Anda Juga Mungkin Berkenan

Jumaat, 30 September 2011

Kek Coklat Basah: Pahit, Rentung, Keras dan Tak Berapa Nak Basah


Bukan selalu buat kek coklat basah ni
dah terlupa pula bahan-bahannya
dah lama teringin nak makan
tapi tangguh-tangguh
minggu lepas belasah je buat
tetiba terlupa pulak sukatan tepung gandum
akhirnya pakai sebat je
kesudahannya: KERAS dan tak basah
sangat menderita

Setelah tanya semula tuan empunya resipi
baru ingat semula bahan digunakan
haaaaa tu la, siapa suruh berlagak tak tulis mana-mana
macamlah tak tau PELUPA tahap DEWA

walaupun kali kedua buat
dengan resipi yang betul tapi tangan terlebih lah pula
campak banyak sangat neskepe
tak ikut sukatan hu hu hu
akhirnya: pahit!
Adussssssssssssssssss! nak kena mahirkan semula ni
kang lupa lagi...payah!

Jadinya, nak elak lupa lagi lain tahun
aku nak tampal kat sini ajelah resipi Kek Coklat Basah (Moist)
yang aku paling suka tu
nanti-nanti kalau aku lupa
boleh aje rujuk sini kan?

Kek Coklat Basah Hangit Rentung Versi Anyss hu hu hu


Bahan-bahan Kek Coklat Basah (Moist)
1 cawan gula
1 cawan serbuk koko
1 cawan susu cair
1 cawan air suam
1 cawan minyak mazola (jagung)
2 cawan tepung gandum
1 sudu teh neskepe
1 sudu baking powder
1 sudu serbuk penaik
4-5 biji telur
secubit garam
sedikit vanila (kalau suka)

Cara Membuat Kek Coklat Basah (Moist)

ayak tepung gandum bersama baking powder dan serbuk penaik.
masukkan gula, serbuk kono, neskepe, garam
masukkan susu cair, minyak mazola dan air suam.
pukul telur hingga kembang dalam bekas yang lain
kemudian tuang ke dalam adunan tadi
masukkan serbuk vanila.

masukkan semua adunan tadi dalam loyang pembakar
bakar selama lebih kurang sejam dengan suhu 150 darjah Frenheight
cucuk kawasan tengah kek dengan lidi untuk uji dah masak atau belum
kalau tak melekat apa-apa di bilah lidi
maknanya dah masaklah tu
kalau masih ada cecair di hujung lidi
tambah masa untuk bakar
bakarlah hingga masak.

Kerja Kosong di Perbadanan Putrajaya


Kepada yang sedang mencari kerja kosong, Perbadanan putrajaya sedang mencari pekerja untuk JAWATAN-JAWATAN berikut;


Arkitek
Jurutera
Pegawai Undang-Undang
Pegawai Pertanian
Penolong Pegawai Teknologi Maklumat
Ahli Muzik
Pereka
Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat
Pembantu Kesihatan Awam
Juruteknik (Awam)
Pereka Gred B17
Pembantu Pertanian Gred G17
Pegawai Khidmat Pelanggan
Pekerja Rendah Awam


Kelayakan umum bagi jawatan-jawatan di atas adalah seperti berikut:
i. Warganegara Malaysia
ii. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan.
iii. Had umur calon yang sedang berkhidmat dengan kerajaan, Badan Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan adalah tidak melebihi 50 tahun. Manakala had umur calon yang memohon bagi Kenaikan Pangkat Secara Lantikan (KPSL) adalah tidak melebihi 54 tahun pada tarikh lantikan.

Syarat kelayakan terperinci dan proses permohonan mengikut jawatan boleh didapati melalui laman web Perbadanan Putrajaya http://www.jobsmalaysia.gov.my atau iklan penuhnya di sini
ii. SEMUA permohonan perlu dibuat terus secara ONLINE melalui boring permohonan yang disediakan di dalam laman web yang sama.
· Taraf Jawatan: Semua lantikan bagi jawatan yang diiklankan akan dilakukan secara KONTRAK sebelum pelantikan secara TETAP dipertimbangkan berdasarkan prestasi perkhidmatan.

