Anda Juga Mungkin Berkenan

Selasa, 30 Ogos 2011

Selamat Menyambut Hari Lebaran

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin
kepada semua rakan-rakan dan pembaca blog ini
andai sepanjang berbicara dengan kata nan menyentuh hati kalian
tersentuh dek lembut bahasa
tersentuh dek sindir pesan
daku jua insan biasa

Biar di mana jua kalian berada
semoga kemeriahan Aidilfitri mengisi seluruh kehidupan
semoga sentiasa ceria dan gembira


 

Namun, usah pula lupa kepada insan nan malang
insan yang sedang berduka
rakan-rakan dan saudara seagama dihimpit hampa
sama-samalah kita prihatin
Juga...
jangan main mercun


Sentiasalah utamakan keselamatan sepanjang masa
Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin


Sabtu, 27 Ogos 2011

Selamat Pulang Ke Kampung Halaman

Hari ni, pagi-pagi lagi insyaAllah
kami akan balik kampung
doakan keselamatan kami sepanjang perjalanan
juga kepada semua warga Malaysia yang memulakan perjalanan
pada hari ni juga
jangan lupa...pakai tali pinggang keledar


Pastikan rumah yang ditinggalkan selamat
pasang satu lampu di dalam
mangga dan kunci semua pintu dan tingkap
check juga gas dah dicabut kepalanya
atau sambungan plug, dah dileraikan dari dinding?
hanya biarkan plug peti ais sahaja terpasang
yang lain eloknya padamkan semua
kalau berkenaan...jangan pula matikan dalam balang ikan dahlah
karang datang semula dah jadi mumia ikan tu hu hu hu

Sepanjang musim perayaan
hati-hati biar di mana jua kita berada
pertambahan bilangan kenderaan di jalan raya
akan sebabkan kesesakan teruk
tingkatkan kesabaran yang telah kita semai
sepanjang Ramadhan.

Akhir sekali,
selamat hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir Batin
moga-moga Aidilfitri kali ini memberi sejuta kebahagiaan
dan kegembiraan untuk kita semua.


Opsssss! Duit raya jangan lupa nak hulur
dah lama aku tunggu ni la la la


Jumaat, 26 Ogos 2011

Meruku Raya Untuk Mek




Hu hu hu touching tak tajuk?
macam tajuk cerpen pulak dah...ataupun tajuk drama
untuk slot Hari Raya kat TV la la la

Ahad lepas, hari terakhir untuk acara mewangikan rumah
goreng gorengan maruku hingga satu taman tak selesa hidung
walaupun hingga semalam
tempahan nak kan maruku tetap masuk
namun, terpaksa ditolak
maruku dibuat berdasarkan permintaan (order)
lebihnya hanya 1kg sahaja (2 pack)
untuk kami bawa balik kampung halaman
Mek pun nak juga rasa maruku hasil air tangan anakanda terchenta
tak gitu?

Jadinya, maaflah...permintaan tak mampu dipenuhi
kuali dah basuh dah kilat-kilat gantung kat dinding
tak boleh bersilat buat maruku lagi
Tapi, kalau nak juga kerepek
masih boleh dipertimbangkan mengikut stok
hingga entri ini ditulis, dah tak banyak lagi stok yang tinggal
itupun kami gatal tangan juga ambil stok lebih
untuk permintaan “terjun tergempar” kalau-kalau ada
dan memang adapun permintaan sebegitu.

Adik sendiri, sms pagi-pagi benar hari Rabu lepas
buat pesanan untuk kakak iparnya.
asalnya, mereka nak beli sendiri di kilang
murah sikit kan, kos pengangkutan tanggung sendiri
kemudian pakat ramai-ramai beli bundel untuk dikongsi
namun, tak terjangka pula
bila jelajah beberapa buah kilang kerepek
yang ada hanya rak kosong
dengan kerepek tempahan sahaja

Nak beraya dengan apa? Sekerat kerepek pun tak ada
nasib baik biras dia ni jual kerepek dan meruku
nasib baik juga kami gatai tangan beli stok lebih
kalau tak, jenuh kena jelajah Chow Kit cari kerepek
memanglah banyak, namun harganyapun tinggi juga
kalau beli dengan biras dia ni
tak ada diskaun juta-juta pun masih lagi ada hadiah kerepek lain sebungkus dua
penghantaran pula hingga ke rumah
di kampung halaman: jauhhhhhhhh tu...hampir 500km
haaaaaaa sape sanggup buat?

