Khamis, 3 April 2014

Kali Pertama Jumpa Doktor Pakar Hensem


Ketika kalian baca entri rindu rinduan dengan doktor encem, daku berada di Hospital Serdang untuk jumpa dengan pakar Orthopedik buat pertama kali.

Turun dari rumah dah jam 6.45 pagi. Ohhhhh! Sangat awal untuk seorang aku ya, tapi begitu gigih. Macam biasa, singgah petronas beli sarapan (sandwich telur dan kwetiaw goreng yang kusangka mehun goreng), kemudian sarapan di tempat parking. Makan sikit je sebab kwitiaw tu tak capai piawai. [Baliknya aku masak semula, tambah telur sebiji, tuang kicap dan segenggam kacang hu hu hu baru kena dengan tekak! Tapinya...aku makan selepas maghrib sebab tertidur tak sedar diri penuh keletihan setengah hari melancong di Hospital Serdang].

masa sampai awal pagi...tekun depa ni kerja

7.30 pagi aku sampai di bahagian Ortho tapi orang dah ramai. Kaunter dah buku. Fuhhhhh! Awal giler! Belum jam 8 pagi aku diarahkan untuk daftar di hadapan hu hu huhu hu kena tunggu lebih 100 nombor. Sebelum jam 8 pagi tu huhuhuhu…jadi kena tunggu 45 minit sebelum nombor dipanggil dan kembali semula ke Jabatan Ortho. Fuhhhhh! Dah penuh umat!

Beratur nak dapat nombor pun satu hal dah...

Jam 10.30 jumpa doktor yang comel menawan. Lorrrr! Ingatkan pakar tulang belakang… rupanya bukan. Sekejab kemudian doktor manis tu pergi panggil doktor pakar. Ingatkan bila pakar, dah tentu rambutnya dah putih, kurus melengkung duduknya huh u huhu rupanya doktor hensem. 

Bila datang semula hu hu hu hu penuh umat! Tak termasuk yang duduk di kerusi tu

Temujanji kedua hujung bulan nanti. Dapat MC 28 hari huhuhuhu tapi kan, dukacita dimaklumkan, aku dah bosan dapat MC. Aku dah bosan dok kat rumah. Rasa macam nak jalan round Malaysia je dalam tempoh 28 hari tu huh u huh u….Mmmmmm hari tu merungut payah nak dapat, dah dapat panjang...bosan pulak! Serius, sejak minggu lepas, aku dah mula bosan  tak pergi kerja. Rindu kerja dah!

Filem x-ray dan MRI doktor minta buat salinan digital dan masukkan dalam sistem, lain kali tak payah bawak filem asal dah. Selepas ambil ubat di farmasi, aku terus ke bahagian x-ray dan perlu tunggu sejam untuk ambil filem berkenaan semula, alhamdulillah, jangkaan sejam itu siapnya hanya 30 minit sahaja. Tak lama tunggu, sambil main kendi kerah aje hu huhu 

Namun, aku belajar sesuatu di sini. Sesuatu yang telah lama aku cuba elakkan dari berlaku, dan aku menyaksikannya di sini. Subhanallah. Maha suci Allah menciptakan langit dan bumi. Semoga aku tergolong dalam golongan orang-orang yang sabar dengan sakit, redha dengan setia pujian. Aminnn.



12 ulasan:

Unknown berkata...

semoga cepat sembuh anyss..

norhidana berkata...

dh dpt mc tuh jgn lupe rehat betul2 kt umah, jgn lupe mkn ubat yek... dana tak suke ngn hospital tp mmg selalu kene berkunjung ke hospital sbb aiyan....

JunAina berkata...

Setiap ujian itu pasti ada hikmahnya jadi banyak2 bersabar.

Unknown berkata...

ramainya..nak menunggu yang letih tu..agaknya yang no pertama tu pukul berapa la dia datang ye??

t.a.t.a berkata...

Kak, agaknya temujanji di hospital jumpa pakar memang sama je kan? Saya pun lebih kurang sama je masa di Hospital Selayang.

Betul, jenuh juga bawa ke hulu ke hilir salinan xray ke sana. Padahal depa guna digital aje. Huhu.

mamawana berkata...

Moga kuat dan tabah and get well better and better soon

anyss berkata...

Rai: terima kasih...dah banyak sembuhpun. sebulan lagi insha allah dah boleh panjat bukit

anyss berkata...

Dana: memang selalu terlupa nak rehat ni hu hu huhu ubat pun dah lupa nak makan ----> pesakit yang degil huhuhuhu

anyss berkata...

Junaina: terima kasih

anyss berkata...

Diana: nak kena selidik tu...nanti ngedate ke dua jumpa doktor hensem tu ambo pi awal jenguk-jenguk jam berapa depa pi. Rasanya tak adalah seawal peminat tudung paridah kot :D

anyss berkata...

tata: first time jumpa doktor pakar dan berurusan dengan hospital ni, tak tahu lah pulak sistemnya macam mana. gamaknya kot!

anyss berkata...

mamawana: terima kasih. insha allah dah nak baik ni