Anda Juga Mungkin Berkenan

Selasa, 31 Julai 2012

Maklum Balas Akhbar berkaitan "JPA Lengah Naik Gred Guru"

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mengambil maklum dan prihatin di atas perkara yang dibangkitkan oleh Hashim Adnan, Presiden NUTP agar JPA menaikkan gred 400 guru yang memperoleh ijazah melalui Program Pendidikan Jarak Jauh (PJJ) di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dari Gred DGA32 dan DGA29 kepada Gred DG41 seperti yang dinikmati 7,975 guru lepasan Program Perkhidmatan Perguruan Siswazah (PPPS).

Untuk makluman, Program Pensiswazahan Guru (PPG) adalah merupakan isu Pertukaran Pelantikan kerana ia melibatkan dua skim perkhidmatan yang berbeza dan bukannya kenaikan gred guru. Isu pelantikan guru adalah di bawah bidang kuasa Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP). Pihak JPA hanya terlibat dengan keperluan pewujudan jawatan dan tidak terlibat dengan proses pelantikan guru.

Sehingga 23 Julai 2012, JPA telah meluluskan sebanyak 7,975 jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma (PPPLD) pelbagai Gred ke jawatan PPPS Gred DG41 di Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) berkuat kuasa 2 Oktober 2010. Pewujudan jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah Gred DG41 adalah bagi menampung keperluan penempatan PPPLD yang telah tamat dan memperoleh ijazah di bawah Dasar Pensiswazahan Guru secara PJJ yang dilaksanakan oleh KPM. 

Kelulusan tersebut telah menyelesaikan isu guru yang telah memperolehi ijazah sebelum tahun 2010 sehingga Disember 2011 dan telahpun lulus temuduga dan diperaku oleh SPP untuk dilantik sebagai PPPS Gred DG41.

Berhubung isu 400 guru yang telah tamat pengajian dan belum diluluskan kenaikan gred oleh JPA dan KPM, KPM kini sedang mendapatkan maklumat daripada NUTP berkaitan sumber data 400 guru tersebut termasuk mengemukakan senarai nama penyandang ke KPM. Untuk makluman sehingga kini, JPA masih tidak menerima sebarang permohonan daripada Bahagian Pengurusan Sumber Manusia KPM bagi menukar ganti jawatan berhubung kohort baharu guru yang telah tamat PPG.

Unit Komunikasi Korporat
Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia
Putrajaya
26 Julai 2012

Bayaran Khas Kewangan RM500 Kepada Pesara Kerajaan

YAB Perdana Menteri pada 25 Julai 2012 telah mengumumkan bahawa Kerajaan bersetuju untuk memberi Bayaran Khas Kewangan sebanyak RM500 kepada pesara Kerajaan.

Bayaran Khas Kewangan itu akan diberi kepada semua pesara Perkhidmatan Awam (Persekutuan dan Negeri serta Pihak-pihak Berkuasa Berkanun dan Tempatan) yang layak menerima pencen pada atau sebelum 25 Julai 2012 termasuk ahli keluarga tanggungan pegawai yang meninggal dunia dalam perkhidmatan pada atau sebelum 24 Julai 2012 dan menerima pencen terbitan pada 25 Julai 2012.

Sehubungan dengan itu, pesara dan penerima pencen yang dibayar melalui bank boleh mengeluarkan pembayaran tersebut mulai dari 9 Ogos 2012. Semua pembayaran akan dikreditkan terus ke akaun bank penerima pencen.

Penerima yang perlu mengisi Borang Tuntutan Pencen di kaunter bank (di bawah Skim B) tidak perlu berbuat demikian bagi mengeluarkan RM 500 ini.

Penerima yang dibayar melalui waran yang akan diposkan selewat-lewatnya pada 9 Ogos 2012 boleh menunaikannya dengan serta merta.

Bayaran Khas Kewangan untuk pesara Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan diuruskan oleh Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV), Kementerian Pertahanan. JHEV boleh dihubungi di talian 03-2050 8000 atau laman web http://www.jhev.gov.my.

Sebarang kemusykilan sila hubungi talian 03-8885 4421 / 4438 / 4424 / 4732 /4747.

Dato’ Yeow Chin Kiong
Pengarah
Bahagian Pasca Perkhidmatan
26 Julai 2012


Terjun Flat Lari Dari Penculik, Anak Pukul Bapa Hingga Koma


Mmmmmm tajuk tak leh blah!

Hidup ni memang tak mudah, perlu berjuang
Banyak yang perlu diperjuangkan, banyak tanggungjawabnya
Bila jadi anak, tanggungjawab kepada ibu bapa sangat besar
Kalau takat sediakan makan minum ibu bapa memang tak besar cabaran
Namun bila dah libatkan perasaan, sensitiviti dan “angin”
Apalagi kalau ibu bapa dah uzur…Itu yang ramai anak-anak
boleh terjebak dan jatuh hukum jadi anak tak kenang budi anak derhaka
belum lagi kes buang ibu bapa atau hantar ke rumah orang tua
malah, ada ibubapa kena halau dek anak menantu sendiri

di Kuching, seorang warga emas 77 tahun yang koma lebih seminggu
dipercayai akibat dipukul anak sendiri, telah meninggal dunia
di Hospital Umum Sarawak (HUS)
adik suspek mendakwa bapanya ditolak dan dipukul suspek
menyebabkan dia patah tulang rusuk.
menyedari mangsa jatuh dan tidak sedarkan diri,
suspek membawa mangsa ke HUS bagi mendapatkan rawatan
sebelum ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) hingga mangsa meninggal
macam dah tak pelik bila jumpa anak pukul ibu bapa...

hidup juga perlu berjuang untuk diri sendiri
berjuang belajar, berjuang kerja, berjuang dapatkan cinta
berjuang demi keluarga sendiri yang adakalanya
berlaku kesilapan sasaran…itu yang buang anak merata
tersalah langkah mengubah haluan hidup
berpusing entah berapa ratus darjah
cabaran hidup sangat banyak hingga ada kala kita boleh rasa lemah
rasa tak kuat, rasa lelah…namun kalau ingat bahawa
Allah hanya menguji hambaNya mengikut keupayaan kita je
dah tentu kita mampu tangani sebaiknya
dan tentu kita mampu harunginya

di Kuala Lumpur, seorang lelaki berusia 22 tahun cedera parah
setelah nekad terjun dari tingkat tiga sebuah flat di Taman Jinjang Baru,
mangsa terjatuh 20 meter parah di kepada, badan & patah pinggang
kerana menyelamatkan diri daripada empat lelaki yang menculiknya
bagaimanapun, selepas bertarung nyawa hampir seminggu di hospital,
mangsa telah stabil dan ceritakan kejadian itu kepada keluarga.

mangsa bersendirian meletak kereta di kawasan flat untuk bertemu seorang rakan
dihampiri empat lelaki sebelum seorang daripada mereka terus menumbuknya
mangsa diancam dengan parang dan terpaksa mengekori ke tingkat tiga salah satu flat
dan dikurung di rumah berkenaan dengan 4 lelaki itu menjaga di luar rumah.
“Selepas 15 minit dikurung, seorang daripada suspek masuk ke dalam rumah,
bertanya di mana bapanya dan arahkan diberi nombor telefon keluarganya
bagi memudahkan mereka menuntut wang tebusan sebanyak RM100,000,”
kumpulan penculik itu meninggalkan rumah selepas mengunci semua pintu dari luar
gagal memecahkan pintu di rumah berkenaan,
mangsa nekad terjun melalui tingkap rumah untuk bebaskan diri.

bapa mangsa berusia 70 tahun tampil membuat laporan di Balai Polis Jinjang
dan mengaku tidak menerima sebarang panggilan tuntutan wang
daripada mana-mana pihak dipercayai membatalkan hasrat mereka
selepas mengetahui mangsa meloloskan diri.

Banyak lagi perlu diperjuangkan dalam hidup ni
kalau aku senaraikan…panjang pulak
kita sambung dalam entri lain ya ;)





Adi Putra Ditipu RM19,000 Gara-gara Melabur Di Internet


Satu ketika dulu banyak sangat orang berkempen
melabur di internet, forex la…memasing untung juta-juta
itu kata mereka, tak tahulah betul ke tak
kita tak dapat akses akaun mereka untuk tengok bukti
setakat ni hanya seorang je yang aku kenal
jadi kaya…tu pun kena usaha keras juga jual produk
tapi tetap ada kos melepas; anak-anak jadi mangsa
tak cukup kasih sayang, keluarga tak dapat keutamaan
sesekali balik kampong dengan merz mata belalang
terlopong jugak orang kampung

Hari ni kalau baca metro ka, mstar ka…kat mana-manalah
boleh jumpa tentang kes Pelakon Adi Putra, rugi RM19,000 ditipu
selepas melabur dalam satu pelaburan di Internet.
laporan polis telah dibuat di Ibu Pejabat Daerah Sentul
pelakon terbabit menyertai satu pelaburan
yang menjanjikan pulangan lumayan menerusi Internet.
"Dia memasukkan RM19,000 ke akaun milik suspek tetapi
komisen yang dijanjikan belum diterima sehingga kini,"
kes disiasat mengikut Seksyen 420 kanun Keseksaan.

Bukan mudah nak senang, tapi lebih mudah untuk susah
kat mana-manapun akan ada orang suka ambil kesempatan
biasanya, orang yang bendul jadi mangsa
orang yang bengkang bengkok akan bahagia senang lenang
namun aku tetap percaya satu je: di dunia dia senang
di sana nanti, dia tak mampu lari dari undang-undang Allah.
Paling tak boleh tahan bila orang yang sebangsa dan seagama kita
Buat hal gitu… macam tak ingat nak mati!



Isnin, 30 Julai 2012

Eksekutif TV9 Ditemui Meninggal Dunia, Mudahnya Kita Menghukum


Kematian Eksekutif Pentadbiran TV9, Nur Syaleza Jaffar, 29,
di rumahnya di Pangsapuri Saujana, Damansara Damai, Petaling Jaya,
malam kelmarin telah diklasifikasikan mati mengejut oleh pihak polis
ditemui tak sedarkan diri oleh suaminya, Norazman Bashah,
yang bekerja di syarikat petroleum di ibu kota
di dalam salah sebuah bilik di kediaman pasangan itu jam 7 malam
ketika bersiap untuk berbuka puasa.
Kejadian disedari setelah suaminya terdengar bunyi dentuman kuat,
lalu bertindak pecahkan pintu bilik selepas panggilannya tidak terjawab.

Suaminya kemudian menghubungi hospital bagi mendapatkan bantuan
dan wanita itu dikejarkan ke Hopsital Sungai Buloh (HSB)
sebelum disahkan meninggal dunia. Siasatan awal polis mendapati
tidak ada unsur jenayah dan Polis sudah merakam percakapan
dari suaminya selain keterangan beberapa saksi termasuk jiran.

Menurut jiran, pasangan itu bertengkar kira-kira jam 7 malam,
menyebabkan mangsa merajuk dan mengunci dirinya di dalam bilik.
Mungkin berpunca daripada suami mangsa pulang lewat dari kerja luar kawasan

Pasangan berkenaan mempunyai seorang anak lelaki berusia dua tahun
[ada akhbar kata anak lelakinya berusia tiga tahun, mana yang betul?]
dan menyewa di situ sejak tiga bulan lalu.
"Sabar duhai hati", adalah status BlackBerry (BB) terakhir
yang sempat dicatat mangsa sebelum ditemui meninggal dunia

Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat kejadian
tampil di Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya atau
menghubungi Rakan Cop Polis Selangor,
talian 03-20529999 bagi membantu siasatan.


TERKINI:
 
Doktor pakar mengesahkan terdapat kesan jerutan di leher mangsa & lebam di tubuh.
kini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, 
kerana membunuhmaklumat lanjut boleh baca di 
blog Maziduldan blog En. Hazrey 
pihak polis mengesahkan bahawa kematian mangsa akibat dijerut,
bukannya menggantung diri...
kepada anda yang terlalu lancang menyebarkan komen dan buat fitnah kering
anda lebih tahu dari daku apa yang perlu dilakukan...
semoga Ramadhan memberi rahmat kepada kalian

Komen aku:
Pagi ni banyak benar komen-komen dan pendapat hakim tak bertauliah
tentang kes ni, macam-macam spekulasi juga ditimbulkan
tak kiralah apapun sebab, punca atau kejadian sebaliknya
pada bulan Ramadhan yang mulia ni,
ada baiknya kita tidak panjangkan lagi dengan pelbagai spekulasi.
semuanya dah jadi, kita dah tak boleh ubah apa-apa, namun
kita masih lagi boleh ubah agar tidak terjerumus ke arah
menghukum orang lain sedangkan apa yang kita nyatakan itu
kita sendiripun tidak tahu apa sebenarnya.
kita juga tak mampu nak tentukan diri sendiri sama ada ke syurga
atau sebaliknya, jadi sudah tentu kita juga tidak tahu
bagaimana penyudahnya arwah ini di sisiNya.
sesungguhnya rahsia Allah hanya Dia yang tahu
dan Dia jugalah paling tahu apa yang terbaik untuk hambaNya.
Entri ini lebih kepada peringatan kepada diri aku sendiri,
sekiranya beri kalian pengajaran, Alhamdulillah.