Rakan pejabatpun ada yang buat permintaan minit-minit terakhir juga
sambil ketawa katanya “Lupa lah minggu depan dah raya...
Ingatkan dua minggu lagi”
nasib baik comel je dia ketawa
nasib baik juga masih ada stok untuk tempahannya waktu tu
kalau tak, memang dapat serdak ajelah
Itupun boleh ambil hari Jumaat
kena tunggu Cik Bintang mendarat di Bangi
dari kayangan

Tahun ni, Mek dapat merasa maruku anakanda dia buat
dah tau dah apa yang akan dia komen:
Tak manih (manis) la la la
maruku mana ada yang manis, Mek!



PsssT: Patutnya ada gambar meruku tu...tapi, 
dah penat goyang meruku hingga tergoyang satu badan, 
lupa pulak nak snap barang sekeping dua hu hu hu 

PsssT: hari ni berbuka di Semenyih. Esok pagi-pagi bertolak dari sana
Ohhhh Kelate negeriku tercinta
daku kembaliiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii
Opsssss! belum lagilah. Esok!
Esok tau! Esok...
Kenapalah jam ni lambat sangat gerak jarumnya
bateri dah nak habis ek?

Khamis, 25 Ogos 2011

Aku Dah Tak Tahan!!!!!!

Huihhhhhh! dengar lagu ni macam nostalgia la pulak 
pasal cerita masa kecik...
cuma guna dialek negori ajeeee hu hu hu 
makin dengar lagu ni
makin tak sabar pulak nak balik
alahai hati...satu hari tubukannya lama
sila sabar yaaaa!!!!!




Alahai...jasad sahaja di sini 
nak buat macam mana esok masih ada kerja nak kena buat 
asalnya memang rancang nak balik awal-awal pagi Jumaat 
tetiba pulak ada orang nak himpit ikut balik sama 
LAMBAT sehari lah pulak tu aduhaiiiii hati...sabor je lah ya! 

Ohhhhhh, aku dah tak tahan!
Tak tahan!
Nak balikkkkkkk kampongggggggg!!!

Rojak Ringgit Iftar Ramadhan


Huh! tajuk memang tak boleh blah
anggap sahaja entri mamai
tuan tanah kedaung pening-pening lalat tak cukup tidur
malam ni kena berjaga lagi

Kisah 1: KARISMA peruntukkan 1.4 bilion
bantu golongan tidak bernasib baik, OKU,
warga emas, ibu tunggal dan program kemasyarakatan lain
dengan bantuan antara RM100 – RM450 seorang setiap bulan
hanya penjenamaan semula sahaja pun
tak apalah, indah didengar, harapnya diterima orang yang patut
kalau beri pada orang tak patut
baik bagi kat aku je,
boleh juga bayar yuran yang masih tertunggak


Kisah 2: Yuran pelajar ditolak dari pinjaman nanti
ini berita baik kepada lebih 41 ribu pelajar
yang diterima masuk ke IPT, bakal daftar diri selepas raya nanti
hasratnya memang baik: kurangkan beban pelajar
janganlah pula nanti joli katak pulak
maklumlah, tak pernah pegang banyak duit
 sila berjimat...kalian banyak tuahnya
berbanding kami zaman tok kadok dahulu
yang perlu puasa walaupun bukan pada Ramadhan

Kisah 3: PTPTN keluarkan saman kepada 93 ribu peminjam
bermula 31 Julai lepas PTPTN telah keluarkan saman
kepada peminjam yang belum bayar pinjaman
hanya  9 ribu sahaja berjanji akan bayar
132 ribu peminjam juga telah disenarai hitamkan Imigresen
Opssssss! tak boleh pergi melancong Bandunglah nampak gayanya!


Malam ni aku kena berjuang
jadi burung hantu berjaga sepanjang malam
semalampun tak tidur, hanya qada sejam di pejabat siang tadi
harapnya mampu bertahan hingga kerja aku siap
esok nak kena hantar
OOOhhhhhh rindunyaaaaaaaa BANTAL!

Rabu, 24 Ogos 2011

Contest Entri Gempak Di 100 Penulis

Lagi cerita tentang 100 Penulis.

Kali ni 100 Penulis mengadakan Contes Enteri Gempak. kira kontes pertama dianjurkan 100 Penulis sejak kewujudannya 2009. 

Hadiahnya: 5 blog terpilih akan disenaraikan di si debar 100 penulis. 

