Khamis, 23 Mei 2013

RON97 Dah Turun Harga Mulai Malam Selasa Lepas: Cerita Rakyat Marhaen


Entri ni bukan nak salahkan sesiapa, bukan entri politik, juga bukan entri parti pembangkang. Entri ni hanya wakili hidup aku sebagai rakyat marhaen yang tinggal di sebuah Negara aman makmur dengan indeks jenayah paling rendah. Itu intronya ya!

RON97 dah turun harga di seluruh negara sebanyak 20 sen seliter. Dah jadi RM2.70 seliter berbanding RM2.90 seliter sebelum Selasa lepas. Alhamdulillah. Walaupun aku tak gunapun minyak jenis ni. Aku rakyat marhaen yang tak mampu. Lainlah kalau aku menteri atau barisan pemerintah yang baru dapat kenaikan gaji tiga kali ganda. Dengan hidup rakyat marhaen, walaupun RON97 dah turun harga 20 sen, aku masih lagi tidak mampu nak guna.

Menurut menteri yang bijaksana Harga runcit RON97 ditentukan oleh 'apungan terurus', dan harga akan berubah mengikut kuasa pasaran, jadi penurunannya kerana dasar kerajaan yang mengutamakan keperluan rakyat. Situasi penurunan harga minyak disebabkan harga pasaran minyak dunia yang mengalami sedikit penurunan selain dasar apungan harga minyak yang diamalkan oleh kerajaan.

Sebagai rakyat marhaen yang perlukan pembelaan pihak kerajaan yang dipilih secara demokrasi dalam pilihanraya, maka aku sangat berterima kasih dengan kerajaan yang mewakili rakyat marhaen seperti aku ini. Tetiba rasa macam “diri disayangi” pula.

Dulu aku pernah tulis tentang kenaikan harga barang. Bila satu barang itu naik, maka akan disusuli oleh kenaikan barang yang lain. Harga Petrol naik sepuluh sen, semua barang lain mencanak naik dengan alasan kos penghantaran dah naik. Bila harga gula naik lima sen, semua barang makanan dan minuman turut naik bersen sen walaupun kemanisannya tak terasapun. Bila tepung naik harga, maka semua makanan kuih muih roti canai segala pun turut naik harga. Bila ayam naik harga, maka sate pun turutlah naik harganya hinggakan secucuk sate pun dah jadi 70 sen. 

Maka, jadilah rakyat kelas atasan sahaja yang mampu makan sate, makan roti canai atau makan kuih. Golongan marhaen macam aku dah semakin tak mampu untuk menikmati kesedapan roti canai, keenakan sate ataupun merasa kuih muih. Telan ajelah angin yang masih lagi percuma, walaupun dah termasuk juga dengan debu dan partikel halus jerebu.

Dijangka tiada kenaikan harga minyak petrol untuk RON95 dan RON97 dalam masa terdekat ini. Baguslah begitu. Kami rakyat marhaen tak mampu nak hadapi semua perkara yang naiknya melambung-lambung (kecuali gaji yang tak naik-naik, ataupun naik mengikut tahap keprofesional bodeknya). 

Adakala aku terfikir, sepanjang masa hanya berkerja sahajakah kita? Nak kata kaya dengan kerja tonggang terbalik siang malam, jauh benar nak sampai ke tahap itu. Kalau boleh hidup dengan selesapun dah syukur. Setahun mampu balik beberapa kali jumpa ayah bonda, relekskan minda sekali dua bercuti dalam Negara lepaskan lelah dan beli hadiah untuk diri sendiri setahun sekali pun cukuplah. Nyatanya…jauh sekali untuk aku.

Hidup bergaya mewahkah aku? Berjenama hebatkah aku? Bila belek setiap barangan keliling, aku dapati: bajuku dari pasar malam. Tshirt pasar malam itu aku beli dengan harga lima ringgit sahaja. Cukuplah, sekadar pakai di rumah. Barang basah juga jenama pasar malam. Kasut jenama bata. Tudung jenama nilai. Beras jenama econsave. Terlebih jolikah aku?

Sekali harga ayam naik, harga satey juga naik. Bila harga ayam turun semula selepas itu, hingga sekarang harga satey masih lagi tak turun-turun. RON97 dah turun harga, selepas ini, dah tentulah harga barangan akan turun juga kan? Bolehlah aku beli gelang emas, dengar cerita emas di kelantan tengah murah. Ke sama je macam harga satey yang tak reti nak turun tu?

Entri ini bukan tentang ekonomi Negara kita yang stabil itu, tetapi tentang kehidupan aku, seorang rakyat marhaen yang berasal dari negeri paling miskin di Malaysia yang di bawah buminya ada banyak petroleum tetapi dinafikan haknya, dan kini berhadapan dengan kemelut hidup tiap kali berlaku perubahan harga petrol walaupun sesen dua. Gali sendiri belakang rumah, aci tak?



5 ulasan:

Unknown berkata...

tak turun harga satey turunkan bil elektrik pun ok..hahah

h4ni3 berkata...

Jom gali jom.. tak jumpa emas.. jumpa bijih timah pun jadi la.. huhu

t.a.t.a berkata...

97 naik atau turun, saya tak guna pun minyak tu. Saya guna 95. Saya pun tak mampu nak guna 97. 97 minyak untuk golongan ber RM banyak.

Kakzakie Purvit berkata...

Kakak rakyat marhaen yg guna RON95. Kalau di JB yg banyak guna RON97 tu org S'pore (terpaksa kan). Jadi yg senyum bukan org macam kakak tapi teman jiran tambak kakak aje anyss...

Makin bertambahkan kereta yg platenya warna kuning dan merah di JB sebab harga dah turun - murahnya kata mereka (kakak? sengih yg tak menjadi ajelah)..

Unknown berkata...

jomm anyss kita pi pasar malam