Anda Juga Mungkin Berkenan

Sabtu, 31 Mac 2012

Berapa Lama Tunggu Nak Pi Haji?



Selasa lepas ke Lembaga Tabung Haji Bandar Baru Bangi
Biasanya ramai melimpah-limpah hingga ke luar
Dah petang agaknya, sebab tu tak ramai orang
Tapi macam biasalah…kalau dah di tabung haji
memang kena tunggu agak lama walaupun hanya 5 orang sahaja sebelum aku

alang-alang dah datang, biasanya memang lupa je
hari ni memang niat nak daftar Haji
ingatkan kena isi borang segala, rupanya…cakap je kat kaunter
akhirnya…dapat juga tahun aku boleh mengerjakan Haji
nak tahu bila?

V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V

2048

Hu hu hu lamanyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
36 tahun Nak kena tunggu!
Nyesal tak daftar awal-awal dulu hu hu hu




KENAIKAN GAJI PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM PERSEKUTUAN DI BAWAH SISTEM SARAAN MALAYSIA



JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA pada 30 Mac 2012 telah mengeluarkan pekeliling tentang Kenaikan Gaji Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan Di Bawah Sistem Saraan Malaysia SSM selepas SBPA dimansuhkan bulan lepas. Berikut adalah kandungan pekeliling berkenaan;


TUJUAN
1. Pekeliling perkhidmatan ini bertujuan untuk melaksanakan keputusan Kerajaan sebagaimana diumumkan pada 8 Mac 2012 mengenai kenaikan gaji sebanyak 13% berdasarkan gaji Sistem Saraan Malaysia (SSM) dengan Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) antara RM80.00 hingga RM320.00 kepada pegawai dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional, serta Kumpulan Pelaksana. Bagi pegawai dalam Kumpulan Pengurusan Tertinggi, kenaikan gaji diberi sebanyak 7% hingga 9% dengan KGT berdasarkan pelarasan peratusan yang ditetapkan.

DEFINISI
2. Dalam pekeliling perkhidmatan ini: “gaji baru” bermaksud amaun gaji yang telah diberi kenaikan mengikut peratusan yang ditetapkan berkuat kuasa 1 Januari 2012.

“gaji hakiki” bermaksud gaji yang ditetapkan di gred hakiki pegawai pada 31 Disember 2011.
“Kumpulan Pelaksana” bermaksud Kumpulan Sokongan di bawah SSM.


PELAKSANAAN

Pegawai Yang Layak:
3. Pegawai tetap, sementara, kontrak (Contract of Service) dan Guru Sandaran layak diberi kenaikan gaji ini.

4. Kenaikan gaji hendaklah diberi kepada pegawai yang sedang berkhidmat pada atau selepas 1 Januari 2012 termasuk yang berada dalam keadaan seperti berikut:
4.1 pegawai yang dipinjam atau ditukar sementara ke agensi Kerajaan, kenaikan gaji hendaklah dilaksanakan mengikut gred gaji jawatan peminjaman atau pertukaran sementara. Gaji hakiki pegawai berkenaan hendaklah diselaraskan secara isyarat oleh Ketua Jabatan.
4.2 pegawai yang dipinjamkan ke pertubuhan antarabangsa atau sektor swasta, gaji hakiki pegawai berkenaan hendaklah diselaraskan secara isyarat oleh Ketua Jabatan.
4.3 pegawai yang cuti bergaji penuh, kenaikan gaji hendaklah dilaksanakan atas gaji hakiki yang diterima.
4.4 pegawai yang cuti separuh gaji, kenaikan gaji hendaklah dilaksanakan atas gaji hakiki dan pegawai dibayar separuh daripada gaji baru.
4.5 pegawai yang cuti tanpa gaji, kenaikan gaji hendaklah dilaksanakan secara isyarat atas gaji hakiki. Pegawai dibayar gaji setelah mengambil kira gaji baru yang telah diselaraskan apabila kembali bertugas.

5. Pegawai yang meninggal dunia pada atau selepas 1 Januari 2012 layak menerima gaji baru. Ketua Jabatan terakhir di mana pegawai ditempatkan adalah bertanggungjawab terhadap kenaikan gaji pegawai tersebut.
6. Peratusan kenaikan gaji sahaja dipanjangkan kepada pegawai Perkhidmatan Awam yang masih berkhidmat di bawah saraan Laporan Gaji Jawatankuasa Kabinet (JKK) 1976 atau Sistem Saraan Baru (SSB).

Pegawai Yang Tidak Layak
7. Gaji baru tidak diberi kepada:
7.1 pegawai yang dikenakan hukuman tatatertib buang kerja yang berkuat kuasa pada atau sebelum 1 Januari 2012.
7.2 pegawai yang bersara pada atau sebelum 1 Januari 2012.

Struktur Gaji Minimum - Maksimum
8. Jadual Gaji Sebaris bagi Kumpulan Pengurusan Tertinggi dan Jadual Gaji Matriks bagi Kumpulan Pengurusan dan Profesional, serta Kumpulan Pelaksana yang berkuat kuasa sehingga 31 Disember 2011 adalah digantikan dengan Jadual Gaji Minimum – Maksimum (JGMM). JGMM adalah di Lampiran A.

  
Prinsip Pemberian Kenaikan Gaji
9. Prinsip pemberian kenaikan gaji adalah berdasarkan gaji hakiki pegawai pada 31 Disember 2011 dan ditambah dengan kadar peratusan kenaikan gaji mengikut gred.

Kaedah Pemindahan Gaji
10. Bagi maksud pemindahan gaji sebagai amaun gaji baru dalam JGMM pada 1 Januari 2012, gaji hakiki pegawai pada 31 Disember 2011 ditambah dengan kadar peratusan kenaikan gaji yang ditetapkan mengikut gred seperti di Jadual 1
Contoh kaedah pemberian gaji baru adalah seperti di Lampiran B.

11. Pegawai yang telah diluluskan Jadual Gaji Khas Untuk Penyandang (KUP) di bawah SSM oleh Bahagian Saraan, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) akan diberi gaji baru mengikut prinsip dan kaedah seperti di perenggan 9 dan 10.
12. Contoh kaedah pemberian gaji baru KUP adalah seperti di Lampiran C. Ketua Jabatan hendaklah mengemukakan senarai pegawai yang diberi gaji baru KUP menggunakan format seperti di Lampiran D kepada JPA.
13. Pegawai yang Tarikh Pergerakan Gaji (TPG) adalah pada 1 Januari 2012 hendaklah diberi gaji baru terlebih dahulu, dan seterusnya diberi Pergerakan Gaji Tahunan (PGT) (tertakluk kepada keputusan Panel Pembangunan Sumber Manusia) dalam JGMM. Contoh kaedah pemberian gaji baru adalah seperti di Lampiran E.
14. Pegawai yang tarikh kenaikan pangkat pada 1 Januari 2012, hendaklah diberi gaji baru atas gred asal terlebih dahulu dan kemudiannya diberi PGT untuk tahun 2012 dalam JGMM gred asal dan diikuti dengan penetapan gaji permulaan di gred kenaikan pangkat menggunakan JGMM. Contoh kaedah pemberian gaji baru adalah seperti di Lampiran F.

Tarikh Pergerakan Gaji
15. Kenaikan gaji ini tidak mengubah TPG pegawai. Walau bagaimanapun, bagi pegawai yang berada di matagaji maksimum melebihi satu (1) tahun perkhidmatan pada 31 Disember 2011, di Jadual Gaji Sebaris atau di Peringkat 1 (P1) atau Peringkat 2 (P2) atau Peringkat 3 (P3) dalam Jadual Gaji Matriks di bawah SSM termasuk pegawai yang berada di Jadual Gaji KUP di perenggan 11, TPG diubah kepada 1 Januari. Contoh perubahan TPG berkaitan adalah seperti di Lampiran G.