Mungkin ada yang akan kata; apa ke halnya bagi hadiah gitu?

hadiah ini sangat bermakna untuk membawa trafik ke blog anda. maklumlah, 100 Penulis ni menjana trafik harian yang agak tinggi juga. bayangkan, kalau hanya 10 peratus trafik yang datang ke 100 Penulis akan terarah melancong ke blog anda. Bertambahkan? 

Ada juga akan kata: Huh! lambatlah tarik trafik macam tu, baiklah tulis blog lucah…hu hu hu terpulang kepada anda. siapalah anda atau blog kita tu tanpa trafik. jadi macam blog aku jugalah yang orang kata blogger syok sendiri a.k.a perasan.Itu elok lagi dari dilabelkan sebagai blogger sial.


Syarat-syarat Contest:


1) GRAB widget 100penulis dan tempekkan di sidebar blog anda.

2) Dapatkan entri tergempak di blog anda yang paling banyak dapat komen. Ambil link entri tersebut

3) Ambil screen shot blog anda (expand preview entri gempak). Crop dan edit se-cun mungkin, dan letak logo contest kat penjuru bawah (kanan) photo tersebut.

4) Uploadkan photo ke wall fanpage 100penulis.com. (Kena 'Like' page ni dulu baru blh upload). Captionkan photo anda dengan butiran berikut :

Tajuk Entri Gempak :
Link Entri Gempak :

5) Photo anda kena dapatkan jumlah vote LIKE yang banyak. Buatlah apa cara sekalipun. Nak tulis entri minta kawan-kawan LIKE link anda tu ke, nak ugut ke, nak guna-guna ke, nak sebar dalam kad raya pun boleh. 

( photo yang dapat jumlah like tertinggi akan dikira sebagai pemenang dan blognya akan disenaraikan dalam widget 100penulis. Photo mesti dapatkan minimum 10 like untuk dikira layak sebagai calon pemenang.)


Pemenang akan diumumkan di entri ini dan di fanpage 100penulis.com
Tarikh tutup untuk like-like di fanpage ialah 30 September 2011. (Pertambahan like di photos selepas itu tidak dikira)

Contes ni sangat senang sebab kita tak perlu buat entri segala, maksudnya entri baru yang buatkan kepala kena berfikir berpuluh kali ganda. hanya cari satu entri yang dah ditulis sebelum ini dan mendapat paling banyak trafik dan komen. Kemudian buat semua syarat yang lain. paling akhir, cari kawan-kawan untuk like...paksa pun boleh jugak. Mudah je kan?

Kepada yang berminat nak sertai contest ni, jangan lupa singgah di 100 Penulis.

Bila Kapal Karam, Aku Sendirian Terenang Ke Tepian

Ohhhhh tajuknya memang sedikit sadis; 
sangat terpinggir dan terasing
keseorangan juga
tambah pula pada Ramadhan terpenuh keberkatan ini

semalam berbuka puasa dengan Cik Bintang
selepas solat maghrib kami ke restoren sharifah
di Syeksen 7 Bandar Baru Bangi
tak tahu nak makan apapun
pakai sebat je order
Bihun Hailam Kapal Karam hu hu hu sikit punya indah nama menunya
tak tau pun macam mana rupanya
bila sampai, inilah dia;
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


Fuyoooooooooo
Chumil tak? Kak Ayu kita pandai masak tak benda lagu ni?

Namapun kapal karam,
timbul dan penuhlah dengan hidupan laut di dalamnya,
termasuk ikan goreng
pertama kali makan benda macam ni
rasanya: boleh tahan

aku memang sukakan makanan laut
patutnya sangat teruja bila tengok semua mak nenek isi laut
mendarat dengan jayanya dalam pinggan
tapi bila kolesterol dan meningkat
dan kena kurangkan makanan laut ni
nikmatipun tak sepenuh hati
makan dengan risau...diet makanan laut berbulan dah terburai
“sesekali je pun makan, tak apa” Cik Bintang cuba sedapkan telinga
makan tetap makan
dan makan juga tetap habis
walau dengan rasa risau


PssssT: tempahan untuk meruku bagi Aidilfitri ni telah ditutup dengan rasminya Ahad lepas. Untuk kerepek masih ada sedikit lagi stok kalau nak sebelum balik kampung (Jumaat boleh ambil). namun tempahan boleh dibuat semula pertengahan September 2011 untuk sesiapa yang nak buat doorgift, cenderahati atau rumah terbuka.



Maruku akan dibuat pada hari Sabtu dan Ahad berdasarkan tempahan, jadi sila buat tempahan awal sebelum majlis.



