Anda Juga Mungkin Berkenan

Selasa, 30 April 2013

Video Wacana Sinar Harian Siri 19 MANIFESTO dalam PRU13: BN vs PR

Semua video ini akan jadi bukti lima tahun lagi sama ada mereka yang berjanji bersedia untuk tunaikan janji masing-masing. Lima tahun lagi, aku akan buka semual entri ini dan semak setiap manifesto mereka.

Selama ini, ramai sangat yang pandai berjanji tapi liat nak tunaikan. Dah terdesak musim PRU barulah masing-masing buka mata semula.

Jommmmm….kita tengok dulu Video Wacana Sinar Harian Siri 19 MANIFESTO dalam PRU13: BN vs PR yang berlangsung petang tadi.


Wacana Sinar Harian Siri 19 MANIFESTO PRU13: BN vs PR Bhg 1




Wacana Sinar Harian Siri 19 MANIFESTO PRU13: BN vs PR Bhg 2




Wacana Sinar Harian Siri 19 MANIFESTO PRU13: BN vs PR Bhg 3




Wacana Sinar Harian Siri 19 MANIFESTO PRU13: BN vs PR Bhg 4




Kita tunggu dan lihat ajelah ya berdaya tahan ke tidaknya mereka ini memikul tanggungjawab untuk majukan Negara. Kalau dah tak mampu, tak kiralah dalam pilihanraya yang mana, kita kenalah TUKAR. Ya tak?





Isnin, 29 April 2013

Bila Cik Adik Manis Menyapa, Senyumnya Tidak Menghilangkan Fokus Aku Elak Jerangkap Samar


Sedang melayan FB di Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS, BUKAN PAS tau!), aku disapa seorang cik adik manis.

Adik manis: dari UKM ek? [Tanya dia sambil jelling fail aku yang ada lambing UKM. Blurr sekejab aku tapi angguk ajelah].
Adik manis: Saya master untuk Metafizik Sains Penomboran

Akak tak berapa nak jelita (aku ler tu): Oooooooo [tak tahu nak kata apa sebab dok kusyuk berFB, tetiba kena ganggu…]
Adik manis: cuba tulis nama, ic dan nombor telefon…
[Dia hulur kertas kosong ke depan aku. Aku pandang muka dia. Semudah tu aku nak bagi maklumat diri? Minta maaflah!]
Adik manis: Mmmmm …ok, bagi no kereta... [Tau pun bukan mudah nak dapat maklumat tu dari aku]
Akak tak berapa nak jelita: Maaflah…saya bab-bab nombor ni memang lupa.
Adik manis: habis tu, datang dengan apa?
Akak tak berapa nak jelita: kalau lupa nombor kereta, tak boleh datang dengan kereta ke?

Dia terdiam sekejap.
Adik manis: Peliknya. Tak pernah jumpa orang pelik macam ni.
Akak tak berapa nak jelita: Hari ni dah jumpa kan? Bertuahnya anda! [aku boleh kesan dia tengah blur!]
Adik manis: Semua nombor tak ingat? No telefon sendiri?
Akak tak berapa nak jelita: Saya bukan nak telefon diri sendiripun, buat apa nak ingat nombor telefon sendiri? [Dia lagi blur]
Adik manis: Habis tu macam mana nak telefon mak ayah?
Akak tak berapa nak jelita: Buat apa beli telefon mahal-mahal kalau semua nombor kita kena ingat.

Adik manis: Anak nombor berapa ya? [Dia cuba alih persoalan]
Akak tak berapa nak jelita: setiap kali anda sebut pasal nombor, anda tau tak saya sedang stress? Saya elergic dengan nombor…dunia ni bukan hanya ada nombor sahaja.
[Sekarang dia pulak stress. Aku tahu dia tengah cari cara macam mana nak promosi dia punya pakej seminar harga ratus-ratus tu].

Sebenarnya, masih panjang lagi dialog yang berlaku. Lebih kurang lima belas minit juga dia curi masaku berFB di perpustakaan. Namun, banyak perkara yang aku belajar dari perbualan itu antaranya;

1. Elakkanlah terlalu tinggi keyakinan diri. Bukan semua situasi perlukan keyakinan yang melampau-lampau hinggakan keyakinan itu menenggelamkan realiti. Yakin diri sangat perlu, namun bila TERLALU yakin yang melampau-lampau menyebabkan kita tidak mampu untuk berdiri dalam dunia realiti.Kita dah memperkecilkan orang lain.
2. Hanya kita yang betul? Hanya kita je yang hebat? Itu bongkak namanya!
3. Bercakap tentang fakta yang dihafal dari buku rujukan itu sangat berbeza dengan bercakap tentang pengalaman. Bukan semua fakta dalam buku hafalan kita tepat kepada semua orang. Cerita tentang hidup ini berbeza-beza warnanya. Teori dalam buku itu ciptaan manusia yang nak diaplikasikan kepada semua makhluk ciptaan Allah? Fuhhhhh!

Maaflah. Aku tak mudah dedahkan maklumat peribadi kepada seseorang yang baru aku kenal empat saat lepas. Aku juga tidak perlukan consaltan untuk bina semula hidup aku yang pernah runtuh. Kalau kaunselor pun tak mahu jadi kaunselor aku kerana yakin dan percaya aku mampu tangani semua masalah dunia dalam hidupku, tak kanlah aku pula boleh tak yakin kan?

Katanya, dia boleh baca keperibadian orang berdasarkan nombor. Kali ini aku dapat lihat betapa dia sedang berpura-pura berfikiran positif tentang cerita hidup ini. Dikau belum hadapi lebih banyak sepak terajang kehidupan, namun usahlah terlalu menonjolkannya dengan cadangan yang boleh buat aku mahu ketawa.

Adik manis: Dalam hidup ni, tak boleh paksa-paksa.
Akak tak berapa nak jelita: Kalau tak paksa, sempat tak saya tamatkan sekolah ni sebelum mati?

Opssss! Aku memang pakar mematikan hujah orang, terutama orang yang perasan dia bagus.

Aku tahu aku masih lagi belajar, tapi mempunyai status sebagai pelajar tidak bermakna aku gagal menilai jerangkap samar yang dipasang semata-mata nak kaut sara hidup anda. Jangan jadi macam penjual MLM yang sanggup sembunyikan fakta semata-mata nak jual barang.

Adik manis: Masalah kena luahkan, kalau tak kita yang bermasalah…kalau dah berat kepala, ceritalah dengan mak.

[aku akuinya. Namun, perlu ke cerita semua masalah kita kepada semua orang, termasuk orang yang baru kita kenal lima saat lepas?]

Akak tak berapa nak jelita: Mak kita tu dah terlalu tua untuk fikir pasal dunia lagi. Bagilah peluang dia aman dengan tekanan dunia dan beribadat dengan selesa…bukannya nak kena fikir apa metodologi kajian keduniaan kita…

Maaf, entri ni dah jadi panjang!



Sabtu, 27 April 2013

Wacana Sinar 30 April 2013 “Manifesto PRU13”


Aku memang tengah kutip manifesto kedua-dua parti politik iaitu Barisan nasional dan Pakatan Rakyat. Nak simpan dan buka balik lima tahun lagi. Masa tu nak semak siapa yang tepati janji, siapa yang capati janji atau siapa yang kena telan janji sendiri, siapa pulak kena tulah dek janji.

Jadi, bila Sinar Harian sekali lagi menganjurkan wacana yang mengupas topik "Manifesto PRU13 Barisan Nasional vs Pakatan Rakyat", Selasa 30 April 2013 sempena PRU13 aku memang sangat teruja. Kalaulah boleh letak siaran langsung kat banyak saluran TV (katanya semua orang boleh guna saluran TV kan…buktikanlah!), kan lagi bagus. Baru rakyat betul-betul dapat menilai.


Wacana siri ke-19 ini mengetengahkan pensyarah Fakulti Pentadbiran dan Pengajian Polisi Universiti Teknologi Mara, Prof Madya Dr Shaharuddin Badaruddin; penganalisis politik Dr Maszlee Malik dan Ketua Kluster Etnisiti dan Pekerjaan, Institut Kajian Etnik (Kita), Prof Dr Mansor Mohd Noor sebagai ahli panel.

Wacana kali ini yang berlangsung dari jam 3 hinggga 5 petang, di lokasi tradisi iaitu Auditorium Kompleks Kumpulan Media Karangkraf, Shah Alam, akan dikendalikan oleh Ketua Eksekutif Institut Bagi Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (Ideas), Wan Saiful Wan Jan.

Masuk ada percuma dan mereka yang ingin mendapatkan maklumat lanjut boleh menghubungi Laila (019-3310211), Fazli (019-2808492) atau Rini (019-3371066. Sinar Harian Online dan mobTV merupakan penganjur bersama.

