Anda Juga Mungkin Berkenan

Sabtu, 29 Jun 2013

Kelantan Juara Piala FA 2013


Setelah berhempas pulas luruh keringat di medan pertempuran ceeewahhhh, macam pi Lahad Datu pulak ya...akhirnya Juara Piala FA 2013 sudah diketahui. Persoalan siapa juara piala FA 2013 sudah terjawab.

Kami hanya Kidjang, tapi kami berjaya tumpangkan harimau...kami ada penyokong yang cekal meredah hutan dan bukit sambil mengibarkan bendera semata-mata memberi kami kekuatan.


Juara Piala FA 2013 adalah Kelantan The Red Warriors 1-0 dengan JDT

Gol pertama: Norfarhan Mohammad (minit ke 15)



Aku suka dengan lompatan Khairul Fahmi Che Mat @ Apek pada minit 67. Tinggi betul dia lompat.


Malam ni, ramai betul pemain Kelantan jatuh gedebak gedebuk ya, macam nangka busuk pulak...tak apa, tingkatkan semangat kesukanan kalian ya!

Masa kecederaan 5 minit.



Tahniah kepada sang juara, Tahniah Kelantan TRW, Tahun depan, insha Allah jumpa lagi ya....jangan serik.

Tahniah juga kepada penyokong kedua-dua pasukan. Sila sporting ya....sila tingkatkan semangat kesukanan.

Video penyampaian hadiah kejuaraan piala FA 2013;



 Esok, sepanjang jalan dari KL ke KB, walaupun melalui negeri Pahang...namun, percayalah. Mereka, penyokong pasukan Kelantan yang berarak berkonvoi ini akan menerima sambutan yang luar biasa meriahnya. Sepanjang jalan ya...

Aku pernah alaminya dulu...menyaksikan semangat sambutan sebegitu, berdiri bulu romaku. Malah, menitik air mata ya. Silalah baca pengalaman aku untuk sambutan final lepas. Dalam bahasa kelantan sepenuhnya kat situ. kalau nak baca dalam dua versi, boleh baca di entri Merai kemenangan pasukan bola sepak Kelantan.

Kepada semua penyokong TRW yang akan balik kampung esok, sila berhati-hati di jalan raya ya.

PssssT: Sangat terharu tengok sorang atuk tu, pakai smuntal... nangis-nangis TRW menang. Terharu lah tok, sanggup terjah stadium. Ambo hak dok dekat dengan Bukit Jalil ni pun tak gi, tok...




Kelantan Ke JDT Juara Piala FA 2013


Sejak semalam, pening telinga dok dengar pasal perlawanan final @ akhir Piala FA. THR Gegar yang hangat di Pantai Timur dok gegarkan penyokong untuk sama-sama menyokong. THR GEGAR bergabung dengan radio era...biasalah, mereka ada cara sendiri untuk tarik peminat. THR GEGAR sokong Kelantan, Era sokong JDT. Mana-mana kumpulan yang kalah, DJ kena denda hu hu hu kreatif!




Bo Lawe Staro Demo, aku suka lagu ni:





Status memasing di FB pun tak menahan. Ada yang letak gambar tanda sokongan kepada pasukan masing-masing, ada yang letak status. Gerampun ada ya dak? Macam pelik je bila tetiba harga tiket RM40 asalnya, hari ni ada yang jual RM120. Cer bilang berapa kali ganda? 

Konvoi!  Setiap tahun memang ada bila berjaya ke final.


kredit FB penyokong TRW

 di R&R Gua Musang...sebenarnya sepanjang jalan ke Bukit Jalil akan nampak macam ni untuk 3 hari ni...
kredit FB Negeri Cik Siti WanKembang

Persoalannya: ulat itu belaan siapa?
Bila nak jual tiket onlne pulak?

Bermula dengan tawaran RM1000 ditawarkan FAM kepada sesiapa yang berjaya menangkap pencetus pergaduhan dalam perlawanan final @ akhir, tetapi kemudiannya tawaran ganjaran kepada penangkap itu dibatalkan. Saat itu kemeriahan perlawanan final @ akhir piala FA 2013 dah nampak.

Cerita lagi menarik bila tiket untuk menyaksikan perlawanan akhir @final Piala FA malam ni habis dijual dalam masa 10 minit di stadium Muhammad ke IV menyebabkan orang ramai yang dah beratur sejak lepas subuh mengamuk tak dapat tiket. Mmmmmm masa jual tiket di stadium bukit jalil pun keadaan kelam kabut juga tapi masih terkawal. Paling tidak, sejam juga baru habis tiket tu kan?

berebut tiket di Bukit Jalil

Sepanjang aku terjebak dengan bola sepak negara yang selalu turun naik dan berubah-ubah cuacanya ni, bagi aku, tahun ni saingan perlawanan final antara TRW dan JDT memang sengit. Sengitnya tu bukan sahaja antara dua pasukan, tapi penyokongnya juga. Gomo Kelate Gomo!

Paling hebat bila berlaku rusuhan semasa perlawanan separuh akhir kedua antara Pahang dan JDT di stadium darul makmur. Hebat! Cuba tengok rakaman video pergaduhan semasa perlawanan tu...Siapa kata orang Kelate je gedebe!

Pemain pasukan Kelantan yang akan menetang JDT pada perlawanan akhir Piala FA di raikan pengurusan Karangkraf, Temubual wartawan Sinar Harian Online dengan pemain utama pasukan Kelantan menjelang perlawanan akhir Piala FA 2013;




Perlawanan final @ akhir Piala FA di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam ini akan menjanjikan aksi sengit bagi kedua-dua pasukan, Johor Darul Takzim (JDT) dan Kelantan (TRW). PENJAGA gol utama Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat berikrar untuk memastikan gawang pasukan itu tidak dibolosi skuad Harimau Selatan pada perlawanan final. Chaiyokkkk! Apek!

Kelantan kena kerja keras untuk mempertahankan kejuaraan Piala FA 2013 musim ini, manakala JDT dengan misinya untuk “luaskan kuasamu”. Namun, aku bangga dengan penyokong pasukan Trengganu dan Penyokong Pasukan Pahang, bila dah perlawanan final macam ni, mereka sokong Kelantan The Red Warriors;


Komen aku: kepada penyokong Kelantan The Red Warriors, apapun yang berlaku sama ada Kelantan menjadi Juara Piala FA 2013 dan Berjaya bawa balik piala itu ke Tanah Sekebun Bunga atau tidak, silalah tingkatkan semangat kesukanan.

PsssT: Dengar cerita, pintu stadium dan kena pecah jam 3.30 petang tadi... ada sesiapa tahu? Sila email gambar bukti ya. Nak tengok gambar terkini dari Stadium Bukit Jalil menjelang perlawanan akhir @ final Piala FA, bolehlah ke blog Indah.com ya...




Khamis, 27 Jun 2013

Jerebu di Hati Siapa Nak Siram?

OK...tajuk tak leh blah! Tapi, ada aku kesah?

Alhamdulillah. Dua hari hujan, walaupun taklah lebat sangat. Paling tidak dah berkurang partikel terampai di ruang udara. Lega sedikit tekak dan ruang pernafasan. Dada pun rasa lapang sikit hari ni.