Minggu ni semua tempahan telah dihantar kecuali tempahan “terkejut tergempar” yang tiba-tiba diterima kerana semua kilang dah kehabisan stok.  Oppssss! bukan kilang yang tempah dengan kami, tetapi ramai yang target untuk dapatkan bekalan di kilang mengalami sindrom “hampa” kerana hanya ada rak kosong di banyak kilang kerepek sekarang ni.



sekalung terima kasih kepada semua rakan-rakan yang membuat tempahan. insyaAllah, kerepek dan meruku ini akan kami usahakan sepanjang tahun. Selalu-selalulah update ke FaceBook Kerepek Rembow dan Kerepek Rembow Raya, kerana kami sentiasa kemas kini dan tambah senarai kerepek yang boleh dinikmati sepanjang masa, bukan hanya pada musim perayaan sahaja.



Tempahan untuk Aidiladha juga sudah dibuka. Kemaskini akan dibuat dari semasa ke semasa. Tempahan awal akan diutamakan.




Ahad, 21 Ogos 2011

Mengapa Kau Sentuh Hatiku?

Mengapa? mengapa? Mengapa? 
Manalah aku tahu! 
hati siapa yang dah aku sentuh?
macam mana aku tersentuh hatinya? 

pening kepala nak pikir  
berapa lama dok menung berfikirpun
tetap tak tahu juga jawapannya
Boleh tak aku tanya semula
kepada anda yang bertanya?



Duhai dikau yang tidak kuketahui siapa,
tang mananya aku dah tersentuh hatimu?
cuba cerita sikit
Ishhhhhh! aku memang tak ada jawapan langsung untuk tanya itu
blurrrrrrr!


PSSST: kepada rakan-rakan yang memerlukan kerepek, meruku dan Popia Simpul Kasih serta popia gunting berlada sempena Aidilfitri nanti, tempahan masih dibuka hingga Ahad malam Sila ke Facebook Kerepek Rembow Cik Rembow di FB Kerepek Rembow. untuk maklumat lanjut. Penghantaran akan dibuat bermula Isnin hingga Jumaat minggu hadapan

Lokasi: sekitar Bandar Baru Bangi, Teras Jernang, Sungai Tangkas, UKM, Sungai Merab, Sungai Ramal, Kajang, Semenyih, Putrajaya, Nilai 3 Dan Nilai.

Tempahan untuk doorgift, cenderahati, kenduri juga diterima. Terdapat diskaun untuk tempahan dalam jumlah yang banyak. keterangan lanjut: kerepekrembow@gmail.com atau boleh tanyakan Cik Rembow di FB Kerepek Rembow.

Sabtu, 20 Ogos 2011

Kena Sorok Hantu?

Orang kata bulan Ramadhan syaitan kena ikat
tapi, hari ni...hari Jumaat ni,
Sekarang ni bawah mood nak kongsi cerita seram
peristiwa ni aku alami sendiri
masa kat asrama sekolah aku dulu
boleh baca entri aku terdahulu aku pernah tulis

Orang tua-tua selalu kata
jangan main waktu maghrib
takut kena sorok dek hantu
tapi, ada aku kesah hal-hal sebegitu
sebab sejak kecil lagi dah terdidik
untuk tidak takut
walaupun ada kalanya akupun penakut juga
bukannya sepanjang masa berani


ketika peristiwa ini berlaku
aku tingkatan enam atas
hari itu aku demam agak teruk berbanding biasa
memang rasa nak baring aje
jadi aku minta kebenaran balik asrama
cikgu asrama dan warden benarkan
dengan syarat aku tidur di Bilik Sakit merangkap bilik seterika
bilik itu sepatutnya dikhaskan untuk Bilik Sakit Sahaja
tapi, sebab kekurangan tempat
pada masa sama dijadikan tempat untuk seterika pakaian
hanya ada satu katil sahaja
dipisahkan dengan satu meja untuk bezakan ruang seterika pakaian

biasanya sejak jam lima petang
hingga lampu perlu ditutup
akan sentiasa sahaja ada orang seterika pakaian kat sini
secara bergilir, seterika hanya satu sahaja
kena pandai-pandai cari ruang
kalau jam enam hingga maghrib dan jam sepuluh setengah hingga sebelas malam
waktu puncak, ramai orang ambil giliran

aku tertidur sangat lena
tak sedarpun orang bising berbual sambil tunggu giliran
tak terasa laparpun walaupun dah lepas waktu makan
bila terjaga dah lebih jam 11 malam
dah waktunya semua lampu ditutup kecuali di beranda

lama betul aku tidur
sejak jam sepuluh pagi hingga hampir tengah malam
bila balik ke katil sendiri
macam ada sedikit kecoh dalam dorm
rupanya dah heboh aku hilang
mereka dah cari merata tempat termasuk di Bilik Sakit
tapi tak jumpa, tak nampak pun aku baring tak sedar diri
tidur terbongkang kat situ
selama berbelas jam
tanpa makan tengahari, tanpa makan malam juga
Rasa-rasa kalian,
adakah aku kena sorok pada waktu itu?
ataukah mata mereka ditutupi hijab?
 

