Anda Juga Mungkin Berkenan

Sabtu, 30 Mac 2013

Cinta Pandang Pertama


Subhanallah...sangat indah!

sangat teringin untuk berada di sini, menikmati kebesaran ilahi, menelaah keindahan alam yang bukan selalu kita mampu tengok.



terima kasih kepada rakan FB yang tampal video ini di di wall, sekali tengok terus jatuh cinta...

Jumaat, 29 Mac 2013

Sssssssshhhhhhh!!!! Jangan Kata Apa-Apa


Selain dari hari yang agak panas, cuaca di Malaysia juga sangat panas dan berubah-rubah dengan penat dok menunggu pembubaran parlimen. Spekulaasi tentang pembubaran parlimen dah banyak kali benar bertiup hinggakan rasa teruja nak tahupun dah makin nipis.

Gara-gara terlalu teruja kot, hingga akhirnya merebak khabar angin tentang pembubaran parlimen Malaysia minggu lepas. Tak pernah berlaku dalam sejarah!

Rasa macam dah malas nak ambil tahu pulak. Orang tu kata gitu, orang ni kata gini…memasing berlumba-lumba tunjuk pandai. Adakala Nampak memandai-mandai. Banyak juga kes yang menampakkan kebodohan diri.

Pendek kata, nak mudah…kalau tak tahu apa-apa tentang apa yang nak cakap tu, baik dendiam ajelah. Tak pepasal orang dapat tahu betapa tak tahunya kita. Kalau guna perkataan “bodoh” kang, ada pulak yang terasa hati, kononnya perkataan itu membawa konotasi melampau tentang kedunguan. Padahal, antara “bodoh” dan “dungu” nak kena Tanya Pak Pandir mana satu lagi hebat ketololannya. Adusssssss! Apa aku dah taip ni? Hu huhuhu apa-apa je lah labu!!!!

Jika Dewan Rakyat tidak dibubarkan awal, 30 April 2013 paling lewat untuk pembubaran parlimen. Semalam Dun Negeri Sembilan dah dibubarkan secara automatic bermula tengah malam. Maknanya,

Semalam Perdana Menteri bertemu beberapa pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri di pejabatnya di Kompleks Perdana Putra, hari ini pula mengadakan perjumpaan dengan presiden parti komponen BN yang terdiri daripada 13 parti komponen (UMNO, MCA, MIC, Gerakan, PPP, PBB, SUPP, PRS, SPDP, PBS, PBRS, UPKO dan LDP).

Sebelum mengundi, kena tengok video ni dulu, kang kantoi tak daftar pemilih pulak… Taklimat Pengerusi SPR: Video Garis Panduan Calon & Pengundi PRU13




Kalau belum daftar pemilih, jangan nak dok mengada berkobar-kobar nak balik mengundi ya…tolong sikit!

Sebenarnya, masa tulis entri ni aku hanya nak habaQ: jangan bercakap pasal benda yang kita tak tahu. Diam-diam aje…jangan biarkan orang dok bantai gelak nengok kita dok bercakap bum bang bum bang dengan penuh keyakinan, rupa-rupanya semua itu hanyalah ajaran sesat huh u hu 


Video Pengakuan Pondan Yang Insaf


Mereka Ini Sangat Berani

Ya…mereka sangat berani untuk berhijrah dan berusaha untuk berubah. Mereka ini pejuang. Berjuang untuk berubah dengan menguatkan azam. Berjuang untuk melawan diri sendiri itulah yang paling susah. Maklumlah, setan memang suka menghasut tiap kali kita buat baik (Itu pengalaman aku lah tu). Bila kita nak buat jahat, bukan main seronok lagi setan dok menyokong dengan macam-macam alasan yang Nampak macam munasabah benar!

Sebelum ni, aku pernah tulis beberapa entri kisah Kajol (penyanyi dikir barat), Doakan Kajol ya… tukar jantina dan kos tukar jantina. Sebenarnya banyak lagi…malas nak godek-godek semula.

Kalau baca Metro semalam, akan jumpa kisah dan pengakuan seorang bekas pondan @ mak nyah, Mohd Khariri Ramli, 35, atau Erin yang dah insaf dan ingin kembali ke pangkal jalan.

Dia berada dalam dunia mak nyah selama 20 tahun dan pernah mengambil bermacam-macam suntikan untuk mengubah wajah serta penampilan supaya kelihatan seperti wanita.

Akibatnya, dia mengalami pelbagai kesan sampingan antaranya dagu menjadi ‘luruh’ dan kerap dilanda kekejangan otot di beberapa bahagian badan hingga sekarang. Kini dia dalam proses menjalani pemeriksaan saraf kerana dipercayai kekejangan dialaminya itu kesan daripada suntikan kecantikan dijalaninya sebelum ini.