Tak kesahlah kalau Presiden Republik Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono (SBY) tak mahu minta maafpun kat Singapura dan Malaysia setelah meracun kami, tak hadappun dengan maaf orang berlagak lagu tu. Tahun depan jangan dok kata buat jerebu macam ni lagi dah la…tapi memang komfom pun akan ada. Kalau tak percaya, tunggu je lah tahun depan kalau nyawa masih panjang. Mana tahu, lepas ni ramai orang Malaysia dapat batuk kering, PADAm cepat, tak sempatlah nak tengok orang berlagak lagi.

Selebar-lebar dan seluas-luas Sumatra tu, kerajaan Indonesia hanya mampu tahan 8 orang sahaja (ada akhbar tulis 10 orang…acara membilang orang yang sebegitu ramaipun tak lulus huh u huhu)…itupun petani. Lapan petani itu dikatakan membuat pembakaran secara haram di pulau Sumatera untuk membersihkan tanah sehingga berlakunya kejadian jerebu tebal di beberapa bahagian di Indonesia, Singapura dan Malaysia, lapor The Jakarta Post. Ohhhh!

Seorang daripada suspek yang ditahan itu sengaja membakar kawasan tanah gambutnya seluas 60 hektar di daerah Rokan Hilir untuk membuka kawasan itu, namun api kemudian tidak dapat dikawal sehingga menyebabkan kawasan tanah lain seluas lebih 400 hektar turut hangus terbakar. Kejadian itu menimbulkan kepulan asap tebal sehingga menyebabkan sekurang-kurangnya 276 keluarga penduduk sekitar terpaksa dipindahkan kerana kualiti udara di kawasan itu terjejas teruk. Cuba buat gini di Kelantan, salah hari ko pulak kena bakoooo hu hu huhu

Kalau ikutkan lebih kurang 1,100 penduduk terpaksa melarikan diri dari perkampungan Rantau Bais dan Bangko Pusako di wilayah Riau kerana asap 'acrid' daripada pembakaran paya gambut dan ladang kelapa sawit berdekatan menyukarkan pernafasan. Hanya 8 orang tu je terlibat hingga satu Asia tenggara telan habuk? Hebat betul petani berlapan itu! Gamaknya, P.Ramli ingatkan 6 orang sahaja, sebab tu dia buat filem 6 Jahanam. Rupanya 8….ke 10? Mana-mana ajelah!

Menurut pakar di Indonesia, kebakaran berpunca api yang muncul disebabkan oleh faktor semula jadi dan manusia. Mmmmmm tetiba je api keluar dari bumi ya….maklumlah Indonesia kan terletak dalam lingkaran api pasifik. Sebab lingkaran api tu lah tanahnya subur dan syarikat Malaysia boleh buat ladang kelapa sawit kat sana. Kalau tak ada lingkaran api pasifik tu, mana boleh tanam kelapa sawit kan? Sebab tu lah kelapa sawit kat Malaysia ni tak subur, tak ada api bawah tanah! Huh! Sesiapa percaya, silalah pi terjun lombong. Itu pun tak tau!

Setiap tahun, kebakaran hutan berlaku di Sumatera dan pulau Borneo. Kerajaan Indonesia biasanya menyalahkan pemilik ladang dan petani tradisional yang membuat pembakaran haram sebagai cara yang murah untuk membersihkan tanah. Minggu lepas depa kata syarikat ladang dari Malaysia dan Singapura yang bakar. Minggu ni, Sime Darby Plantations mengesahkan tiada kebakaran di kawasan operasi syarikat itu di Indonesia selepas mengkaji data titik panas bagi tempoh 25 Mei hingga 25 Jun 2013.

Data itu daripada agensi Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) dan peta sistem kedudukan global syarikat berkenaan bagi kawasan konsesi di bawah PT Tunggal Mitra Plantation (PT TMP) dan PT Bhumireksa Nusa Sejati (PT BNS) di Riau, Indonesia. Mmmmmm apa-apalah! Tunjuk je lah kat petani 8 orang tu yang hanguskan seluas kira-kira 2,000 hektar (4,942 ekar). Gambar satelit mengesan kira-kira 200 kebakaran di ladang-ladang di kawasan itu.

Setakat ini, kebakaran hutan dan tanah gambut di Riau, Sumatera sejak seminggu lepas meragut satu lagi nyawa apabila seorang pekebun kelapa sawit, Dulsani Purba dari daerah Bengkalis, meninggal dunia pada Selasa petang setelah seminggu dirawat di Hospital Awal Bros Pekanbaru, Riau. Dulsani, melecur di sebahagian besar badan selain banyak terhidu asap ketika dia dan isterinya Laniem, terperangkap di tengah kebakaran semasa cuba menyelamatkan buah sawit di kebun mereka di daerah Kecil Tanah Putih, Rokan Hilir pada 18 Jun lalu. Isterinya terlebih dahulu meninggal dunia akibat kejadian itu.


Kesimpulannya: Kerajaan Indonesia TIADA undang-undang untuk mendakwa pembakar HARAM ini?

Opsssss! Kat rimba pun ada undang-undang, kat sini tak adalah pulak!


SEMAKAN PENEMPATAN PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN SISWAZAH (PPPS)


Kepada semua bakal guru yang sedang ternanti-nanti kat mana mereka akan ditempatkan untuk mengajar bermula 1 Julai 2013 nanti, keputusannya dan keluar. Dah boleh buat SEMAKAN PENEMPATAN PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN SISWAZAH (PPPS) DG41 LANTIKAN TETAP 1 JULAI 2013

 Ini adalah untuk penempatan cikgu siswazah (PPPS) lantikan tetap ya. Sekarang ni masih ada tak jawatan cikgu sementara atau cikgu ganti ya? Dah lama pulak tak ambil tahu pasal kerjaya cikgu ni...maklumlah, daku tak layak jadi cikgu. Kang datang angin puting beliung, roboh satu sekolah kena hentak hu hu hu 

Sebab tu aku kagum dengan cikgu. Tabik spring toing toing dengan cikgu yang sangat sabar melayan kerenah pelajar, guru-guru dan ibu bapa ;)

Silalah ke link Kementerian Pendidikan tersebut untuk menyemak ya.

Selamat bertugas, cikgu. Selamat berbakti kepada Negara. Selamat mendidik anak bangsa.


Rabu, 26 Jun 2013

Rusuhan Tiket Perlawanan Akhir Final Piala FA 2013


Orang Kelantan memang gedebe. Kalau kereta peronda polis kena langgar dia orang hingga penyek, apalah sangat takat penjual tiket KAFA. Hambat masuk stadium je pun huh u hubukannya balun.

Penyokong Kelantan marah tak dapat beli tiket selepas datang seawal jam 6 pagi. Datang beratur depan stadium selepas subuh tu, apanya tak marah bla tak ada tiket. Apa tak kecoh. Hishhhh! demer ni kena belajar cekap macam penggemar tudung Fareeda...beratur sejak sebelum maghrib sehari sebelum jualan murah. Kagum tak? Mestilah aku kagum! sesak belakang rumah aku! nak pergi ambik duit aku yang juta-juta rupiah tu pun susah!