Khamis, 18 Ogos 2011

Tawaran Mengikuti Kursus Jangka Pendek Sesi 2011/2012 di ASWARA

Berikut adalah satu peluang kepada adik-adik kita (akak, abang, pak cik, mak cik pun boleh ikut juga) yang berminat dengan penulisan, seni dan budaya. ASWARA (dahulu dikenali sebagai Akademi Seni Kebangsaan, ASK) telah membuka peluang kepada sesiapa sahaja yang berminat untuk mengambil kursus jangka pendek.

Peserta hanya dibenarkan untuk mendaftar dan mengikuti satu kursus sahaja dalam tempoh yang ditawarkan. Tempoh pengajian untuk semua kursus adalah selama 14 minggu sahaja dengan kuliah diadakan setiap Sabtu atau Ahad mengikut kursus yang kita mohon. Jadi, sesiapa yang dah berkerja tetapi masih menyimpan hasrat untuk belajar kursus tertentu, bolehlah mohon.

Aswara akan beri sijil untuk setiap kursus yang diikuti, bolehlah kumpul sampai penuh dinding ya. Sijil-sijil ini juga nanti boleh digunakan bagi memohon pengajian secara sepenuh masa di ASWARA untuk Diploma atau ijazah nanti. Haaaaa ni peluang bagus ya adik-adik, terutama bagi yang tidak begitu cemerlang dalam peperiksaan dan mempunyai minat yang tinggi dalam bidang seni. Manalah tahu kan kot ada yang nak jadi Pengarah macam Ahmad Idham tu ke...


Kursus ini dibahagikan kepada dua, iaitu mengikutnya untuk tempoh 14 minggu ataupun dalam bentuk bengkel atau kursus yang berlangsung selama beberapa hari (paling singkat 2 hari, paling lama 5 hari).

Program yang ditawarkan untuk diikuti 14 minggu masa pengajian:
Program Latihan Pembangunan Modal Insan Seni & Budaya (Setiap hari Sabtu)
Hari Pendaftaran: 10 September 2011 (Sabtu)
Masa : 8.30 pagi – 1.00 petang
Tempat : Dewan Orkestra, ASWARA

kursus-kursus ditawarkan:

FAKULTI MUZIK

Kursus Teori Asas Muzik
Kursus Teori Lanjutan Muzik
Kursus Penulisan Lagu (teringin sangat nak ikut kursus ni, apa daya aku masih bergelar pelajar lagi. yang ni pun tak cukup tanah dah nak lari…)
Kursus Harmoni
Kursus Teknik Gubahan
Kursus Ensemble Muzik
Kursus Alat Muzik Major

FAKULTI TEATER
Kursus Asas Lakonan
Kursus Pengurusan Pentas
Kursus Pengurusan Teknikal Teater

FAKULTI TARI

Kursus Teknik Tarian Tradisional Malaysia

FAKULTI PENULISAN
Kursus Penulisan Skrip Drama Televisyen (kursus yang sama juga ditawarkan di Finas. Ada masa nanti aku cuba tulis pasal kursus-kursus yang ditawarkan FINAS pula)


FAKULTI FILEM DAN VIDEO

Kursus Asas Pengarahan Filem
Kursus Penerbitan Dokumentari
Kursus Pengarahan Video Pendek

FAKULTI SENI HALUS
Kursus Figure Drawing


PENGAJIAN TERAS AKDEMIK
Kursus Mak Yong


Kursus yang ditawarkan dalam bentuk bengkel:
Program Latihan Pembangunan Modal Insan Seni & Budaya Intensif (Bengkel/Masterclass)
Hari Pendaftaran : 10 September 2011 (Sabtu)
Masa : 8.30 pagi – 1.00 petang
Tempat : Dewan Orkestra, ASWARA

FAKULTI MUZIK
Kursus Asas Sistem Audio
Kursus Muzik Komputer


FAKULTI TARI
Kursus Tari Asia Tenggara (Cambodia)