· Tarikh Tutup Permohonan ialah pada 03 Oktober 2011

Khamis, 29 September 2011

Senyum Ayumu Tak Laku di Mataku



Balik kerja semalam, singgah Giant
lauk dah tak ada sekeratpun,
telur tak ada sebijipun
sayur hanya ada tomato dua biji sahaja
nak masak apa kalau tak cari sekerat dua lauk dan sayur

mula-mula naik ke foodcourt, pesan nasi goreng biasa dan neskepe ais
tak sempat makan tengahari, jadi qada jam 4.30 petang
terus sahaja ke bahagian sayur mayur dan barang basah
tarik sepeket cendawan
sebiji kobis bulat pun dah dekat RM4.50
10 biji telur ayam cari yang paling murah
dapatlah RM3.69
akhir sekali pilih paha ayam 4 ketul
agak besar juga saiznya, itu yang rasa geram nak bakar dengan lada hitam
bila timbang, cecah RM10.01 hu hu hu telan liur sekejab
akhirnya...ambil juga
kerja tonggang terbalik macam nak tongkat langit tak ingat nak mati
takat 4 ketul paha ayam pun tak kan nak berkira pula kan?
hu hu hu Cik Bintang mesti gelak kat aku tergolek-golek

Bila nak bayar, hanya 2 kaunter sahaja buka
panjang pula kena berbaris
nak tak nak, memang kena berbaris juga walaupun hanya 4 barang sahaja
(malas pulak nak ke pasar malam; malas nak keluar semula)
sebab ruang yang tak berapa nak luas
maka bengkoklah barisan tu dek panjangnya orang
kat belakang aku ada 4 orang lagi
(entah kenapa banyak pula angka 4 kali ni)

hu hu hu nak sadiskan cerita
ada seorang kakak lawa gebu cantik molek ni
sorong kereta dia yang penuh barang kat depan aku
ingatkan beratur lorong sebelah
katanya dia beratur barisan yang sama
aku pun toleh belakang, angka 4 orang tu dah bertambah lagi
macam mana dia boleh beratur depan aku
sedangkan orang lain yang datang kemudian beratur belakang aku
katanya juga aku datang lagi lambat
padahal, dah lama aku berdiri situ hingga line dah sepanjang tu
(sejak bila pula aku reti ghaibkan diri dari pandangan umum?)

setahu aku,
kakak yang beratur 2 dari belakangku
datang dari arah sama macam dia
dah terkial-kial cari jalan untuk beratur belakang aku
kenapa kakak tu tak beratur belakang dia
kalau dia sampai lebih awal?

mukanya yang comel ayu gebu putih melepak itu juga
dah bertukar jadi masam mencuka getah naik harga
walaupun pakai lipstik warna pink yang tebal
tetap nampak tak cantik pula bila dah tambah dengan jeling tajam
orang-orang yang beratur belakang aku pula
buat-buat tak tahu
buat-buat tak pandang

Agaknya,
muka lawa putih gebu melepak dan berlipstik tebal dia itu
laku tak di mataku?
Haaaaaaaaaa tau pun!
Mana ada lakunya...
lainlah kalau dah hensem kacak macho mengalahkan Mr.Bean
hu hu hu tolong gelak ya...sila gelak
aku memang tengah stress giler tiap kali muka dia
muncul di ruang mata. Huh!

Selera aku nak bakar paha ayam dengan black paper
lari entah ke mana...

Rabu, 28 September 2011

Sejak Bila Benda Ni Tumbuh Bulu?







Selasa, 27 September 2011

Permohonan Online Kursus Perguruan Lepas Ijazah Sekolah Rendah (KPLI-SR) j-QAF Mod Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah (LPBS) ambilan Januari 2012.


Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) mempelawa calon yang berkelayakan, berpotensi, berminat dan beriltizam untuk mengikuti Kursus Perguruan Lepas Ijazah Sekolah Rendah (KPLI-SR) j-QAF Mod Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah (LPBS) di Institut Pendidikan Guru(IPG), KPM bagi ambilan Januari 2012.

Nama Program : Kursus Perguruan Lepas Ijazah Sekolah Rendah (KPLI-SR) j-QAF  
Mod Latihan : Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah (LPBS)  
Tempoh Pengajian : 1 1/2 Tahun (18 Bulan)

Permohonan hanya boleh dibuat secara atas talian (online) dengan melayari laman sesawang Kementerian Pelajaran Malaysia di alamat: http://www.moe.gov.my mulai 26 September 2011 mulai jam 9.00 pagi.