Penjualan tiket final Piala FA di Stadium Sultan Muhammad IV semalam kecoh apabila sebilangan besar penyokong Kelantan tidak berpuas hati selepas tiket habis dijual dalam tempoh tidak sampai 15 minit. Keadaan bertambah buruk apabila mereka bertindak ganas dengan menendang salah satu pintu masuk stadium sehingga rosak dan mengejar kakitangan Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) yang menjual tiket hingga ke kawasan padang.

Nak tengok Video kekecohan penjualan tiket fnal Piala FA di stadum Sultan Muhammad IV?




Gedebe tak? tak payahlah aku translet bahasa yang dia orang guna ya...tak manis didengar. Orang tengah marah memang gitu lerr, tambah pulak bersesak dan suasana panas, campur jerebu tak? Ini semua jerebu punya salah!

Aku dah selalu sangat tulis pasal perlawanan akhir @ final Piala FA ni... pasal kemeriahan sambutan seluruh warga kelantan bila berjaya bawa pulang Piala FA tu. Siap boleh belaja kecek kelate lagi tu hu hu hu

Harapnya Sabtu ni cuaca sesuai dan sihat bebas jerebu untuk perlawanan akhir @ final pala FA 2013 anatara Kelantan TRW dan JDT. Gomo Kelate Gomo ya... lepas tu kita sambung dengan piala Super pulak ya.

Mmmmmm tak payahlah cetuskan kekacauan atau kejar orang buat kacau sebab ganjaran untuk menangkap pencetus rusuhan semasa perlawanan akhir Piala FA 2013 tu dah batal. Tak ada lagi hadiah RM serbu tu ya!

Mmmmmmm nak kena pergi cari mafla Kelate ni...nanti senang nak guna memana la la la

PssssT: Peminat JDT merusuh pecahkan stadium tak? Tiket belum jual lag kan? Nak pakat merusuh tak? hu hu hu




Amboii! Dah Make Over...Tetiba Terover Seksi La Pulak Ya!


Masa adengan aku, beginilah rupa dia:


Nak baca penderitaan batinku saat dikau biarkan daku memendam duka ini sendirian? 
Silalah ke link berkaitan.

Bila dah buat make over....hamboihhhhhh! tak menahanlah pulak. 
Seksi gilerrrr! Feeewittttttt!
Ni dia rupanya;

I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
V



Aku pun tak percaya!
Kalau ambik semula, buruk siku tak?
hu hu hu hu hu


Selasa, 25 Jun 2013

Video Tol Bangi Terbakar


Alhamdulillah. Akhirnya bumi Malaysia yang tercinta ni dahpun disirami hujan.Di singapura, dengarnya hujan ais @ batu yang turun.

Hari ni tengok status di FB komunti Bangi. Tol Bangi terbakar?

Asalnya nak lah pergi melawat tol tu tengok betul ke tak betul, manalah tahu kan kot sebenarnya hanya spekulas sahaja tentang kebakaran tol Bangi tu, tapi pagi tadi tetiba ada pulak nak kena jumpa orang. Batal pergi lawatan tapak!

Petang ni, ada pula yang muat naik video kebakaran tol Bangi…jadi aku tampal kan ajelah kat sini. Kang kata aku pulak buat spekulasi;

Video Tol Bangi terbakar 24 Jun 2013




Tol bangi Terbakar




PsssT: Tiket dah habis ya? Mmmmmm tiket apa lagi, tkel perlawanan akhr piala FA antara Kelantan TRW dan JDT d Bukit Jalil.



Ahad, 23 Jun 2013

Achey Juara Bintang Mencari Bintang Musim Pertama

Malam ni konsert akhir rancangan realiti TV Bintang Mencari Bintang. Jom lepak depan TV luruskan betis sambil tengok rancangan ni (hanya saluran ni je yang terang dan jelas kat rumah ni…yang lain semuanya jerebu!).

SETELAH tiga bulan berentap di pentas Bintang Mencari Bintang (BMB), akhirnya hanya empat peserta saja berjaya melangkah ke Konsert Akhir BMB, yang berlangsung di Stadium Melawati, Shah Alam.

Malam ni, empat kumpulan Berjaya ke peringkat akhir Bintang mencari Bintang iaitu Tapaw, Achey, Titan dan Bocik.

Juara BMB akan menerima hadiah utama berupa wang tunai RM200,000 manakala naib juara RM100,000 dan tempat ketiga menerima RM50,000.

Jadi siapa juaranya?

Berikut senarai pemenang @ juara rancangan Bintang Mencari Bintang musim pertama;
1. Achey
2. Bocik
3. Titan
4. Tapaw



Sekolah di Selangor, Kuala Lumpur, Kuantan, Melaka & Johor di tutup Esok


Jerebu semakin buruk pada 5 petang tadi dan sekolah sudah diminta tutup sebagai tindakan perlu sejak kualiti udara yang merosot boleh memudaratkan kesihatan pelajar.

Petang tadi dah diumumkan sekolah di Selangor, Kuala Lumpur, Kuantan, Melaka dan Johor di tutup esok. Jangan lajak pergi sekolah pulak ya cikgu!

Keadaan Indeks Pencemar Udara (IPU) direkodkan pada jam 7 malam, 23 Jun 2013 mencatatkan 3 stesen pada tahap berbahaya, 2 stesen pada tahap sangat tidak sihat dan 14 stesen berada pada bacaan tahap tidak sihat iaitu;

3 stesen pada tahap berbahaya:

• Muar, Johor (IPU 456)
• Bukit Rambai, Melaka (IPU 432)
• Bandaraya Melaka (IPU 351)

2 stesen pada tahap sangat tidak sihat:

• Pelabuhan Klang, Selangor (IPU 216)
• Port Dickson, N.Sembilan (IPU 295)

14 stesen pada tahap tidak sihat:

• Seri Manjung, Perak (IPU 110)
• Petaling Jaya, Selangor (IPU 157)
• Banting, Selangor (IPU 139)
• Shah Alam,Selangor (IPU 135)
• Kuala Selangor, Selangor (IPU 112)
• Batu Muda, KL (IPU 147)
• Cheras, KL (IPU 135)
• Putrajaya, W.Persekutuan (IPU 140)
• Nilai, N.Sembilan (IPU 136)
• Seremban, N.Sembilan (IPU 110)
• Kemaman, Terengganu (IPU 182)
• Paka, Terengganu (IPU 121)
• Indera Makota, Kuantan, Pahang (IPU 148)
• Balok Baru, Kuantan, Pahang (IPU 188)

Sumber: Jabatan Alam Sekitar

Seharian aku di Putrajaya hari ni. Singgah Festival Bunga & Taman Floria Putrajaya 2013 yang diadakan di PeSisiran Tasik, Presint 2, Putrajaya bermula 21 Jun 2013 - 30 June 2013.

Jam 9 pagi, Nampak sikit je jerebunya, tapi bila dah ke tengahari…masjid putrajaya dan bangunan pentadbiran Putrajaya makin tenggelam dalam jerebu. Tak Nampak. Kena pergi dekat baru boleh tengok kelam-kelam.