Serius! Aku memang tak sabar tunggu selasa ini!


Jumaat, 26 April 2013

Bila Mek Aminkan Doanya

Aku jadi terlalu takut…
Kalau-kalau Mek aminkan doa terisi kecewa tak terbendung

Terima kasih PakarHowTo.com


Aku jadi terlalu takut… Kalau-kalau Mek patah hati

Moga-moga Allah mendengar bisik hati ini
Moga-moga Allah melindungi kami dari kesakitan jiwa tak terubat
Moga-moga kami sentiasa tahu
Setiap apa yang terjadi hanyalah ujian
Untuk teguhkan rasa cinta itu.




Khamis, 25 April 2013

Harga Emas Di Kelantan Murah Gila-Gila…Jom Ramai-Ramai Pakat Beli Barang Kemas


Aku sebenarnya nak cari senarai penuh calon dewan undangan negeri Kelantan di kampong aku tu…nun di negeri yang dah diistiharkan paling miskin di Malaysia. Aku sangat percaya negeri aku tu negeri paling miskin di Malaysia. Maklumlah, Perdana Menteri Malaysia yang terchenta sendiri yang umumkan…errrrr maksud aku BEKAS Perdana Menteri Malaysia. Gamaknya, dek kemunduran dan kemiskinan berkenaan juga maka Mahonara mengambil keputusan untuk lari balik Indonesia dan berkerja keras mengumpul kekayaan dalam dunia glamour semula. Mana nak cukup hitung harta benda di istana Kelantan kan, kalau dah negeri miskin. Sekejab sahaja kira, dah pun habis gedungnnya ya…errrr, salah hari, Istana Kubang kerian tu sama macam istana si Kiram III apa hu h u huhu...adoiiii, tarik nafas sat!


nenek ni miskin sensangat hingga perlu berjualan di usia lanjut...sila abaikan bulatan kuning


Minggu lepas, ada dengar dari rakan-rakan di negeri paling miskin itu tentang penurunan harga emas. Mak aihhhh…maka berlumba-lumbalah wanita-wanita di negeri paling miskin itu menyerbu kedai emas di serata ceruk negeri. Manalah tahu, untung-untung boleh beli emas barang segantang dua, sekilo dua sempena penurunan harga tu kan? Emas turun sebab PRU13 kot...

dapat segenggam macam ni cukuplah ;)


Hishhhhh! Aku jugak yang tak mampu nak beli walaupun berbelas tahun dah tinggal di negeri paling maju ini. Entah bilalah boleh beli barang dua tiga kilo emas tu, bukan nak banyak pun…takat tu ajelah larat nak pakai. Itupun dah jadi macam kedai emas bergerak. Macam pengantin baru ni okey tak?



Bila aku jenguh-jenguk ruang pameran kedai emas di Selangor ini, nyatanya harga ada beza jugaklah barang RM10 hingga RM15 (belum mintak diskaun lagi tu) setiap gram berbanding harga di negeri paling miskin sana. Gamaknya, mereka di negeri paling miskin itu melombong sendiri apa emas belakang rumah, sebab tu boleh jual dengan harga yang murah huh u hu

teringin jugak aku pakai macam ni...
Tetiba aku rasa tergedik gatai gelenyar nak kelik kampong beli sejemput udang rantas emas atau cincin barang sebentuk dua. Alang-alang harga dah turun ni kan. Tambah pula, dipercayai mutu emas di Kelantan lebih baik berbanding tempat lain terutama dari segi ketulinannya. Wanita Kelantan tak suka emas yang campur-campur ni terutama kalau faktor pembelian mereka bertujuan pelaburan emas untuk masa depan. Nak jual semula nanti dah tak dapat harga tinggi kalau emas campur. Biasanya emas 916 jadi pilihan.

Aku pernah bandingkan emas di Thailand (masa tu lebih murah, tapi kualiti kurang sikitlah), emas Kelantan dan emas di negeri lain. Memang ada beza walaupun aku bukanlah pakar sangat. Kalau aku…akan pilih 916 emas Kelantan juga.Nak buat macam mana, dalam darah aku ni dah mengalir "negeri kelantan", kalau boleh, nak menyedut udara bumi Kelantan aje memanjang hu hu hu

sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah

Masalahnya… cuti aku hanya berbaki sehari sahaja lagi ni. Masalah paling besar adalah…korek tabung unta itupun belum tentu cukup untuk beli walaupun sebesar janggut udang sahaja. Hishhhhh!

nak tahu harga emas kelantan terkini? Jangan lupa klik link tu...




Video Banjir Kilat di Kuala Lumpur


Hujan lebat sekitar Lembah Kelang bermula kira-kira pukul 4.30 petang semalam. Masa tu aku baru terhegeh-hegeh keluar Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor di Bangi, sebelah Tasik Cempaka yang semerbak wangi itu. Hujan baru menitik gerimis masa tu, tapi langit memang gelap pekat. Berkurung dalam perpustakaan hingga tak sedar apa yang berlaku kat luar.

Nasib baik aku keluar sebelum jam lima, kononnya tak mahu bertembung dengan orang balik kerja. Elak jem. Hujan itu menyebabkan berlakunya banjir kilat di beberapa lokasi utama sekitar Kuala Lumpur dan Selangor sehingga menyebabkan kesesakan lalu lintas.

Gambar di bawah aku petik dari Mstar, dirakamkan di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur oleh Bernama. Paras air memenuhi jalan raya manakala pemandu terpaksa memperlahankan kenderaan masing-masing.




Video banjir Kilat di Kuala Lumpur ini telah dimuat naik Harian Metro di laman webnya, jom sama-sama kita tengok apa yang berlaku setiap kali hujan lebat di Kuala Lumpur:



Nasib baik aku tak terjebak kerja di KL. Kalau tak, mesti stress setiap kali berlaku begini kan?

Dulu-dulu, zaman Tok Kadok…pernah jugak kerja belah-belah sana…bukan betul-betul KL pun, tapi lebih kepada PJ. Hakikatnya, daku sangat stress. Nasib baik ada rejeki kerja di Bangi ya…

Gambar berikut pula diambil di Universiti Malaya yang disiarkan FB I Love Kelantan;



Nasib baik masa aku ke UM hari selasa tu, bukan begini rupanya. Tapi, kalau hujan lebat jugapun bukannya aku tahu sebab masa balik dari UM tu belum jam satu tengahari pun. Sempat makan tengahari di Bangipun.



Rabu, 24 April 2013

Hatiku Menangis Berderai Pilu Insafi Lemahnya Diri


Adakah kita telah berjuang sehabisnya untuk menyelamatkan akidah dan agama kita seperti gigihnya dia?


Sejujurnya, air mata menitis membaca kecekalan dan ketabahan anak muda ini. Subhanallah!

Adakah daku mampu berjuang secekal dia andai berada dalam situasi yang serupa?

Semoga dia lebih tabah. Semoga lebih ramai insan baik hati membantunya meneruskan cita-cita murninya itu...


Selasa, 23 April 2013

Gangguan Bekalan Air Tidak Berjadual Di Sekitar Ampang. Lagi Sekali?


Beberapa kawasan sekitar Ampang mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual dan tekanan air rendah berikutan berlakunya masalah henti tugas pam di rumah pam Wangsa Maju melibatkan gangguan di pam nombor empat dan lima.

Hanya tiga buah pam yang berfungsi sekaligus mengurangkan kadar pengepaman air untuk diagihkan di sekitar Gombak. Dianggarkan sejumlah 3,500 akaun pengguna di sebahagian Ampang terjejas. antara kawasan yang terlibat dengan gangguan bekalan air sekitar Ampang termasuk di Desa Lembah Permai, Taman Dagang Jaya, Kampung Tasek Permai, Kampung Tasek Tambahan, Taman Bukit Ampang Permai, Kampung Ampang Campuran, Kampung Ampang Indah dan Taman Halaman Indah.

Pelanggan yang memerlukan bantuan boleh menghubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan (PUSPEL) di talian bebas tol 1-800-88-5252.

Komen aku: ini bukan isu politik, ini isu air. Sila tingkatkan kesabaran anda kepada penduduk yang terlibat. Dahlah musim panas ya, nak mandi manda turutkan suhu badan tak berapa nak boleh bila paip air hanya keluar angin je...

Tak boleh salahkan sesiapa kalau tiba-tiba ada orang mengamuk. maklumlah, hati nan panas tak mampu disejukkan dengan air. Sekarang ni musim panas, berganda suhu naik!

Isnin, 22 April 2013

Video kemalangan di Lebuhraya Persekutuan - Shah Alam



Ramai dah tahu tentang kemalangan maut melibatkan 5 orang maut di tempat kejadian di Kilometer 10.5 Lebuhraya Persekutuan-Shah Alam. Sebuah kereta yang dipercayai hilang kawalan merempuh tiga motosikal yang berhenti di lorong kecemasan kerana mengalami kerosakan. Mangsa yang terbunuh termasuklah seorang penumpang kereta yang berhenti untuk membantu mangsa kemalangan.