Sama-samalah kita harapkan golongan ini berjaya berdepan dengan cabaran mereka. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Dari kita dok kutuk mereka dengan pelbagai perkataan, ada baiknya kita turut menyumbang dan menerima golongan ini yang berhasrat untuk kembali dalam masyarakat kita.

Moga lebih ramai lagi golongan maknyah @ pondan ini menjadi lelaki sejati semula. Kembali ke pangkal jalan dan mulakan hidup baru. Sebagai manusia, kita memang tak lepas dari buat silap, namun, kehebatan kita yang sebenar adalah mengakui kesilapan itu, membetulkannya semula dan tidak lagi ulanginya. Lebih hebat lagi, kita mampu pula mengajak orang lain untuk sama-sama berubah ke arah kebaikan. Aminnnn.





Khamis, 28 Mac 2013

Artis Masuk Politik Ka Raja Gopal Lagi Panas?


Masih penat. Bila dah tua ni, perjalanan hanya 500km pun dah melelahkan. Sakit semua urat saraf terhentak terhenyak dilambung kenderaan. Patutpun ramai orang suka kereta mewah, tak penat badan kot kalau jalan jauh huh u huh u

Masa muda dulu, takat balik kampong sebegitu, masih lagi cergas. Baru nak sedar diri dah tak berapa nak muda huh u hu

Masa perlawanan bola sepak persahabatan antara Malaysia dan Palestin untuk kutipan Amal yang disiarkan secara langsung di TV, kami tengok beramai-ramai sambil sorak bagai. Semua sokong Malaysia kecuali Angah yang sokong palestin. Alasannya mudah je: kasihan kat depa huh u huh u

Aku pulak, kesian kat Raja Gopal. Macam dah jangka, Raja Gopal menerima pujian yang melambung-lambung di serata maya (sila baca dalam bahasa yang terbalik ya...sebab aku memang suka bercakap terbalik).

Semalam nak juga tahu pasal Wacana Sinar Harian Siri 18 Artis Masuk Politik: Kredibiliti Atau Pancing Undi. Tapi badan dah lemau. Terbongkang je depan TV sambil urut lutut...ohhhhhh! aku memang dah benar-benar dipagut ketuaan, bukan kedewasaan ya...

Pagi ni, aku sempat kumpul apa yang berlaku dalam Video Wacana Sinar Harian siri 18 tu, nak tengok kat rumah line tak berapa nak bagus. Asyik sangkut je. Jadinya, jom kita tengok bila ada masa lapang nanti. Dengar ceritanya ramai yang tak begitu gembira dengan suara hati Datuk paduka Suhaimi Baba dan moderator P.M Razak Moheeden dalam siri ini. Tak sabar nak tengok ni...

Wacana Sinar Harian Siri 18 Artis Masuk Politik: Kredibiliti Atau Pancing Undi Bahagian 1


Wacana Sinar Harian Siri 18 Artis Masuk Politik: Kredibiliti Atau Pancing Undi Bahagian 2


Wacana Sinar Harian Siri 18 Artis Masuk Politik: Kredibiliti Atau Pancing Undi Bahagian 3


Wacana Sinar Harian Siri 18 Artis Masuk Politik: Kredibiliti Atau Pancing Undi Bahagian 4


Wacana Sinar Harian Siri 18 Artis Masuk Politik: Kredibiliti Atau Pancing Undi Bahagian 5


Aku belum berani nak komen apa-apa, sebab belum tengok lagi. Dah tengok nanti, kalau ada apa-apa yang aku rasa sesuai untuk disentuh, nanti aku sambung tulis ya. Kalau malas, aku diam-diam aje la la la

KEMASKINI selepas melihat semua video:

Bila dah dengar keseluruhan video Wacana Sinar kali ini, aku dapati ada satu bahagian (tak sampai seminitpun) yang buatkan orang tertentu rasa panas hati, iaitu;

Pertanyaan Suhaimi Baba yang panas:

“kalau betul PAS parti Islam, negeri Serambi Mekah,
Mengapa paling tinggi rogol ----> Kelantan
paling tinggi ibu tunggal ----> Kelantan
paling tinggi dadah ----> Kelantan
paling tinggi pelacur ----> Kelantan”


Orang Kelantan memerlukan sumber rujukan yang tepat untuk data ini Datuk Paduka Suhaimi Baba. Mohon pencerahan ya ….hu hu hu cara ayat ni tulis macam lah aku ni blogger tersohor yang juta-juta orang akan baca termasuk Suhaimi Baba huh u hu.

Komen pribadi aku: Aku memerlukan Tuan moderator yang mampu berfikir di luar kotak, berkeupayan untuk mentafsir maksud yang berlapis dan tidak mempunyai kepentingan dalam industri. Wacana ini akan menjadi lebih menarik kalau moderator yang biasa kendalikan wacana Sinar ini yang kendalikan.