DariNya kita datang, kepadaNya jua kita akan kembali. Alfatihah.





Kerepek Untuk Raya


Dah pun 10 Ramadhan, baru nak war warkan tentang jualan kerepek raya
seperti tahun lepas, kerepek raya rembow menawarkan kerepek sedap
yang rapuh dan ragup untuk tempahan hari raya Aidilfitri bakal menjelma
maklumat lanjut, harga dan gambar-gambar boleh tengok
di Kerepek Raya Rembow

tahun lepas, aktiviti bawah tanah aku bergerak awal sikit, sebelum Ramadhan
tahun ni, masuk Ramadhan baru mula nak gerak
sibuk mengejar dunia, tak sempat nak letak di entri
tak sempat nak promosi, tetapi beberapa orang rakan terdekat
kat ofis tu dah mula menempah bermula Ramadhan
mereka ni dah tahu kesedapan dan keenakan kerepek Rembow
yang sangat rangup kruk kruk dikunyah tak sedar habis setengah kilo
bila tahun ni aku masih lagi jadi ejen, mereka tak lepaskan peluang
terima kasih kepada DJ, DZ dan kak maz yang order
kerepek pedas kering, pedas basah, BBQ, kerepek Pisang Abu dan lada hitam.

Tahun ni, maruku homemade dan simpul kasih tak dapat kami tawarkan
walaupun sebelum ramadhan lagi dah ada yang tanya
sebabnya tak berapa nak cukup kaki dan tangan dah
kami juga kerja, nak menyimpul tak sempat sangat-sangat
curi-curi masa untuk sempurnakan semua tempahan ni

Tahun ni juga, sebenarnya harga dah naik
tapi, kami masih lagi mengekalkan harga tahun lepas
walaupun kami dapat untung yang sedikit kurang, namun
moga-moga tidak membebankan sangat rakan-rakan
maklumlah, musim raya…keseronokan itu biarlah
sama-sama dikongsi. Moga dengan kesedapan kerepek dari Rembow
menambah sedikit lagi keriangan dalam sambutan aidilfitri kalian.

Kali ni juga kami tak ambil banyak bekalan dek alasan yang sama;
tak sempat dan tak cukup kaki serta tangan nak uruskan
tambah pula, aku cadang nak balik kampong awal sikit kali ni
selain nak berbuka dan berpuasa di kampong dengan Mek Ayah,
nak buat maruku sikit untuk rumah kami, dah janji dengan anak buah
dia cukup teruja nak tolong, jadinya…siapa yang cepat akan didahulukan
aku anggarkan tarikh akhir untuk buat tempahan adalah 10hb Ogos 2012
itupun bergantung kepada stok yang ada
Ahad lepas, kerepek pisang Abu tak ada stok langsung
selain harganya dah naik mencanak
jadi, kali ni kami tak ada bekalan kerepek pisang Abu

kepada rakan-rakan yang berada di sekitar kajang, Bandar baru bangi,
serdang, nilai, nilai 3, Bandar seri putra, Bukit mahkota
yang memerlukan bekalan kerepek sempena musim perayaan,
ataupun kalau bukan musim perayaan
masih juga boleh diusahakan jika kuantiti yang besar
[tetapi kami tak jual pukal ya…kami jual runcit]
Sebarang pertanyaan dan tempahan bolehlah hubungi kami
di 012-274 1940, atau emelkan ke annieyss@gmail.com atau
kerepekrembow@gmail.com atau boleh juga tinggalkan masej
di FB kerepekraya.rembow

tempahan dibuka hingga stok habis.

Ahad, 29 Julai 2012

Peneroka FELDA Dapat Duit Raya RM400


Wahhhhh! Peneroka felda boleh senyum dah tu
PM dah umum nak bagi duit raya kepada peneroka sebanyak RM400
Libatkan 112,635 peneroka FELDA seluruh negara
membabitkan jumlah peruntukan RM43.2 juta.

RM400 seorang bagi setiap peneroka FELDA dan
RM200 seorang bagi peneroka yang bukan bersama FELDA.

Komen aku: bagi lagi banyak…lagi aku suka
Walaupun aku bukan orang FELDA ;)

Jumaat, 27 Julai 2012

Harga 20 barang makanan dikawal sempena Aidilfitri


Seperti biasa, bila musim perayaan…
ada harga kawalan untuk barang tertentu
kalau di Bangi, harga kawalan tu akan dipatuhi
tapi bila balik kampong, susah nak percaya
penguatkuasaan sangat kurang, jadi ramai peniaga ambil kesempatan
pekan kecil je, memang dah biasa berlaku macam tu
lainlah kalau penguatkuasaan dan pemeriksaan selalu buat

tahun ni 20 barang makanan telah disenaraikan untuk kawalan
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK)
telah mengenal pasti 20 jenis barangan makanan yang akan diletakkan
dalam skim kawalan harga pada sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.
senarai barangan dan harganya telah siap dan akan dibentangkan
di Kabinet dahulu sebelum diumumkan seminggu sebelum Aidilfitri.
Semua barangan adalah barang yang penting untuk kegunaan
menjelang sambutan hari raya dan ada harga yang turun sedikit
dan ada yang naik sedikit berbanding tahun lepas.

Kena tunggu beberapa hari lagi kot untuk dapatkan senarai harga
20 barang makanan dikawal sempena Aidilfitri



Falsafah Cinta Hari Jumaat...


Sindiket Ijazah palsu Tumpas


Cerita beli ijazah @ ijazah palsu bukanlah cerita baru
dah lamapun berlaku, masa aku tengah belajar pun
ramai dah beli ijazah terutama ahli perniagaan dan menteri
menteri? ya menteri…kalau aku sebut namanya
satu malaya boleh kenal sebab sebelum inipun dia ada kes lain
yang popularkan dia satu malaya

Ohhhh sila jangan fitnah di bulan Ramadhan nan mulia ni
mana ada fitnah, itu dah realiti
bila dia popular satu malaya dengan kes yang satu lagi tu
nak redakan suasana, dia tak aktif dalam politik
(sekarang dah aktif balik…)
dan sambung belajar di UKM. Mana aku tahu?
sebab dia terkemudian setahun dari aku
pernah sama-sama dalam bilik seminar sebagai pelajar
namun, dia tak habis belajarpun sebab tak siap tesis
walaupun tesis tu orang lain yang buatkan untuk dia
tiba-tiba dia dapat ijazah doktor falsafah dari Filipina
tanpa menyiapkan belajarnya yang terdahulu.
Boleh gitu ek? Boleh aje…asal ada duit la la la

Jadi mengapa aku dok susah payah tonggang terbalik
siang malam bazirkan masa kurangkan tidur dan bermimpi?
mudah je sebabnya…tak berapa cukup duit nak beli ijazah palsu
la la la hu hu hu…nasib baik ada bonus hari raya aidilfitri
dapatlah bayar hutang yuran yang masih tertunggak tu
boleh gitu?...memang boleh sangatlah!
beli baju raya bila-bila pun boleh, bukan orang tahupun
aku ada baju raya ke tak, tapi…baju raya Mek dah beli
la la la sebelum umum bonus lagi dah beli!

Polis berjaya menumpaskan sindiket penjualan sijil palsu
bernilai lebih RM5 juta, kononnya daripada lima universiti luar negara,
siasatan awal mendapati 525 orang 'graduan' tempatan serta asing
dikesan terlibat membeli sijil palsu sejak beberapa tahun lalu.
identiti semua 'graduan segera' yang terlibat, termasuk ahli politik dan
individu bergelar Tan Sri, sedang dikenal pasti.
sepasang suami isteri menjadi dalang sindiket menjual sijil palsu
ditahan pilis semalam; suspek lelaki yang juga pengarah syarikat
berusia 37 tahun, ditahan di Cheras, manakala isterinya,
seorang pensyarah berusia 36 tahun, [pensyarah universiti manakah itu?]
ditahan di pejabat mereka di USJ 10, Subang Jaya.
Kedua-dua mereka direman empat hari sehingga esok
mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu

serbuan di pejabat suspek, polis merampas senarai penerima sijil,
dokumen-dokumen permohonan, sijil ijazah palsu,
gambar konvokesyen, kad pelajar serta pelbagai risalah.
siasatan mendapati kedua-dua suspek menjalankan operasi terbabit
sejak 2003 dan mendapat pelanggan melalui ejen tertentu
yang dihantar untuk mencari pembeli termasuk secara online.
ya…kerja dengan kerajaan payah nak kaya
gaji pensyarah berapa sen je, kerja tonggang terbalik nak runtuh langit
entah bila boleh pakai Ferrari merah cili ya…hu hu hu

sijil palsu ditawarkan dengan harga RM6,500 bagi ijazah,
RM8,500 (sarjana) dan RM10,500 (doktor falsafah) pelbagai jurusan
yang kononnya diiktiraf oleh lima universiti luar negara,
antaranya University of Rockhampton, Harvey International University,
Cannington Brook University dan Charles Molnar University.
Itu dah kira murah tu…dulu-dulu harganya cecah RM20k
Sebab tu aku tak mampu, kalau ada duit banyak tu
Baiklah aku guna untuk joli joget-joget menari hindi di Kashmer
Walau bagaimanapun, tidak semua universiti terbabit wujud
mereka dikenal pasti mengaut keuntungan melebihi RM5 juta
hasil kegiatan berkenaan…makcik kayooooooooo!
Pembeli sijil juga tahu sijil diterima adalah palsu.

Pelanggan hanya perlu membayar wang mengikut sijil yang dikehendaki
mereka tidak perlu belajar, mengambil ujian atau menghantar kertas kerja.
senang betul belajar cara ni…boleh beli 10 sijil tampal kat dinding ni…

apabila jumlah pelanggan yang didaftarkan mencukupi,
satu majlis konvokesyen akan diadakan di mana-mana hotel terkemuka
di Lembah Klang, kononnya untuk mengiktiraf penerima ijazah atau 'graduan' terbabit.
majlis itu dijalankan sama seperti majlis konvokesyen yang diiktiraf
penerima ijazah palsu turut memakai pakaian konvokesyen
selain ahli keluarga dijemput hadir.
bayaran lain turut dikenakan bagi sesi konvokesyen itu.

Usahlah terlalu kagum bila jumpa seseorang ada juta-juta jenis sijil
dan ijazah termasuk dari luar negara...asal ada duit, sesiapa sahaja boleh beli
selain boleh beli Ferrari merah cili menyala, ijazah juga boleh beli!
Itulah besarnya kuasa duit…



Khamis, 26 Julai 2012

Makan Katak di Kopitiam?


Nasib baik aku tak suka makan di kopitiam
Kedai mamak juga, tapi kedai mamak tertentu bolehlah sesekali singgah
dah banyak kes libatkan kopitiam sebelum ni
malah, sebelum ni pun pernah ada pelanggan terjumpa kaki katak
dalam pinggan mi goreng di kopitiam
tetapi isu tu panas sekejab je, kemudian lupa
mmmmm Melayu mudah Lupa kata Che Dat

Bila satu akhbar tulis tentang
pekerja kopitiam masak dan makan katak di dapur kopitiam
iaitu tukang masak di kopitiam disyaki makan dan memasak katak
di dapur yang sama untuk menyediakan hidangan kepada pelanggan.
aku tak terkejut langsung, apalagi kalau pekerja kopitiam itu
terdiri daripada pekerja asing, bukan rendahkan mereka tapi
tahap kebersihan dalam minda mereka berbeza
dengan aras KPI kebersihan kita…opssss! Mungkin KPI aku sahaja
tak percayalah tu…cer baca semua entri aku pasal Dhaka
bukan nak menyoho, sekadar perkongsian pengalaman

aku memang tak kesah pasal makan
nasi panas dengan telur mata kerbau dan botol kicap pun okey aje
asalkan aku masak sendiri, tapi kalau makan kat luar
aku tak mampu nak kesan tahap KPI kebersihan dapur mereka
walaupun dapur rumah aku tu bukannya berkilat merelip relip
paling tidak, tak ada barang terlarang yang tak sepatutnya
itu pentingnya sijil halal, bukan hanya lambang “halal” digantung
namun libatkan operasi keseluruhan premis
Fuhhhhh! Macam orang KPDNKK pulak ya…tak ada kaitan!