Pergerakan Gaji Tahunan
16. Mulai tahun 2012 dan seterusnya, PGT pegawai adalah terhad kepada gaji maksimum dalam JGMM. Contoh PGT adalah seperti di Lampiran H. Jadual Gaji Bagi Pegawai Yang Belum Memenuhi Syarat Atau Tidak Menerima

Opsyen Pertukaran Pelantikan
17. Bagi pegawai yang menerima opsyen pertukaran pelantikan tetapi belum memenuhi syarat pertukaran pelantikan mengikut pekeliling perkhidmatan yang berkaitan atau pegawai yang tidak menerima opsyen pertukaran pelantikan, JGMM adalah seperti di Lampiran A. Sekiranya JGMM tersebut tidak terdapat dalam Lampiran A, Ketua Jabatan hendaklah memohon JGMM daripada Bahagian Saraan, JPA.

Pegawai Kekal Di Bawah Laporan Gaji JKK 1976 Atau SSB
18. Bagi pegawai yang masih berkhidmat di bawah saraan Laporan Gaji JKK 1976 atau SSB, Ketua Jabatan hendaklah memohon skel gaji Laporan Gaji JKK 1976 atau jadual gaji SSB yang baru daripada Bahagian Saraan, JPA.

Elaun dan Kemudahan
19. Gaji baru ini tidak mengubah elaun dan kemudahan di bawah SSM kecuali elaun yang kadar atau kelayakannya adalah berdasarkan gaji atau lingkungan gaji. Penetapan kadar dan kelayakan elaun yang dipinda adalah seperti di Lampiran I.

TARIKH KUAT KUASA
20. Pekeliling perkhidmatan ini hendaklah disifatkan berkuat kuasa mulai 1 Januari 2012.


PEMAKAIAN
21. Tertakluk kepada penerimaannya oleh pihak berkuasa masing-masing, peruntukan pekeliling perkhidmatan ini pada keseluruhannya dipanjangkan kepada semua Perkhidmatan Negeri, Pihak Berkuasa Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan.

PEMBATALAN
22. Dengan berkuatkuasanya pekeliling perkhidmatan ini maka jadual gaji dan peruntukan-peruntukan pekeliling perkhidmatan berikut adalah dibatalkan:
22.1 jadual gaji bagi Perkhidmatan Awam Persekutuan di bawah SSM sebelum 1 Januari 2012.
22.2 semua peruntukan dalam Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 11 Tahun 2011 (Pelaksanaan Saraan Baru Perkhidmatan Awam Bagi Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan) kecuali perenggan 68 dan lampiran yang berkaitan seperti di Apendiks 1.
22.3 semua peruntukan dalam Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 12 Tahun 2011 (Pelaksanaan Saraan Baru Perkhidmatan Awam Bagi Kumpulan Premier dan Kumpulan Pengurusan Tertinggi) kecuali perenggan 46 dan lampiran yang berkaitan seperti di Apendiks 2.

22.4 semua peruntukan dalam Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 13 Tahun 2011 (Pelaksanaan Saraan Baru Perkhidmatan Awam Bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Persekutuan) kecuali perenggan 92 dan lampiran yang berkaitan seperti di Apendiks 3.


Dapatkan keseluruhan Pekeliling Kenaikan GajiPegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan Di Bawah Sistem Saraan Malaysia SSM termasuk cara pengiraan gaji baru, jumlah kenaikan gaji baru dan semua maklumat berkaitan secara online.

Tak sabar nak kira gaji baru anda? Boleh lakukan pengiraan kenaikan gaji baru anda secara online. Apalagi…sila terjah ramai-ramai hu hu hu hu 


Jumaat, 30 Mac 2012

Biasiswa Kecemerlangan Menteri Besar Pahang 2012




Biasiswa berprestij yang dikenali dengan nama Biasiswa Kecemerlangan Menteri Besar (BKMB) ini ditawarkan kepada pelajar-pelajar anak Pahang yang cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM). Biasiswa ini memberi peluang kepada pelajar untuk mengikuti pengajian di Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta di dalam negara yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Yayasan Pahang (YP) hingga ke peringkat pengajian tertinggi iaitu ke peringkat Sarjana dan PhD sekiranya pelajar berjaya mengekalkan kecemerlangan akademik dan kokurikulum. Biasiswa ini ditawarkan oleh YP selaras dengan matlamat jangka panjang Kerajaan Negeri Pahang untuk mewujudkan golongan pemikir dan professional dalam usaha membangunkan sumber manusia bertaraf dunia.

Kelayakan memohon
1. Anak Negeri Pahang Darul Makmur seperti takrif berikut :-
a) Pemohon atau bapa atau ibu dilahirkan di Negeri Pahang Darul Makmur.
b) Bagi pemohon yang ibubapanya bukan Warganegara Malaysia, adalah Tidak Layak Memohon.

2. Mempunyai kelulusan akademik yang cemerlang dan mempunyai bakat kepimpinan yang tinggi serta
aktif dalam kegiatan ko kurikulum dan sukan di peringkat negeri dan negara.

3. Lulus di peringkat SPM atau STPM tahun 2011 seperti berikut:-
(a) Calon SPM : 9 A+ ke atas
(b) Calon STPM : 4 Prinsipal A

4. Diterima masuk ke Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta yang diiktiraf oleh Kerajaan dan diluluskan oleh YP (tidak termasuk program persediaan ke luar negara).

5. Mempunyai sahsiah yang baik dan berpersonaliti unggul.

6. Mempunyai taraf kesihatan yang baik.

Borang permohonan boleh dimuat turun dari Laman Web YP di alamat www.yp.org.my.

Borang yang telah lengkap bolehlah dihantar terus ke YP sebelum atau pada 9 April 2012 (Isnin).
Keputusan pemilihan calon-calon anugerah BKMB adalah muktamad.
Sebarang pertanyaan dan keterangan lanjut, sila berhubung terus ke:

YAYASAN PAHANG
Kompleks Yayasan Pahang
Tanjung Lumpur
26060 Kuantan
Pahang Darul Makmur
Tel : 09-5181800 Faks : 09-5181888
Laman Web : www.yp.org.my
(Haji Mohammad b. Ismail/Safwati Ahmad/Zakiah Saleh)


Khamis, 29 Mac 2012

Cerita Malam Jumaat


Male ni male Jemaak
Sakit abih segala orak
Male ni male Jemaak
Kena wak jugok sapa siak

Male ni male Jemaak
Keno gadoh keno lorak
Male ni male Jemaak
Tok tido male guano gamok

Male ni male Jemaak
Keno jaago tak leh lelak
Male ni male Jemaak
Kalu tak sudah meme beerak

Male ni male Jemaak
Ambo kena krijo kuak
Male ni male Jemaak
Aduhhh letih tak brapo cekakk

Male ni male Jemaak
Ore lain tido sedak
Male ni male Jemaak
Ambo sore kijo buak



BIASISWA KEMITRAAN NEGARA BERKEMBANG 2012-REPUBLIK INDONESIA



Macam pelik je nama biasiswa ni…tapi, SEBAt ajelah ya adik-adik
Mana-mana peluang melintas depan mata, rembat je
Bukan mudah nak dapat peluang
Orang kata rezeki tersepak macam ni…

Aku salin dan tampal aje iklan yang masuk dalam emel
Sumber: Universiti Malaya…aku kan student yang miskin
So, benda-benda macam ni memang buntangkan matalah sekejab

Iklannya seperti berikut;

Sukacita dimaklumkan bahawa Kedutaan Besar Republik Indonesia menawarkan biasiswa kepada pelajar antarabangsa bagi sesi akademik 2012/2013. Biasiswa tersebut ditawarkan kepada pelajar yang ingin melanjutkan pengajian di Universiti-universiti di Indonesia bagi peringkat Ijazah Sarjana Muda, Sarjana dan sebagainya.