Rempuhan itu menyebabkan kereta berkenaan terbalik beberapa kali dan Lee terhumban keluar kira-kira 50 meter daripada keretanya. Akibat kejadian itu Lee dan dua penunggang motosikal iaitu Muhammad Faridzuan dan Amirul Faiq mati di tempat kejadian kerana cedera parah di kepala dan kaki.

Sebuah kereta lagi berhenti di lorong kecemasan dan penumpang belakangnya, Kalaychelven keluar untuk memberi bantuan kepada mangsa tetapi sebuah motosikal yang ditunggang Syahmie Farid Izzat tiba-tiba datang dari arah belakang, hilang kawalan dan melanggar Kalaychelven. Akibat perlanggaran itu, Syahmi Farid Izzat yang cedera parah di kepala dan Kalaychelven yang cedera parah di kepala dan putus kaki kiri, turut meninggal dunia di tempat kejadian.

Mereka yang terbunuh dikenal pasti sebagai Muhammad Faridzuan Mohd Aziz, 21, Amirul Faiq Zainuddin, 22, Syahmie Farid Izzat Samsudin Shah, 21, kesemuanya penunggang motosikal dan pemandu kereta, Wilson Lee, 22, serta seorang penumpang kereta lain yang berhenti untuk memberi bantuan, M Kalaychelven, 50.

Berikut video kemalangan di Lebuhraya Persekutuan - Shah Alam dirakamkan di tempat kejadian pada pagi tersebut:



Rakaman video amatur kemalangan di Lebuhraya Persekutuan - Shah Alam dengan telefon bimbit oleh pengguna jalan raya yang berada di tempat kejadian;



DariNya kita dating, kepadaNya jua akan kembali. Alfatihah. Semoga roh mereka ditempatkan bersama golongan orang-orang yang beriman. Alfatihah.

Takziah kepada bukan islam. Takziah kepada seluruh keluarga, sahabat handai mangsa.

Kalau hati anda gagah untuk melihat lebih banyak gambar kemalangan di lebuhraya persekutuan-Shah Alam ini, silalah berkunjung ke blog ondscene. ada banyak kat sana. Tapi, kalau hati tak kuat, tak tengok pun tak apa. 




Sabtu, 20 April 2013

Akhirnya Aku Curang Juga!

Tengah kusyuk iron baju, tiba-tiba iron MELETOP!

Apocot! kuat betul bunyinya, macam mercun. Punca kuasa akhirnya tak berfungsi. Nasib baik peralatan elektrik masih ok.

Macam tak percaya pulak hal sebegini boleh berlaku. Ada kesan hitam tertinggal di lantai parker. Bila tengok wayarnya, plastic yang membalut wayar tembaga tu dah cair. 

Bahagian wayar yang aku balut dengan saletip hitam itu juga dan lain macam. Boleh rasa betapa sterika itu sudah tidak selamat lagi. Nak tahu berapa usianya? Lebih 14 tahun huh u huh u sangat berbaloi-baloi gunanya sepanjang tempoh tu.

Akhirnya aku curang juga. Nyata benar susah untuk setia sepanjang hayat.

Hari yang sama, terus cari pengganti. Teman pengganti yang lebih seksi, cun dan menggiurkan. Harganya hanya RM58.99. 


Moga-moga inilah sterika terakhir yang aku beli dalam hidup ni ya. Sila bertahan hingga aku mati ya…


Rabu, 17 April 2013

Bila Dah TERsangat Letih...

Keletihan yang teramat dok lasakkan diri sepanjang hari, bila dah masuk kereta...terus lena tak henggat dunia!


Selasa, 16 April 2013

Siti Syafiqah Selamat Kembali Ke Pangkuan Keluarga


Berikutan entri aku sebelum ini berkaitan kehilangan Siti Syafiqah dari sekolah awal April lepas, Alhamdulillah, akhirnya adik itu Berjaya ditemui dan kembali ke pangkuan keluarga semula.



Terima kasih kepada semua yang menyebarkan berita kehilangan adik ini di blog macam Kakcik Seroja buat dan juga kepada semua rakan-rakan yang menyebarkannya di facebook dan twitter. Berikutan kembalinya adik Siti Syafiqah ke pangkuan keluarga semula, maka aku telah setkan entri berkenaan ke mood draf semula supaya entri berkenaan tidak boleh akses lagi.

Apa yang berlaku ini ada hikmah yang tersembunyi. Allah Maha mengetahui apa yang kita tidak ketahui, semoga semua ini memberi kita peluang untuk lebih hargai apa yang kita ada. Insha Allah.

Buat adik Siti Syafiqah, selamat belajar ya...tahun ni SPM. Cabaran lebih besar pada masa hadapan.






Ahad, 14 April 2013

Video Gali Kubur Pengganas Sulu di Lahad Datu


video operasi menggali kubur pengganas Sulu di Lahad Datu. Kepada sesiapa yang tidak boleh menyaksikan gambar-gambar atau video yang mengerikan, aku nasihatkan agar tidak tengoknya. Andainya selepas tengok video ini, anda diganggu dengan pelbagai perasaan yang tidak enak, bukan salah aku ya...salah sendiri sebab tak mampu nak kawal jari dari klik.

Akupun sebenarnya tak suka tengok gambar-gambar atau video yang mengerikan seperti gambar atau video kemalangan yang dahsyat. Tapi, untuk kali ni, aku tetap juga tengok.




Video ini membuktikan betapa sukarnya anggota keselamatan kita untuk mengesan mayat pengganas @ penceroboh Sulu ni. tengoklah betapa dalamnya mereka gali (soalnya bima masa mereka gali dan dengan apa mereka gali) hingga kita kena guna jengkaut baru boleh gali dan bawak keluar.



Sabtu, 13 April 2013

Mengapa Saya Ponteng Kelas?


Masa kecik dulu, aku bukan kaki ponteng. Aku seronok untuk pergi sekolah. Setiap hari memang tak hsabar untuk pergi sekolah. Sampai sekarang pun, aku masih lagi seronok untuk pergi sekolah (?) kelas.Tak tahu kenapa ramai orang tak suka pergi kelas sedangkan masa kat kelas dan belajar itulah masa yang menyeronokkan. Masa peperiksaan tu yang tak seronok sebenarnya hu hu huhu.

Jom kita tengok apa alasannya untuk orang yang tak suka masuk kelas atau ponteng ni hingga dihalang untuk masuk peperiksaan.



Kalau boleh, sampai tua pun aku nak selalu masuk kelas dan tak ponteng macam ni. Mmmmmmmm sebenarnya dah tua pun hu hu hu hu

Jumaat, 12 April 2013

Paip Pecah Lagi? Setengah Juta Penduduk Terjejas & Kawasan Terlibat


Semalam ada baca status Facebook Yunus Badawi tentang paip pecah, bakal berlaku ketiadaan air hingga hujung minggu. Bila tengok status tu, terus teringatkan pemilik blog Yang Ingin Kukongsi… masa tak ada air sebelum ini, kesian dia demam-demam sakit badan dek mengangkut air.

Rakyat dalam rumah dah lah ramai, tinggal pulak tingkat 5, nak sampai satu baldi ke atas pun dah semput. Apalagi kalau hari-hari nak kena angkut air untuk keperluan isi rumah. Tempias yang sama dah pasti dirasai ramai blogger lain termasuk Kakcik Seroja dan Yunus Badawi.

Hari ni baca di facebook puspel-syabas tentang notis gangguan air sekitar Kuala Lumpur, Ampang dan Gombak. Aku malas nak ulas anjang lebar, terus ajelah copy paste dari sana ya:

Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) ingin melaporkan bahawa Pelan Tindakan Kecemasan (ERP) Kod Kuning telah diaktifkan di SYABAS Wilayah Kuala Lumpur dan Gombak pada jam 1.00 pagi, 11April 2013 berikutan paip dari jenis “Mild Steel” (MS) berukuran 2000mm dari Kolam Air Dusun Kubung ke Wangsa Maju telah pecah di lokasi berhampiran tebing sungai di Kampung Melayu Batu Caves, Gombak. Pihak SYABAS menerima maklumat daripada orang ramai berhubung kejadian tersebut pada jam 10.00 malam tadi.