Ini gambar masjid putrajaya berjerebu jam 9 pagi...



gambar jerebu Bangunan di putrajaya jam 9 pagi:




gambar Bangunan pentadbiran putrajaya berjerebu  jam 9 pagi...



 Bangunan pentadbiran putrajaya pada jam 6 petang, terang sikit dah...boleh nampak jelas sikit;




Bilalah jerebu ni nak pupus ya...dah penat sedut habuk setiap hari.





Pelajar Malaysia Maut dalam Kemalangan Di Jordan


Seorang pelajar Malaysia maut manakala empat lagi cedera dalam satu kemalangan jalan raya di Jordan. Kenderaan pacuan empat roda yang mereka naiki terbabas dan terjunam ke dalam gaung di jalan antara Petra dan Aqabah kira-kira 320 kilometer dari Aman, Jordan pada Jumaat. Kesemua mangsa dibawa ke Hospital Queen Rania Abdullah di Petra. Kemalangan berlaku antara pukul 5 dan 6 petang (waktu Jordan) itu menyebabkan kematian Sumaiyah Romli, pelajar tahun satu bidang astronomi fizik University College London (UCL) tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Pelajar yang terlibat dalam kemalangan di Jordan tersebut adalah Sumaiyah Binti Romli, pelajar tahun satu dalam bidang astronomi fizik di Universiti Kolej London, tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam, Muhammad Nazirul Mubin Bin Nasruddin pelajar tahun tiga dalam bidang ekonomi dan perbankan islam di Universiti Yarmouk, tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam, Nur Ili Dayana Binti Mazlan @ Masgelan pelajar tahun empat di London School of Economy tajaan Bank Negara Malaysia, Mohamad Shukri Bin Alias pelajar tahun tiga dalam bidang pengajian islam di Universiti Yarmouk dan Humairak Binti Ibrahim pelajar tahun tiga dalam bidang ekonomi dan perbankan islam di Universiti Yarmouk.

Pemergian kesemua pelajar itu ke Jordan bukan semata-mata untuk bercuti, sebaliknya untuk menjejak sejarah para Anbia dan melihat sendiri peninggalan sejarah Islam seperti yang tercatat di dalam Al-Quran. Pejabat Education Malaysia Jordan dan Pejabat Penasihat Pendidikan dan Latihan (JPA) telah memeriksa keadaan semua mangsa dan dalam proses menguruskan jenazah dan mangsa yang terlibat.

DariNya kita datang, kepadaNya jua akan kembali. Alfatihah. Semoga rohnya ditempatkan bersama golongan orang-orang yang beriman. Amin.

Takziah untuk seluruh keluarga mangsa.




Sabtu, 22 Jun 2013

Final Piala FA, Batal ganjaran RM1,000


Ari tu keluarkan kenyataan, sesiapa yang tangkap pencetus kepada kekecohan dalam perlawanan final @ akhir Piala FA 2013 antara Kelantan TRW dan JDT akhir bulan ini akan dapat ganjaran seribu ringgit. Berkobar-kobar sekejab aku nak pergi beli tiket. Bukan nak tengok sangat bola, kalau masuk stadium bukan Nampak sangatpun bola. Aku ni rabun! Tapi, hasrat utama nak bawa balik RM1000 tu.

Alih-alih hari ni pula umumkan Tiada ganjaran RM1,000 buat penyokong yang menangkap mereka yang mencetuskan kekecohan pada perlawanan akhir Piala FA Sabtu depan apabila Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menarik balik usul itu. Nasib baik belum beli tiket lagi…kalau tak, aku yang akan mulakan kekecohan tu kat sana huh u huh u

PssssT:

Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa ditahan polis jam 4 petang hari ini untuk siasatan mengikut Akta Hasutan. Beliau ditahan di Desa Pandan, Ampang oleh polis Bukit Aman. Husam Musa dibawa ke Balai Polis Ampang, sebelum dibawa ke IPD KB, Pengkalan Chepa. Beliau dibawa dgn MPV dengan diiringi 20 orang anggota polis (5 buah kenderaan) dan dijangka sampai di balai polis Kota Bharu jam 11 mlm ini.

Husam di dalam laman twitternya memberitahu beliau "Akan dibawa ke Kelantan untuk siasat bawah Akta Hasutan,", berikutan kenyataannya berkaitan peserta yang terkorban ketika menyertai perhimpunan pembangkang di Padang Merbok hari ini dianggap sebagai mati syahid. Kenyataannya itu bertentangan dengan pandangan Timbalan Mursyidul Am PAS Datuk Dr Haron Din yang mahu ahli parti mematuhi pendirian serta nasihat Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa tiada paksaan untuk mereka menyertai perhimpunan itu.


Fan page Kami Tidak Rela Menukar Negeri Kami Dengan Stadium Bola Sepak mengatakan rombongan ini berhenti solat maghrib di Balai Polis Raub.


Derita Lelaki Mati Pucuk


Mati pucuk adalah mimpi ngeri bagi lelaki.

Harian Kosmo pernah paparkan kisah penderitaan golongan lelaki Malaysia yang berhadapan dengan masalah mati pucuk. Berikut aku petik seperti dalam Kosmo tersebut:

Kuala Lumpur: “Saya amat menyesal. Kini, kehidupan rumah tangga saya tidak sebahagia dulu lebih-lebih lagi apabila saya gagal menunaikan kewajipan sebagai seorang suami. Mujur, isteri masih lagi menyayangi saya, bersabar dan setia bersama saya. Dia jugalah yang mencari doktor dan pelbagai cara lain bagi menjadikan saya kembali sebagai seorang suami sejati,” luah Arif, 33.

Arif, salah seorang daripada ribuan lelaki di negara ini yang berdepan masalah mati pucuk dan lemah tenaga batin kesan penggunaan produk perangsang seks yang tidak mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan (KKM). Menurut Arif, pada mulanya dia menggunakan produk berkenaan dengan tujuan untuk kekal lama ketika bersama isterinya.

“Saya menggunakan produk terbabit sejak tiga tahun lalu. Memang tidak dinafikan ketika mula menggunakannya, saya dapat bertahan lama dan isteri juga puas apabila saya tidak lagi kecundang awal. Namun, lama-kelamaan, kelakian saya semakin hilang dan produk itu tidak lagi berkesan kepada saya. Sejak itu, saya mula risau dan cuba mendapatkan pandangan kawan.

Komen aku: sebenarnya, apa-apa produk kesihatan atau kecantikan pun yang kita ambil, pastikan produk berkenaan mendapat keluluasan KKM. Ada nombor KKM produk pun belum tentu menjamin bahawa produk berkenaan benar-benar dapat kelulusan KKM. Ada pengusaha yang haloba dan tamak sanggup menipu pengguna yang cuai dengan meletakkan nombor KKM produk lain. Sila hati-hati.

Bukan mudah KKM nak luluskan nombornya kalau produk tak betul. Usah terpedaya dengan penjual atau produk yang beranggapan kelulusan KKM tak penting. Makanan kesihatan atau tambahan memang penting, tapi kena jugak pastikan produknya memang ada kelulusan. Usahlah gadai kesihatan sendiri dengan mencuba produk yang entah apa-apa. Kita juga yang kena tanggung akibatnya.