Tarikh tutup permohonan adalah selewat-lewatnya pada 15 April 2012. Segala permohonan hendaklah dikemukakan kepada:

Setiausaha
Bahagian Biasiswa
Aras 2, No. 2, Menara 2
Jalan P5/6, Presint 5
62200 Wilayah Persekutuan Putrajaya
(u/p: Unit Biasiswa)

Untuk maklumat lanjut, sila layari http://hep.um.edu.my/ atau http://umisisweb.um.edu.my/


Bahagian Hal Ehwal Pelajar
Universiti Malaya

Kepada adik-adik yang memenuhi syarat,
Bolehlah mula isi borang sekarang
Selamat maju jaya
Ok apa belajar seberang sana
Bagi sesiapa yang berjaya dapat tempat kat sana
Jangan lupa pulak bagitahu aku
Nak kirim telekung hu hu hu

Tonton Semula Jujur Aku Dayus

Drama ni pernah ditayangkan di TV3 dalam slot Cerekarama
lima minit pertama tayanganpun
dah buatkan aku jatuh cinta…
bukan senang nak buat aku terjatuh cinta sebegini
pertamanya sebab keyakinan Ed
kedua, caranya yang tersendiri untuk pikat bakal pak mertuanya tu

kepada yang terlepas tengok cerekarama Jujur Aku Dayus
Lakonan: Nora Danish, Beto, Zul Ariffin, Irma Hasmie
jalan ceritanya mudah sahaja:
Edree yang sangat romantik kahwin dengan Lisa (Nora Danish)
comel je cara dia jumpa bakal pak mertuanya
terjah masuk masa temuduga cari pekerja baru
kemudian berlaku beberapa siri mengorat bakal pak mertua
kira cara mengurat yang sangat cerdik dan manis
hingga akhirnya bakal pak mertua tu setuju kahwinkan dengan anaknya

Si Lisa pulak, anak datok yang terlepas terbiasa bebas
tetapi berubah selepas terjatuh cinta dengan Ed ni
bila kahwin jadi isteri mithali dan tinggalkan semua aktiviti tak bermoral
Ed kemudian ditugaskan untuk ke luar negara
Lisa tak nak ikut sebab sayang nak tinggal kerja
[kalau aku…fuhhhh dah lama dah lompat pergi
apalah sangat dengan kerja tu
dah lah kerja kat syarikat bapak sendiri kan?
kalau aku kerja kat tempat orang lainpun
sanggup cuti tanpa gaji wehhhhh bukan senang nak dapat peluang hidup
negara orang…jepun tu
tapi, untuk orang kaya macam depa ni dah penat pun melancong serata alam
apa nak heran takat Jepun je…angkasa lepas pun dah sampai
ya tak?...opssss! jauh lah pulak imaginasi aku ni…]

Selepas 8 tahun Ed balik secara mengejut konon nak buat kejutan
[tak kan tak pernah balik sebelum tu?
hairan betul aku…depa kan kaya, tak kan nak balik sesekali tak mampu]
akhirnya dia yang terkejut cucur badak yang tak ada badak di atasnya
hu hu hu Ed kemalangan dan koma
sepanjang tempoh tu Lisa jaga dengan setia tapi bila sedar koma
Ed telah berubah dan bencikan Lisa

Fuhhhhhh tang ni buatkan kita rasa macam blur sekejab
tertanya-tanya sebab apa Ed berubah
tambah pula watak Aisyah (Irma Hasmie) tengah sarat muncul
ingatkan dia ada skandal
siap Lisa dan kakaknya pergi cari Aisyah dan marah, malah maki

Nak tahu kenapa? Apa jadi dengan Ed?
Kena tengok dari awal sampai akhir



Kalau main skip dan tengok kat tengah dan hujung je
kita tak akan faham…kena hadap dari awal sampai akhir
itu sebabnya aku kagum dengan “Jujur Aku Dayus”

Bagi aku, Malaysia memang memerlukan drama dan filem bermutu sebegini
ada masej, ada amanat, ada isi yang menyedarkan
yang perlu difikirkan secara mendalam dan tinggalkan kesan
bukan sekadar tengok…habis cereka maka habisnya di situ
tak ada kesan, tak ada apa yang menuntut penonton berfikir
macam semua penonton tu mengalami kecacatan otak untuk berfikir
macam…penonton hanya perlu terima semuanya sahaja.

Opssss! Aku dah mula berleter!


Rabu, 28 Mac 2012

AirAsia Big Big Sale Lagi!!!!!! Stressnya Aku!!



Macam biasa, AIRASIA Bhd (AirAsia),
syarikat penerbangan tambang murah tu tetap juga tawarkan
tiket penerbangan lebih murah berganda-ganda
sempena AirAsia Big Sale, serendah RM25 sehala
untuk laluan domestik dan RM55 sehala bagi laluan antarabangsa.

tempahan bermula 28 Mac hingga 1 April 2012, hari lah tuuuu
perjalanan pula dari 1 Oktober 2012 hingga 31 Januari 2013.
apa tunggu lagi...jangan lupa serbu laman web airasia
tapi kalau jem, sesak atau tak dapat masuk
kena tunggu berejam kat “bilik menunggu maya”
nasiblah ya!

Bagi aku yang taklah ada lebihan wang banyak sangat
masa ni lah boleh terjah kutip tiket murah
bayar tahun ni...sempat lagi untuk kumpul duit belanja
sebelum muncul tarikh perjalanan
kalau tak buat macam tu, payah sikitlah nak jalan-jalan
tapi untuk tahun ni....tak ada aktiviti jalan-jalan
kecuali jalan-jalan pergi ofis je ya hu hu hu sedih tak?

kadar serendah RM25 adalah Pulau Pinang, Alor Setar,
Johor Bahru, Kota Bahru, Kuala Terengganu, Kuching & Kota Kinabalu
laluan antarabangsa meliputi destinasi seperti Bali,
Jakarta dan Batam, Singapura, Hat Yai, Krabi,
Phuket, Da Nang dan Hanoi.

tiket AirAsia X tambang serendah RM225 sehala ke China
dan RM295 sehala ke destinasi di Jepun, Korea, Taiwan dan Australia.
perjalanan jarak jauh tempat duduk premium harga RM949 ke China.

Aku dah cuba ke Guilin, China
RM440 untuk pergi balik fuyoooooooooooooo
Errrr kenapa air liur aku dah menitik ni?
Mmmmm macam best kan kalau boleh pergi Pulau Jeju ke
Krabi pun dah ok apa....
La la la hu hu sadisnyaaaa! Hati, tahanlah!


Tawaran Biasiswa untuk lepasan SPM, STPM



Biassiswa ya adik-adik, bukannya pinjaman
Apa beza? Biasiswa tak payah bayar huh u hu
Aku memang suka benda-benda percuma ni…

Kepada adik-adik lepasan SPM dan STPM boleh ambil peluang
Memohon biasiswa di Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera (Yayasan)
melalui program sulungnya, Peneraju Tunas Potensi,
menyediakan biasiswa kepada lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan
Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) untuk melanjutkan pengajian ke universiti.

terbuka kepada 100 pelajar menepati syarat kelayakannya iaitu
Bumiputera, keputusan SPM, 5A ke atas dan bagi STPM, 2A ke atas,
mempunyai ciri-ciri kepimpinan dan
pendapatan isi rumah bagi keluarga, RM3,000 ke bawah.

Peneraju Tunas Potensi menyediakan biasiswa pelbagai bidang,
terutamanya kursus membawa kepada bidang kerja berpendapatan tinggi.
pelajar mendapat tajaan sepenuhnya untuk melanjutkan pengajian
akan ditempatkan di institusi menawarkan program seperti A-Levels dan
International Baccalaurate serta universiti yang terpilih
dengan program pembangunan berstruktur untuk memperkukuhkan kemahiran insaniah.

Berminat memohon boleh melayari www.penerajuedu.com
Permohonan dibuka mulai sekarang sehingga 6 April 2012.
Yayasan mendapat bantuan sokongan bernilai RM158 juta
dari 21 buah syarikat dan institusi seperti CIMB Group Holdings,
Felda Holdings, Maybank, Management Science University,
University of Nottingham, Kumpulan Sapura, Sime Darby,
Telekom Malaysia, UEM Group dan Yayasan Al-Bukhary,
masing-masing menyumbang RM10 juta.



Termasuk Kitakah?


Selasa, 27 Mac 2012

Harga Petrol Ron 95 Kekal Walaupun Subsidi Naik 10 Sen

Indonesia cadang naikkan minyak 33 peratus
Dapat bantahan penduduk di seluruh Indonesia
Opsssss! Kat sana apa yang tak dibantah ya?
Bukankah semuanya boleh dibayar di sana?

Di China RM3.99 seliter, kenaikan bahan api kali ke dua
Tahun ni ke?