Menurut satu akhbar, seorang gadis bernama Alia batalkan hasrat
Berbuka puasa di kopitiam sebuah pasar raya di Jelutong apabila seorang pekerja
Berbisik kepadanya "Kakak, saya cuma hendak beritahu kakak,
tadi baru saja tukang masak kami makan katak di dapur,"
Fuhhhhh! Kalau aku kat situ…sah muntah hijau kat meja tu jugak!
Ohhhhh sila ingat, aku memang kurang ajar, payah nak jaga susila hu hu hu
antara tukang masak makan katak dengan nasi lemak rendang babi
ada beza tak?

“Pelayan itu cuma beritahu tukang masak makan katak di bahagian dapur.
Katanya, ini bukan kali pertama tetapi sudah masuk kedua atau ketiga,”
Kopitiam itu mempunyai francais di seluruh negara
tetapi hanya memiliki sijil halal untuk kopitiam mereka di Kuala Lumpur sahaja.

Mmmm Nampak gayanya, aku kena lebih kuatkan semangat
untuk lebih hati-hati bila makan kat luar



Makan Katak di Kopitiam?


Nasib baik aku tak suka makan di kopitiam
Kedai mamak juga, tapi kedai mamak tertentu bolehlah sesekali singgah
dah banyak kes libatkan kopitiam sebelum ni
malah, sebelum ni pun pernah ada pelanggan terjumpa kaki katak
dalam pinggan mi goreng di kopitiam
tetapi isu tu panas sekejab je, kemudian lupa
mmmmm Melayu mudah Lupa kata Che Dat

Bila satu akhbar tulis tentang
pekerja kopitiam masak dan makan katak di dapur kopitiam
iaitu tukang masak di kopitiam disyaki makan dan memasak katak
di dapur yang sama untuk menyediakan hidangan kepada pelanggan.
aku tak terkejut langsung, apalagi kalau pekerja kopitiam itu
terdiri daripada pekerja asing, bukan rendahkan mereka tapi
tahap kebersihan dalam minda mereka berbeza
dengan aras KPI kebersihan kita…opssss! Mungkin KPI aku sahaja
tak percayalah tu…cer baca semua entri aku pasal Dhaka
bukan nak menyoho, sekadar perkongsian pengalaman

aku memang tak kesah pasal makan
nasi panas dengan telur mata kerbau dan botol kicap pun okey aje
asalkan aku masak sendiri, tapi kalau makan kat luar
aku tak mampu nak kesan tahap KPI kebersihan dapur mereka
walaupun dapur rumah aku tu bukannya berkilat merelip relip
paling tidak, tak ada barang terlarang yang tak sepatutnya
itu pentingnya sijil halal, bukan hanya lambang “halal” digantung
namun libatkan operasi keseluruhan premis
Fuhhhhh! Macam orang KPDNKK pulak ya…tak ada kaitan!

Menurut satu akhbar, seorang gadis bernama Alia batalkan hasrat
Berbuka puasa di kopitiam sebuah pasar raya di Jelutong apabila seorang pekerja
Berbisik kepadanya "Kakak, saya cuma hendak beritahu kakak,
tadi baru saja tukang masak kami makan katak di dapur,"
Fuhhhhh! Kalau aku kat situ…sah muntah hijau kat meja tu jugak!
Ohhhhh sila ingat, aku memang kurang ajar, payah nak jaga susila hu hu hu
antara tukang masak makan katak dengan nasi lemak rendang babi
ada beza tak?

“Pelayan itu cuma beritahu tukang masak makan katak di bahagian dapur.
Katanya, ini bukan kali pertama tetapi sudah masuk kedua atau ketiga,”
Kopitiam itu mempunyai francais di seluruh negara
tetapi hanya memiliki sijil halal untuk kopitiam mereka di Kuala Lumpur sahaja.

Mmmm Nampak gayanya, aku kena lebih kuatkan semangat
untuk lebih hati-hati bila makan kat luar



Kapal Tangki MISC TerBakar dan Meletup di Labuan


Hari buat kerja atas katil, sambil dengar Klasik Nasional
boleh gitu? Sila bersihkan minda anda ya pada bulan Ramadhan mulia ni
Celik mata je pagi-pagi gajah punya pagi tu,
terus buka lap top, buka fail dan sambung siapkan kerja
yang tak sempat dihabiskan sebelum subuh tadi
errrr maknanya…berapa kali tidur daaaaaa!
tak apa, tidur masa perlu, kalau tak otak beku
tak boleh buat kerja buat apa dok berjaga bagai
baik tarik selimut cari mimpi kan?
Gitulah jadinya pagi tadi…
kepala dah tepu mata tak leh buka dah

tengah kusyuk dok sambung kerja tetiba dengar berita
Sebuah kapal tangki bahan kimia dan minyak sawit milik MISC
Bunga Alpinia” telah terbakar di labuan, sabah 2.30 pagi tadi
kapal tangki berkenaan itu mempunyai 29 anak kapal
yang terdiri daripada 23 rakyat Malaysia dan 6 Filipina.
24 (anak kapal) telah selamat dibawa ke pantai
satu mayat telah ditemui dalam tragedi kebakaran dan letupan kapal MISC
tiga orang mengalami kecederaan manakala
5 orang anak kapal masih lagi hilang

Kapal itu berada bersebelahan terminal Petronas Methanol Sdn Bhd
kalau ikut berita di akhbar, kebakaran berlaku
ketika proses mengisi minyak di jeti

macam mana tu? Hal pertama adalah nyawa,
keduanya…apa jadi dengan bahan kimia dan minyak sawit tu?
hanya satu pertanyaan, sebabnya aku memang selalu suka tanya
macam yang selalu cikgu nasihatkan masa sekolah dulu
kalau tak tahu, sila bertanya…kita tak akan sesat
masalahnya, sangat banyak pertanyaan aku susah nak jawab
cer tanya Cik Bintang perangai aku bila nak tahu sesuatu
mesti akan cari jawapannya…habis tu sekarang ni,
aku kena pergi Labuan ke untuk tahu?
Mmmmm tengok je lah Buletin Utama malam ni!
Tu pun nak kena cakap huh u hu
Opssssss! Entri ni hanyalah monolog dalamanku sahaja!


PSSSST: ini laporan terkini tentang kebakaran dan letupan Bunga Alpinia di petik dari mstar;

LABUAN: Kebakaran di atas kapal tangki 'Bunga Alpinia' milik MISC Berhad, di sini pada awal pagi Khamis telah mengorbankan seorang anak kapal manakala empat lagi masih hilang.

Letupan yang berlaku dalam kebakaran pada 2.30 pagi itu, menggegarkan Labuan.

Anak kapal yang terbunuh dikenali sebagai Syahril Azmi Baharudin dan empat yang hilang dikenali sebagai Zahari Hashim, Mohd Hanafi Khairil, Mohd Nazim Kamsani dan seorang warga Filipina yang hanya dikenali dengan nama Colangoy.

Menurut MISC, kejadian itu berlaku ketika kapal berkenaan sedang mengisi metanol di terminal Petronas Chemicals Methanol Sdn Bhd di sini. Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Labuan, Zainal Madasin berkata, operasi mencari dan menyelamat dihentikan sementara pada jam 6 petang untuk membolehkan para petugas berbuka puasa dan disambung selepas itu.

MISC juga berkata, keluarga dan waris mangsa telah dimaklumkan berhubung kejadian itu. Talian hotline telah disediakan bagi keluarga mangsa yang terlibat untuk mendapatkan maklumat lanjut. Menurut MISC, kapal 38,000 DWT IMO II itu mempunyai 29 anak kapal yang terdiri daripada 23 rakyat Malaysia dan enam rakyat Filipina. Seramai 24 anak kapal telah berjaya diselamatkan.

Sementara itu, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas Chemicals Group Berhad, Dr Abd Hapiz Abdullah berkata, letupan itu berlaku selepas beberapa jam proses pengisian bahan kimia ke dalam kapal dilakukan. Proses mengisi bahan kimia itu memakan masa kira-kira 24 jam. Beliau berkata, dalam kejadian itu, hanya seorang sahaja kakitangan syarikat itu yang cedera dan mengalami kecederaan di mata. Katanya lagi, petugas syarikat Petronas Chemicals, yang identitinya tidak dimaklumkan itu bagaimanapun berada dalam keadaan stabil dan akan dirujuk kepada pakar mata esok.

Abd Hapiz juga berkata, pada masa kejadian terdapat 14 kakitangan Petronas Chemicals yang sedang bertugas di bilik kawalan. Mereka bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan. Terdapat kira-kira 200 kakitangan Petronas Chemicals yang bertugas di loji tersebut. Abd Hafidz menambah, ekoran kebakaran itu, operasi 'plant one' dihentikan sementara waktu, manakala 'plant two' tidak terjejas. Beliau juga mengesahkan tidak ada kebocoran berlaku di perairan Labuan berikutan kebakaran kapal MISC itu. Jelas beliau lagi, pihaknya memandang serius kejadian yang tidak diduga itu dan keselamatan merupakan keutamaan dalam operasi syarikat berkenaan.

Sementara itu, penduduk kampung berhampiran terminal Petronas, iaitu Kampung Patau-Patau 1 dan 2, yang terletak kira-kira 100 meter dari terminal berkenaan, awal pagi tadi telah dikejutkan dengan bunyi dentuman yang sangat kuat dan diikuti dengan gegaran. Salah seorang penduduk Maimunah Mahmud dari Kampung Patau-Patau 1 berkata, pada masa kejadian dia sedang memasak untuk sahur, dan keluarganya yang tidur masa itu semua terkejut lalu meluru keluar dari rumah untuk melihat apa yang berlaku.

"Dentuman itu diikuti dengan api yang menerjah ke langit. Kami semua panik bercampur takut ketika itu, bimbang kampung kami akan terbakar kerana rumah kami di hadapan tapak operasi Petronas itu," katanya. Awang Kadir Abdullah yang tinggal di Kampung Patau-Patau 1 ketika ditemui berkata, kejadian yang mengerunkan itu merupakan yang pertama kali berlaku di loji tersebut. Kejadian itu telah menimbulkan kerisauan di kalangan penduduk kampung mengenai keselamatan mereka kerana kedudukan kampung mereka yang terlalu dekat dengan loji itu, katanya.

"Kita tidak nafikan operasi metanol ini telah banyak menjana aktiviti ekonomi penduduk setempat, namun aspek keselamatan perlu juga diambil kira. Kita percaya pihak Petronas sedar akan perkara ini, dan kita tahu mereka sentiasa mengutamakan ciri-ciri keselamatan," katanya.



Salah Waktu Berbuka Puasa?


Pernah alaminya? Berbuka puasa pada waktu yang tak sepatutnya?
Terawal buka puasa, atau terlambat berbuka?
Dua-dua aku pernah alami…

Kes terawal berbuka berlaku tahun lepas

Kesahnya mudah sahaja:
TV kat rumah ni terletak di ruang keluarga kat atas
Kat bawah tak ada apa, luas je macam padang bola
Jadi aku pasang kuat sikit dan sibuk memasak di dapur
Goreng cekodok sikit sebanyak, lauk dan sayur
Biasanya satu lauk dan satu sayur je
Mana ada makan mewah-mewah dan membazir buang segala
tak sempat nak buang...Masak cukup-cukup tembolok aje
Sambil tu sediakan juga neskepe panas

Waktu petang, biasanya ada drama kat TV3
Aku hanya dengar je lah sayup-sayuo kat dapur
Entah macam mana, belum sempat siap masak
Azan dah bunyi kat TV, apa lagi, kelam kabutlah sekejab
Ingatkan aku yang berangan hingga tak sempat siap masak
Apa lagi nak hidang…jadinya, Terus je capai cekodok bawang tu sebijik
Terus ngap-gap kunyah kunyah sambil siapkan menggoreng
Sambil angkut semua makanan kat saperah kertas surat khabar
Tetiba terdengar bunyi azan...Lagi sekali azan?
Habis tu azan tadi apa ke benda?
Ternganga sekejab sambil pandang jam
Mmmmmmm tadi memang bukan azan ek?