Khamis, 21 Mac 2013

Merasa Jugak Akhirnya!


Aku sebenarnya anak Kelantan yang tak suka manis. Macam pelik je bunyinya tu kan?

Tak pelikpun. Sebenarnya masa sekolah-sekolah dahulu, aku berpantang minum kafein termasuk dalam milo. Neskefe dan kopi apalagi, lagilah tak boleh. Sebabnya hanya satu: migrin. Namun, kdang-kadang terbabas jugak minum teh tarik. Hanya, acara terbabas tu boleh bilang berapa kali setahun.

Jadinya, kat rumah aku (di Bangi), sekilo gula tahan hingga setahun. Gula hanya guna untuk letak dalam masakan sahaja. Tapi sekarang ni, semua mak bapak atok nenek kafein pun aku telan. Kadang-kadang ok aje, kadang-kadang mamai jugak…terapung mengong tak jejak bumi. Namun, apa yang berlaku sekarang ini adalah: aku dah ketagih kafein. Hambek kau!

Bab ketagih kafein ni aku cerita lain entri. Kali ni aku nak cerita pasal dapat merasa macaron yang kurang manis. Ohhhhh! Sangat owesome!

Boleh buat cenderahati, cantik!

Bila sebut macaron, sesiapa yang pernah rasa akan kata sangat sangat sangat manis. Jika orang yang biasa dengan manispun boleh bagi tahu benda kaler comel-comel tu sangat manis, niat nak merasa tu aku pendamkan sahaja. Kang tak tertelan pulak. Rugi aje beli memahal.

Bila dapat tahu Puan kepada pemilik blog Macam macam ada berkemahiran tinggi dalam hal masakan, dan buat macaron yang tak manis ikut acuan Malaysia punya, wahhhhhh teruja kemain. Dah lah sebelum ni aku selalu tengok Daddy Ziyyad selalu hupdet gambar-gambar roti dan kek yang nampakpun boleh menitikkan air liur, aku sangat pasti bila gigitnya, lidah boleh kesan kesedapan makanan itu. Kalaulah roti dan kek bagai tu boleh hantar pakai pos, harus aje aku pesan.

Cantik warnanya. Gerammmmmm!

Kagum betul aku dengan orang yang pandai masak ni. Dengan penuh seni pulak tu. Fuhhhh! Untuk aku yang hanya pandai makan aje ni, memang kagum gilerrr lah.

Memenuhi tuntutan anak tekak yang dah lama teruja ni, akupun order si macaron yang comel-comel rupa bentuk, saiz dan warnanya itu.

Menurut Puan Fiza, letak dalam peti ais dulu untuk rasa yang lebih yummy. Hu huh u tak dan letak dah, lima minit je letak…mana tahan dok teruja anak tekak. Terus je rembat. Ngapppp sebiji! Dua biji!

Ishhhh! Katanya kurang manis, tapi lidah aku masih lagi terasa manisnya. Bila makan semula esoknya setelah beberapa lama disimpan dalam peti ais, waaaaaaaaa baru terasa kesedapannya. Fuhhhhh! Puas hati. Sedap!

Terima kasih Pn Fiza, buatkan macaron yang kurang manis dan sedap untukku.

Tak sedar kunyah2 tetiba nak habis dahhhhh!
Ini bukan iklan berbayar ya...tapi, sebuah pengalaman pertama kali makan macaron. Kalau nak merasa jugak macam yang aku rasa, boleh tengok di Dreamy Treat Macanon & Cakes. Pesan sendiri dengan Puan Fiza. harganya lebih murah dari yang kita  jumpa di pasaran. hari tu aku tengok di gerai jualan luar Giant Nilai, RM3.50 seketul hu hu hu 

Gambar letak kemudian, ada masalah teknikal
3 ketul je gambar, bolehhhh?

 



Rabu, 20 Mac 2013

Khabar Angin Bubar Parlimen hari Ni PALSU


Pagi tadi merebak di FB tentang pembubaran Parlimen bakal diumumkan hari ni.

Bila belek akhbar online, Pejabat Perdana Menteri menafikan khabar angin kononnya Dewan Rakyat dibubarkan hari ini, bagi membolehkan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) diadakan.

Khabar angin itu kononnya tidak benar sama sekali.

Berita palsu yang memetik kononnya kenyataan itu dikeluarkan oleh perdana menteri, tersebar di laman-laman sosial kira-kira 12.30 tengah hari, selepas perdana menteri dilihat keluar daripada Istana Negara pagi tadi. Mmmmmmm dah dua kali Perdana menteri keluar dari Istana Negara. Dia teman Yang Dipertuan Agong sarapan kot ;) Sila bersangka baik ya…

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dilihat memasuki pekarangan Istana Negara pada pukul 7.55 pagi dan keluar kira-kira sejam kemudian.