Di Malaysia Ron 95 kekal RM1.90 sen seliter
Kita kan ada kerajaan yang prihatin dan memahami masalah rakyat
Tak kan nak naik harga petrol kan?
Tak kan nak naikkan harga barang kan?
Tak kan nak bebankan lagi hidup rakyat kan?

Dah dekat pilihanraya ni, tak kan harga petrol nak naik kan?
Cer naik kalau berani tanggung risiko hu hu hu


Perasmian Bangunan Permata Pintar di UKM

Hari ni, petang nanti
Perdana Menteri Malaysia dato' Seri najib Tun Razak
dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor bakal pijak bumi UKM lagi
Permata Pintar ada bangunan sendiri, dah siap...cantik!!!
hari ni lah perasmiannya




Isnin, 26 Mac 2012

Hari Tu Diculik, Hari Ni Dirogol Pula!

Opsssss! Kepala aku yang sedia berserabut ni
tetiba rasa macam lain macam pula bila baca akhbar online pagi ni
kita semua mati-mati ingatkan dia diculik
alih-alih dia sendiri buat pengakuan; dia sendiri lari ke rumah kekasih hati
entah berapa ramai yang buat komen di merata alam maya
semuanya manis-manis belaka komen tu hingga ada antaranya
tak sanggup aku nak baca tambah lagi bila libatkan sama mak bapaknya sekali

Dia yang belum kembali ke pangkuan keluarga
masih di bawah jagaan kementerian kebajikan masyarakat
mendakwa telah dirogol teman lelakinya hingga laporan polis dibuat
bila laporan doktor diperolehi,
nyatanya tak ada kesan kena rogol
Opsssss! Lagi sekali!
Adik banyak tengok cerita Tamil ke? Ni Malaysialah sayang!
Untuk dua hal itu, dia mungkin didakwa
hu hu hu memang patutpun macam tu...beri pengajaran sikit kepada orang lain
kecik-kecik lagi dah pandai auta

Kalau baca akhbar, cerita gadis hilang dah jadi macam biasa
macam tak ada apa-apa, macam dah jadi
macam kucing hilang pulak…merata tempat hilang anak
hilang anak kecil satu hal,
hilang anak dara atau yang dah tak ada dara pun satu hal juga
adusssss! Makin kroniklah mental aku dek selirat hal dunia ni!

Ingatkan Nur Fatihah ni je pandai buat cerita
rupanya remaja yang ditemui di Bangkok dulu pun karang cerita yang sama
kononnya diculik, rupanya merayau dan menyeberang ke sana
bila nak balik, kena tangkap terpaksa karang cerita kena culik
macam dalam drama TV pulak
kreatif sungguh, kalau tulis novel mesti laku kan?

Komen aku: kekasih hati Kanak-kanak ni patut kahwin cepat-cepat
aku maksudkan dengan orang lain yang lebih matang, bukannya kanak-kanak
sebelum banyak hal buruk yang lain perlu dia tanggung hu hu hu




Mawi dan Keluarga Disamun

Bari je kita semua terima berita gembira
Mawi dan Ekin dapat cahaya mata sebulan lepas
Hari ni gempar Mawi dan keluarganya diikat dan disamun
Di kediaman mereka awal pagi tadi

Ketika kejadian, juara Akademi Fantasia musim ke-3 itu,
Asmawi Ani, 31, berada di rumah bersama isteri,
Nora'Asikin Rahmat atau Ekin, 32, ini masih berpantang anak pertama,
bersama anak mereka, Cahaya Malaika dan ibu mertuanya.
Mereka diikat dan dirompak; barangan bernilai lebih RM10,000 telah dilarikan.
Cerita lanjut dan gambar-gambar boleh baca di Ondscene

Kawasan rumah Mawi ni tinggi tahap keselamatannya
Tak tahulah macam mana rompakan begitu boleh berlaku
Dah dua kali kena rompak ni…

3 jam kemudian, 3 daripada suspek rompakan telah ditahan
di kawasan perumahan berhampiran...
maknanya, berhampiran dengan rumah aku.
Aduhhhh! tetiba je rasa tak selamat dah tinggal di bangi
tapi tak apa...aku bukan tinggal di banglo bagai
InsyaAllah, tak jadi sasaran penjenayah kot
moga-moga!


Hanya Tajuk Tanpa Isi Tanda Kecelaruan Mental Si Pemilik Blog, Sila Maafkan Daku Yang Terdera Dengan Urusan Duniawi

Khamis, 22 Mac 2012

Asalkan Nak, Semua Boleh Dicapai

Semalam, tak keluar rumah…hanya keluar masuk bilik air aje
Asal makan aje, kena lari masuk bilik air
Entah apa yang tak kena
Malam sebelumnya masa hadiri makan malam sempena
penganugerahan sasterawan Negara ke 11 tanahair Kemala
dah rasa lain macam…Nasib baik tak buat hal di khalayak ramai
nasib baik sempat tunggu jam 3 pagi untuk perut meragam
lalu bermulalah episod mengeram di bilik air
sepanjang hari pulak tu
hanya makan setangkai anggur hijau je dari pagi sampai malam

malamnya…sebat benda alah ni;

Domino Pizza extra cheese...fuhhhh memang sukerrrr, lagi sedap dari Pizza Hut
sejam baru sampai depan pintu, nasib baik dapat PERCUMA lagi satu
kalau order masa akan datang sebab masa penghantaran lebih 30 minit
dah gigil kepala lutut seharian tak makan, nasib baik sangat sedap
kalau dah kebulor, kulit pisangpun sedap ya tak?
risau juga kalau-kalau makin melarat pula
hingga perlu bawa bantal segala bertapa di bilik air
macam diduga…memang kena ulang aliklagi

walaupun sepanjang hari berlari keluar masuk bilik air
sempat juga baca akhbar online dan ambil tahu pasal keputusan SPM 2011 
sangat kagum dengan kisah salah seorang pelajar cemerlang SPM Selangor
ini barulah belajar dari pengalaman…
ternyata dia ambil positif dengan hidupnya sebelum ini
ya…sesiapa sahaja boleh buat silap,
ada masa satu langkah sahaja boleh binasakan masa hadapan sendiri
namun, orang yang hebat adalah orang yang sanggup patah balik
dan kejar semula apa yang dia ketinggalan
dia Berjaya buktikan juga akhirnya.
Berapa ramai yang gigih macam dia?
Atau sengaja lari dari masalah dengan mencipta masalah lain?
Opssss kalau nak kata aku maksudkan kes Siti fatihahpun boleh juga.


berikut aku tampal kisah seorang bekas banduan yang akhirnya
menjadi antara pelajar terbaik di Selangor dalam peperiksaan SPM 2011:

21 Mac 2012
SHAH ALAM - "Kehidupan dalam penjara menginsafkan saya, dan di dalam penjara menyedarkan saya bahawa hanya ilmu yang mampu mengubah jalan hidup saya dan saya percaya hanya ilmu yang mampu membersihkan nama saya.

"Saya tekad duduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) pada 2010 dan SPM (Sijil Pelajaran Malaysia) tahun lepas, syukur ia rezeki saya apabila berjaya," kata bekas banduan Muhammad Zainal Ariff Mat Zain, 23.

Beliau yang dibebaskan dari Penjara Kajang Oktober lepas setelah dipenjarakan sejak 2008 kerana terbabit dalam kegiatan jenayah, yang tidak bersekolah sejak Tingkatan Satu kerana desakan hidup, memperoleh keputusan 6A, 1B dan 1E.

Muhammad Zainal merupakan antara sembilan pelajar cemerlang SPM di Selangor menerima keputusan peperiksaannya daripada Pengarah Pelajaran Selangor, Abdullah Mad Yunus di sini hari ini. Beliau yang menduduki peperiksaan SPM di Sekolah Integriti Kajang berkata beliau amat berterima kasih kepada semua pihak terutamanya guru-gurunya serta pihak penjara yang banyak memberikan sokongan kepadanya.