Maknanya aku terawal lebih kurang lima minit berbuka puasa
Gara-gara drama kat TV dok laung azan juga

Kes terlambat berbuka juga berlaku tahun lepas

Kesnya sama juga, kelam kabut dok masak
Sampaikan tak TERdengar pulaknya dah azan
akhirnya termanggulah aku sensorang tunggu
hingga lebih masa berbuka 10 minit
bila rasa pelik je, kenapa lambat sangat waktu bukanya
cepat-cepat pergi semak jadual waktu berbuka
huh u hu dahhhhhhhhhhhhh lama orang lain buka
aku baru je nak berbuka ….




Rabu, 25 Julai 2012

Bonus Setengah Bulan Gaji @ RM500 Sempena Aidilfitri


Alhamdulillah, hari ni semua dah tahu yang
Penjawat awam akan dapat imbuhan @ bonus setengah gaji
Sempena Aidilfitri bakal tiba,
manakala bekas penjawat yang dah pencen juga turut
mendapat imbuhan sebanyak RM500

maklumat lanjut boleh kalian baca di sini


Bufet Ramadan Tanpa Sijil Halal Boleh Kena Tindakan


Makanan halal dan bersih mempunyai pengaruh terhadap
rohani dan jasmani individu…ramai yang tak ambil kesah hal ni
asal benda makan, main rembat je terutama kalau yang percuma
tak semestinya dalam bentuk makanan
duit syiling kat lebuh raya pun boleh masuk kategori ni
telur ayam jiran sebelah yang terbertelor dalam pasu bunga kita
pun masih dikira status halal haram tu
pendek kata, asalkan bukan hak kita, tetap haram kan?

Setakat ni, aku masih lagi berpegang kepada kepentingan “halal” makanan
yang aku suap, apalagi kalau makanan tu aku suap ke mulut lain
kalau aku was-was, rasa tak yakin walaupun ada tampal lambang halal
(sebelum ni sesiapa je pun boleh tampal lambang halal)
Aku sanggup tak makan walaupun lapar
tahan makan sejam dua bukannya mati…
bukan nak tunjuk alim ke apa tapi bagi aku apa yang kita makan tu
akan jadi darah daging, akan jadi darah mengalir satu badan
akan sebati dengan diri kita, dah lah Cik bintang kata
“aku ni keturunan pendekar” huh u hu mengalahkan Tok Janggut
bila dah naik angin tu, tebas gunung Kinabalu pun boleh roboh

makanan juga ada pengaruhnya terhadap perangai kita
cuba baca kisah Al-Ghazali, kisah-kisah orang alim
mereka berhadapan dengan masalah untuk menghafal
bila salah makan…padahal, bukan banyakpun salahnya
tersalah makan semut dalam air minuman je pun…susah nak hafal al-Qur’an
kalau kita, entah berapa kilo semut dah kita makan
itu sekecil-kecil contoh…
Rasulullah S.A.W sendiri pernah mengorek mulut cucunda baginda
(lupa dah saidina Hassan ke saidina Husin…jangan kata aku Syiah dah la ya
bila sebut nama cucunda baginda ni)
untuk keluarkan kurma yang sepatutnya hak perbendaharaan negara
sebiji je pun…adakah nilai sebiji itu sama ketakutannya dengan kita
zaman sekarang ni…makan main rembat je
kalau kat pejabat tu, tak kira siapa punya makanan kat pantry
belasah sampai licin…tuannya nak makan dah melopong!

Bila makan di hotel, atau mana-mana kedai makan tersohor
pernah tak kita terfikirkan halal tidaknya makanan di situ?
ataukah, kita sentiasa beranggapan semua hotel sediakan makanan halal?
ada tak sesiapa tahu bahawa jus atau kek yang kita order
mengandungi sedikit arak di dalamnya? Perasan tak?
kalau anda perasan, dan bertanya kepada mereka
selamba burung puyuh je akan dijawab:
kami tak pernah terima komplen dari sesiapa yang pertikaikan
jadi kami anggap semua orang suka dengan rasa begitu…
apa perasaan anda?
Itulah antara sebabnya mengapa daku tak akan makan
Di tempat yang aku was-was status halalnya
Walaupun di foodcourt beli belah terkemuka
Anda rasa daku melampau? Terlalu fobia?
Tak kesahlah…asalkan daku yakin dengan diri sendiri!

Pernah terfikir tak bahawa di Negara kita ni pun
kita tidak mampu untuk benar-benar pastikan yang
makanan @ minuman kita order itu benar-benar halal 100%?
kalau di Paris lainlah…kalau di Amsterdam lainlah…kalau di Frankrut
masih lagi kita kira lain walaupun sebenarnya kat sana
banyak terdapat makanan halal, lagi mudah kita nak kenal paasti
sebab mereka nyatakan apa ke benda yang diletakkan dalam tu
di Malaysia?
Pernah tak anda perasan sesetengah tempat
ada jual nasi lemak berendangkan babi?
kita tengok orang jual tu pakai tudung, kita anggap dia islam
rupanya indon tu pakai tudung sebab tak mahu rambutnya
jatuh ke dalam hidangan, bukan sebab menutup aurat
apa perasaan anda bila tetiba ada yang order
“nasi lemak rendang babi satu!”?
Tolong jangan muntah!

Jadinya, bila Jabatan Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK) Johor
akan mengenakan tindakan penguatkuasaan kepada mana-mana Restoran atau hotel
menggunakan perkataan bufet Ramadan tetapi tidak mempunyai sijil halal
kerana boleh mengelirukan umat Islam yang beranggapan
premis itu menyajikan makanan halal…aku sangat bersetuju. Sangat setuju!
Pengguna tidak akan tertipu lagi
Tindakan ini turut melibatkan premis yang menggunakan ayat al-Quran
sebagai melambangkan makanan orang Islam,
tetapi tidak memiliki sijil halal yang sah.
Banyak kedai macam mamak aku nampak buat macam ni
gantung ayat al-Quran macam nak roboh dinding…
rupanya bukan kedai orang Islam
orang Islam makan dengan berselera siang malam
tak tahupun ayam goreng yang sedap kat situ tak sembelihpun

Mana-mana pihak yang didapati bersalah buat Bufet Ramadhan tanpa sijil halal sah
boleh dikenakan denda RM1 juta atau penjara tiga tahun,
manakala bagi syarikat denda RM5 juta mengikut
Akta Perihal Dagangan 2011 yang telah dikuatkuasakan bermula 1 Julai 2012.

Bila hal lambang halal ni dah kuatkuasa seluruh Negara
dan aku tak perlu was was lagi
dah tentulah senang sikit untuk aku makan kat mana-mana kedai
tanpa risau dan terfikirkan ayam yang aku kunyah tu
sembelih ke tidak…harapnya, seluruh malaysia akan aktif
kuatkuasakan semua ni…mmmm bermaharajalelalah aku makan selepas ni!


Harga Kereta Turun Selepas Pilihanraya?


Fuhhhhhh! Aku sangat teruja
Nanti bolehlah aku beli kereta impianku itu
Selama ni rasa macam mimpi ngeri je untuk guna kereta impian
Selepas pilihanraya ke 13 nanti,
kemungkinan untuk impian jadi realiti tu ada walaupun peratusnya kita tak tahu
bolehlah aku guna kereta yang selama ini aku dok mimpi siang malam
mandi tak lena makan tak basah dek impian tu…

Parti Keadilan Rakyat (PKR) berjanji akan melakukan rombakan
terhadap Dasar Automotif Negara untuk menurunkan harga kereta
sekiranya pembangkang berjaya mentadbir Putrajaya selepas
Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) akan datang.
Pengarah Strategi PKR, Mohd Rafizi Ramli berkata
menerusi penstrukturan semula dasar berkenaan dapat mengurangkan
beban hutang rakyat sekaligus meningkatkan pendapatan boleh guna isi rumah rakyat.
duti eksais yang dikenakan kepada pembeli kereta sekarang juga akan dihapuskan

Menurut beliau: "Kereta yang paling kecil dengan dengan saiz enjin
di bawah 1,500 cc dikenakan duti eksais 60% dan cukai jualan 10 peratus.
Ini meningkat kepada 100 peratus jika kereta itu diimport
dengan tambahan cukai import sebanyak 30%
Ini bermakna, bagi sebuah kereta Perodua yang kecil pada harga RM40,000,
pembeli perlu membayar cukai sebanyak RM16,500,
kadar cukai ini sudah tentu lebih tinggi bagi kereta yang lebih besar,"
Pembeli terpaksa membelanjakan lebih separuh daripada gaji setiap bulan
bagi tujuan penyelenggaraan. Pentadbiran kerajaan juga mengabaikan
pelaburan dalam pengangkutan awam menyebabkan
pergantungan rakyat kepada kenderaan persendirian," katanya.

Laporan Kaji Selidik Pendapatan dan Kemudahan Isi Rumah 2009
dikeluarkan Jabatan Statistik, 53% daripada keseluruhan isi rumah di Malaysia
hanya berpendapatan RM3,000 ke bawah sebulan dan sebanyak 71.9%
keseluruhan isi rumah di Malaysia mempunyai dan
menggunakan kereta sebagai pengangkutan.

Jadinya…belum tentu lagilah harga kereta akan turun kan?
Kalau PKR menang di Putrajaya je…kalau menang tempat lain
Tak diambil kira…mmmmmm gitulah pulak
Baru je berangan nak usha ferari merah cili yang menyala-nyala tu,
berkilat merelip relip dok parking sebelah ferrari kuning Remy….
Errr aku tak kata Remy Ishak…ramai lagi Remy hensome kat Malaysia ni
Tambah lagi bukan ramai pun Remy yang ada ferrari kuning kan?

daku hanya melukut, aku sedar tu...berangan bukannya salah,
tak kena bayar pun!




Selasa, 24 Julai 2012

BERSIH 2.0 dah Tak Haram???


Untuk rakyat marhaen yang tak lah berapa tinggi manapun mengaji
errrrr itu bukan bermakna sijil aku tu sijil palsu ya
sijil tu aku dapat sebab belajar macam nak rak tonggang terbalik
siang malam macam tak cukup dunia nak kejar
bukannya bayar sijil tujuh lapan ribu, dalam seminggu dah bergelar graduan
namun belum tentu lagi reti pasal hal-hal perundangan
menteripun boleh terbabas salah faham, apalagi aku
yang berasal dari negeri paling miskin, dulu sekolah atap je

errrr sebenarnya, BERSIH 2.0 dah Tak Haram ke?
Sekejab haram, sekejab tak haram…mana satu betul ni?
Tak faham aku!

Mahkamah Tinggi hari ini membatalkan perintah Menteri Dalam,
Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein pada 1 Julai 2011
yang mengisytiharkan BERSIH 2.0 sebagai pertubuhan haram
Hakim Datuk Rohana Yusof berkata, beliau membenarkan petisyen
14 ahli Jawatankuasa Pemandu BERSIH 2.0, termasuk Datuk S Ambiga
untuk membatalkan perintah menteri itu berdasarkan:
“BERSIH 2.0 terdiri daripada gabungan badan berdaftar”

Dalam penghakiman setebal 30 muka surat, Rohana memutuskan
“keputusan mengisytiharkan BERSIH 2.0 sebuah pertubuhan haram
dibuat tanpa mengambil kira fakta berkaitan @ mengambil kira fakta yang tidak relevan.
"keputusan itu dicemari kerana dibuat secara tidak rasional," katanya.

alasan mengeluarkan pengisytiharan mengikut Seksyen 5 Akta Pertubuhan 1966,
seperti yang dinyatakan dalam pengumuman oleh menteri
(responden pertama Hishammuddin), tidak boleh berubah
dalam tempoh beberapa hari, "Adalah tidak munasabah
bagi sesebuah pertubuhan yang didapati menyalahi undang-undang
untuk alasan serius, seperti digunakan bagi maksud
memudaratkan ketenteraman awam dan keselamatan negara pada 1 Julai,
dan kemudian tidak lagi pada 5 Julai 2011," katanya.

Ohhhhhh! Itu ayat undang-undang…aku tak berapa nak faham
ilmu aku tak berapa nak cukup mentafsirkan tiap patah kata tu
kena tanya orang yang lebih layak ya…
ada sesiapa kat sini yang mampu menterjemahkan
laras bahasa undang-undang ni dengan lebih mudah difahami?