Paip yang pecah ini membekalkan air kepada kira-kira 89,760 akaun domestik dan akaun-akaun pukal di 82 buah kawasan dalam Wilayah Gombak dan Kuala Lumpur yang melibatkan lebih kurang hampir setengah juta orang pengguna. Antara kawasan terlibat yang mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual seperti berikut:

Wilayah Kuala Lumpur

1. Flat DBKL Dato’ Keramat                      2. Jalan Padang Tembak
3. Jalan Semarak                                         4. Jalan Gurney
5. Kementah                                                6. Pulapol
7. Wisma Tanah                                          8. JUPEM
9. UTM                                                     10. FELDA
11. Pusat Latihan Telekom                         12. Jalan U Thant
13. Jalan Ampang Hilir                               14. Taman Pandan Jaya
15. Taman Cempaka                                  16. Taman Bakti
17. Taman Nirwana                                    18. Kampung Pandan Dalam
19. Taman Cahaya                                     20. Pandan Cahaya
21. Taman Dagang                                     22. Taman Shamelin
23. Taman Tenaga                                     24. Taman Miharja
25. Taman Kobena                                    26. Bandar Permaisuri
27. Desa Pandan                                       28. Flat Sri Melaka

Tambahan Kawasan Terlibat:

29. Kg Pandan                                         30. Kg Pandan Tambahan
31. Pandan Utama                                    32. Tmn Maluri
33. Sebahagian Jln Loke Yew                   34. Tmn Maju Jaya
35. Tmn Cheras Indah                               36. Tmn Putra
37. Jln Yaakob Latif                                  38. Tmn Bakti
39.Pandan Mewah

Jumlah Akaun : 28,368

Wilayah Gombak

1. Kampung Baru Ampang                         2. Kampung Melayu Ampang
3. Taman Hillview                                      4. Bukit Jobina
5. Taman Dato Ahmad Razali                    6. Taman Bukit Indah
7. Taman TAR                                          8. Kampung Tasek Permai
9. Ukay Heights                                        10. Ampang Jaya
11. Dataran Ukay                                     12. Pinggiran Ukay
13 Sri Ukay                                              14. Beverly Heights
15. Ampang Indah                                    16. Ampang Jaya
17. Ampang Saujana                                18. Ampang Water Front
19. Bandar Baru Ampang                         20. Bukit Ampang Permai
21. Bukit Indah                                        22. Desa Lembah Permai
23. Desa Setapak                                    24. Jalan Ampang
25. Kampung Bukit Sungai Puteh             26. Keramat AU 1 hingga AU 5
27. Kampung Ampang Campuran            28. Kampung Indah Mulia
29. Kampung Kemensah                         30. Kampung Lembah Jaya
31. Kampung Pinggir Tiga Jaya               32. Kampung Tengah Lembah Jaya
33. Lembah Jaya Utara                           34. Lembah Jaya Selatan
35. Sri Rampai                                        36. Taman Ampang
37. Taman Dagang Permai                      38. Taman Pandan Ria
39. Taman Permai Jaya                           40. Taman Permata
41. Taman Saujana Ampang                    42. Tasek Tambahan
43. Taman Ampang Mewah                    44. Taman Ampang Utama
45. Taman Bukit Ampang                       46. Taman Cahaya Ampang
47. Taman Dagang Jaya                          48. Taman Halaman
49. Taman Kesuma Ampang                   50. Taman Kosas
51. Taman Mulia Jaya                             52. Taman Rasmi Jaya
53. Taman Sri Ampang                           54. Taman Watan
55. Wangsa Melawati

Tambahan Kawasan Terlibat

56. Tmn Danau Kota                              57. Bukit Antarabangsa

58. Bdr Baru Wangsa Maju                   59. Bkt Antarabangsa
60. Bkt Lela                                          61. Kg Datuk Keramat
62. Desa Melawati                                63. Jln Genting Kelang
64. Jln Gombak                                     65. Gombak Setia
66. Jln Hulu Kelang                               67. Jln Ampang
68. Jln Chung Hwa Gombak                 69. Kemensah Heights
70. Kg Kerdas                                     71. Kg Klang Gates
72. Kg Lee Kong Chian                       73. Kg Puah
74. Kg Setia Jaya                                 75. Kg Spg 3 Gombak
76. Kg Sg Mulia                                   77. Kuala Ampang
78. Megan Setapak                              79. Tmn Melawati
80. Platinum Victory                             81. Selayang Baru
82. Sering Ukay                                   83. Tmn Setapak
84. Setapak Jaya                                  85. Andaman Ukay
86. Tmn Industri Bolton                        87. Tmn Melati
88. Tmn Setia Gombak                        89.Tmn Suria Setapak
90. Tmn Bkt Jaya                                91. Tmn Bkt Kemensah
92. Tmn Bkt Utama                             93. Tmn Bunga Raya
94. Tmn Cahaya Indah                        95. Tmn Cemerlang
96. Tmn Harmonis                               97. Tmn Hijau
98. Tmn Ibukota                                 99. Tmn Kamariah
100. Tmn Kelab Ukay                        101. Tmn Mutiara Gombak
102. Tmn Pramlee                              103. Tmn Perwira
104. Prima Melawati                          105. Tmn Setapak Indah
106. Tmn Setapak Permai                  107. Tmn Setiawangsa
108. Tmn Sri Keramat                        109. Ukay Bistari
110. Ukay Perdana                             111. Tmn Usahawan
112. Wangsa Ukay                             113. Tmn Zooview
114. Wangsa Maju

Jumlah Akaun : 61,392

Sebagai makluman, Pelan Tindakan Kecemasan Kod Kuning di kedua-dua wilayah ini diaktifkan bagi membolehkan SYABAS memantau dan mengurus kawasan-kawasan terlibat yang menghadapi masalah gangguan bekalan air. Pihak SYABAS juga telah mengambil tindakan segera serta langkah-langkah yang perlu untuk mempercepatkan kerja-kerja pembaikan paip yang pecah ini. SYABAS menganggarkan bahawa tempoh pembaikan paip yang pecah ini akan siap dijalankan sepenuhnya pada keesokan hari, 12 April2013, manakala tempoh pemulihan bekalan air ke semua kawasan-kawasan yang terlibat dijangka pulih secara berperingkat dalam tempoh antara 4 hingga 5 hari, iaitu selepas kerja-kerja pembaikan paip yang pecah siap dijalankan sepenuhnya.Walau bagaimanapun, sebarang perkembangan terkini berhubung kejadian ini akan dimaklumkan kepada para pengguna dari semasa ke semasa.

Untuk makluman, pada masa ini SYABAS mempunyai sejumlah 42 buah lori tangki dan 525 tangki air statik. Daripada jumlah ini, sebanyak 25 buah lori tangki telah digerakkan untuk menghulurkan bantuan, manakala sebanyak 50 buah tangki air statik akan ditempatkan di kawasan-kawasan terlibat secara berperingkat mengikut keperluan sebagai bantuan bekalan air kepada penduduk yang masih terjejas bagi meringankan kesulitan para pengguna.

Pada masa ini, para pengguna di kawasan terlibat dinasihatkan agar menggunakan air secara berhemah dan mengelakkan dari pembaziran sepanjang tempoh gangguan bekalan air tidak berjadual ini berlaku. Para pengguna yang memerlukan bantuan bekalan air menerusi lori tangki ataupun ingin mendapat maklumat lanjut berhubung gangguan bekalan air tidak berjadual ini disaran agar menghubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan (PUSPEL) di talian bebas tol, 1-800-88-5252. SYABAS juga menyarankan para pengguna untuk mendapatkan maklumat terkini berhubung gangguan bekalan air ini menerusi laman web SYABAS www.syabas.com.my. Pengguna juga boleh membuat aduan atau pertanyaan di laman Facebook atau Twitter SYABAS dengan menaip ‘puspel’ atau ‘puspel syabas’

Komen aku: tak ada apa nak komen. Kang aku komen, tak pepasal kurang pulak pahala puasa di hari Jumaat yang mulia ni.

Kepada setengah juta rakyat Malaysia yang terjejas dengan ketiadaan air ni, banyak-banyak sabarlah ya walaupun aku sendiri kalau berada kat tempat tu, aku pun tak boleh nak sabar.


Khamis, 11 April 2013

Susahnya Nak Cari Gambar Banjir Kilat 10 April di Akhbar, Tulisan Blogger Jugak Jadi Rujukan!


Biasanya, kalau berlaku perkara macam ni, hujan lebat yang berpanjangan kemudian Kuala Lumpur dilanda banjir kilat, boleh juga jumpa gambar-gambar di tempat kejadian yang boleh kita jumpa di akhbar tempatan. Paling tak ada pun, masih juga boleh tengok di Utusan dan Berita Harian.

Semalam, 10 April 2013 sekali lagi Kuala Lumpur di landa banjir kilat bila hujan lebat turun secara berpanjangan selama beberapa jam. Ingatnya, bolehlah tengok sejauhmana seriusnya kawasan yang tenggelam itu, tetapi bila rujuk akhbar online yang biasanya lebih cepat sikit dari versi cetakan, malangnya payah nak gambar-gambar Kuala Lumpur dilanda banjir kilat tersebut. kecuali satu akhbar, itupun hanya sekeping gambar.

