babi, tapi kita tak tahu itu babi...kita tak akan makan kalau kita tahu benda tu babi, tak perlulah samak mulut dan urat perut segala bila dah telannya. Lainlah kalau kita tahu tapi buat buat tak tahu...itu memang jatuh haram pun. Faham?

okeh aku tahu berbelit. Malas nak edit...ikut suka hangpa nak makan ke tak hu hu huhu


Celik Mata Cari Tin Biskut

Jumaat malam Cik Bintang datang bawak biskut hot yang tengah panas seantario alam sekarang ni. Biskut apa lagi kalau bukan Pure Butter K.Rogers yang ada 4 perisa iaitu almond & cocoa chips, Pure Butter Blueberry, Raspberry & Almond Chips, Almond & Cocoa Chips dan conflakes & careal. Sekarang ni Sihat Store dah jadi agen di nilai, boleh terjah kat kedai ataupun beli online je.

boleh whatApps no kat atas, kalau nak pos pun boleh!

Yang terlajak laris sekarang ni adalah Almond & Cocoa Chips, nak kena booking baru ada. Stok susah nak dapat. Disebabkan memang terlajak laris, aku mintak Cik Bintang sembunyikan untuk aku satu tin huh u huh u aku ada seorang QC yang akan beri markah setiap benda yang dia makan. Kalau tak sedap, memang dia cakap tak sedap…kalau dia kata sedap, maknanya sedaplah tu. Nak tengok siapa tukang QC berpengalaman tu, silalah nengok wajah hensemnya ketika daku pukul anak sindir menantu. Hensem tak?

rupa pure butter almond & cocoa chips yang aku beli

Ginilah rupanya sebelum kunyah-kunyah...usah terpedaya tengok isinya masih banyak macam tu. Dah kosong tin aku kunyah!

ni rupa tin jenis yang lain...nak buang tin pun sayang tau, comey sangat!



Ada yang Tanya sedap tak?

Suka butter tak? Kalau suka memang sedap. Orang yang tak suka butter pun boleh kata sedap. Aku? Aku tak mampu nak kata apa-apa sebab celik mata je dok jeling tin biskut. Tidur peluk tin biskut engkau!

Tak perlu tunggu nak raya baru tempah, musim tak rayapun susah nak dapat. Kalau raya, aku tak taulah sempat tangkap ke tak. Ingat nak bawak balik untuk Mek di kampung bagi dia rasa, cuti sekolah ni dah tak sempat nak kirim. Nampak gayanya kenalah angkut masa raya nanti. 

Terkini dari Cik Bintang: sesiapa nak Almond & Cocoa Chips sila cepat, dah tinggal sikit. Siapa cepat dia dapat. Jenis yang lain boleh dapat bila-bila masa.