Pada 8 Julai tahun lalu, Ambiga dan 13 ahli memfailkan permohonan
semakan kehakiman bagi membatalkan perintah Hishammuddin
yang mengisytiharkan gerakan itu sebagai pertubuhan haram dan
menamakan Menteri Dalam Negeri, Ketua Polis Negara (KPN)
dan kerajaan Malaysia sebagai responden.
Selain memohon perintah certiorari untuk
membatalkan pengisytiharan perintah itu, mereka juga mahukan satu deklarasi
bahawa perintah itu batal dan tidak sah serta tiada mempunyai kesan.
Rohana berkata, walaupun boleh dikatakan BERSIH 2.0
adalah sebuah pertubuhan yang digunakan bagi maksud memudaratkan keselamatan
sebelum perintah itu dibuat, ia tidak boleh menjadi kes seminggu,
kerana selepas itu alasan berkenaan tidak lagi sah atau digunakan.

mahkamah juga turut menimbangkan notis kehakiman kenyataan awam
menteri (Hishammuddin) yang membenarkan perhimpunan BERSIH 3.0
pada 28 April lalu tertakluk kepada syarat ditetapkan pihak berkuasa.
keputusan untuk mengharamkan BERSIH 2.0 adalah menceroboh hak
yang dijamin di bawah Perlembagaan Persekutuan dan
tidak harus dibuat secara sewenang-wenangnya.
Selain itu, tiada tindakan diambil di bawah Akta Pertubuhan terhadap pemohon
walaupun mereka mengambil bahagian dalam perhimpunan itu
selepas menteri membuat pengisytiharan.

"Secara ringkas, BERSIH 2.0 tidak boleh menjadi sebuah pertubuhan
yang digunakan bagi maksud menjejaskan keselamatan pada 1 Julai 2011,
kemudian tidak lagi seminggu selepas itu. Malah sekiranya ia adalah sedemikian,
jadi pengisytiharan itu harus diketepikan sewajarnya," kata Rohana.
Peguam Kanan Persekutuan, Azizan Md Arshad berkata,
beliau perlu mengkaji penghakiman bertulis itu terlebih dulu
sebelum mendapatkan arahan lanjut daripada Pejabat Peguam Negara.

Jadi, keputusannya dah tak haram ek?
Mmmmmm apa-apa je lah labu…asalkan tak terpesong akidah,
ubah ajelah berapa kali nak ubahpun
tapi kalau dah pesongkan akidah hingga boleh sebabkan murtad
jangan dok buat pasai…kang sekeh kepala baru tau!

Pertubuhan BERSIH 2.0 tu yang tak haram ya....adusssss!





Hebatnya Wanita Malaysia


Seronok tengok wanita kat Malaysia ni jadi hebat
bangga betul…sangat jauh kemajuan golongan wanita di Malaysia ni
sangat terkehadapan...hebat pencapaian mereka...
panjat gunung tertinggi di dunia dah ada
penerbangan solo di antartika pun dah ada
Gabenor bank Negara pun ada juga
usahawan wanita pun makin lama makin ramai
cantik comel belaka…ayu rupawan tu
tahniah wanita Malaysia yang hebat-hebat!

Bukan takat tu je, wanita Malaysia juga hebat dikalangan lelaki Nigeria
bangga je mereka berkepit, bangga je jadi keldai peliharaan
banyak dah kes kita tengok betapa hebatnya
wanita Malaysia kantoi dengan dadah
kali ni lagi hebat, dicari Polis Korea Selatan
awalnya, mereka ini menahan seorang wanita Indonesia
kerana terbabit melakukan penipuan berkaitan gempa bumi Jepun
dan tsunami Mac tahun lalu, ekoran itu
polis turut meminta Interpol menahan tiga suspek lain iaitu;
seorang wanita Malaysia berusia 33 tahun, seorang warga Nigeria
dan lelaki yang didakwa warga Amerika Syarikat (AS).

Tahun lalu, suspek wanita Malaysia itu menghantar e-mel
kepada seorang lelaki Korea Selatan, bagi tahu dia bekerja di sebuah bank di Malaysia.
Katanya, seorang pelanggan warganegara Jepun yang mempunyai deposit AS$4.2 juta
di sebuah bank terbunuh dalam tsunami bersama ahli keluarga lain.
Jadi, wanita Malaysia si pegawai bank tu cadangkan lelaki Korea tu
Buat tuntutan wang terbabit dan mengaku ahli keluarga pelanggan Jepun yang terbunuh.

Lelaki Korea tu terpaksa keluarkan 110 juta Won (AS$96,000)
bagi tujuan pemalsuan dokumen ahli keluarga dan bank
tunggu punya tunggu tak dapat jugak, lelaki Korea yang kacak tu
dah tak sabar lalu buat laporan polis April lalu.

Itulah ceritanya…cerita yang sama sebegitu ramai orang Malaysia
kerugian setiap tahun dek cinta palsu, cenderahati palsu dan
kes yang serupa…mungkin baru melanda Korea kot
Ohhhhhh! Aku terkenangkan Lee Ji hoon, Lee Dong Wook
yang Nampak macam gay tu…opsss! Itu kata-kata seorang aku
yang gagal dapat cinta sejati lelaki kacak dari Korea
Ohhhhh…Hyun Bin! Ngapalah kau kacak gila?
hari-hari hatiku tergila-gilakanmu!



Isnin, 23 Julai 2012

Peluang Gandakan Pahala Ramadhan Sedekahi Anak Yatim


Setiap kali datangnya Ramadhan, aku sentiasa akan cuba letak entri
tentang keluarga arwah sepupu aku kat sini.
Dah tiga entri aku tulis tentang mereka iaitu;

Anda prihatin
Sumbangan ramadhan untuk anak yatim
Terima kasih kerana prihatin dengan mereka

Awal Jun lepas, aku balik kampong seminggu
Musim Piala FA Kelantan final aku kat kampong
Pengalaman tu ada aku tulis dalam entri lepas,
Malas nak cari link, sila cari sendiri kalau rajin nak baca

Peluang balik kampong memang bukan selalu
itu juga peluang untuk ziarahi keluarga terdekat
termasuk pakcik aku, dah uzur dia…
masa pergi jumpa pakcik, kebetulan si Angah ada di rumah toknya tu
dialah yang sibuk di dapur buatkan air untuk pompuan cantik jelita
yang berkunjung rumah toknya tu
sedap tau minum teh anak bujang hensom nan pemalu buat
kalau boleh nak minum satu jug huh u hu

Khabar baru perkembangan Angah agak memberangsangkan
keputusan SPM dia cemerlang, lupa dah keputusan secara detail
dia dah pergi interview untuk masuk maktab perguruan
[Dari gaya ceritanya dia nampak lebih minat jadi cikgu
Mungkin sebab dia nak kerja cepat kot…kesian tengok mak kerja kuat]
tapi keputusan untuk maktab masib belum keluar
jadi, dia akan ke matrikulasi di Perlis sambung belajar
kalau dapat tawaran masuk maktab perguruan,
baru dia putuskan semula mana arah tujunya
sekarang ni rembat je apa yang melintas depan mata
Wahhhhhh! Untuk usia sebegitu…
dengan semua orang sibuk dengan urusan hidup masing-masing
dan hidup di kampong bersama tok…
dia sangat tahu apa yang dia nak!

Adik perempuannya masih di MRSM Trengganu
semoga mencapai kejayaan untuk menggalurkan masa depan keluarga
manakala abang sulungnya dah ada kerja tetap
walaupun hanya kerja ladang, pendapatan bulanan dari Ladang Rakyat
satu projek penanaman semula getah bawah Kerajaan Negeri Kelantan
ohhhhh kira angah kerja dengan gomenlah ya…Kelantan punya gomen

menurut Angah, Along dah banyak berubah
dulu dia memang sangat rapat dengan arwah ayahnya
bila arwah pergi, dia macam hilang arah…pelajaran hancur,
selepas SPM kerja macam-macam, tapi tak tetap
lompat memilih kerja itu ini nak gaji besar dengan kerja mudah
dapat gaji yang tak seberapa, habis macam tu saja

Alhamdulillah, dia cepat sedar…dengan satu pengalaman sahaja
kononnya dia simpan duit untuk kerja di Pulau Pinang
maklumlah budak muda, nak gaji lebih sikit
nak merasa tinggal di Bandar…seronok kononnya
bila ada orang kata boleh tolong carikan kerja
melompat dia terjun ke Penang walaupun toknya tak setuju
semua duit yang ada digunakan buat modal untuk kerja baru
namun, bila ke sana, tak ada pun kerja
dengan sijil SPM apalah sangat boleh buat
orang yang janji nak carikan kerja tu pun tak sempat cari

Duit simpanan dah susut, kerja tak ada…
akhirnya terpaksalah ambil keputusan balik kampong semula
Alhamdulillah, itu buatkan dia insaf
buatkan dia sedar bahawa hanya diri sendiri boleh ubah hidup
tak boleh nak harapkan orang
sebelum ni, dia tak boleh terima hidup susah
bangun awal dan pergi kerja berpenat itu liat dia nak buat
maklumlah, dia masih lagi remaja
jiwa nak seronok tu masih tebal, semangat nak berkawan tu tinggi
padahal bukan semua kawan boleh jadikan kita orang
masa seronok memanglah ramai kawan

balik dari Penang, dia berubah entah berapa ratus peratus
malah, dia sanggup kerja ladang tanpa guna sijil SPM pun
seawal 6.30 pagi bermotor buruklah dia masuk ladang
jam tujuh sampai di tapak semaian getah
dan perlu teruskan perjalanan 30 minit lagi masuk jauh ke tempat tanam

menitik air mata aku dengar
sebab sebelum ni dia macam tak boleh terima apa yang berlaku
dia tak boleh terima arwah ayahnya dah pergi
pelajarannya terabai hingga SPM cukup-cukup makan je
bila kerja pun, tak pernah tetap satu tempat
duit gaji habis begitu sahaja tanpa perancangan
bila dia tetiba gigih dan mula menerima hakikat
perjalanan hidupnya dah berubah sejak arwah ayahnya pergi
aku sangat bersyukur…syukur sangat-sangat
Alhamdulillah, pengalaman di Penang yang sedikit itu
telah berikan dia iktibar mulakan satu anjakan dalam hidupnya sendiri
dia masih muda, masih jauh lagi perjalanan hidup kena tempuh
kalaupun dia tak boleh ubah nasib keluarganya
paling tidak, dia tidak tambah beban yang ada

Antara Along dan Angah memang jauh berbeza
angah bukan sahaja cerdik tapi matang, rajin,
mungkin dia sedar, dialah wira bakal ubah nasib keluarga
kematangannya tu buatkan aku malu
betapa tidak banyak mampu tolong dia padahal
kami terlalu dekat dengan dia dan keluarga

Sebenarnya, ramai yang nak bela anak-anak yatim ni
tapi Kak Nur tak nak pisahkan mereka adik beradik
dia sanggup bersusah payah kerja besarkan mereka
dan dia tak pernah mengeluhpun dengan semua yang berlaku
tak pernah memohon atau meminta apa-apa
namun kami tahu, bila anak-anak makin besar
keperluan mereka juga makin bertambah terutama
keperluan persekolahan. Anak-anaknya pula pandai
jadi, sangat sayang kalau terkandas tengah jalan

aku tampal semula no akaun Bank Islam

Nama: Mohamad Hasyir Ashfal bin Hapani & Normain Bt. Omar
(akaun bersama dengan anak bongsu)
No. Akaun: 03-072-02-087969-6 Bank Islam.

Sekiranya ada antara kalian berniat nak bantu anak-anak yatim
bolehlah sedekahkan ke akaun berkenaan
kami hanya bantu apa yang terdaya sahaja
biarpun dari jauh sebegini. nasib baik urusan bank boleh klik-klik je
jauh pun boleh bank in tak payah jumpa mata

Kak Nur memang tidak akan meminta, namun
aku sentiasa sahaja beri peluang kepada anda
untuk tambah saham akhirat terutama pada bulan Ramadhan mulia ni
mereka anak kepada arwah sepupu aku,
aku boleh sahkan memang mereka anak-anak yatim
6 orang semuanya, hingga sekarang kak Nur belum kahwin semula
(hingga catatan ni ditulis, raya nanti akan dapat cerita terkini)

tidak ada dikalangan keluarga kami yang tahu
aku tulis entri ni, malah tiap kali aku bank in ke akaun ni
hanya mesin ATM tu je yang tahu
mereka sendiri pun tak tahu sebab bagi aku
kebaikan yang kita buat biarlah tak siapa tahu kecuali
masa bagi duit raya untuk mereka
opssss! Aku tak bagi duit raya, tapi
aku bagi sumbangan masa mereka nak sambung belajar
sebab amalan duit raya tak ada dalam kamus aku
jadi, anak buah aku tiap tahu kata:
aku ni makcik yang kedekut

tak apa aku kedekut duit raya pun
sebab aku tak kedekut beli buku untuk mereka
boleh gitu? Belasah je lah labu!