Tertanya-tanya juga aku, adakah situasi ini ada kaitan dengan kerancakan musim pilihanraya umum? maklumlah, semua tajuk kemaskini di akhbar berkaitan politik sahaja. 

Kalau nak juga tengok gambar-gambar banjir kilat di kuala lumpur pada 10 April 2013 tu, kenalah baca blog. Ramai juga blogger ambil alih tugas wartawan rasmi ni, walaupun ramai orang tak suka dengan penulisan blogger. Kononnya penulisan blogger tak dapat cop SIRIM tentang etika kewartawanan.  Macam ramai benarnya blogger tak beretika di Malaysia ni. Padahal berapa kerat je yang begitu.

Mmmmmm kalau yang ada kod etika kewartawanan tak ada sumbernya nak baca, kenalah juga tengok tulisan blogger. Kalau tak, sampai bilapun kita ni PEERAK (bukan negeri Perak ya!), jakun, tak ada maklumat walaupun info sepatutnya di hujung jari.

Terima kasih kepada ramai blogger yang kemaskini entri blog masing-masing tentang kejadian Banjir Kilat di Kuala Lumpur petang semalam. Bagi sesiapa yang nak tengok gambar-gambar banjir kilat di kuala lumpur semalam, boleh baca entri beberapa orang blogger yang menceritakan pengalaman menempuh banjir kilat tersebut. mereka adalah;

Aku suka baca blog Perjalanan Pulang yang tulus ikhlas setiap entrinya, dengan bahasa yang berlapis-lapis itu. Dah tak ramai orang mampu guna bahasa banyak lapis ni..., manakala miera pula ceritakan pengalamannya yang terlibat dalam kejadian banjir tu.

Blogger lain adalah: 
Melvister: paling banyak gambar
info harian mengutip banyak gambar dari Facebook dan blog lain.

Nampak gayanya, internet memang lagi mudah, cepat dan lebar sebarannya. Kalau facebook, twitter tu, cepat sahaja tersebar kan? 

Walaupun kita tak suka penyalahgunaan dan penyebaran malumat yang tidak diperlukan, namun hakikatnya kita juga kena terima bahawa sebaran menggunakan media online lebih meluas berbanding secara bercetak. Pencerobohan Lahad Datu telah buktikan. 

Sekarang ni pula, banyak kes jenayah seperti video buli budak sekolah di Pulau Pinang atau Cikgu Menghina Anggota Keselamatan membantu pihak berkuasa untuk bertindak. 

Jadi, ambillah juga peluang media sosial untuk beramal melalui sumbangan derma ke masjid, pusat pendidikan Islam, membantu keluarga kurang mampu dan sebagainya. Namun begitu, kena kenal pasti dulu kesahihannya sebab sekarang ni Iklan sewa rumah palsupun ada. manusia penipu ni ada kat mana-mana sahaja.

Jika anda rasa nak buat kebaikan tanpa modal sesenpun, masih juga boleh dilakukan. Jika kita membantu orang dalam kesukaran, insha Allah aada insan lain akan bantu kita masa kita susah. Silalah bantu rakan saya ini yang kehilangan adik perempuannya Siti Syafiqah masa di sekolah. Sebarkanlah di blog anda, di FB anda, di twitter anda, dengan harapan, usaha kecil kita itu mampu menyebarkan info ini dengan lebih luas. Moga-moga adik perempuan sahabat saya ini lebih mudah dikesan dan ditemukan.

Daku mengucapkan berbanyak terima kasih dengan usaha murni anda itu. terima kasih.






Selasa, 9 April 2013

Ayam Kena Baling Salah Ngurat


Macam biasa, bila tiba musim pilihanraya, maka musim inilah semua orang jadi pakar politik. Semuanya seronok bercakap pasal politik, sampaikan…orang yang bercakap pasal politik itu lebih ramai daripada orang yang mendengar.Bila semua orang dok bercakap, siapa yang dengar akupun tak tahu!

Bagi aku, musim inilah kita boleh tengok ketokohan seseorang yang nak jadi pemimpin itu. Kalau dia hanya memuji kehebatan dirinya sahaja, mengangkat kebaikannya semata-mata, menonjolkan jasanya untuk dipertontonkan kepada orang, sedangkan pada masa yang sama dia jugak memburukkan orang lain, merendah-rendahkan martabat orang lain, menghina mengeji calon lawan…maka begitulah gambaran keseluruhan dirinya.

Masa kecik dulu, aku pernah tengok satu peristiwa pada musim mengundi. Seorang pakcik sebelah rumah gemulah Mok (arwah nenek), baling seekor ayam dengan buah kelapa. Aku dok heranlah kenapa dia baling ayam tu. Ayam tu bukannya kacau dia, bukan buat apa-apapun. kesian tau!

Rupa-rupanya ayam itu adalah ayam kepunyaan jirannya yang lain, yang BERLAINAN parti politik. Fuhhhhh! Ternganga aku tak paham masa tu. Tapi…sampai sekarangpun aku masih juga tetap tak faham. Apa kaitannya ayam dengan tuan punya ayam yang berlainan aliran politik itu?

Hishhhhh! Manalah ayam tu tau pun nak berkawan ngurat sama ayam pun kena selidik parti politik tuannya masing-masing huh u hu 




Isnin, 8 April 2013

Selami Keinginan Anak Chow Kit


Tak siapa mintak sebuah kehidupan yang tidak pasti begini. Mereka juga tak minta dilahirkan di suatu tempat bernama Chaw Kit.

Naluri dan keinginan mereka, siapa yang tahu?



Dia masih terlalu muda, namun kaya dengan pengalaman kehidupan.

Kalaulah kita mampu untuk membantu!

Ahad, 7 April 2013

Nasib Baik Tak Kena Rempuh!

Jumaat lewat petang, Acu tunda acara sarapan bersama pagi Sabtu sebab belum begitu sihat. Masa tu kat ofis lagi, jadi daku memutuskan untuk bermalam sahaja di ofis konon-kononnya nak siapkan kerja.

Malam tu lelapkan mata jam 4 pagi, celik mata jam 6.30 terus sambung kerja selepas bersiram segala dan teguk kopi puteh bersama oat.

Tengahari balun pizza, malas nak keluar cari makan. Sekali ngap je melantak habis sebiji pizza sederhana besar tu. Tak cukup sebenarnya. Masih lagi terasa lapar. Maklumlah, malam semalam hanya mengadap kopi putih dan biskut sahaja.

Balik petangnya selepas maghrib. Singgah di Tat Nasi ayam, bungkus satu set untuk makan malam. Kononnya balik awal nak kemas rumah. Lantai dah melekit untuk dipijak. Semak samun penuh satu rumah.

Masa di lampu isyarat, aku terlupa nak gerak masa lampu hijau hingga lampu bertukar merah semula. Semua kereta kat depan dah hilang dari pandangan, aku sensorang je dok kat tengah jalan tu…tak gerak-gerak. Nasib baik tak ada kenderaan lain di belakang.

Nasib baik lampu isyarat sebelumnya juga merah, kalau dah hijau…memang sangat pasti kena rempuh dari belakang sebab kat depan (lebih kurang 5 kenderaan) dah lama berdesup tekan minyak ke depan. Tinggal aku sorang je kat situ!

Elly Mazlein - Sabarlah Hati (With Lyrics)



Sebenarnya, apa jadi dengan aku? Kenapa otak tetiba sahaja jem untuk berfikir waktu tu?

Mungkinkah dah terlalu lama menafikan masa untuk rehat, buatkan biological badan dah jadi tak betul?

Kenapa jadi waktu maghrib begitu?

Sebenarnya, terlalu banyak persoalan dan kemuskilan terapung dalam minda, tapi tak tahu nak Tanya siapa, tak tahu nak Tanya ke tidak.




Gambar Bongkah Batu Besar Runtuh Ranapkan 6 Rumah Di Tawau


Kalau di Pulau Pinang berlaku banjir kilat, di Tawau Sabah pula, sebongkah batu besar dari kawasan sebuah kuari di atas Bukit Kukusan.telah telah bergolek ke cerun dan batu itu menghempap tujuh buah rumah di Kampung Bukit Kukusan. Tiga wanita dan tiga kanak-kanak cedera dalam kejadian tersebut.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Zon Tawau Albert Jiran Tanjung berkata kesemua mangsa yang cedera, ada di antaranya cedera di bahagian kaki dan tangan, dihantar ke Hospital Tawau untuk rawatan. Mangsa merupakan sebahagian daripada 65 orang daripada 12 keluarga di kampung itu yang menjadi mangsa dalam kejadian itu.

Tinggi dan curam cerun bukit berkenaan, pandangan jauh

tu dia...macam kena lanyak anakonda!
dipetik dr MyTawau...
tu dia batu yang menggelungsur dari puncak bukit tu...lebih besar dari rumah tu!