Kepada sesiapa yang menghadapi masalah yang sama, atau masalah dalaman lelaki yang lain, bolehlah cuba men capsule ni. Kalau tengok sihatstore, boleh baca penerangan berikut:



Men Capsule, persediaan 100% herba, khas untuk tuan-tuan yang mementingkan kesihatan. Amalkan selama 2 minggu, anda akan mendapati stamina anda akan beransur baik, lesu beransur pergi. Ramai pengguna yang mengalami masalah kencing tak lawas menyatakan mereka berpuas hati dengan Men Capsule selepas 3 minggu pengambilan. Herba tradisional dalam kemasan antarabangsa. Untuk membeli sms 012-2459477. RM80.00 sahaja (100biji) . Free postage.

Teruslah bertanya ke nombor berkenaan, aku bukannya reti apapun pasal produk ni. Aku hanya tukang hebah maklumat sahaja. Dari kalian guna ubat macam-macam yang tak tahu apa kandungannya, kemudian mendatangkan mudarat, baiklah beli Men Capsule ni. Ada no KKM, ada halal dari Jakim, tak ada kesan sampingan sebab semua bahan yang digunakan tu selamat.



Jumaat, 21 Jun 2013

Jerebu di Singapura Kritikal


Bacaan IPU di Singapura cecah bacaan 400, iaitu Jerebu tahap kritikal. Walaupun Jerebu di Johor belum capai IPU sebanyak tu, namun tak mustahil akan cecah. Sekarangpun banyak sekolah dah tutup kerana jerebu kan?

Aku malas nak komen apa-apa, karang ada pulak orang yang TERLEBIH cerdik kata "tak ada kaitan" dengan pembakaran terbuka di seberang sana. Tengok komen tak cerdik mereka di TV pun buat aku TERsebut "apacot!" terkejut badak, apalagi kalau nak baca ulasan depa yang macam-macam. Kalau aku sebut jugak, sah punyalah blog ni akan berubah status jadi blog FITNAH melampau hu hu hu

Sebenarnya aku suka bila Singapura kena jerebu lebih bahaya dari JB...bukan seronok rakyat singapura dapat susah, tapi seronok bila kelantangan Singapura pertahankan hal rakyatnya menyedut udara bersihpun kena tempelak. Akhirnya aku yang gelak dengan kecerdikan tahap dewa sesetengah orang. Nak buat macam mana bila "cerdik tak boleh nak tompang, bodoh tak boleh nak ajar". mmmmmmm bantuan sikit-sikit tak mau la pulak hu hu hu macam-macam orang ada! Kalau engkau dah hebat kaya raya tu lainlah cerita hu hu hu

Payah sangatkah nak didik anak bangsa rakyat depa tak buat pembakaran terbuka? Payah sangatkah nak kenakan kompaun banyak-banyak? Asal tengah tahun je kita kena hidu bau asap. Aku yang tak ada athma dan batuk kering ni pun dah semput-semput, apalagi kalau ada yang menghadapi masalah pernafasan.

Duit punya pasal...tak kesahlah nyawa juta-juta orang lain keok pun kan? nak tengok gambar jerebu di Singapura silalah klik kat link.

Inilah rupanya Johor Bahru dalam jerebu ya...semuanya kelam!



Ishhhhh! Mohon maaf dengan bahasa kurang ajar pada hari Jumaat nan mulia ini. Mungkin itu antara komplikasi jerebu ya...bangun pagi-pagi dada rasa berat. Banyak aktiviti tergendala. Huh!


Bila Kawan Kena Umpat, Nak Beritahu ke Tidak?


Bila ada orang mengumpat kawan kita, perlu tak kita beritahu dia tentang hal umpatan itu?

Kena beritahu tak? Kena royat tak?

Persoalan ni lanjutan dari pada entri malam jumaat semalam.



Khamis, 20 Jun 2013

Jerebu: Sekolah Di Muar & Ledang Diarah Tutup Dua Hari


Semua sekolah di daerah Muar dan Ledang diarahkan ditutup selama dua hari mulai hari ini akibat jerebu yang mencapai tahap berbahaya. Yaaaa....dah capai tahap bahaya. Bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) mencapai 383.

Arahan dikeluarkan Pejabat Pelajaran Daerah mulai jam 11 pagi tadi. Kota Tinggi turut mencatatkan tahap sangat tidak sihat dengan IPU 232, meningkat berbanding 211 yang dicatatkan pada jam 7 pagi. Pasir Gudang dan Larkin Lama di kawasan bandaraya Johor Bahru pula mencatatkan tahap tidak sihat dengan catatan IPU 199 dan 181.



Setiap tahun, perkara yang sama berlaku. Asal pertengahan tahun je, kita perlu sedut jerebu. Asap. Bau hangit terbakar. Cuaca jadi makin panas menyengat. Dan setiap tahun jugak, ada pihak cuba dan mengelak dari bertanggungjawab. Tak mau mengaku. Dah jadi budaya!

Maka setiap tahun juga, pasukan bomba kita perlu ke seberang sana buat khidmat masyarakat padamkan kebakaran. Kenapa tak pernah belajar dari sejarah? Aku pun tak faham!

Komen aku: Jerebu juga boleh mengakibatkan ketidakstabilan horman. Boleh meroyan. Sebelum aku meroyan lebih panjang, baik aku letak titik cepat-cepat. Titik.




Persoalan Malam Jumaat



Antara orang yang mengumpat kita dan orang yang datang mengadu bahawa ada orang sedang mengumpat kita, mana satu lebih jahat?

Macam soalan periksa, tapi agak lama juga persoalan ini berlegar dalam kepala.

Komen aku: Aku memang muka tembok yang jarang nak peduli apa yang orang tengah umpat. Usah buang masa mengumpat aku walaupun daku teruja juga bila ada orang mengumpat. Sebabnya? Mereka sedang memberi aku koleksi pahala yang tak terhitung huh u hu

Jangan kantoi tengah mengumpat aku sudahlah ya...

Ada orang nak mengumpat aku tak? Silalah! Moga-moga makin bertambah pahalaku!

Video 15 Saat Sebelum Penebat Kilat Menara UMNO Runtuh

Yang runtuh memang dah runtuh. Tak kiralah runtuhan kerangka jambatan ke dua Pulau Pinang yang boleh kita lihat rakaman videonya ka ataupun runtuhan penebat kilat Menara UMNO, ataupun video kebakaran besar kampung melayu di Sibu.




Hari ini, rakaman video dari CCTV bangunan berhampiran bangunan UMNO Pulau Pinang berdurasi 15 saat sebelum penebat kilat terjunam dan menghempap jalan, kemudian mengenai beberapa kenderaan termasuk sebuah kereta jenis Honda City berwarna gelap dipercayai milik, Lim Chin Aik, 44 telah beredar di FB dan media sosial yang lain.

Dalam kejadian angin kencang pukul 6.45 malam itu, penebat kilat sepanjang 20 meter yang terletak di atas bangunan Menara UMNO Pulau Pinang telah runtuh dan menghasilkan lubang sedalam lima meter. Kejadian itu juga meragut nyawa kelindan lori tong gas, Jahir Sulaiman, 46, yang meninggal dunia sebaik saja tiba di Hospital Pulau Pinang selepas kepalanya cedera parah ditimpa serpihan konkrit penebat kilat itu.

