Isnin, 30 September 2013

Petua Panjang Umur Versi Tun M


Kalau ikutkan petua panjang umur seperti yang Tun M kongsikan, tak adalah susah sangat. Menurut Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, petua untuk panjang umur seperti beliau adalah dengan makan secara sederhana dan mengamalkan gaya hidup sihat.

“... jangan terlebih makan, jangan makan terlalu banyak. Saya tidak merokok dan saya tidak minum minuman keras," katanya ketika melancarkan program 'Walk-A-Mile' di Tasik Titiwangsa.

Dr Mahathir kemudian menyertai kira-kira 1,500 peserta dalam acara jalan kaki di taman tasik berkenaan, yang juga sebahagian daripada kempen kesedaran tentang kesihatan jantung.

Komen aku: Petua untuk sihat kan tu? Kan? Kan? Kan? Ke daku salah pemahaman? Mmmmm mungkin, maksudnya, bila dah sihat...umur akan panjang. Gamaknyalah!
 
Errrr...hari ni adalah hari terakhir bulan ni kan? Mmmmmm cepatnya masa berlalu!
 
 
 
 


2 ulasan:

Kamsiah yusoff berkata...

sihat-umur panjang??hehe logiknya mmg ada kaitan
tp bg akak,umur kita milik ALLAH...samada sihat atau sebaliknya...boleh diambil bila2 masa...cuma sakit tu sbg penyebabnya ja..

Unknown berkata...

kompius la pulak..tu petua panjang umur ke atau petua sihat tubuh badan..hehehe..nak kata dia sihat tak la jugak.berapa kali keluar masuk spital dah pun..

panjang umur itu kuasa Allah...