Terdapat kira-kira 300 buah rumah di kampung berkenaan. Kejadian berlaku kira-kira jam 11.43 pagi dan sejurus tiba di tempat kejadian, anggotanya yang dibantu anggota Jabatan Pertahanan Awam, polis dan tentera membantu menyelamatkan mangsa yang tersepit dan terperangkap di bawah runtuhan rumah.

Siasatan awal mendapati bongkah-bongkah batu berkenaan bergolek ke bawah bukit dan batu besar  menimpa rumah penduduk berkenaan selepas berlaku gegaran akibat letupan bahan peledak yang digunakan memecahkan batu di kuari itu.

Syarikat kuari itu sudah diarah menghentikan operasi berkuat kuasa serta merta. Penduduk kampung berkenaan juga dinasihatkan supaya mengosongkan rumah masing-masing bagi mengelak kejadian tidak diingini berlaku.

Takziah kepada semua mangsa. nasib baik tak ada kehilangan nyawa. musim pilihanraya ni, sila jangan guna isu politik ya untuk komen. Yang baiknya bila jadi musim nak pilihanraya ni, mesti ramai yang berlumba nak membantu. Moga ringan sikit beban mangsa.

 

Sabtu, 6 April 2013

Apa Khabar Yang Berhormat


Ya…apa khabar Yang berhormat kita? Tengah garu kepala cari sponser? Tengah fikir manifesto parti? Dua-dua tu dah lama buat kan?

Petang hari ni…apa kata kita berhibur sikit, sambil berfikir:

Apa Khabar Yang Berhormat




Masa balik kampong musim cuti sekolah minggu lepas, ada jugak aku risik-risik (macam nak meminanglah pulak gayanya!) tentang calon-calon yang tengah hangat nak masuk calon bertanding tu. Dua-dua belah pihak aku selidik. Kenalah kita tahu siapa calon yang nak kita pangkah itu kan?

Nampak gaya, mereka punya pengikut yang tersendiri. Aku macam dah boleh teka siapa bakal menang berdasarkan reputasi yang baik dan cara dia bermasyarakat.

Jujurnya, kalau aku masuk bertanding kat kampong aku tu pun, aku memang pasti akan KALAH TERUK sebab aku ni bukan jenis orang yang dikategorikan sebagai “mesra alam” dalam budaya masyarakat tempatan. Jadi, kalau takat balik kampong untuk jadi calon masuk bertanding dalam pilihanraya sahaja, lupakan ajelah niat tu.

Memanglah mereka orang kampong, mereka tetap melayan kita dengan baik tak kira siapa kita. Tapi dalam bab memilih, mengundi atau memangkah calon, usahlah pandang rendah kepada kemahuan dan kemampuan mereka. Mereka juga bijak menilai.

Kepada semua pengundi, buatlah pilihan yang tepat.




Jumaat, 5 April 2013

Apalah Nak Jadi Dengan Aku Ni!

Renungan pagi Jumaat:

Entah kenapa, orang kita ni (aku la tuh!)
lebih gemar jatuhkan orang dari menyokong
lebih suka menyakitkan hati orang lain dari gembirakan
lebih seronok tengok orang lain gagal dari berjaya
lebih gembira ceritakan keburukan orang lain yang hanya sekali itu,
berbanding sejuta kebaikannya tak pernah kita sebut

Entah kenapa, orang kita ni (aku la tuh!)
lebih gemar mencerca maki orang lain berbanding memuji
lebih seronok mengeji berbanding nasihati
lebih suka berprasangka buruk berbanding berbaik sangka
lebih gembira orang lain ditimpa musibah berbanding mendapat laba
Entah kenapa, yaaa…entah kenapa orang kita ni (aku la tuh!)
lebih rasa bahagia bila orang lain ditimpa kesusahan…

Entah sampai bila kita ni (aku la tuh!) akan ubah sikap begini
Bukankah lebih baik kita (aku la tuh!) tengok orang lain senyum dari menangis
Bukankah lebih baik kita (aku la tuh!) tengok orang lain Berjaya dari gagal
Bukankah lebih baik kita (aku la tuh!) tengok orang lain kaya dari miskin papa kedana
Bukankah lebih baik kita (aku la tuh!) tengok orang lain sihat dari sakit
Bukankah lebih baik kita (aku la tuh!) tengok orang lain bahagia dari derita
Bukankah lebih baik kita (aku la tuh!) tengok orang lain positif dari negatif

Bukannya kita perlu bayarpun dengan semua rasa itu
Kedekut benar kita (aku la tuh!) ni kan?
Bagi semangat sekadar seayat positif yang menyenangkanpun payah
Yang hairannya,
Bersedia pulak untuk menjatuhkan semangat orang ke bawah
Mempersenda-sendakan usaha orang lain
Alahaiiiiii! Kesian betul untuk kita (aku la tuh!) yang begini!
Moga kita (aku la tuh!) yang begini cepat insaf
Dan sedar Allah itu hanyalah SATU





Khamis, 4 April 2013

Panduan Kepada Calon Pengundi Yang Pertama Kali Mengundi


Parlimen dah bubar. Ramai tarik nafas lega, tapi aku rasa macam sakit kepala macam nak migrin huh u huh u apa hal pulak kan? Macamlah aku pulak masuk bertanding.

Selepas pembubaran parlimen dan Dun dewan undangan negeri, dah tentu telinga naik pekak dengan macam-macam kerenah orang. Itu sangat biasa berlaku musim pancing undi, tarik undi, kempen undi macam sekarang ni.

Mana-mana parti akan kerja keras untuk menang.


Semak daftar pemilih online untuk mengetahui maklumat tempat mengundi anda


SEMAKAN Semak daftar pemilih melalui SMS
Masukkan No. K/P (tanpa tanda - )

Taip SPRSEMAKNo. K/P dan hantar ke 15888



Video ini dirakam khas untuk pendidikan para pengundi, terutamanya untuk mengetahui bagaimana undi kita dapat dilindungi daripada dikesan. Undi tu rahsia tau!


Video Panduan Tips Mengundi



Semoga video ini membantu setiap pengundi. Ketahuilah hak kita sebagai pengundi. Sila gunakan hak kita sebagai pengundi sebaiknya.





Kenapa Aku Perlukan Suplemen Makanan Tambahan Dalam Menu Harian


Semakin hari, usia kian meningkat. Aku ni kalau bab makan, memang sentiasa sahaja lupa. Kalau perut tak lapar, selalu sahaja lupa nak makan. Tangan dah tergigil-gigil baru teringat yang masih belum makan. Ada masa, makan tengahari pun dah jam 4 petang. Ada masa lain terbabas hingga malam. Orang tengah makan malam, aku baru ambil makan tengahari. Sila jangan ikut perangai tak senonoh ni.

Aku juga tak boleh minum susu. Banyak kali dah cuba minum, tapi kembang tekak dan akhirnya muntah. Tak tahan dengan bau susu lembu. Susu kambing lagilah tak boleh telan. Kalau paksapun, sekali dua je mampu telan, selepas itu akan dimuntahkan semula. Rugi je. Kalau tampal kat muka pun boleh buat jelita apa la la la

Walaupun aku cuba ambil susu yang ada perasa macam-macam, tapi akhirnya tetap membazir. Jadi aku akan berdepan dengan masalah tulang rapuh nanti. Tak tahu nak buat macam mana dah ni. Pernah dulu tukarkan susu dengan soya. Sekali dua boleh telan lagi, akhirnya soya tu buang je. Nasib baik boleh makan tau fu fa…Cuma, macamlah kerap sangat aku ke pasar malam. Kalau pergi pun selalu je lupa nak beli huh u hu banyak sangat alasannya ek?

Dahlah jarang makan buah, tak minum susu…aku jugak memilih makan sayur walaupun makan sayur tu macam satu kemistian untuk aku. Aku hanya makan sayur tertentu sahaja sebab dah terbiasa begitu. Bukan semua jenis sayur aku telan. Kalau dulu, setiap hari aku hanya makan sayur kobis dan sawi je…sekarang ni agak banyak jenis sayur jugalah aku makan, tapi masih juga lagi belum memenuhi keperluan tubuh. Kalau tak ambil suplemen makanan tambahan dalam bentuk vitamin, mana nak dapat tu?

Disebabkan hidup aku tak macam orang lain, ada masa waktu tidur yang dua tiga jam sahaja itu aku dapat masa orang lain jaga, masa jaga tu pulak ketika orang lain tidur…aku memang memerlukan keseimbangan nutrien. Bilalah masanya aku sempat untuk kunyah buah, makan dengan sempurna nutrisinya kalau hidup lintang pukang macam ni…sebab itu aku perlukan makanan tambahan.