Kalau ikukan kenyataan SPRM, pilihanraya umum PRU13 akan berlaku sebelum bulan Mei. 

Nampak gayanya, bukan aku sahaja yang sangat tak sabar menunggu parlimen dibubarkan. Sangat tak sabar okeh! Teruja benar nak mengundi ni…



Dia Memang Tak Suka Kena Ambik Gambar


Sangat susah nak ambik gambar budak ni sorang


Nak tengok wajahnya masa kecil dulu? Sila tengok di entri di sini.


Selalu sahaja lari kalau orang nak ambil gambar dia. Merata tempat cuba untuk sembunyi.




Kalau cuba juga kita kejar, menceceh lagi entah mana-mana.






Sanggup palingkan muka tu





Malulah konon kena ambil gambar

Sanggup telungkupkan muka.





Akhirnya membelakangkan kamera, bagi vontot. Comey je tersimpuh!


makcik dia pun macam tu jugak kan?

inilah cucu mek yang ke 13...Amir

minggu lepas datang rumah, cari aku tak ada...jenuh menangis hu hu hu 
jenuh mama kena pujuk, tetap tak makan pujuk
akhirnya telefon aku...boraknya beria tapi sepatah haram aku tak faham hu hu hu 
 
hujung minggu ni datang, aku tak ada juga
tak tau lah menangis jugak ke tak

Jadi, usah ajak daku dating hujung minggu ya
budak tecik manja ni akan menangis nengok makciknya tak ada
tak ada orang nak kejar dia...dia bosan
padahal makciknya ni....rasa nak fengsan!

 
 


Video Panas Taib Mahmud


Semalam Cik Bintang PM link video youtube yang wajib tonton. Bukan video lucah ya…tidak juga video seks Anwar Ibrahim yang dah papa gomo sebarkan hingga menuntut itu hero Malaya menyaman lagi.Kaya dia kan? Hasil saman menyaman itu aje pun berapa banyak dia dapat ;)

Dah lama tak makan Mi Kolok, laksa Sarawak...rindu!
Sumber: Travel catcity


Global Witness, kumpulan pencinta alam sekitar hasilkan Video 16 minit, yang dirakamkan dengan kamera tersembunyi, memaparkan seorang lelaki (penyiasat) yang telah dihantar ke Sarawak tahun lepas, dengan menyamar sebagai "pelabur asing" yang ingin membeli tanah untuk mengusahakan ladang kelapa sawit.



Makin dekat pilihanraya, makin pelik pulak perkara yang berlaku...

Di Sinar Harian, Taib Mahmud menafikan dengan berkata:
"Saya telah melihat apa yang dikatakan bukti. Bolehkah ia menjadi seseorang yang cuba untuk mempromosikan diri mereka untuk menjadi agen bagi mendapatkan kepentingan daripada saya? Saya fikir mereka agak nakal menggunakan kuasa besar mereka bagi memburukkan nama saya."

Ditanya mengenai tuntutan sepupunya dalam video bahawa beliau mudah didekati berhubung tawaran tanah, Taib berkata:

"Adakah anda kenal sepupu tersebut? Adakah anda tahu apakah hubungan antara bapa mereka dengan saya? Kami bertelagah pada suatu ketika," katanya sambil menambah bahawa sepupunya itu bukanlah orang yang paling dipercayainya.

Beliau mengulas perbualan Norlia Abdul Rahman dan Fatimah Abdul Rahman dalam rakaman video Global Witness mengenai satu urusaniaga tanah. Norlia dan Fatimah adalah anak perempuan Tun Abdul Rahman Yaakub, bekas ketua menteri Sarawak yang juga bapa saudara Taib.

PsssT: Aku tak nak komen apa-apa sebab aku ada sebab yang tersendiri. Tapi macam yang Anwar Ibrahim dok mintak PM Najib Razak supaya "jelaskan", banyak baiknya rakyat marhaen yang tak ada tanah macam aku (adalah juga 7-8 pasu tanah buat tanam bunga kertas depan rumah tu, itu ajepun yang ada!) penjelasan tentang hal ini boleh jernihkan banyak perkara. PRU13 kan dah dekat...

Dua tiga hari ni, memang panas sangat-sangat kan?
Mana ada aku cakap pasal video seks dakwaan ramai lelaki mirip Anwar Ibrahim tu...tak kata pun. Yang pasti, dah dua tiga hari tak hujan. cuaca panas terik. membahang siang malam.

Harap-harapnya esok hujan lebat, jenuh...air paip pun panas hu hu hu nasiblah jadi rakyat marhaen kan?