Selamat beramal!

Pengalaman Cemas Pelajar Malaysia di Syria


Kita semua memang tahu keadaan di Damsyik memang tak selamat
urusan untuk menghantar pulang rakyat Malaysia di Syiria giat dijalankan
dengan kumpulan pertama mereka bakal tiba Selasa, esok
sama-sama kita doakan mereka selamat sampai ya…

Kalau baca Kosmo, kita boleh salami pengalaman cemas di Syiria
Seorang pelajar Malaysia yang baru pulang ke Syria
setelah bercuti di Istanbul, Turki
ceritakan saat cemas untuk kembali ke Damsyik ibu kota Syria
dengan helikopter tentera berlegar di udara sambil melepaskan tembakan.

Pelajar tersebut, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman, 25,
Menceritakan mulanya, dia menaiki bas dari bandar Aleppo menuju Damsyik.
tiba di Jisir Baghdad, pihak tentera menahan kumpulannya
dan tidak membenarkan mereka meneruskan perjalanan.
Dia terpaksa berjalan kaki sejauh 25 kilometer untuk ke Damsyik
namun bersyukur dapat menumpang sebuah lori bersama 3 rakan warga Syria,

Syria bergolak dengan perang saudara bila
Presiden Bashar Al-Assad enggan letak jawatan
menyebabkan kumpulan pemberontak meneruskan perjuangan
menentang askar-askar Syria sejak Mac tahun lalu.
Lamanyaaaaaaaaaaaaa!

Dia tiba di pinggir bandar Damsyik pada pukul 7.30 malam,
sebuah helikopter berlegar di ruang udara sambil melepaskan tembakan
ke arah sebuah bangunan…“Bunyi letupan meletus berselang-seli
dengan bunyi tembakan ke udara”
mereka sangat takut dan tidak putus-putus berzikir dalam hati
supaya dapat pulang dengan selamat
menurutnya, tidak kelihatan mayat tetapi banyak bangunan rosak
rakyat Syria banyak membantu memastikan keselamatan pelajar Malaysia di sana
Jika ada pelajar Malaysia yang pulang lewat daripada kuliah,
beberapa orang penduduk yang lengkap bersenjatakan parang dan kayu
akan mengiringi pelajar kita pulang ke rumah dengan selamat.

Subhanallah, baiknya mereka.
dengan keadaan yang sangat tak selamat kat sana
memang patut benar mereka dibawa pulang
lagi cepat lagi bagus, mungkin pengalaman bawa pulang pelajar di Mesir dulu
banyak membantu tambah kecekapan pentadbiran.

sebarang pertanyaan mengenai proses pemindahan rakyat Malaysia di Syiria
boleh menghubungi talian Bilik Operasi 03-88874570







Ahad, 22 Julai 2012

Segmen Promote Blog By Jal


Tetiba aku tersepak blog ni…entah kat mana,
tak tahu macam mana…
bila ke blognya…teruja sebab link blog dia sangat chumil!



Aku juga gila purple…jom sertai Segmen Promote Blog By Jal
comey kan gambar tu...try klik kalau tak caya hu hu hu





Pencuri Licik Di Petronas Syeksen 16 Bandar Baru Bangi

Aku kongsikan satu rakaman CCTV di stesen minyak Petronas
yang terletak di syeksen 16 Bandar Baru Bangi
rakaman ini memaparkan 2 lelaki tak berapa nak hensem isi petrol,
salah seorang daripadanya masuk kereta sebelah
ambil beg dan berlalu pergi macam tu je tanpa rasa bersalah
sempat lagi tu mencuri kat stesyen petrol ...
cuba tengok video bagaimana lelaki ni mencuri di stesen minyak;



Oohhhhh sangat tak kacak lelaki itu
Bila dah terlalu biasa ambil barang orang
Sangat cekap dan selamba cekodok je samun harta orang
walaupun di stesen pam minyak yang ada CCTV

Peringatan kepada diri sendiri sebenarnya
Bila kat stesyen minyak, selalu je anggap selamat
Selalu je ingat CCTV buatkan orang takut nak menyamun
Padahal ada jugak orang yang tak heranpun
Selamba zirafah je dia rembat

Mulai hari ni, aku berazam untuk lebih hati-hati
Sepanjang masa nak keja waspada
Bukannya sebab aku selalu bawak duit banyak
Atau ada barang-barang berharga sangat, tapi…
Sebab tak ada banyak duit dan tak mampu pakai gelang emas bagai
Maka aku perlu lebih waspada
Telefon cap ayam tu memang tak ada siapa berkenan
Tapi kalau tersalah disapu penyangak
Susah juga nak dapatkan yang baru walaupun murah
Namun, kalau dah waspada, dah hati-hati
Tapi masih juga nak hilang, nak kena samun
…itu namanya takdir!
Paling penting, kita dah usaha kan?




Kedutaan Ditutup, Pelajar Diarah Pulang Dari Syria


Kerajaan telah memutuskan semua rakyat Malaysia dan pelajar di Syria
dibawa pulang ke tanah air serta merta berikutan pergolakan
yang semakin meruncing di negara Timur Tengah berkenaan.

Kedutaan Malaysia di Syria ditutup serta merta manakala
penjawat awam termasuk Duta Besar Malaysia kembali ke tanah air
atas faktor keselamatan berikutan pergolakan yang semakin meruncing.

proses pemindahan pelajar Malaysia dari Syria akan dimulakan segera
bagi elak kejadian tak diingini
Pemindahan diselaraskan Kementerian Luar Malaysia dan
Majlis Keselamatan Negara bersama Kedutaan Besar Malaysia di Damsyik.
Duta Besar Malaysia dan 4 orang pegawai kedutaan akan turut pulang
buat sementara waktu selepas proses pemindahan pelajar diselesaikan.

Terdapat 138 rakyat Malaysia; terdiri daripada 128 pelajar
dan 10 ekspatriat yang berdaftar dengan Kedutaan Malaysia
dilaporkan berada dalam keadaan selamat.

Kementerian telah membuka Bilik Operasi
orang awam boleh menghubungi talian 03 - 8887 4570
untuk sebarang pertanyaan mengenai proses pemindahanpelajar di syiria

PsssT: baik juga mereka diangkut bawak balik dari Syiria,
Keselamatan diutamakan, nyawa tak ada harga…
sambil tu bolehlah berpuasa berhari raya bersama keluarga
kita doakan semua mereka selamat kat sana
doakan juga pergolakan di selatan Thai mereda
dan saudara kita di sana menjalani ibadah puasa
dengan lebih tenang





Sabtu, 21 Julai 2012

Imbuhan Aidilfitri Ikut Kemampuan Kerajaan


PM kata Pemberian imbuhan @ bonus sempena Aidilfitri
kepada penjawat awam bergantung kepada kemampuan kerajaan
PM berwajah ceria berkata beliau akan melihat 'buku kira-kira' kerajaan
terlebih dahulu berhubung perkara itu selepas majlis
penyampaian sumbangan cek Durian Runtuh FELDA Fasa 2
dan pakaian kepada Pegawai-pegawai Masjid serta
sumbangan Apron kepada peniaga dan
bantuan cermin mata kepada penduduk Pekan di Dewan UMNO Pekan.

"Nantilah kita semak-semak dahulu, belek-belek dahulu,
kena tengok-tengok buku kira-kira dahulu...kalau apa-apa pun
kita semak dahulu, apa-apa keputusan mesti berdasarkan
kepada kemampuan kerajaan," katanya kepada pemberita di Pekan
ketika diminta mengulas tuntutan Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja
Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) mengenai pemberian imbuhan itu.

Pada 16 Julai, Presiden CUEPACS, Datuk Omar Osman, berkata:
pihaknya sedang mencari pendekatan terbaik
bagi memastikan 1.4 juta penjawat awam mendapat imbuhan itu
dan tidak menyebabkan pihak tertentu mengambil kesempatan
seperti menaikkan harga barangan.

PsssT: maknanya, memang adalah imbuhan @ bonus hari raya Aidilfitri
untuk tahun ni kan? Ada orang kata, selagi belum PRU13,
bonus @ imbuhan hari raya wajib ada
aku juga yakin akan ada bonus raya tu…Cuma tertanya-tanya
berapa jumlahnya…sangat penting untuk tahu
sebab boleh rancang untuk beli keperluan
sebabnya: gaji aku untuk dua bulan ni kena kumpul
buat bayar yuran tertunggak dan juga yuran semester depan
jadi, aku doa-doa PM kita yang baik hati tu (ayat bodek tak reti)
bagilah banyak-banyak sikit..4-5 bulan gaji pun aku tak marah
huh u hu boleh gitu? sabaQ! sabaQ! Jangan marah…
kang kurang pahala puasa!




Saat Hatiku Tersentuh…Marhaban Ya Ramadhan


Alhamdulillah, Ramadhan kita ketemu lagi sekali
Alhamdulillah, kita berpeluang sekali lagi
Untuk sama-sama mengejar bonus bonanza Ramadhan
Ramadhan itu bulan ujian...moga kita berjaya harunginya

Di kesempatan ini, aku ingin merakamkan ucapan
Selamat menjalani ibadah puasa dan mengait segala kelebihan
Sepanjang Ramadhan bulan penuh keberkatan ini
Semoga amalan kita tahun ini lebih baik
Berbanding tahun-tahun sudah
Semoga kita manfaatkan sepenuhnya
Dan barakah Ramadhan yang mulia ini moga-moga
Turut melimpahi seluruh hari kita

Maaf zahir batin seandainya ada catatan di sini mengguris luka
andainya ada tutur kata menyentap jiwa
mengusik minda …andai daku menyentuh hatimu
tanpa sedarku, ampunkan daku, maafkan daku!
Selamat berjuang sepanjang Ramadhan ya…

Bagi yang nak hayati puisi Ramadhan

Yang dah kerap juga aku ulang siar semula
Bolehlah baca semula di entri Marhaban Ya Ramadhan



`pembunuhan bermaruah’ di Pakistan


Sekurang-kurang 705 wanita terbunuh di Pakistan tahun lalu
dalam kes jenayah yang dikenali ‘pembunuhan bermaruah’;
biasanya dilakukan oleh golongan lelaki terhadap ahli keluarga wanita
yang disyaki mempunyai mempunyai hubungan sulit dengan lelaki lain
ataupun yang berkahwin tanpa restu keluarga.
Aduhaiiiii kahwin tanpa restu pun kena bunuh jugak?

Media Pakistan yang memetik Yayasan Aurat,
sebuah badan organisasi yang mempertahankan hak-hak wanita,
dalam satu laporan berkata; kes-kes pembunuhan bermaruah itu
meningkat sebanyak 6.7% tahun lalu berbanding tahun sebelumnya

Bayangkanlah kalau cara ni dilakukan juga di Negara kita,
berapa ramai kena bunuh agaknya?

Persoalannya: kalau lelaki pulak yang curang @ ada hubungan sulit?
siapa akan bunuh mereka?
maaflah ya…imaginasi aku memang tanpa kawalan,
aku suka berfikir dengan cara yang berbeza dari orang lain
ada sesiapa nak jawab tak kemusykilan tu?




Jumaat, 20 Julai 2012

Keputusan Perlawanan Persahabatan Kelantan vs Queens Park Rangers


Malam pertama puasa, Kelantan The Red Warriors, TRW
Telah bertemu kelab Liga Perdana Inggeris Queens Park Rangers, QPR
dalam satu perlawanan bola sepak persahabatan
berlangsung di Stadium Shah Alam jam 9.15 malam
selepas solat sunat terawih…gomo tetap gomo!