Polis sebelum ini mengesahkan nombor casis kereta yang terbenam itu sepadan dengan kereta milik mangsa yang dilapor hilang sejak hari kejadian selepas keluar mengambil anaknya di sekolah.






Rabu, 19 Jun 2013

Video Kebakaran 50 Buah Rumah Terbakar di Sibu


Satu kebakaran besar berlaku di satu kawasan rumah orang Melayu di Kampung Hilir, Sibu, Sarawak telah terbakar jam 4 petang tadi. Blog Belia bangkit melaporkan sebanyak lebih kurang 40 buah rumah sedang terbakar, Berita Harian mengatakan terdapat kira-kira 50 buah rumah. [laporan akhbar kata kampung Datu, tak pasti mana satu benar]

Anggaran je ya bilangan rumah tu. Tak ada siapa nak rajin dok pi bilang masa api tengah marak tu.

Suasana cemas semasa kebakaran besar di kampung melayu, Sibu Sarawak:(dari arah darat)




Detik-detik kebakaran perkampungan melayu di Sibu, dari arah laut:




Berikut, rakaman video kebakaran Kampung Hilir, Sibu, Sarawak: dah tinggal abu...habis semua.



Nak tengok GAMBAR-GAMBAR TRAGEDI kebakaran di Sibu tu...sila lah ke blog Belia Bangkit. Tadi ada 3 keping gambar kebakaran komuniti melayu Kampung Hilir, Sibu, Sarawak. Hebat betul blog Belia Bangkit ni, kampung tengah terbakar pun beritanya dah meluas satu dunia.

Kita tunggu Berita Perdana nanti kalau ada. Tak pun, tunggu akhbar esok. 

Kemaskini:

Berikutan kebakaran besar yang berlaku di perkampungan melayu di Sibu, 100 buah rumah di Kampung Datuk, Sibu antara perkampungan Melayu tertua di Sarawak, musnah dalam kebakaran besar hari ini, lebih 600 orang tinggal sehelai sepinggang. [ada mengatakan kampong tersebut bernama kampong Hilir….mmmm macam jauh pulak beza nama kampong ni].

Kebakaran berlaku jam 4 petang. Seramai 47 anggota dari dua balai di Sibu dan Kanowit berjaya mengawal kebakaran lima jam kemudian. Kebakaran dipercayai berpunca daripada sebuah rumah kosong itu merebak dengan pantas berikutan cuaca agak panas selain rata-rata rumah di kawasan tersebut dibina daripada kayu.


Menurut Penghulu Kampung Datuk, Hussain Abdul Rasit, kira-kira 600 orang mangsa telah didaftarkan dan ditempatkan sementara di dewan Sekolah Kebangsaan Abang Ali berdekatan kampung itu.



Bajet 2014 dibentang 25 Oktober


Dah pun tengah tahun. Dah pun nak bentang bajet 2014...rasa baru semalam tahun 2013 disambut. Cepat benar waktu bergerak. Banyak lagi benda belum aku khatamkan untuk tahun ni. Kalau macam ni lah pantasnya waktu berputar, tak sedar kiamat dah sampai ni...alahai! insaf sekejab!

Menurut PM NAJIB Tun Razak dalam Majlis Konsultasi Bajet 2014 di Kementerian Kewangan, Putrajaya, Bajet 2014 akan dibentangkan di Parlimen 25 Oktober ini. Macamlah PM tu sesapa je kan, main taram je sebut nama.

Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata, setiap isu dan cadangan yang dikemukakan oleh pihak berkepentingan akan diberi pertimbangan sewajarnya sebagai input penyediaan bajet 2014 tersebut. Beliau juga tubuhkan Jawatankuasa Dasar Fiskal yang bertujuan mengurangkan defisit fiskal, mengukuhkan kewangan awam dan memastikan kemampanan fiskal jangka panjang.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, antara cabaran yang dihadapi ekonomi negara ialah dalam pembangunan potensi pertumbuhan sektor perkhidmatan, meningkatkan modal insan dan pengurusan bakat bagi wanita dan belia serta menguruskan pembaharuan fiskal.

Malaysia mempunyai penduduk yang agak muda, katanya, yang memerlukan kerajaan melabur dengan banyak terhadap pembangunan belia, khususnya dalam pendidikan dan latihan kemahiran. Golongan belia hari ini lebih berpendidikan, cekap ICT (teknologi maklumat dan komunikasi) dan juga berkait kepada rangkaian sosial melalui blog, Facebook dan Twitter di mana maklumat yang tepat dan tidak tepat merebak dengan cepat. Mereka juga mengharapkan lebih banyak peluang dari segi pendidikan tinggi, pekerjaan, keusahawanan dan pemilikan rumah yang mampu milik. Di samping itu, mereka mahu suara mereka didengar. Nak dengar suara aku tak?


Komen aku: aku bukan pakar ekonomi yang bijak pasal defesit fiscal, dasar fiscal segala. KDNK ka…KNK ka...semuanya aku blur bila libatkan angka. Tapi, masih adakah peluang untuk kami rakyat marhaen ni kemukakan pendapat?

Selain golongan belia, cuba-cubalah tengok keperluan kami yang bujang ni, walaupun bujang tua macam Bujang Lapuk tu...nampak macam kami tak ada tanggungan, tapi ketahuilah, kami yang bujang inilah yang banyak menyumbang kepada ibu bapa dan adik-adik dengan alasan “tak ada tanggungan”. Maknanya, kena menanggung jugaklah tu. Hanya tak boleh potong dalam cukai pendapatan tahunan disebabkan status single minggel itu.

Paling tidak, sediakanlah untuk kami Rumah orang-orang tua, dah tua bangka nanti tak ada siapa nak jaga, kenalah merempat rumah orang tua menagih simpati nanti. Insuran kesihatan sahaja belum mencukupi. Pencen juga dah tentu tak berapa nak cukup untuk masa akan datang kerana perubahan persekitaran masa itu. Salah hari petrol masa kami pencen nanti dah jadi RM10 seliter, gula dah jadi RM20 sekg...manalah kami mampu nak hidup dengan pencen ya...merempatlah kami mintak sedekah di jalan Tengku Abdul Rahman tu, sedangkan warga asing pulak jadi tokeh gedung.

Apa aku merepek ni?

Papa Ehsan dan Iffa di Wanita Hari Ini



Ohhhhhh! Ramainya peminat papa Ehsan!

Ada sesiapa dah terkena penangan Iffa dan Papa Ehsan dalam slot Drama Akasia TV3: Teduhan Kasih? Hu hu hu hu penyakit ni sangat bahaya!

Tengahari tadi, Papa Ehsan dan Iffa menjadi tetamu jemputan dalam rancangan Wanita Hari Ini.


