Isnin, 2 September 2013

Khamis Yang Hamis


Best tak tajuk? Hu hu huhu ini cerita tentang peristiwa hari Khamis. Lambat sikit entri hari ni ya...mood lemau hari senin.

Pagi-pagi yang tak berapa nak pagi, aku pergi ambil gambar passport. Gambar untuk buat passport di imigresen ya…bukannya gambar passport nak serah di pejabat JPJ…huh u huh u masih tersimpan sedikit hangin di situ!

Masa tu boss je ada, dia ambik gambar dan minta tunggu sebab pekerja yang proses dan print gambar tu belum muncul lagi. Ada beberapa orang lain juga tengah tunggu.

Aku beredar ke Bank Islam sekejab. Siap urusan di bank pergi semula ambil gambar. Dah pun siap print. Terus balik rumah tukar baju.

Errrrrrr….apa ke jadahnya tukar baju segala? Macam retis pulak kekdahnya! Mmmmm kalau nak ambil gambar untuk passport, kena pakai tudung dan baju warna gelap. Tak boleh yang warna sweet manis gitu. Jadi, sangat susah nak dapat baju dan tudung yang kaler gelap dalam koleksi almari pakaianku. Belek punya belek terjumpa sepasang baju kurung warna hijau gelap, aku padankan pula denga tudung biru gelap yang satu-satunya ada. Boleh bayangkan betapa kelakarnya aku?

Kelakar tak kelakar pun dah pergi bank jugak. Melintas sana sini segala ceruk Bangi pun huh u huhu Cuma tak berapa nak daya pergi ofis dengan sebegitu rupa. Sahih 40 tahun kena kutuk huh u huh u

Khamis tu juga ada jamuan hari raya di tempat kerja kami. Jemput orang-orang besau segala. Lagilah aku kena bahan kalau pergi macam tu punya gaya huh u huh u

Di sebabkan jamuan tu “tanpa nasi”, yang ada semuanya hidangan yang aku tak boleh berapa nak masuk, makanya aku singgah Beriani Bangi. Angkut sebungkus beriani dengan ayam goreng berempah, tibai separuh bila sampai rumah. Separuh lagi simpan untuk makan kemudian. Tengok, aku yang makan sikit ni pun tak ada orang sudi nak bela huh u huh u

Dah bantai nasi beriani, perut jadi berat. Mata pun berat juga. Lena sekejap. Jamuan bermula jam 11 pagi, aku sampai jam 2 petang. Boleh gitu?

Bolehlah tu, tunjuk muka je. Bukan teruja sangatpun kambing golek. Bukan ada apa yang nak balun pun. Target aku lemang je…tapi ada 3 ketul je tu pun yang dah lembek huh u hu padan muka! Sapa suruh lambat?

Aku sebat 4 ketul jeli kelapa, kidnap 6 ketul lagi...tu untungnya orang datang lambat, boleh kidnap bila stok banyak. Nak kidnap banyak-banyank kang, terserlah takburnya tu hu hu hu kemudian blah pergi Pejabar Imigresen Kajang. Elok je parking atas bumbung, jalan 10 langkah…Alamakkkkk!!!!

Tetiba pulak sandel terkopak tak boleh catwalk lagi. Dulu aku pernah menjahit sandel atas awan dalam penerbangan airasia, kali ni atas bumi je…patah balik, selongkar kalau-kalau terjumpa selipar jepun, terompah ke kat bawah seat. Tak ada. Baru minggu lepas aku keluarkan semua termasuk kasut sukan!

Tak ada pilihan lain, kena pi gam juga hari tu sebab esok pagi-pagi aku kena pi kerja awal. Kat sebelah kedai Paridah ada pakcik tukang kasut, tapi payah benornya nak parking. Akhirnya jeli kelapa bagi je kat Hanie yang tengah santai petang melayan mata, aku balik tukar sandel merah yang sesuai ke pasar malam dan gerak semula ke Bank Islam. Kat situ ada seorang pakcik kasut lagi.

Siap semua baru jam 3.45 petang. Nak pergi imigresen semula dah tau nombor giliran dah habis. Kalau balik rumah, memang sah-sah tarik selimut. Pergi je ofis, tidur kat ofis lagi best ekon lagi sejuk huh u hu tapi tak tidur pun. Buat kerja sikit je (Komputer hang je memanjang, nak taip satu halaman pun berejam…See! Komputer gomen!).

Baliknya singgah Pasar Tani dan balik rumah dah jam 7 petang. Badan tak usah kata, memang melekit, masam dan hamis. Jadilah Khamis yang hamis….fuhhhhhh! tulis entri macam siapkan satu assignment skulah hu huhuhu

Penat tak baca?

Huihhhhh! Aku yang tulis ni lagi penat tau!



5 ulasan:

t.a.t.a berkata...

ini pengalaman ya. jangan nak mengada-ngada letak kasut dalam kereta. lagi-lagi kalau kereta tu parking di tempat takde bumbung. apa jadi? bakal tanggal la gam kasut tu.

huhu. dah la kasut cantek, tanggal pula tu. apa buat? campak di rumah en. bakar.

anyss berkata...

t.a.t.a: hu hu huhu dakupun pernah alami mcm tu. hanya letak kasut @ sandel jenis jahit je dalam keta...
tapi, bila nak jadi, memang tak tunggu tang mana jadinya hu huhuhu

JunAina berkata...

Jalan jugak ke bawah beli je baru punya...ahahhaaa... Ok. Lain kali akak pun nak simpan kasut extra dalam kereta buat masa sekarang hanya cermin mata extra je yg ada coz tak de kasut boleh jalan lagi tak de cermin mate owh tak dpt nak bayangkan...ngeee...

Unknown berkata...

kalau saya sah pi beli kasut baru dah..ekeek

anyss berkata...

Junaina & Diana: kakiku ini sensitive dan susah nak dapat kasut @ sandel yang sesuai. salah beli, kaki boleh berkudis hu hu huhu hu