Walaupun tiketnya boleh tahan juga harga,
Boleh beli baju raya dah tu…namun diskaun tiket diberi kepada pelajar
Dan TV1 ada siaran langsung pula,
Gamaknya berapa ramai masuk tengok?
Kuat je aku dengar soraknya, gendangnya…

Jadi apa keputusannya?
setakat ini, keputusan tak rasmi adalah seperti berikut:
Kelantan The Red Warriors, TRW: 0
Queens Park Rangers, QPR: 5 (minit ke 17, 41, 52, 72, 90)

Hari ini, Skuad bola sepak Kelantan menerima ganjaran wang tunai
RM1.075 juta kerana berjaya mempertahankan kejuaraan Liga Super
dua tahun berturut-turut. Jumlah itu terdiri daripada
RM750,000 kerana juarai Liga Super musim ini dan
insentif Liga Malaysia 2012 sebanyak RM325,024.
Fuhhhhhh! Mokcik kayoooooo!

Sasaran TRW selepas ni bawa balik Piala Malaysia September depan
Gomo tetap gomo, gomo kelate gomo!

PssssT: Nak tidur dululah ya...kepala menyengat pulak hari ni
karang nak bangun sahur pulak kan? kena bangkit awal
kang sahur dengan air paip si kola pulak...naya!
esok ajelah aku kemaskini keputusan mutakhir yaaa...

Komen aku: perlaawanan persahabatan antarabangsa dengan pasukan yang kuat
besar badannya dan lebih kasar agak bagus sebenarnya untuk beri pendedahan
kepada pasukan kita. aku sokong sangat...team kita akan lebih berkerja keras
walaupun tahu pasukan tu kuat, jadi ketahanan mental pasukan juga akan meningkat
walaupun kalah dalam perlawanan ni, tapi aku sentiasa bangga dengan pasukan kelantan
lawan tetap lawan, gomo tetap gomo, menang kalah lain cerita
aku juga ada tengok salah seorang pemain kelantan dikasari
badannya taklah besar sangat, sekali tolak dek pemain lawan...
terlambung gedebuk dia jatuh atas padang. aku yang tengok ni pun terasa nyilu
mesti sakit punya tu...

walaupun kalah teruk juga, tapi aku yakin team TRW mendapat sesuatu
yang lebih bernilai dari kemenangan itu sendiri...pengalaman tak boleh dibeli
teruskan gomo TRW...insyaAllah kita junjung Piala Malaysia pulak hujung tahun nanti ;)




Duit Raya Untuk Peneroka Felda


Hari ni, Perdana Menteri kesayangan masyarakat felda itu
Memberi jaminan bahawa peneroka felda akan dapat duit raya
Peneroka yang sedia akan dapat dalam jumlah yang lebih banyak

Jadi, Usah curang ya…sila setia!

Joget Lawa Lava Tengahari Jumaat


Aku tahu hari ni hari jumaat, tapi…
Aku nak juga joget lawa lava senang hati
Esok dah puasa ek?
Jom joget joget la la la Joget Lawa Lava

Dikir lawa Dikir - Lawa Lava Lawa - Aris kapilla & Jemy Intan Berlian



Ulang lagi…putar lagi jom Joget Lawa Lava!
Joget Lawa Lava! Joget Lawa Lava!
Untuk kesihatan pinggang juga…





Video Debat Sinar III Orang Muda Pilih Siapa?


Panas tak Debat Sinar III yang berkisar tentang isu
Orang Muda Pilih Siapa? dalam pilihanraya terdekar nanti?
Aku terlepas untuk tengok Debat Sinar kali ni
Biasanya memang tunggu depan TV, tapi kali ni tak boleh elak
Ada hal yang lebih utama dari debat berkenaan

Baliknya, terus godek cari kalau-kalau
Dah ada sesiapa upload video debat sinar III ni
Alhamdulillah, akhirnya jumpa.
Bagi sesiapa yang senasib dengan aku,
Bolehlah tengok video rakaman debat sinar ke 3 ini;

Pusingan pertama



Pusingan ke dua




Pusingan ke tiga



Puas hati? Tak puas hati?
Tak apa…tengok dulu, kemudian fikir
Seterusnya cari maklumat pasal hal ni
Akhirnya, jangan lupa pula mengundi.



Khamis, 19 Julai 2012

Puasa Ditetapkan Pada Sabtu


Penyimpan mohor besar raja-raja telah mengistiharkan
Bahawa tarikh permulaan puasa bagi seluruh Negara
Telah ditetapkan pada hari sabtu 21 Julai 2012

maka dengan ini juga,
aku ambil kesempatan untuk mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa
kepada semua yang membaca blog ini sama ada sengaja datang baca
atau tersesat di alam maya terlontar terkapai-kapai kat sini
semoga puasa kita pada tahun ini lebih baik dari tahun-tahun sebelum ni

PsssT: Jangan lupa jemput aku b erbuka puasa sekali ya
cedih tau buka puasa sorang-sorang,
mek ayah kita jauh tau...kat kampung sana
sob! sob! sob!


Debat Sinar III: Orang Muda Pilih Siapa?


Debat Sinar III akan berlangsung pada jam 5 petang
di Auditorium Kumpulan Media Karangkraf boleh ditonton
menerusi saluran Astro Awani, Bernama Radio 24 dan mobtv
mulai jam 9 malam pada hari debat.
Moderator kali ini Prof Datuk Mohamad Abu Bakar,
Pensyarah Jabatan Pengajian Strategik dan Antarabangsa,
Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya.

Debat Sinar kali ini menggandingkan Ketua Pemuda Pas, Nasrudin Hassan Tantawi
dengan Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sekretariat Ulama Muda Umno,
Fathul Bari Mat Jahaya pada petang nanti
Kalau ada peluang, sama-samalah kita tengok atau dengar ya
dan nilaikan sendiri kedua-dua tokoh ini
kemudian, Tanya hati pula…siapa yang anda pilih

Aku? Rasanya macam tak sempat nak tengok je
maklumlah, malam JUmaat kan hu hu hu

PsssT: rasa macam nak balik kampong je
Mmmmm kalau balik ok tak?
Ke balik awal masa nak raya nanti?
Mmmmm kena pikir panjang dulu ni…



Imam Dapat Durian Runtuh?


Bagi sesiapa yang baca Utusan Malaysia akan terbaca tentang
Seluruh Imam satu Malaya akan dapat durian runtuh
Pengumumannya akan dibuat oleh Perdana menteri di Serdang hari ni
dalam Majlis Perhimpunan Perdana Warga Imam dan
Jawatankuasa Masjid seluruh negara dianggarkan dihadiri 10,000 orang
Perhimpunan bersama PM itu diadakan
di dewan konvensyen Taman Ekspo Pertanian Malaysia, Serdang

selain durian runtuh kepada Imam dan jawatan kuasa masjid
yang jumlahnya dianggarkan 135,000 orang
pemberian juga meliputi juadah istimewa kepada masjid-masjid
sepanjang bulan Ramadan juga akan bermula Sabtu ini
Terdapat 14,254 imam di seluruh negara.
Jumlah masjid pula adalah 6,472 buah
surau untuk solat Jumaat pula sebanyak 640
manakala surau biasa berjumlah 16,834 buah.

PsssT: teringin nak makan Musang King
Mana nak cari ya?

Imam dan Jawatankuasa Masjid berpeluang dapat giliran tunaikan haji percuma
dengan lebih cepat berikutan penambahan 300 tempat kepada mereka pada tahun ni




Terjun Dari Menara Telekomunikasi Di Sepang, Seorang Konstabel Maut

Hari tu heboh pasal cubaan bunuh diri bapa jaguh badminton Negara
Datuk Lee Chong Wei dikatakan cuba terjun jambatan Pulau Pinang
Hari ni Seorang konstabel dari Balai Polis Sungai Buloh meninggal dunia
selepas terjun dari menara telekomunikasi
dalam kawasan Ibu Pejabat Polis Daerah Sepang di sini, kira-kira jam 10.15 pagi.

Anggota trafik itu yang sedang menjalani kursus menunggang motosikal ringan
dikatakan mengalami masalah kemurungan.

Rabu, 18 Julai 2012

Diskaun 50% Tiket Perlawanan Kelantan-QPR


Ni berita baik ni…
Perlawanan persahabatan Kelantan menentang Queens Park Rangers
di Stadium Shah Alam, Jumaat ini…kepada kaki bola, sila jangan lupa ya!
Ada diskaun sehingga 50 peratus tiket bola kepada penuntut IPT rupanya
Hu huh u ada sesiapa nak tiket berdiskaun tak?
Hanya tunjuk kad pelajar di mana-mana institusi pengajian tinggi
Boleh dapat diskaun tiket…ada sesiapa nak belanja aku tak?
Aku ada kad pelajar ni la la la boleh dapat diskaun
Suka! Suka! Suka! Errrr…satu tiket je ke untuk satu kad pelajar?

Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa),
Tan Sri Annuar Musa kata, Kafa memperuntukkan 5,000 tiket RM53
untuk dijual pada potongan 50 peratus mulai hari ini dan esok.
kaunter tiket akan mula dibuka di Pejabat Hal Ehwal Pelajar UiTM Shah Alam
penuntut hanya perlu menunjukkan pas matrik mereka
kena pergi UITM lah ni kalau nak dapatkan tiket bola diskaun

Bagi pelajar luar Shah Alam boleh menghubungi Fazilah
dari Pejabat Hal Ehwal Pelajar Puncak Alam di talian 019-6401062
haaaaaa….mudah sikit, hanya telefon je
jommmmm telefon!
Tapi, kalau satu kad matrik layak beli satu tiket je
Tak kan aku nak pergi tengok sorang-sorang?
Bahaya tu…nak pergi dan nak balik nanti sensorang
Sekarang ni wanita yang bersendirian dah jadi sasaran penyamun
Tak selamat! Ada sesiapa nak teman aku tak?
Tiket bayar sendiri, termasuk tiket diskaun yang aku dapat tu
Hu hu hu kalau tak kuasa nak pergi, habaQ je lah awal-awal kan,
Tak payah nak putar belit ayat la la la la

Tingkatkan Kawalan keselamatan di pusat beli-belah


Sokong sangat bila Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Arjunaidi Mohamed kata
tahap keselamatan di pusat beli belah perlu ditingkatkan
sekarang ni, makin berleluasa pula kes ragut, samun, rompak kemudian bunuh
tu belum campur rogol lagi…macam sangat tak selamat dah
nak bergerak di negara paling selamat di asia tenggara ni…
kaum wanita yang bersendirian jadi sasaran penjenayah
ohhhhh! Sangat rasa tak selamat
nak kena gaji pengawal keselamatan dua tiga orang ke pulak?
itu lagilah tarik perhatian…kaya raya lainlah
ni…dah lah kayap, nak bayar gaji dengan apa?

Dulu Wardina Safiyyah trauma rumah kena pecah,
kemudian rumah mawi pulak disamun,
dua tiga hari lepas rumah Sharifah Shahirah pula dirompak
hari ni keluar kat semua akhbar banglo allahyarham Megat Junid disamun
kes wanita yang bersendirian diragut dan disamun di pusat beli belah juga
makin ramai…rasa macam tak adil pulak
penat kita lenguhkan kaki melabur tempat mereka,
kena bayar parking yang mahal juga tapi…
tahap keselamatan masih juga tak berapa nak tip top
ada aje kena samun, kena ragut

Musim raya pun dah dekat walaupun belum puasa lagi
namun, dah semestinya ramai akan buang duit di pusat beli belah
CCTV sahaja, suasana terang sahaja…beberapa orang pak guard Bangla je
masih belum cukup untuk pastikan keselamatan pengunjung terjamin

Satu lagi cubaan samun di kawasan parkir pusat beli-belah One Utama
seorang peniaga dan isterinya diserang seorang lelaki
yang cuba merampas beg tangan peniaga itu jam 10.05 malam
mangsa ditumbuk beberapa kali di bahagian muka
menyebabkan bibir atasnya luka dan berdarah
suspek melarikan diri apabila beberapa orang awam menolong mangsa.

Kepada kalian yang bercadang nak sesakkan pusat beli belah
buat persiapan Ramadhan dan Syawal nanti silalah hati-hati
mungkin kena lebih waspada dan amalkan langkah keselamatan
bagi elakkan jadi mangsa…orang kata
mencegah lebih baik dari merawat!