Faktor usia sendiripun memang memerlukan aku dapatkan makanan tambahan suplemen tertentu, apalagi dengan faktor gaya hidup. Walaupun aku tak merokok, tak mentekedarah air kencing setan, tak telan pil estacy atau dadah bagai, namun keseimbangan nutrien dalam badan kena jaga.

Kalau boleh, aku tak mahu tulang mereput dengan cepat. Siapalah akan jadi tongkat aku nanti. Siapa nak pimpin aku turun tangga kalau ensel lutut longgar. Akulah jugak kena buat sendiri.

Dulu aku pernah ambil satu produk herba yang hanya dijual di kedai sensei, yang kemudiannya dijual secara MLM. Bagus produk tu, tapi tekak aku ni dah tak boleh telan sebab bau herba tu agak kuat juga walaupun dalam bentuk kapsul. Sejak itu aku dah tak ambil lagi (selain harganya boleh tahan jugak mahalnya, sebiji lebih kurang RM4).

Dengan kecelaruan cara hidup sebegini, aku memang perlukan makanan tambahan untuk sentiasa sihat, inshaa Allah. Buat masa ini aku dah guna hampir sebotol vitamin C.


Macam yang aku tulis dalam entri sebelum ni, Jangan Tak Percaya Kalau Aku Jelita Selepas Ni, aku memang hanya ambil makanan tambahan yang benar-benar selamat sahaja. Sila baca entri berkenaan kalau nak tahu kenapa.

Untungnya aku ada Cik Bintang (NSHanie panggil Tuan Penasihat Dua Puluh Persen huh u hu macam dalam filem Tiga Abdul pula ya…) yang pakar tentang makanan tambahan. Setiap suplemen @ makanan tambahan yang aku ambil, aku tanya dia dulu. Kalau dia kata okey, aku rembat. Kalau dia kata “tak payah kot”, maknanya ada sesuatu yang tak kena dengan produk berkenaan.

Banyak kali jugak produk yang aku nak beli dia kata “tak payah kot” huh u hu, akhirnya, kalau nak apa-apa produk, aku mintak je dia yang beli. Aku jadi tukang bayar dan telan aje. Mudah kan?

Nak nasihat Cik Bintang juga tentang produk penjagaan kesihatan, makanan tambahan @ suplemen ni? Silalah ke Sihat store. Dengan adanya tempat ni, aku boleh dapat macam-macam produk yang aku suka dengan lebih mudah. Cakap je produk jenis apa yang aku nak, dia akan tolong carikan untuk aku la la la tak payah dah berebut parking bagai ;)



Rabu, 3 April 2013

Akhirnya Parlimen Bubar Juga Hari Ini!


Memang ramai yang teruja nak mengundi tahun ni. Dok tunggu je bilakah masanya parlimen dibubarkan sejak tahun lepas lagi, tapi macam tunggu durian yang tak gugur. Akhirnya, dalam siaran langsung ke udara di semua siaran televisyen dan beberapa stesen radio secara langsung pada pukul 11.30 pagi tadi, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pembubaran parlimen.

Kalau tengok laman Twitter Pejabat Perdana Menteri (@PMOMalaysia), Perdana Menteri akan menyampaikan ucapan khas mengenai pembubaran Parlimen bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13). Seperti di tulisnya: 

"Saksikan Perdana Menteri @NajibRazak berucap secara langsung di TV pada pukul 11.30 pagi ini," 

Pagi tadi, kira-kira pukul 8.30 pagi, kenderaan dinaiki Perdana Menteri dilihat memasuki Istana Negara dan meluangkan masa selama hampir sejam.

Sejak petang semalam dah ramai menulis di blog dan FB Bayangan Parlimen akan dibubarkan hari ini berikutan arahan Jabatan Perdana Menteri meminta semua Ahli Jemaah Menteri hadir mesyuarat Kabinet pakaian berwarna gelap dan bertali leher berwarna merah bagi lelaki untuk sesi bergambar pagi ini. Sesi bergambar pada mesyuarat terakhir Kabinet dah jadi tradisi sebelum pembubaran Parlimen dan Perdana Menteri biasanya akan mengadakan sidang media selepas mesyuarat itu.

Video Pengumuman Pembubaran Parlimen 2013... bubar 3/4/2012? 



Bermula hari ini, maka parlimen dahpun dibubarkan. Dewan Undangan Negeri juga mohon dibubarkan agar pilihanraya boleh dilakukan secara serentak. Dalam tempoh ini, proses pilihanraya umum ke 13 akan berlangsung. Suasana hangat yang berlaku sekarang ni akan jadi lebih panas. Tak mustahil dalam tempoh ini aku akan malas tengok TV lagi. Penat mata dan telinga!

Nasihat aku kepada semua rakyat Malaysia, ceeeeewah, macamlah aku ni Perdana Menteri nak bagi nasihat segala! Tapi, aku nak nasihatkan jugak jugak ni…tolonglah berfikir secara matang sikit sepanjang tempoh ini hingga berlangsung PRU13.

Undi itu rahsia, usahlah buat provokasi, benci membenci, fitnah memfitnah, tuduh menuduh bagaikan hanya kita sahaja yang SUCI murni dan bakal menghuni syurga tanpa hisab. Hormatilah orang lain, ingatlah setiap apa yang kita buat di dunia fana ini akan diadili di SANA nanti.

Sekian, pesanan dari penaja!






Ada Sesapa Nak Belanja Tengok Filem Sembunyi: Amukan Azazil Tak?


Aku tak suka tengok filem seram Malaysia, sebab…macam tak seram je (maaf, aku memang demand tang ni!). Macam sengaja nak menakut-nakutkan penonton padahal tak takut manapun. Begitu juga filem korea, masih tak seram.

Kalau nak tengok filem seram yang Berjaya buat aku rasa seram adalah filem Jepun atau filem seram Thailand. Berjaya buatkan aku seram. Setakat inilah.Esok lusa belum tau lagi!

Tapi bila tengok Sembunyi: Amukan Azazil - Official Trailer 28 Mac 2013, tetiba macam tertarik pula. Lagi tertarik bila tahu pengarahnya Khabir Bhatia huh u hu pengarah pooojaan hatiku tu! Patutpun sinimatografinya sangat cantik!



Filem genre seram dan misteri itu dibintangi antaranya Diana Danielle, Remy Ishak, Umie Aida dan Sharnaaz Ahmad. Filem Sembunyi: Amukan Azazil ni dah pun ditayangkan di pawagam pada 28hb Mac 2013.

Pengarah muzik bagi filem ini adalah Hafiz Hamidun. Alahaiiii…lepas dengar Zikir Terapi dan beberapa lagu lain ciptaan si hensem ni, tetiba rasa sangat teruja pula.Semua lagunya "lain". menyentuh hatiku!

Lagu tema Filem Sembunyi: Amukan Azazil ini yang berjudul ‘Sayang‘, digubah Hafiz Hamidun dan dinyanyikan oleh Aiman Sidek (Naib Juara Akademi Nasyid). Cer dengar…mendayu jeeee!

OST Sembunyi: Amukan Azazil (Aiman)



Baguslah, kalau mengaku bersalah. Bukan mudah nak buat pengakuan sebegitu.

Penulis skrip filem ni: Alfie Palermo. Ceritanya tentang watak Aishah (Diana Danielle), yang hidup pada zaman penjajahan Jepun di Tanah Melayu. Aishah telah ditawan oleh Askar Jepun dengan hanya membawa seutas kalung yang menjadi tanda pengenalan dirinya. Semasa sedang disoal siasat, tiba-tiba askar-askar Jepun itu ditembak. Aishah sempat melarikan diri sebelum kawasan itu dibom. gegaran bom tersebut menyebabkan Aishah jatuh dan tidak sedarkan diri.

Jom kita tengok Di Sebalik Tabir Sembunyi: Amukan Azazil Part 1




Bila sedar, Aishah berada di sebuah perkampungan yang sangat cantik dan tinggal bersama Ibu Yani (Datin Paduka Umi Aida) dan anaknya, Kamal (Remy Ishak). Di sini Aishah selalu ternampak seorang budak perempuan yang cacat mukanya, bila ditegur, budak itu akan lari ke tengah hutan. Aishah mengejar budak tersebut sehingga ke sebuah Gua yang dipenuhi tulang manusia, iaitu tempat persembunyian makhluk yang bernama Azazil.

Di Sebalik Tabir SembunyiAmukan Azazil Part 2



Semua kisah seram dan kelam kelibut yang berlaku dalam filem ini bermula setelah itu kerana dikatakan Aishah telah melanggar ‘Pagar Mentera‘ yang dipasang oleh penduduk kampong. Tang situlah seramnya itu.

Apa yang aku nak tengok adalah sinimatografi dalam filem ini dan keindahan serta suasana zaman dahulu tu. Nampak sangat klasik.