Slot Akasia TV3 setiap Isnin hingga Khamis jam 7:00 malam adalah drama adaptasi novel Marissa, berjudul Teduhan Kasih. Hangat tak????

semua pink termasuk sofa hu hu hu


OST TEDUHAN KASIH (HYPER ACT - HANYA AKU)



Sinopsis Drama Teduhan Kasih:

Teduhan Kasih adalah kisah kecekalan seorang isteri bernama Iffa dalam menghadapi gelombang alam perkahwinan. Perkahwinan pasangan Iffa (Sherry Ibrahim) dan Ryzal (Shah Iskandar) tidak direstui oleh ibu Ryzal, Puan Suraya. Sejak berkahwin, Iffa dan Ryzal sering bergaduh, adakalanya, wanita itu teruk dipukul oleh suaminya walaupun ketika mengandung. Kebahagiaan yang diidam oleh Iffa berkecai apabila sahabat baiknya sendiri Ayu (Nabila Huda) menggoda Ryzal hanya untuk menyakiti hati Iffa. Puan Suraya yang tidak senang melihat perkahwinan mereka pula sering menabur fitnah terhadap Iffa. Dia diceraikan dalam keadaan sarat mengandung, malah terpaksa menumpang di rumah ibu tirinya. Dia dipaksa melakukan pelbagai kerja rumah walaupun ketika sarat. Pada hari perkahwinan Ayu dan Ryzal, Iffa yang ditinggalkan keseorangan di rumah (ibu tiri dan kakak tirinya sengaja pergi melancong walaupun Iffa sarat), Iffa sakit untuk melahirkan. Dia terpaksa menunggu teksi untuk ke hospital sendirian. Ketika inilah Iffa bertemu dengan Ehsan. Penderitaan yang disangka tiada berpenghujung tiba-tiba berubah sejurus dengan kehadiran Ehsan. Ehsan, seorang lelaki yang tampan, kaya dan berjawatan tinggi di sebuah syarikat. Kelahiran Adam telah mengubah hidup Ehsan hingga akhirnya Iffa dan Ehsan berkahwin walaupun berhadapan dengan pelbagai cabaran. Kak Long (kak tiri Iffa), ibu tirinya, bekas suami, bekas mertua mencuba sedaya upaya untuk menghalang perkahwinan mereka.


Nak tahu kesudahan, kenalah tunggu depan TV hu hu hu hu

kagum dengan lelaki pakai baju pink la la la

Pelakon: Adi Putra ( Ehsan), Sherry Ibrahim( Iffa), Nabila Huda (Ayu), Shah Iskandar (Ryzal), dan pelakon pujaan hatiku juga, Zarina Zainuddin.


Lebih suka yang ni....comey gambarnya hu hu hu Hyper Act-Hanya Aku (lirik) OST Teduhan Kasih




Papa Ehsan yang macho


Errrr...aku tak berapa nak suka sangat dengan watak Iffa yang jenis terlalu pasrah ni. Wanita Melayu moden perlu lebih tahu hak dirinya dan mengekalkan nilai tradisi. Tapi, dalam novel melayu...memang gitulah gayanya. macam Izzah dalam Ombak Rindu!

Iffa Teduhan Kasih

susah nak tengok dia senyum dalam Teduhan Kasih. Banyak masalah tak semestinya tak leh senyum ;)

Aku sebenarnya lebih suka Kak Long (Zarina Zainuddin) hu hu hu hu jangan marah ya! Bagi aku, tanpa KakLong dan mak dia yang tak berapa nak betul dan tak berapa boleh nak ikut perangainya tu, lesu lesi lah drama ni. Hambar! 

Nasib baik ada dua watak ni, digabungkan pula dengan Nabila Huda. Memang menjadi. Kalau nak harapkan watak suci bersih sendu sopan si Iffa tu, tak berbaloi untuk aku tengok. Errrrr ada Ady Putra kan untuk cuci mata? La la la


Mmmmmm Dia lagi pandai berlakon sekarang ni kan berbanding masa awal-awal pembabitan dalam dunia seni dulu. Mmmmmm hebat!

Gamaknya, bilalah pelakon pojaan hatiku Zarina Zainuddin ni nak baca pujian aku ni ya? Dia ada baca blog ni tak? 

Hishhh! Gila glamer pepetang ni kan hu hu hu 




Permohonan komputer baru dah diluluskan

Alhamdulillah.
Yaaaaaa dah diluluskan lama dulu lagi….tapi;




Nak kata apa? Tak terkata.




Selasa, 18 Jun 2013

Tiket Bas Raya Naik 10 Peratus


Susulan permintaan pengusaha bas menuntut kenaikan harga tiket pada musim perayaan (Hari Raya Aidilfitri) depan hingga 30 peratus, hari ini Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) mengumumkan kenaikkan harga tambang bas 10 peratus musim raya akan berkuatkuasa pada 8 Julai depan dalam tempoh musim perayaan yang bakal menjelang pada Ogos depan.

Menurut SPAD, pengendali bas ekpress dan tambahan bagi perayaan Aidilfitri kali ini dibenarkan menaikkan kos berkenaan dalam tempoh yang telah ditetapkan sehingga 8 Sepetember 2013.

Bagaimanapun SPAD menambah, permintaan Persatuan Pengusaha Bas Seluruh Malaysia (PMBOA) untuk menaikkan tambang bas kepada 30 peratus agak mustahil ditunaikan sebelum hari raya kerana proses perundingan dan kajian komprehensif masih dijalankan.



Kenaikan Gaji Kakitangan Awam Julai 2013


Pekeliling dah keluar. Kepada penjawat awam, dah boleh semak PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 5 TAHUN 2013: PEMBERIAN PEMINDAHAN GAJI KEPADA PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM PERSEKUTUAN DI BAWAH SISTEM SARAAN MALAYSIA. Sila klik kalau nak baca pekeliling penuh.

Pekeliling ni mengandungi kadar kenaikan gaji tahunan mengikut gred jawatan boleh rujuk: PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 5 TAHUN 2013: PENAMBAHBAIKAN JADUAL GAJI MINIMUM - MAKSIMUM BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM PERSEKUTUAN DI BAWAH SISTEM SARAAN MALAYSIA. 

Berkuatkuasa 1 Julai 2013, semua kakitangan awam (yang memenuhi syarat seperti di dalam pekeliling 5/2013) layak menerima 1 KGT. Pemberian kenaikan 1KGT ini tidak akan mengubah tarikh kenaikan gaji tahunan. Kalau naik gaji bulan 4, tetaplah akan dapat pada bulan 4 tahun 2014 dan seterusnya.

Sesiapa naik gaji bulan 7 akan menerima 2 kali KGT (KGT 2013 + Pemberian 1KGT). Siapa yang dah naik gaji bulan januari dan april, penjawat awam ini menerima pemberian 1KGT ini pada Julai 2013. 

Aku? Lambat lagi…berjanggut dulu tunggu huh u hu apapun, jom semak dulu Pekeliling Kerajaan Kenaikan Gaji Kakitangan Awam Julai 2013 yang dimaksudkan tu. Sila klik kalau nak baca pekeliling penuh.

Komen aku: janganlah pula sedikit kenaikan gaji ni menyebabkan BANYAK kenaikan harga barang. Tapi, hakikatnya memang begitu. 


Isnin, 17 Jun 2013

Ancaman Bom di UNIKEB UKM


Fuhhhhhh! tarik nafas sat!
Lap peluh sat!