Beliau yang bercita-cita melanjutkan pengajian dalam bidang perakaunan dan pengurusan berkata pihak penjara memaklumkan kepadanya yang mereka akan bantunya untuk mendapatkan tempat bagi melanjutkan pelajarannya. Muhammad Zainal Ariff, yang berasal dari Pasir Mas, Kelantan turut menyampaikan pesan kepada mereka yang senasib dengan dirinya supaya berani berubah kerana hanya diri sendiri yang mampu berbuat demikian.


Yaaaa aku sangat kagum dengan Muhammad Zainal Ariff ni
Syaaabassss! Inspektor Syahab! Orang macam ni yang kita perlukan
Sangat pasti yang dia tak akan ulangi silap lama itu
Moga dia mampu melakar lebih banyak kejayaan sendiri nanti.


PsssT: Berita tengah malam semalam mengatakan bahawa seorang lagi anak gadis Nur Nabila binti Yusuf, telah hilang semasa membeli tambah nilai kad prabayar telefon bersama rakannya pada Isnin lepas. Lokasi: Jerantut. Dah cuba cari maklumat tentang kes kehilangan ni, tapi belum jumpa. Kita tengoklah nanti macam mana...kalau betul, maka satu lagi kes hilang, kalau drama lagi...makin bertambahlah rancangan realiti kehidupan. 

PsssT: Nazatul Fardiana Mohd Izwan tumpang van lelaki tak dikenali ke Bangkok? Lagilah aku pening dengan demer ni...wow! sangat terkini tindakan  mereka hingga seberani itu. Aku sangat akui, aku ni tak seberani itu hu hu hu Ohhhh makin senak perut aku kalau lagu ni lah ceritanya!


Rabu, 21 Mac 2012

Siti Fatihah Mengaku Dia Tidak Diculik


Kisah dia diculik heboh sejak dua hari lepas
Berita malam semalam mengatakan ibunya terima panggilan
Beritahu dia selamat…oh gitulah pulak
Hari ini pecah tembelang bila dia buat pengakuan kepada pihak polis
dia sebenarnya tidak diculik tetapi lari dengan rela hati
untuk tinggal di rumah teman lelakinya berusia 26 tahun
setelah mengalami tekanan emosi.
Haaaaa kan aku dah kata Polis Malaysia pun cekap juga
Opssss! Apalah sangat tekanan emosinya dik oiiii kalau umur baru 15 tahun
Aku dulu masa umur ni dah keluar cari kayu api dan tolong keluarga
macam cerita Bawang Puteh Bawang Merah tu, tak stress pun!
Engkau stress pasai PMR ka?
Oppppssss! Tahan hati sikit ya Anyss, jangan mencarut!

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang,
Senior Asisten Komisioner T. Narenasagaran berkata,
pengakuan itu dibuat ketika polis menyoal siasat gadis itu
selepas dia ditemui di rumah keluarga teman lelakinya
di Kampung Merchong dekat Pekan, petang semalam.
Menurut beliau, polis mendapati Siti Nur Fatihah bukan diculik
setelah menyiasat remaja itu dan dia mengaku keluar dari rumah secara sukarela
dan tiada unsur paksaan atau kekerasan oleh mana-mana pihak.
Hebat betul lakonan adik kita ni, boleh jadi artis.

Dia dihantar ke rumah Perlindungan kanak-kanak Sultanah Fatimah
[rumah perlindungan kanak-kanak ya...bukan gadis atau wanita]
dan tidak mahu berjumpa dengan sesiapa
Mmmmm gitulah pulak! Buat penat je aku dok risau sama
mak bapak dia pun dia tak mau jumpa apa lagi aku
buat penat je adik kembar dia dok merindu

Huhhh! Gempar betul hati aku
Sila rujuk pada tajuk hu hu hu
Tahniah dik, Berjaya cipta sejarah yang tersendiri
popular satu dunia, sila simpan semua keratan akhbar berkaitan
boleh tunjuk anak cucu nanti ya tak?
terganggu betul emosi aku petang ni!

Komen aku:
Tak nak belajar dari kes sebelum ni ke?
Banyaklah tengok drama, betul-betul kena baru tau.
Puan Nor Mala, kendurikan ajelah cepat-cepat
Walaupun bawah umur, boleh minta kebenaran dengan Jabatan Agama Islam

Jangan lupa jemput aku ya...teringin nak tepung tawar!



Keputusan SPM 2011 Bertambah Baik

Keputusan SPM telah diumumkan hari ini
Maklumat awal mendapati bahawa:

indeks Gred Purata Nasional (GPN) Pencapaian keseluruhan calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2011 bertambah baik dengan GPN 5.04 berbanding 5.19 pada tahun sebelumnya.

Seramai 506 calon sekolah Kementerian Pelajaran berjaya dapat gred Cemerlang Tertinggi (A ) bagi semua mata pelajaran yang diduduki berbanding 363 pada 2010.

calon selain dari sekolah kementerian pula, seramai 53 pelajar telah berjaya memperoleh gred A bagi semua pelajaran berbanding 40 pada 2010.

walau bagaimanapun, perbezaan dan jurang yang sangat ketara antara calon bandar dan calon luar bandar.
TPM kita sedang rangka satu plan transformasi bagi membaiki situasi ini
patutnya dari dulu lagi dah ada plan tu...
kalau dari dulu dah ada, aku sangat yakin yang aku berasal dari Luar Bandar ni
mampu untuk cemerlang juga masa dulu-dulu kan? kan? kan? hu hu hu

Tahniah kepada adik-adik yang Berjaya dengan cemerlang
atau berjaya dengan sederhana
atau kepada adik-adik yang kurang cemerlang atau gagal
usah putus asa, usaha lagi
undur setapak ke belakang untuk berlari ke hadapan kemudiannya
bukanlah perkara yang memalukan
aku juga pernah buat dalam hidup ni
apa yang pasti, lambat dapat tak apa dari tak dapat langsung
tak gitu?

Kepada adik-adik yang brminat nak sambung pengajian lagi selepas ni
Bolehlah memohon untuk sambung belajar di mana-mana university
Kolej, institute atau politeknik ikut minat masing-masing,
Antaranya ada peluang belajar seperti berikut;


Peluang Belajar di Institut Kemahiran Tinggi PERDA (PERDA-TECH) Ambilan Julai 2012

Kelayakan minimum: mendapat kepujian alam subjek matematik dan dua subjek lain serta lulus Bahasa melayu dan Bahasa Inggeris di peringkat SPM atau SPMV.

Terdapat 13 kursus ditawarkan di peringkat sijil dan diploma.

Borang permohonan boleh didapati di http://www.perda-tech.edu.my, http://www.perda.gov.my (klik maklumat terkini/berita terkini)
Boleh juga ke PERDA (Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang) dan PERDA-TECH berhampiran.

Tarikh tutup permohonan: 16 April 2012.


Peluang Belajar di UNISEL Ambilan April 2012

Pengambilan April 2012 di UNISEL telah dibuka kepada adik-adik yang sedang mencari peluang menyambung pengajian bagi program Pengajian peringkat Diploma dan ijazah Sarjana Muda.

Permohonan boleh dibuat secara dalam talian di http://apply.unisel.edu.my
Boleh juga telefon 03-55223435 03-55223436 03-55223535 03-55223575
Email admission@unisel.edu.my
Fax: 03-55223541, 0355109277



Peluang Belajar di Institusi Pendidikan Mara (IPMA)

MARA sedang membuat Karnival Pendidikan dan Kerjaya 2012 seluruh Negara bagi meyebarkan maklumat peluang menyambung pelajaran di peringkat Diploma dan ijazah Sarjana Muda. Beberapa buah university, kolej dan institute berada di bawah IPMA, antaranya ;

Universiti Kuala Lumpur (http://admission.unikl.edu.my)
Kolej professional Mara
Kolej Poly-tech MARA (http://www.kptm.edu.my)
Kolej Kemahiran Tinggi Mara (KKM) & Institut Kemahiran MARA (IKM)
German Malaysian Institute (enquirygmi@gmail.com)

Permohonan boleh dibuat secara online di http://apponline.mara.gov.my/upimonline

Pada aku, selagi boleh belajar...sambunglah belajar
ilmu tak akan habis untuk kita gali biar sebanyak manapun
kita sendiri yang akan tentukan masa hadapan
keputusan yang bijak hari ini dapat kita rasa hasilnya kemudian hari




Pertama Kali Boleh Duduk Berdekatan, biasanya...Bercekau Aje!