Siti Norzana dah Kena Jual


Tiga beradik iaitu Nurul Safiza Fitri, 11, Muhammad Nurhan, 9,
dan Nurmasyita Amiera, 8, berjaya dibawa pulang pada 30 Jun lepas.
masih ingat lagi pengalaman kanak-kanak di lampung?
sangat kasihan…tapi, lagi kasihan dengan kakak sulung mereka
yang masih berada di Mesuji, Indonesia Siti Norzana Nordi, 12, dah kena jual
Opsssss! Orang pun boleh jual ek?
Siti Norzana dijual dipercayai untuk dijadikan orang suruhan
untuk dijadikan buruh paksa kepada keluarga yang menjaganya sekarang.
Tetiba je aku rasa sangat bertuah hidup di Malaysia
Miskin macam manapun hidup, tak tergamak rasanya
Orang kita jual beli budak, Jual beli bayi pernah dengarlah juga
Itupun secara haram!

Usaha sedang dilakukan Biro Aduan Komuniti Pemuda Umno
Untuk bawa balik adik malang tu setelah usaha kedua Jumaat lepas
Gagal sebab diugut dan diancam penjaga adik Norzana.
Mereka cuba berunding tetapi sesi rundingan bertukar tegang
penjaganya bertindak keras dan memanggil orang-orang kampung
mengepung pegawai misi, memaksa mereka pulang dan berlindung
di Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta walaupun sebelumnya
persetujuan melalui orang tengah telah dicapai

Biro Aduan Komuniti Pemuda Umno sedang berusaha secara diplomatik
menyerahkan nota rayuan kepada Kedutaan Besar Indonesia di KL
minta kerjasama kerajaan Indonesia dalam misi ni
termasuk minta campur tangan polis negara itu bagi memastikan
misi ketiga yang akan dilakukan tidak diganggu sebarang ancaman
yang boleh mewujudkan ketegangan.
mereka juga akan bertemu dengan pihak Interpol
kerana wujud isu pemerdagangan manusia dan buruh paksa.
Fuhhhhhh! Ingatkan dalam sinetron je ada!
patutpun sinetron dari seberang banyak konflik boleh buat
realiti juga begitukah? Hu huh u

Sama-samalah kita doakan Siti Norzana cepat diselamatkan
cepat balik, cepat juga bina hidup baru
dia patutnya berada di sekolah, bukannya jadi buruh paksa
cari rezeki dijalanan…


Persembahan Datuk Siti Nurhaliza Di Kota Bharu Langgar Enakmen Hiburan Kelantan


Rupanya persembahan Datuk Siti Nurhaliza dalam
persembahan terbuka di Jamuan Perdana Perayaan Hari Guru 2012
peringkat Kota Bharu, di kompleks sekolah-sekolah Jalan Wakaf Mek Zainab
yang mendapat sambutan lebih 10,000 masyarakat sekitar
dan guru-guru sekitar Kota Bharu Sabtu lalu melanggar Enakmen Hiburan Kelantan

Penganjur program itu mengatakan majlis itu merupakan program motivasi,
tetapi penyanyi wanita tersohor itu telah dipanggil menghiburkan penonton
dengan persembahan nyanyian secara terbuka telah melanggar undang-undang
dan boleh dikenakan denda tidak kurang dari RM1,000 di bawah
Enakmen Kawalan Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan 1998
dan boleh dikenakan tindakan
Bagi kes ini hanya amaran diberi, tetapi tiada berkompromi lagi selepas ini.
Kerajaan Negeri Kelantan akan mengambil tindakan tegas
terhadap mana-mana individu atau penganjur yang melanggar peraturan.

menurut Enakmen Kawalan Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan 1998
terdapat kawalan persembahan hiburan di negeri Kelantan, antaranya:

Hiburan Yang Dilarang: Mak Yong, Menora, Wayang Kulit (tradisional),
Main Puteri, Tinju Siam (Tomoi) dan Pelaga Binatang.
Larangan ini meliputi semua peringkat tersebut.

Hiburan DiKawal Selia: Semua jenis dan kelas hiburan lain
sama ada berbentuk atau dipersembahkan secara tradisional atau moden
perlu dikawal selia tertakluk kepada ciri-ciri dan syarat-syarat berikut:

  1. Tidak melibatkan perempuan (cukup umur), lelaki menyerupai perempuan atau sebaliknya.
  2. Tidak dipertunjukkan oleh lelaki bersama perempuan yang bercampur aduk tanpa batas syarie atau dipertunjukkan oleh perempuan yang mendedah aurat.
  3. Tidak mengandungi kepercayaan, ucapan, bacaan dan perbuatan yang berunsur syirik, kufur, keji, lucah, mencela, memaki, fitnah, maksiat, dan sebagainya yang bercanggah dengan akidah syariah dan tatasusila Islam.
  4. Tidak mengandungi unsur-unsur kafir seperti pemujaan roh, semangat, hantu syaitan, jin dan tempat yang dianggap keramat seperti kubur dan sebagainya.
  5. Tidak mengandungi unsur-unsur penghinaan, celaan, cacian, perkelahian, pergaduhan dan memecah belah perpaduan ummah.
  6. Tidak merosak nyawa, akal, keturunan, kemudaratan tubuh badan dan harta benda individu dan awam.
  7. Tidak mengandungi unsur-unsur perjudian atau pertaruhan yang melibatkan untung rugi.
  8. Tidak mengganggu ketenteraman rumah ibadah Islam dan masyarakat awam.

  9. Tidak mengandungi unsur-unsur penyeksaan kepada binatang-binatang atau memusnahkan tumbuh-tumbuhan kecuali yang dihalalkan oleh syariah Islam.
  10. Tidak mendorong kepada perbuatan syirik, kufur, mungkar, maksiat, pergaduhan dan memusnahkan harta benda serta kemudahan awam.
  11. Tidak melalaikan daripada melaksanakan tanggungjawab atau kewajipan terhadap Allah, diri sendiri, keluarga, masyarakat dan umum.
  12. Tidak mengandungi unsur-unsur sihir dan penipuan.
Sebelum ni aku sendiri tak tahu secara terperinci pasal benda ni
kecuali hiburan yang dilarang itu
mungkin ada yang akan anggap kita lupuskan kebudayaan dan seni
namun, kalau kalian tahu fUngsi dan cara setiap jenis hiburan terlarang ni
kalian akan tahu kenapa diharamkan
dikir barat nampaknya telah ditarik semula pengharamannya
sekarang ni kalau kalian perasan, banyak lagu-lagu dikir
mempunyai unsur nasihat dan kisah semasa yang membina
walaupun ramai yang kata penyanyi dikir wanita dikir barat terlalu seksi

Bukan semua penyanyi dikir berasal dari Kelantan sebenar
kumpulan Jaguh umpamanya, sangat dikenali di kelantan
kerana kecomelan dan keseksian serta kemerduan lagu dikir
tetapi kumpulan ini berasal dari Selatan Thailand
masa menyanyi dikir, kita tak perasanpun, tetapi
jika didengar dialek dituturkan masa berinteraksi kala buat persembahan
boleh tengok beza dialeknya…dengungnya lain, sabdu pun lain

tak percaya? Cuba google “dikir patani”…lebih ramai pendikir boleh jumpa
tetapi bukan semua mampu tembusi pasaran Kelantan
nasib baik ada youtube…kalau tak,
tak ada harapanlah nak dengar kecuali rajin cari CD mereka
Errrr…malas dah aku melalut…bai!


Selasa, 17 Julai 2012

Bonus dan Imbuhan Aidilfitri Penjawat Awam


Setiap tahun, Ramadhan dan disember bagaikan bulan keramat
apa taknya, kos hidup meningkat ketika ni
persiapan hari raya aidilfitri dan persiapan buka sekolah
walaupun taklah meriah mana pun sambuatan aidilfitri aku
sekadar jadi bibik dan pemandu sahaja
namun kos balik kampong tetap perlu disisihhkan juga
termasuk ringankan belanja Mek untuk tambah sedikit sebanyak keperluan
bab baju raya aku tak kesah sangat
dah berbelas tahun tak ada baju raya pun bukan ada orang tahu
angkut balik je baju kerja, aku je yang tahu
tapi bab makan, sedia kerepek dan ganti baru alatan rumah
kenalah hulur juga, kalau tak buat persediaan untuk tetamu pun
cucu Mek 14 orang tu kena juga makan
itu yang lebih meriah sebenarnya.

Sebelum ni tersebar berita palsu tentang pemberian bonus aidilfitri
kini usaha untuk dapatkan imbuhan Aidilfitri penjawat awam sedang dibuat
Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs)
libatkan 1.4 juta penjawat awam termasuk aku lah tu
harap-harapnya duit raya kami tahun ni bertambah sikit
pilihanraya kan dah dekat, bagilah lebih sikit…boleh?
Huh! Betis pun belum tentu dapat, mintak paha lah pulak!

Ingat lagi pengalaman pahit tiga beradik hidup susah di Lampung 
yang dibawa balik dariIndonesia baru-baru ni?
Kakak mereka, Siti Norzana Nordi yang terkandas di Mesuji, Indonesia,
dipercayai sudah dijual kepada pihak ketiga
sehingga menggagalkan usaha membawanya pulang
kesiannya! Dia masih terlalu muda untuk jalani kehidupan sesukar itu!

PssssT: Betul ke pilihanraya ke 13 selepas Aidilfitri?




JOM bagi idea secara online untuk Bajet 2013


Bermula hari ini sehingga 29 Julai 2012 kita
boleh menyumbang idea, berkongsi cadangan dan
pendapat mengenai Bajet 2013 secara online
ramai-ramai kita bantu PM kita tu untuk buat bajet tahun depan
nanti bolehlah kita nikmati mengikut citarasa kita
barulah kita tahu susah senangnya nak buat bajet
barulah Pm tahu apa yang diperlukan rakyat jelata yang melata ni

inilah peluang berkongsi idea dan cadangan
menyuarakan apa yang kita perlukan
kalau selama ni, ada sebahagian tertentu masyarakat Malaysia
kelihatan terpinggir dan tak siapa diambil tahu
kali ni, sila bagi idea di www.1malaysia.com.my
klik bertajuk 'Bajet 2013: Saya Hargai Cadangan Anda'.

Pembentangan Bajet Negara 2013 akan dibuat pada 28 September
apa tunggu lagi? karang blog panjang-panjang boleh pula
apa salahnya karang pendapat dan kemukakan kepada PM
aku? ohhhhh! bukan tak nak kongsi,
bukan tak mahu beri pendapat…kang aku bagi
ada orang naik darah tinggi sebab
aku akan mintak turunkan harga barang
turunkan harga petrol, turunkan harga minyak masak
turun harga minyak, turun harga emas
turun harga kereta, turun harga rumah, turun harga tanah
pendek kata semuanya turun kecuali gaji je naik
boleh gitu?

Mmmmm kan aku dah kata, aka nada orang naik darah
Kerrrrr kalian jugak nak mintak benda yang sama?



Isnin, 16 Julai 2012

Juara Master Chef Selebriti Malaysia 2012


Bagi yang mengikuti rancangan Realiti Master Chef Selebriti Malaysia Pertama
dah tentu tertunggu-tunggu nak tengok final malam ni
nak juga tahu siapa yang bakal menjuarai master Chef Selebriti Malaysia
yang julung kali diadakan
mereka bukan sahaja hebat berlakon, melawak atau menyanyi
tapi hebat memasak dengan saingan yang sengit

Malam ni kita akan saksikan persaingan peringkat final @ akhir Master Chef
antara Dato’ Fazley Yaacob dan Angah Raja Lawak
malam ni juga kita akan tahu juara Master Chef Selebriti Malaysia 2012

ok, cuba teka siapa yang menang?
Gamaknya Dato’ Fazley Yaacob ke juara Master Chef Selebriti Malaysia?
Gamaknya, boleh tak Angah Raja Lawak pemenang dalam Master Chef ni?
Errrr tak ada gamaknya aku nak teka
jom kita tengok ramai-ramai ya...


PsssT: ada angin yang bergoyang-goyangan berkata
angah pemenang master chef selebriti malaysia yang pertama
betul ke? cer kita tanya sama pokok 


Jadi, siapa yang menang?

Dato' Fazley adalah juara rancangan realiti masakan 
Master Chef Selebriti Malaysia yang pertama

tahniah kepada Dato' Fazley Yaacob...
nanti boleh masak untuk kita rasa masakan tu pulak kan?

Tahniah kepada Angah Raja Lawak juga...dah masuk final tu kira hebatlah kan?
lagi banyak tahniah kepada kalian yang bukan sahaja seronok tengok
rancangan master chef malaysia 2012, tapi...baca pula entri ni...
terima kasih!