Mmmmmmm jangkitan hal berkaitan jenayah dah berlaku di Bangi ka?
Hari ni dok heboh cerita pasal suasana Wisma UNIKEB di UKM Bangi terdapat ancaman bom di Bank BSN. Lewat pagi nak masuk ke tengahahari tadi, kelihatan ramai polis di kawasan sekitar UNIKEB UKM.


Hishhhh!
Selama ni Bangi ni aman damai. Sama damai macam negara kita Malaysia yang disenaraikan sebagai negara ke 19 paling selamat di dunia. Takat hilang tabung masjid tu, tak payahlah hebohkan. Kalau takat kena samun dek lelaki perkasa berbadan tegap latino berkereta mewah di rumah-rumah mewah tu, macam kes terpencillah kan hu hu hu bukan aku mampupun nak tinggal di rumah mewahhh adoiii la! Kalau aku melalut lagi...mesti cerita abang hensem tegap segap muka arab latino tu yang akan jadi panjang hu hu hu

Apa yang nyata, Bangi yang kuhuni ni sudah terlalu banyak bezanya dengan bangi yang dulu. Aku rindukan bangi yang dulu....masa belum ada Kompleks Warta Diamond tu, belum ada PKNS, belum ada Econsave...belum ada banyak hotel-hotel bajet...

Mmmmmmm itu namanya mengenang kisah silam yang kalau nak makan sate pun perlu ke Kajang naik bas merah berjenama Bus Sum Omnibus hu hu hu jangan marah ya...ni lah namanya, terkena simpton kronik jerebu. Bukan Orang Melaka je kena tadah jerebu...orang Bangi pun kena tempias tau!



Buah cempedak di luar pagar


Orang kata, kalau berbudi pada tanah memang banyak hasilnya. Kalau bertanam cempedak, bolehlah merasa cempedak. Jangan pulak nanti cempedak ditanam di luar pagar, kelak getah ajelah yang kita dapat.

Kita (akulah tu!), selalu sahaja Nampak orang lain semuanya untung dan bertuah.
“untunglah Jah, kamu anak ramai…senang hidup kamu depa kerja bagus-bagus” 

itu kita kata masa anak-anak orang yang ramai itu dah besar beranak pinak kerja bagus-bagus. Kononnya bolehlah menumpang rezeki anak. Ingat tak kita (akulah tu!), masa anak mereka kecik dulu, bukankah kita (akulah tu!) juga yang kata:

“Kamu ni beranak ramai-ramai buat apa, menyusahkan hidup kamu je. Dahlah dia orang ni makan banyak, perangai macam setan,”

Bila kita (akulah tu!) Nampak orang tu susah, kerja kuat perah kederat, selamba badak je mulut kita tak insuran dok mengata;

“Padan muka kamu, Jah…masa si Dol kampong dusun tu nak, kamu tak mahu. Kasim selamat jugak yang kamu nak…sekarang dah susah kurus kering…tanggung sendiri,”

Tapi, kalau Kasim Selamat tu mampu hidup mewah jadi retis terkenal, tetiba je ayat kita (akulah tu!) berubah;

“Nasib baik kamu kahwin dengan Kasim Selamat tu, Jah…kalau kau kahwin dengan Dol samseng taik minyak kampong dusun tu, jadi janda mudalah kamu masa dia masuk penjara tu,”

Buah cempedak selalu benar orang tanam di luar pagar. Sekarang nip agar rumah sempit, nak tanam pokok bunga dalam pasu pun dah suntuk, apalagi nak tanam pokok cempedak. Namun, usahlah jolok buah cempedak orang ya….sila tanam sendiri cempedak. Nak cepat pi beli di pasar tadi!

Huh!

Sabtu, 15 Jun 2013

Macham Macham Ada


Tetiba tajuk enti dah jadi macam tajuk blog Doc Faizi pulak.

Bila hari cuti hujung minggu begini, berada di rumah adalah satu ujian yang besar. 

Mana hati kena tahan dari operasi pelupusan dan pembersihan rumah, mana lagi nak kena kurung perasaan dari masak yang sengaja ditiadakan barangan mentah dalam peti ais supaya perasaan itu berkurangan, namun akhirnya pengurangan itu ternyata menyusahkan diri sendiri pula. Bila tak ada satu apapun dalam peti ais kecuali botol-botol sos, kicap dan bla bla bla yang hanya mampu kita pandang sahaja, tapi tak boleh nak buat magik jelmakan jadi hidangan, perut jua yang terdera. Fuhhhhh! panjang benor ayatnya!

Itu belum kira ketukan di dinding sebelah, jeritan di rumah sebelah atau pengubahsuaian di jalan sebelah. Semuanya menjadi ujian yang membuatkan rumah ini terasa lebih panas suhunya dari biasa walaupun cuaca sebenarnya mendung.

Pada hari minggu yang sepatutnya bahagia ini, langkah terbaikkah untuk bertapa dalam senyap sunyi di ofis berhantu yang tersangat LAJU prosessor komputernya itu? Yuppppp! di ofis ada ekon percuma. Disebabkan kerja sekolah ni sebahagian daripada kerja ofis, makanya....ekon dan barangan pejabat itu memang halal untuk aku guna walaupun sebenarnya lebih banyak harta benda sendiri afdal aku gunakan dek nak cepat siapkan kerja. 

Tetiba, aku rasa....komputer di ofis itu sangat sesuai untuk dibuat tukun tiruan, dibenamkan di Laut Sulu, akan lebih banyak hidupan laut dapat manfaat. Mmmmmmm kapal kayu lagi efektif untuk jadi tukun ya!

Pertama kali aku taip terus entri kat sini....biasanya tulis di word, kemudian copy paste di blog setelah melakukan editing. Entri ini terus dari hujung jari dengan perasaan yang berbaur seperti yang boleh dikesan dalam semua ayat tanpa edit ini. Sila jangan pengsan. Ia lahir dari hati yang tulus ikhlas la la la




Jumaat, 14 Jun 2013

Tiket Bas Raya Naik Harga?


Semalam heboh pasal Antena menara di atas Menara Umno di Jalan Macalister, Pulau Pinang tercabut, jatuh dan antena menghempap beberapa kenderaan yang diparkir di tepi jalan. Akibatnya, 9 orang cedera, seorang daripadanya parah dalam kejadian angin kencang yang melanda 21 kawasan di Pulau Pinang petang semalam. Errrr hari tu jambatan runtuh kan? Kan? Kan? errrrr....penyambung jambatan je runtuh! Ada video runtuhan tu lagi...

Pagi tadi ke perpustakaan awam tepi tasik Cempaka tu, hingga jam 12 baru gerak dating ofis. Berita jam 12 mengatakan terdapat permintaan daripada syarikat bas ekspress untuk naikkan tambang bas hingga 30 peratus sempena musim perayaan sebulan lagi. Maknanya, tiket bas naik hargalah raya nanti?

30 peratus tuuuu!
Sebab tuntutan tu, maka syarikat bas tidak jual tiket awal.
Kalau tuntutan tu tak dilayan, gamaknya tak adalah tiket bas balik kampong kan? Hish! Bayangkan semua orang tak balik kampong beraya sebab bas tak mau jual tiket. Macam mana gamaknya ya…