Peluang Belajar di Universiti Teknologi Petronas (UTP) Ambilan 2012


Bagi adik-adik yang minat kejuruteraan dan teknologi, UTP mungkin antara tempat yang boleh dipohon untuk menyambung pelajaran. Terdapat dua program ditawarkan iaitu;

Program Pengajian Asas (untuk lepasan SPM 2011)
Calon-calon yang terpilih mengikuti program ini perlu lulus Program Pengajian Asas (1 tahun) di UTP sebelum meneruskan pengajian di peringkat Sarjana Muda.

Tarikh tutup permohonan: 5 April 2012
Permohonan online di http: //www.utp.edu.my (klik pada permohonan untuk program pengajian asas ambilan Mei 2012)

Program Sarjana Muda (untuk lepasan STPM, Matrikulasi, Diploma atau setaraf)
Terdapat 8 program ditawarkan dengan permohonan dilakukan secara online di http: //www.utp.edu.my (klik pada permohonan untuk program sarjana muda ambilan Mei 2012)

Maklumat lanjut hubungi:
Unit kemasukan, university teknologi PETRONAS
Bandar Seri Iskandar, 31750 Tronoh
Perak Darul Ridhwan.
Telefon: 05-3688 406/407/156/403/346


Selasa, 20 Mac 2012

Kajian Mengenai Penilaian Kredibiliti Blog


Semalam, aku ada terima emel Kajian Mengenai Penilaian Kredibiliti Blog yang kandungannya seperti berikut;

Salam hormat,
1] Anda dijemput untuk menyertai kaji selidik kami yang bertujuan mempelajari trend faktor yang mempengaruhi penilaian kredibiliti blog kegemaran di Malaysia blogosphere.
2] Kami berharap penyertaan anda dalam kajian ini adalah berkeadaan tenang, tiada tekanan dan secara sukarela.
3] Kajian ini hanya mengambil 15 - 20 minit daripada masa anda. Lebih banyak respon diterima lebih baik data boleh dianalisa, oleh itu mohon dipaut atau dihantar kepada para blogger atau pembaca blog yang lain.
4] Maklumbalas anda dalam kajian ini adalah terpelihara.
5] Anda boleh mengajukan sebarang pertanyaan, terus kepada Sharifah Aliman, pelajar PhD di Universiti Teknologi MARA, Shah Alam Malaysia melalui alamat email ini: sharifahali@gmail.com  Kami sangat berbesar hati di atas penyertaan anda. Terima kasih dan moga sejahtera selalu.

=============================~Penting~===========================
a] Maklumbalas segera amatlah dihargai atau hantar sebelum/pada 1 April 2012.


Apa kata sama-sama bantu cik adik nan lawa ini dapatkan data tentang dunia blog?
Aku dah isi…JOMMMM isi sama-sama, nak?

Permohonan IJAZAH SARJANA MUDA USM 2012/2013

PERMOHONAN MELANJUTKAN PENGAJIAN TINGGI DI UNIVERSITI SAINS MALAYSIA (USM) PERINGKAT IJAZAH SARJANA MUDA, SIDANG AKADEMIK 2012/2013

Calon-calon yang berkelayakan dipelawa memohon secara terus (online application) untuk mengikuti program pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda (Ijazah Pertama Penuh Masa) di Universiti Sains Malaysia (USM APEX) bagi Sidang Akademik 2012/2013.

Permohonan terbuka kepada :
1. Lepasan Matrikulasi/Asasi 2011.
2. Lepasan STPM 2011.
3. Lepasan Diploma/Setaraf - IB, AUSMAT, A-LEVEL dan lain-lain.

Tarikh tutup permohonan adalah pada 26 Mac 2011 (ISNIN)
Sila ke website berkaitan untuk maklumat lanjut.

Calon-calon boleh mengemukakan permohonan melalui pohon@usm dengan kaedah pembelian nombor PIN USM di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) dan setiap pembelian nombor PIN USM dikenakan bayaran sebanyak RM40. Seterusnya, calon perlu mendaftar menggunakan nombor PIN USM dan nombor Rujukan akan dijana oleh sistem dan akan dihantar kepada emel calon. Calon-calon adalah dinasihatkan untuk mencetak nombor Rujukan dan borang permohonan untuk simpanan dan rujukan.

USM menawarkan sebanyak 67 program pengajian (tidak termasuk program Pendidikan) di peringkat Ijazah Sarjana Muda. Calon-calon boleh memilih sekurang-kurangnya satu [1] program pengajian dan maksima lapan [8] program pengajian bagi lepasan Matrikulasi/Asasi 2011 dan STPM 2011, manakala empat [4] program pengajian bagi lepasan Diploma/Setaraf. Sila rujuk Senarai Program Pengajian yang ditawarkan Sidang Akademik 2012/2013 di menu Panduan.


Calon-calon yang memohon kemasukan ke USM adalah diwajibkan untuk mendaftar dan menduduki Malaysian University Selection Inventory (MUnSyI) yang akan diadakan di :

KATEGORI TARIKH / MASA TEMPAT UJIAN MUnSyI
Matrik BMKPM 7 April 2012 (10-11 pagi) Di Kolej Matrikulasi masing-masing
PASUM 31 Mac 2012 (10-11 pagi) Di Kolej Matrikulasi masing-masing
Asasi UiTM 7 April 2012 (10-11 pagi) Berdasarkan Pusat Ujian MUnSyI yang dipilih.
STPM 2011 7 April 2012 (10-11 pagi) Berdasarkan Pusat Ujian MUnSyI yang dipilih.
Diploma/setaraf 7 April 2012 (10-11 pagi) Berdasarkan Pusat Ujian MUnSyI yang dipilih.

Bagi program pengajian yang memerlukan temuduga, tempoh temuduga diadakan adalah * 2-10 Mei 2012. Semakan panggilan temuduga boleh dibuat pada pertengahan April 2012 di pohon@usm.

Maklumat Tambahan bagi calon Matrikulasi/Asasi :

Calon-calon yang telah mengisi dan menghantar permohonan melalui pohon@usm boleh melakukan pengubahsuaian dan pengemaskinian program pengajian yang dipilih setelah memperolehi keputusan peperiksaan Matrikulasi semester kedua. Sistem akan dibuka semula pada 26-30 Mei 2012 untuk membolehkan pengubahsuaian dan pengemaskinian dilakukan (Fasa II).

Hanya calon-calon yang telah membuat permohonan semasa Fasa I, layak membuat pengubahsuaian atau pengemaskinian program pengajian.

Maklumat Tambahan bagi calon Diploma/setaraf :

Peringatan bagi kategori Diploma/setaraf, calon MESTI mencetak dan menghantar dokumen-dokumen berikut :

1. Borang permohonan lengkap mengikut bilangan pengajian yang dipohon.
2. Salinan Kad Pengenalan dan sijil akademik yang berkaitan yang disahkan.
- [SPM, MUET/IELTS/TOEFL, STPM / Sijil Matrikulasi / Diploma (sila sertakan
transkrip yang lengkap)/IB /A Level / AUSMAT / SAM].
3. Pengiktirafan program pengajian daripada MQA.

Permohonan dianggap TIDAK LENGKAP dan TIDAK AKAN DIPROSES sekiranya USM tidak menerima Borang Permohonan dan maklumat lain yang diperlukan.

Sila hantar permohonan anda ke alamat :-

SEKSYEN PENGAMBILAN PELAJAR,
BAHAGIAN PENGURUSAN AKADEMIK,
PEJABAT PENDAFTAR, ARAS 2,
BANGUNAN CANSELORI,
UNIVERSITI SAINS MALAYSIA,
11800 USM,PULAU PINANG

iklan permohonan 1
iklan permohonan 2

Isnin, 19 Mac 2012

Siti Nur Fatihah Pula Diculik Masa Beli Kad Tambah Nilai


Belum reda lagi dengan kes pembunuhan menyayat hati 
Dirang @ Nurul Nadirah Abdullah dicekik, dibunuh dan dibakar 
dalam lubang di kebun kelapa sawit
semalam 18 Mac 2012 seorang pelajar perempuan, Siti Nur Fatihah Mahadi
Telah diculik ketika keluar bersama dua adik kembarnya
masa beli kad tambah nilai prabayar berhampiran rumahnya di Taman Tas, Kuantan.