Tarikh tutup permohonan adalah pada 9 Oktober 2011.

Kepada adik-adik yang berminat menyebarkan ilmu dan jadi pendidik, bolehlah mula beratur secara maya untuk hantar permohonan. jangan tunggu-tunggu lagi, selain dapat GAJI, guru juga dapat pahala yang berterusan selagi ilmu tersebut digunapakai. Bayangkan berapa banyak ilmu yang kita sebarkan digunapakai orang lain sepanjang hayat mereka. Kan berterusan dapat pahala biarpun kita dah tak ada. Untung tau...itulah namanya pelaburan yang sebenar!

Jangan Tahu Makan Je!

Aku sangat jaga pasal makan 
jangan asal sebat je
semuanya rembat tak tau usul periksa
benda yang kita makan
akan jadi darah daging
akan bergerak seluruh tubuh
terutama hati

kalau hati sekelam malam
usah salahkan air mandian
kaji dulu sumber makanan yang diambil
kalau tingkah sejahat setan
usah salahkan alam seisinya
selidik dahulu sumber hidup kita
halal atau haramnya

kepada sesiapa yang rasa macam nak tambah ilmu
tentang makanan dan pemakanan
halal haramnya
jom reramai serbu satu majlis ilmu dari orang yang pakar
masuk adalah PERCUMA
selepas wacana biasanya ada makan-makan
maklumlah...gomen! hu hu hu


Oiiit! kalau majlis ilmu yang dihadiri para malaikat
liat ek??? 
Kalau tengok wayang yang dipenuhi segala mak nenek jin setan
lajuuuuuuuuuuuuuuu je!
Jom! Jom! JOM! bukan senang nak dapat ilmu percuma
siap kasi makan lagi tuuuu

Jumaat, 23 September 2011

Selamat Tinggal Kipas Udang!


Hah! apa dah jadi?
semalam pergi cari barang dapur di econsave
tak jumpa pun kicap kipas udang
punggah sos lain yang semuanya dah berbaki dalam botol
yang tak boleh tak ada selain kicap
dah tentu sos black paper dan sos tiram
tak ada dua jenis sos ni
rasa macam tak lengkap je masak
cewaaaaaaaaahhhhh tukang masak tersohor tak heranpun pasal benda ni
aku je dok kalut kalau tak ada
macam rasa dah lari sikit

hujung minggu depan
anak buah kepada adik ipar aku bakal tumpang bermalam di rumah
beras dah berbaki dalam bekas
cukup untuk dua kali tanak je lagi
huh! 5kg jugak aku makan sepanjang puasa lepas
hujung minggu meriah je berbuka dengan adik dan adik ipaQ
siap masak untuk sahur sekali
segan pulak kalau jadi macam hari tu
adik kepada adik ipaQ datang rumah
masa lunch lauk dah siap segala tapi beras tak cukup
kalut kerah adik ipaQ pi beli beras belakang rumah

memanglah dekat ajepun
tapi segan jugak dengan tetamu
jadinya, tak mahu bersesak hujung minggu beli barang
maklumlah masih ramai buat rumah terbuka
hingga bersesak econsave atau Giant
makanya aku pergi malam semalam
ingatkan kuranglah orangnya
rupanya ramai jugak
huh! habis tu tak kan nak balik semula
beli je lah apa yang patut macam dalam senarai
tapi hingga akhirnya...kicap manis kipas udang tak ada

siang tadi, masa balik kerja
singgah Giant nak skodeng kicap kipas udang
dan beberapa barang lain yang belum beli
namun akhirnya,
aku balik dengan membawa botol kicap manis Jalen
Yup! Dina dah letak status di FB dulu
kenaikan harga kicap kipas udang yang melambung-lambung
mengalahkan harga Dinar Emas
ada ka patut botol kecil RM5.69
botol besarnya RM7.99
kicap ke apa ni?

Selamat tinggal kicap manis kipas Udang
aku hanya golongan marhaen yang suka makan kicap manis
dengan telur goreng mata kerbau
kalau harga dah cecah hampir RM6
aku memang tak mampu
selera nak makan kicap pun dah padam

Selamat datang ke dalam hidupku Kicap Manis Jalen
inilah kedua kalinya aku makan kicap Jalen
harapnya akan setia sampai bila-bila
selagi harganya tak melambung macam Dinar Emas!