Khamis, 12 Jun 2014

Sukarnya Untuk Berkata Benar

Orang kata, berkata benar itu payah. Bagi aku, menidakkan perkara yang benar lagi payah. Itupun kalau kita jenis tahu bahawa menidakkan kebenaran boleh mendatangkan malapetaka kepada orang lain. Kalau kita seronok nak tengok orang berpecah belah, kes lain pula.

Pernah terfikir tak, kita membenci orang yang menyembunyikan kebenaran…bila berlaku situasi tertentu, rupanya kita juga sama macam manusia lain yang suka sembunyikan kebenaran itu. Kita anggap orang lain itu bermuka-muka, talam dua muka…ke talam naik harga, ke tepung talam bulan puasa (errrr ada ke gini?), hakikatnya kita tak pernah sedar bahawa kita juga tergolong dalam spesies yang sama.


Dalam hidup ini, rupanya kebenaran itulah sebenarnya yang pahit. Dan kita sudah terdidik untuk sentiasa menjaga hati orang walaupun hati kita sendiri terbelit pedih.

Tak faham? Okey, contohnya macam ni;

Kita beli biskut sedap terlajak laris di pasaran Pure Butter K.Rogers, lalunya kesedapan itu buatkan kita tak nak kongsi dengan orang. Usung je tin biskut ke mana pergi, celik mata je jeling tin biskut. Nak order biskut sedap ni, sila whatsApp Cik Bintang di 012 2459477, iklan sat!

rupa pure butter almond & cocoa chips yang aku beli

Bila tiba-tiba kita terlupa nak usung tin biskut sembunyi bawah katil, akhirnya kita temui hanya tin sahaja yang tinggal dengan isi tin yang rangup sedap itu sudah ghaib, makanya…menderita tak hati? Mencarut marah tak dengan orang yang dah pindahkan isi tin ke perut itu?

Ginilah rupanya sebelum kunyah-kunyah...usah terpedaya tengok isinya masih banyak macam tu. Dah kosong tin aku kunyah!

Jika jawapannya TIDAK, tapi muka macam manga muda, (mangga muda ya, bukan Harum Manis…kalau harum manis, wajahku terlihat ayu menawan tersenyum manis tau!) sumpah seranah kat orang lain atau benda lain termasuk kucing jiran…maka sahlah yang kita juga tak ada beza pun dengan segala orang yang kita tak suka itu. Jangan dok perasan kita ni baik sangat, sebabnya…bila kena tang batang hidung sendiri, tetiba kita dengan sengaja menghalalkannya. Padahal, kat batang hidung orang lain, bukan main hebat kita menghukum mengeluarkan fatwa. 

Hanya kerana nak jaga hati orang,  maka kita berdiam diri biarpun biskut kesayangan yang tahap kesedapan tidak terhingga itu sudah habis. Ya, biskut boleh dibeli, namun ikatan yang terlerai harganya bukan seperti setin biskut almond & cocoa chips ini. Ketahuilah, syaitan sedang bergelak ketawa ketika biji mata kita terbuntang tengok isi tin yang kosong. Sekiranya kita memaki hamun orang yang memakan biskut sedap terlaris di pasaran ini, ketika itu syaitan sedang mengibarkan bendera Brazil sambil berjoget dangdut walaupun kita sendiri pun tak tahu siapa juara piala dunia FIFA 2014. Adussssss! mengarut sudaaaaa!

Okeh, nak hadap tin biskut semula!

9 ulasan:

pena rozie berkata...

Saat mendalam kata2 mu ini... Bagi org paham jer la. Kalu bg yg susah nak paham susah la jgk.. huhuhu...

ejaescobart berkata...

Er...mendalam sampai kena baca 2 kali baru bleh 'tangkap'... nampak biskut tu sangat sedap.. tapi idak le sampai nak mencharots tuan tanah yang pi tayang gambaq ni..
Tang bab world cup tu saya bagi ☆☆☆☆☆

Aduhh.. komen pun mengarut.. ya ampun...!!

Diana Rashid berkata...

eh!akak pernah makan biskut ni..makan sekeping je sebab orang punya.kan?/dia suruh rasa je,jadi ambik satu je la. lain la kalau dia jamu dengan teh secawan,boleh la bedal banyak2..heheh..patutnya dia tak boleh la kata "rasa je"..kan??ekekekekk

anyss berkata...

Pena Rozie: kutulis dengan segala rasa di sudut hati

anyss berkata...

Ejaescobart: Apa yang dah kena "tangkap"? Berapa tin biskut la la la

anyss berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
anyss berkata...

Diana: Namapun suruh rasa, patutnya sekeping je lah...bukan ranap satu tin hu huhu hu tuan dia pun tak sempat balun lagi hu hu huhu

eelobor berkata...

talian wosap tu untuk odar sajo jah kor? huhuhu

anyss berkata...

Eelobor: untuk odar jah tu, BUKAN untuk dingorat ya...bukan no ambo. Kalu nak oda dgn ambo pun buleh, nanti ambo royak ko dia jugak...ambo tukang kekah je, takat nak tlg saim sobat tu buleh laaa