Siti Nur Fatihah Mahadi, gambar dari Berita Harian

Siti Nur Fatihah Mahadi, 15, adalah pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Pandan
keluar dari rumahnya pukul 12 tengah hari bersama dua adik kembarnya;
Siti Nurul Aishah dan Mohd. Shahmi Aiman, 11 tahun.
Ibu mangsa, Nor Mala Mohd. Lazin, 34, terkejut diberitahu anak anak kembarnya
memaklumkan kakak mereka dilarikan orang.
mangsa dipercayai dilarikan dengan sebuah kereta jenis honda berwarna gelap
oleh tiga individu termasuk seorang wanita tidak dikenali.
orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai mangsa
diminta menghubungi mana-mana balai polis berhampiran @ hubungi
Mahadi Muda di talian 019 9897807 atau 019 9813361.

Kepada anda yang prihatin, sebarkanlah maklumat ini
moga-moga usaha kecil kita ni dapat menyelamatkan remaja comel tu
moga-moga juga, tak ada manusia bebal yang cuba ambil kesempatan
atas kesulitan orang lain dengan menambah beban kepada keluarga mangsa
dan anggota polis yang menyiasat
Kalau tak mampu nak membantu, tolonglah jangan membebankan pula!


Kemas Kini 20 Mac: 
Ibu Siti Nur Fatihah Mahadi menerima panggilan (perbualan selama2 jam)
daripada seorang lelaki dikenalinya kira-kira jam 2 pagi
 memberitahu anaknya berada dalam keadaan selamat.
"Lelaki @ remaja itu (tingkatan 4) mendakwa seorang wanita telah menghubunginya
dan memberitahu anak mak cik berada di sebuah rumah ibu angkat
 seorang daripada mereka dan akan pulang ke rumah 'esok-esok'
kerana kehilangannya kini telah menjadi kes polis,"

Polis masih menjalankan siasatan daripada segenap sudut
kes itu disiasat mengikut Seksyen 363 Kanun Keseksaan
kerana menculik dari penjaga yang sah
kalau gini gayanya, tak lama lagi kes ni insyaallah akan selesai


polis Malaysia ni hebat, jangan nak perlekehkan mereka!

Kalau betul begitu, Alhamdulillah.
Risau kalau-kalau jadi macam kes Nazatul Fardiana yang masih trauma
walaupun dah diselamatkan Polis Thailand selepas berjaya melarikan diri
daripada sekumpulan anggota sindiket pelacuran
di Stesen Kereta Api Hua Lampong, Bangkok minggu lalu.



Rakyat Malaysia Di Syria Dinasihat Pulang?

Biar betul!
Rakyat Malaysia di Syria dinasihatkan pulang ke tanah air
keadaan keselamatan di negara itu berkemungkinan menjadi lebih buruk
dan membahayakan keselamatan dah sekarang ni.

Kementerian Luar dan Kedutaan Malaysia di Damsyik
sarankan semua rakyat Malaysia supaya hati-hati dan elak perjalanan tak perlu.
Sesiapa yang nak pergi Syiria pun, eloknya tangguh dulu
hingga keadaan pulih
kedutaan mengesahkan semua 168 warga Malaysia di Syiria
yang berdaftar dengannya selamat dan tidak terbabit
dengan letupan bom di tengah kota Damsyik
yang menyebabkan 27 kematian dan mencederakan 140 yang lain.

Masih ingat lagi kesah pelajar Malaysia di Mesir dibawa pulang dulu?
harap-harapnya tak akan berulang lagi
yelah…kos sangat tinggi tu walaupun Perdana Menteri kita kata
negara kita prihatin dengan rakyatnya


PssssT:

PM yakin Barisan Nasional mampu rampas negeri-negeri dikuasai pembangkang
pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 nanti
katanya “hanya kerajaan BN sahaja yang mampu
membawa pembangunan dan pembaharuan berterusan” kepada rakyat

Agaknya dapat rampas tak kampong aku?

Ahad, 18 Mac 2012

Jawatan Kosong di Kementerian Pengajian Tinggi

Sukacita dimaklumkan bahawa, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) sedang mengenalpasti cajon-cajon yang sesuai bagi tujuan mengisi kekosongan jawatan Warden Gred 32/34 (Terbuka) di Education Malaysia (EM) Mesir, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT). Sehubungan dengan itu, sukacita bersama-sama ini disertakan sesalinan iklan berhubung tawaran pengisian kekosongan bagi jawatan tersebut.

Semua permohonan hendaklah dibuat dengan menggunakan boring KPT .5.500-8/2/6 Jld.2 seperti yang dikepilkan bersama. Borang tambahan boleh dimuat turun secara on-line melalui laman web KPT iaitu http://www.mohe.gov.my atau dibuat salinan fotostat. Tarikh tutup permohonan ialah pada 30 Mac 2012 (Jumaat).

IKLAN PENGAMBILAN PEGAWAI KERAJAAN UNTUK BERKHIDMAT EDUCATION MALAYSIA, KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

Pegawai Perkhidmatan Awam yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan Malaysia adalah dipelawa untuk mengisi kekosongan jawatan di Education Malaysia (EM), Kementerian Pengajian Tinggi, seperti berikut:

(i) Warden, Gred 32/34 (Terbuka) di Education Malaysia Mesir

SYABAT-SYARAT UMUM PEMOHONAN
i) Pegawai terdiri daripada warganegara Malaysia;
ii) Pegawai telah dilantik tetap dan disahkan dalam perkhidmatan
iii) Mempunyai prestasi kerja di tahap 85% (melebihi sasaran/cemerlang) dalam Laporan Nilaian Prestasi Tahunan bagi tiga tahun berturut-turut (Tahun 2008,2009 dan 2010);
iv) Mempunyai kompetensi yang sesuai dengan bidang tugas yang dipohon
v) Bebas daripada sebarang tindakan tatatertib
vi) Pegawai dan ahli keluarga (jika berkaitan) mempunyai tahap kesihatan yang baik, tidak menghidap penyakit berjangkit dan penyakit yang berpanjangan.

SYARAT-SYARAT UTAMA PERMOHONAN
a) Terdiri daripada pegawai yang berada di Gred 32 atau Gred 34 dan telah disahkan jawatan;
b) Tidak melebihi 45 tahun pada tarikh tutup permohonan;
c) Mempunyai pengalaman dalam perkhidmatan Kerajaan sekurang-kurangnya 5 tahun; dan
d) Mempunyai pengalaman yang luas dalam tug as pentadbiran, pengurusan kewangan, pengurusan aset, pengurusan hat ehwal pelajar, pengurusan sumber manusia, pengurusan majlis dan perhubungan awam.


KEUTAMAAN KELAYAKAN
Keutamaan diberi kepada pemohon-pemohon berikut:-
i) Mempunyai pengalaman yang luas dalam tugas pentadbiran, pengurusan kewangan, pengurusan aset, pengurusan hal ehwal pelajar, pengurusan sumber manusia, pengurusan majlis dan perhubungan awam.
ii) Mempunyai perwatakan & peribadi yang sesuai sebagai seorang Pegawai Perwakilan Luar Negeri, berdikari dan boleh bekerja dengan pengawasan yang minimum;
iii) Berkebolehan bertutur dengan fasih dan menulis dengan baik dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab.