Ada beberapa adegan dalam Filem Sembunyi: Amukan Azazil ini sebenarnya telah dipotong semasa penapisan finas, namun scene yang tidak ditayangkan dalam filem telah tersebar di youtube. Scene tersebut adalah adegan panas di ranjang antara watak Diana Danielle dan Remy Ishak serta satu scene seram. Disebabkan blog ini bukannya blog lucah atau blog pornografi, maka scene berkenaan tak akan anda temui di sini. Kalau nak tengok jugak, silalah cari sendiri di blog lain.

Hishhhhh! Ada tak sesiapa nak ajak aku pergi tengok ni? Aku teruja benar ni sebab Kabir Bhatia. Seriussss! Bukan sebab adegan ranjang Diana Danielle dan Remy Ishak tu ya!

Errrr...kenapa? Tak percaya?

 



Selasa, 2 April 2013

Untungnya Redza Syah Irfan!


Haaaaaaaaa siapakah gerangannya yang bergelar Redza Syah Irfan? Tak lain dan tak bukan anakanda bujang nan terchenta kepada Irma Hasmie dan Redza Syah Azmeer.

Anak sulung Irma Hasmie dan Redza Syah yang baru seminggu dilahirkan ni dah dirakamkan dalam bentuk video. Comel sangatttt...tak percaya? Cuba lihat Exclusive Teaser REDZA SYAH IRFHAN yang lahir pada 29.03.13



Nampak kan betapa gembiranya mereka menyambut kedatangan orang baru.

semoga REDZA SYAH IRFHAN bin Redza Syah Azmeer menjadi anak yang soleh nanti. Tahniah juga kepada pasangan Irma Hasmie dan Redza Syah Azmeer yang dapat cahaya mata beberapa hari lepas. Semoga kehadiran Irfan lebih mengeratkan lagi kasih sayang dan kebahagiaan mereka. 





Permohonan Kemasukan ke Program Ijazah Pertama Sesi Akademik 2013-2014 bagi Lepasan ASASIpintar UKM


Hasil pembelajaran menerusi sistem yang unik dan tersendiri menyerlahkan kejayaan semua 99 pelajar kohot pertama Pusat PERMATApintar UKM mendapat A dalam semua mata pelajaran yang mereka ambil dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2012.

Maklumat lanjut tentang kejayaan Pelajar Permata Pintar

Untung mereka kan? UKM dengan itu membuka Permohonan Kemasukan ke Program Ijazah Pertama Sesi Akademik 2013-2014 yang ditawarkan kepada Lepasan ASASIpintar UKM sahaja.


Permohonan akan dibuka pada 02/04/2013 (hari ini)

Tarikh tutup permohonan pada 15 Mei 2013

Permohonan Kemasukan ke Program Ijazah Pertama Sesi Akademik 2013-2014 bagi Lepasan ASASIpintar UKM boleh dimohon secara online.






Isnin, 1 April 2013

Yasmin Hani Kena Ragut???


Walaupun pencerobohan pengganas di Lahad Datu menjadi antara berita panas yang sering jadi tumpuan sejak sebulan dulu, hari ini pun masih juga panas bila pihak keselamatan Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib menyiarkan gambar Presiden Pertubuhan Kebajikan Al-Ehsan Islamiyah Datuk Seri Muhammad Ridhwan Sulaiman, sebagai orang dikehendaki untuk membantu siasatan berkaitan sumbangan kewangan ke Filipina berhubung kes berkaitan Operasi Daulat Lahad Datu.

Siang hari ini, Datuk Seri Muhammad Ridhwan Sulaiman dahpun menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya, ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma). Hingga kini, seramai 122 orang ditahan di bawah Sosma bagi membantu siasatan kes pencerobohan Sabah.

Dalam dunia selebriti pula, berita gembira tentang kelahiran dua anak pasangan selebriti popular iaitu anak Irma Hasmie dan Redza Syah Azmeer, dan anak pasangan Ayu Raudhah dan Zaquan Adha. Manakala Nurul Wahab dan Eric Depp pula mengumumkan bakal menimang cahaya mata. Nurul dah mengandung 3 bulan.  Tahniah kepada mereka, 3 pasangan terlibat.

Dah banyak gambar anak Irma Hasmie dan gambar anak Ayu Raudah disebarkan di facebook dan di blog, comel macam mak ayah mereka juga. Geram je nak cubit. kalau malas nak merayau jejauh, boleh je tengok gambar-gambar anak irma hasmie dan ayu raudah di blog Kesuma Angsana ni.

Sayangnya, Pelakon cantik Yasmin Hani, pula nyaris jadi mangsa ragut apabila cermin keretanya telah dipecahkan semasa berhenti di lampu isyarat Mutiara Damansara sekitar jam 9 pagi tadi ketika dalam perjalanan menuju lokasi penggambaran di kawasan berhampiran.

Walaupun gagal diragut, Yasmin Hani mengalami kecederaan di tangan kerana cuba menyelamatkan tas tangannya daripada diambil. Cermin keretanya dipecahkan oleh seorang penunggang motosikal dari sebelah kiri kereta, kemudian terus cuba menarik tas tangan pelakon terbabit.

Dalam keadaan panik, Hani menarik semula beg tangan berkenaan sambil menjerit menyebabkan peragut berkenaan terus lari.

Komen aku:
Ramai perempuan suka letak beg tangan mereka atas kerusi sebelah semasa memandu yang boleh menarik perhatian penyamun. Di bangi pun banyak kali juga berlaku.

Kita memang tak boleh jangka bila masanya akan jadi mangsa ragut, tapi sekurang-kurangnya cuba elakkan untuk tarik perhatian penyamun sebegini. Antara tips yang aku selalu amalkan bagi mengelakkan jadi mangsa ragut dan samun adalah:

  1. Sentiasa kunci pintu kereta kalau kereta kalian bukan jenis autolock.
  2. Letakkan beg tangan di lantai. Biasanya alas kaki berwarna gelap, jadi sekali pandang dari luar tak perasan pun ada beg kat situ.
  3. Sentiasa waspada dengan persekitaran terutama semasa berhenti di lampu isyarat. Sentiasa perhatikan tingkahlaku orang sekeliling yang nampak mencurigakan. Nak berangan pun kena kawal huh u huhu
  4. Kalau jalan kaki, pastikan berjalan ikut arah yang bertentangan dengan arus kenderaan, jadi kita boleh nampak kenderaan yang dating dari depan.
  5. Sentiasa tukar kedudukan sandangan beg di bahu kanan atau kiri mengikut arus kenderaan. Sandanglah beg di bahu kanan bila arus kenderaan di kiri, jika arus kenderaan di kanan, tukarkan pula menyandang beg di sebelah bahu kiri.


Inilah Dunia Kita…


Dunia yang makin canggih manggih ni menyaksikan bagaimana manusia tidak lagi mementingkan manusia yang lain, tapi lebih suka bersama dengan teknologi. Pergi mana-mana pun tak kesah, asal ditemani teknologi.

Kalau dulu, ramai yang segan nak masuk kedai makan sensorang, lapar kebuloQ tahap gaban pun, sanggaup lagi ikat perut semata-mata tunggu kawan untuk sama-sama makan. Sekarang ni, dah tak kesah dah. Sensorangpun selamba zirafah je masuk kedai makan atau restoren. Order makanan, kemudian kelebek teknologi canggih.

Bila makanan sampai, terus makan. Sambil-sambil tu hadap juga teknologi. Buka FB lah. Baca email lah. Wassup segala lah. Paling malas pun baca akhbar online. Dah habis nasi sepinggan, air bergelas-gelas pun, hadap teknologi tu masih belum habis lagi.

Jadinya, beginilah kita hidup…cer perhatikan:



Kita hidup dalam dunia kita sendiri je…

Balik kampong awal cuti sekolah minggu lepas, tetiba rasa macam terlepas satu beban yang maha besar…sangat tak terikat dengan teknologi sebab linenya macam biskut meri lemau. Kalau line banyak, gitu jugak jadinya kot huh u huhu

Walaupun negeriku dikatakan sangat miskin, tapi aku sangat suka kalau dapat balik kampong. Bestnya kalau tiap-tiap bulan boleh balik kampong…alamat, makin kembanglah ya aku ni, bukan takat semangkuk dua, bergelen-gelen rasanya sebab di negeri paling miskin itu, sangat mewah dengan makanan yang sedap-sedap itu. Maklumlah, orang kat sana tak mampu nak beli teknologi canggih manggih ni...jadi, mereka pun pakat la reramai jual kuih yang sedap-sedap tu, merasalah aku yang kuat makan ni!

Sumber: Rakyat Marhaen

Tetiba aku dah terjebak dalam gejala sosial terlebih makan huh u hu usah terpedaya dengan ayat yang mengelirukan ini!