CARA MEMOHON

i) Semua permohonan hendaklah menggunakan Borang Permohonan KPT .5.500/8/2/6 Jld.2 yang boleh dimuat turun melalui laman web Kementerian Pengajian Tinggi: http://www.mohe.gov.my ;

ii) Permohonan hendaklah disertakan dengan dokumen-dokumen sokongan seperti berikut:
Satu (1) salinan maklumat peribadi (resume) yang terkini beserta Pengalaman perkhidmatan mengikut susunan tarikh;
Satu (1) salinan Kenyataan Perkhidmatan yang telah dikemas kini yang disahkan oleh Ketua Jabatan;
Satu (1) salinan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (Tahun 2008, 2009 dan 2010) yang disahkan oleh Ketua Jabatan;
Satu (1) salinan Sijil! Diploma! Ijazah yang berkaitan yang disahkan; dan
Satu (1) salinan Laporan Pengisytiharan Harta yang disahkan oleh Ketua Jabatan;
Lampiran A -Ringkasan butiran peribadi serta pengalaman yang berkaitan dengan tugas yang dipohon.

iii) Semua permohonan hendaklah dikemukakan melalui Ketua Jabatan;
dan

iv) Semua perrhohonan yang lengkap diisi berserta dengan dokumendokumen sokongan yang diperlukan hendaklah dikemukakan kepada:

Ketua Setiausaha
Kementerian Pengajian Tinggi
Sahagian Pengurusan Sumber Manusia
Aras 15, No.2, Menara 2
Jalan P5/6, Presint 5
62200 W.P. PUTRAJAYA
(u.p: Urusan Pengambilan EM)


TARIKH TUTUP PERMOHONAN
Tarikh tutup permohonan adalah sebelum atau pada 30 Mac 2012 (Jumaat). Permohonan yang tidak lengkap dan lewat diterima daripada tarikh yang dinyatakan tidak akan dipertimbangkan.

TEMUDUGA
Hanya cajon yang layak dan disenarai pendek sahaja yang akan dipanggil untuk sesi temu duga.
Permohonan adalah dianggap tidak berjaya sekiranya pemohon tidak menerima sebarang jawapan dalam tempoh satu (1) tahun dari tarikh tutup permohonan.

PERTANYAAN
Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, bolehlah menghubungi pegawai-pegawai seperti berikut:
i) Puan Izzatul Fardiah binti Othman
    Emel: izzatul@mohe.gov.my
    Telefon: 03-88705211

ii) Puan Zuraidah Anum binti Ramli
    Emel: zuraidah2@mohe.gov.com
    Telefon: 0388705209

iii) Cik Norhana binti Abd Aziz
    Emel: norhana.pts@mohe.gov.com
   Telefon: 03-88705241

Macam best je kalau boleh kerja kat luar negara...hu hu hu jom mintak! ~~~~ sayangnya, daku tak layakkkk!

Sabtu, 17 Mac 2012

Makan Malam Romantik Terpenuh Tradisi Bertemankan Lentuk Nyala Lilin

biarpun tidak bertemankan bulan bintang di langit
disuluhi lampu di celah pokok dan cahaya lilin dalam gelas kaca
sudah cukup sempurna untuk nikmati makan malam berdua...


terisi nilai tradisi jua
dah lama tak makan sambal belacan
makan bersuap rapat tarian jari singgah antara ulam dan sambal belacan
antara nasi ke daging salai dan kangkung goreng belacan

sesekali bertemankan cahaya lilin
sambal belacan terlebih enak di lidah
terlebih sedap di tekak

samakah rasanya dengan gulai Mek? 


Jumaat, 16 Mac 2012

Pesanan Kepada Perempuan Cantik Yang Masuk Surau

Entri hari Jumaat...kisah di sebuah surau di sebuah Pusat beli belah:

Jam dah 2.30 petang, surau agak ramai orang
perlu tunggu telekung dari pengguna lain yang dah siap
perlu juga tunggu ruang untuk solat

Seorang perempuan muda cantik nan comel
sopan dan molek tingkahnya masuk ke surau di pusat beli belah
terus sahaja melangkah ke sejadah yang baru kosong
betul-betul di baris paling hadapan
tersimpuh ayu, dia letakkan beg cantiknya di kepala sejadah
dengan sopan dia bersihkan make up di wajahnya
tenyeh dan tonyoh bedak di wajah
tenyeh dan tonyoh pelupuk mata
tenyeh dan tonyoh lipstik di bibir
lima minit dia bersimpuh ayu di sejadah paling hadapan
dengan semua urusan berkaitan keindahan muka
sedang dibelakangnya, Insan-insan sujud ke sejadah

Seorang perempuan muda cantik nan comel
sopan dan molek tingkahnya masuk ke surau di pusat beli belah
tinggalkan selambak tisu sebelah beg cantik di kepala sejadah
ambil wuduk, kemudian tunggu telekung
dengan sopan juga mengadap Allah

Seorang perempuan muda cantik nan comel
Sopan dan molek tingkahnya masuk ke surau di pusat beli belah
Selesai solat terus tenyeh dan tonyoh bedak di muka
tenyeh dan tonyoh pelupuk mata
tenyeh dan tonyoh lipstik di bibir
sekejab tenyeh lipstik, sekejab lain lap dengan tisu
tambah lipstik lagi…ratakan dengan kemut-kemut mulut itik
lukis pelbagai warna di pipi juga
lap sana sini dengan tisu, kemudian longgok lagi sebelah beg cantik
lima minit dia bersimpuh ayu di sejadah paling hadapan
dengan semua urusan berkaitan keindahan muka
sedang dibelakangnya, Insan-insan sujud ke sejadah

Seorang perempuan muda cantik nan comel
Sopan dan molek tingkahnya masuk ke surau di pusat beli belah
Anggun dan ayu, manis menawan dia melangkah keluar surau
di kepala sejadah baris paling hadapan,
longgok tisu berceloreng bekas makeup tak terbuangkan

seketika berada di surau sebuah pusat beli belah
betapa ramainya gadis cantik nan comel ayu
lebih mementingkan wajah indah berbanding pengguna surau lain
berbanding insan yang sujud di belakangnya
ingatkan dia seorang sahaja…rupanya;
memang macam tu ya?
Dah jadi trend terkini ya?
Tak kesah ke orang sujud berada di belakang kita?

Betul tak kesah???
Betul????

Tapi...aku kesah.
Aku tak mau orang comel begini kat depan masa tengah solat
boleh tak jangan buat macam ni kat depan aku?
aku insan marhaen yang rendah nilai tawaduknya masa solat
karang jenama lipstik dan bedak apa yang kalian guna
muncul dalam benak masa angkat takbir
karang, tudung kalian yang cantik lawa
berjenama mahal dari butik tersohor singgah di minda
menari-nari menjolok keingin untuk pakai sama
nak jadi lawa comel menawan macam kalian juga,
entah ke mana fatihah aku
entah ke mana tahiyat aku
entah ke mana kusyuk aku...
errr...boleh tak kalian hadap TV alhijrah sesekali tengok
30 minit bersama Ustaz Don Daniyal
sangat terperinci penerangannya bab solat
walaupun hanya penerangan tentang cara berpakaian semasa solat
kalian akan tahu kenapa aku tiba-tiba jadi kesah
bab tanggal make up atau tambah make up depan jemaah ni

kat belakang tak boleh buat eh?
rasanya, kalian akan lebih menawan cantik jelita anggun bergaya
kalau hormati perempuan tak berapa nak menawan macam aku nak solat

Opsssss! Aku dah berleter panjang!
teruja sebab...akan jejak Tanah Serendah Sekebun Bunga hari ni
la la la hati berlagu ria ;)



Khamis, 15 Mac 2012

Borong Sakan Buku Terbitan DBP dengan Voucer Buku 1Malaysia



Aku pernah cerita pasal kedai buku Syabab di PKNS Bangi
akan dapat potongan separuh harga
untuk aku yang ternak ulat buku ni
peluang ni memang tak akan dilepaskan


Dua minggu lepas aku ambil voucer buku 1Malaysia
sangat berkobar-kobar untuk habiskannya serta merta
teruja sangat-sangat sebab akan bertambah koleksi buku
dah lama tak beli buku rasanya
walaupun masa pesta buku KL tahun lepas rasa macam dah nak muflis
akhirnya, inilah yang berjaya aku pancing;


semuanya 16 buah buku berjaya aku sambar
dengan bayaran hanya RM27
terlebih harga...nak buat macam mana teruja!

Opsssss! kalau tanya aku cukup tak jumlah voucer banyak tu
aku akan jawab: Tak Cukup!
nak mintak lagi, boleh?
tahun depan RM500 boleh tak?