KURSUS TARI & MULTI-MEDIA 


Sila layari laman web di bawah untuk muat turun borang permohonan mengikuti kursus dan melihat syarat-syaratnya http://www.aswara.edu.my  atau lihat Buku Panduan Kemasukan Kursus JangkaPendek ASWARA Sesi 2011/2012

Borang yang lengkap diisi hendaklah dibawa bersama semasa hari pendaftaran. Sebarang pertanyaan sila hubungi Bahagian Kemasukan dan Rekod ASWARA (Cik Norzamhana Mohd Yusof dan En. Mohd Fhais Ngadirin).  Urusan melalui telefon pada waktu pejabat:

Isnin – Khamis (8.00 pagi – 12.00 tengahari, 2.00 petang – 5.00 petang)
Jumaat (8.00 pagi – 12.00 tengahari, 3.00 petang – 5.00 petang) 

Akademi Seni Budaya Dan Warisan Kebangsaan (ASWARA)
464 Jalan Tun Ismail 50480 Kuala Lumpur
Tel: 03-2697 1777/1200 Faks: 03-2697 5513

Kalaulah semua pelakon di negara kita ikuti kursus-kursus ni, tak lah kita menangis masa dia orang buat lawak ataupun kita ketawa masa mereka beria-ria menangis sedih kan? 

PssssT: Tahun ini, dua barang lagi dimasukkan sebagai barang kawalan sepanjang Aidilfitri 2011 ini dalam skim kawalan harga musim perayaan menjadikan senarainya 20 barangan, iaitu;  Ayam hidup, ayam standard, ayam super, daging lembu tempatan, daging lembu import, daging kerbau tempatan, daging kerbau import, telur ayam gred A,B dan C, kubis bulat import, cili merah, tomato, kelapa biji, kelapa parut, kacang tanah import, bawang besar import, bawang merah kecil (India), bawang putih (China), dan ikan kembung.

Rabu, 17 Ogos 2011

BlogWalking dengan Widget 100 Penulis: Penyertaan Masih Dibuka

Ingat lagi tak, aku pernah tulis tentang 100 Penulis dalam entri lepas? Alaaa dah setahun pun...Bulan september tahun lepas aku ada tulis pasal 100 Penulis Cari Editor . Lupa la tuu...malah aku pernah juga tulis tentang salah seorang editornya, Kimmy Ai ...bakal doktor yang tengah belajar kat Mesir tu. Mestilah aku ingat sebab aku suka baca blog dia yang sesedap rasa dia je jenjalan kat tempat orang walaupun dunia gempita dengan rusuhan bagai... 

Okeh, entri kali ni bukan pasal bakal doktor lawa tu, tapi pasal peluang untuk anda dapatkan Widget Blogwalking di 100 penulis. Cuba tengok kat sebelah kanan blog aku ni, perasan tak aku dah letak “Jenjalan di 100 Penulis” kat situ? Dulupun 100 Penulis ada juga buat widget macam ni, tapi kena ping secara manual. Ada jugaklah aku letak sekejab, lepas tu buang. Sebabnya: jenuh aku tonyoh secara manual tu, tapi kadang-kadang je timbul. Selalunya tak timbulpun. Sekarang ni Ping berkenaan dah dinaiktarafkan. Bukan sahaja rupanya chumil dan bergaya, tapi dia pandai ping secara automatik. Tak payah lagi dok tonyoh ping secara manual. Best tak? Teringin tak nak masuk dalam senarai tu? 

Mudah sahaja...boleh buat permohonan untuk disenaraikan blog anda. Kalau berjaya, blog anda akan diping secara automatik tak kira berapa juta kali anda tulis dan siarkan entri baru dalam sehari (juta????? biar betul!!!!!). Jadi, kalau rasa nak nama atau blog kita sentiasa berada di atas, silalah siarkan entri baru setiap 4 saat ya tuan-tuan dan puan-puan la la la...(opsssss! Bulan puasa, tak baik menyindir kata orang, ampunnnn!!!)

Buat masa ni, masih ada 90 lagi tempat kosong dalam widget ini. Sesiapa yang berminat nak senaraikan blog dan mendapat trafik dari widget ini hanya perlu ikut syarat mudah: 

1) Grab widget ini dan paparkan di sidebar blog anda. (Klik Grab Widget) Widget boleh diperolehi dari sidebar 100penulis.com 

2) Tulis entri untuk sebarkan berita ini (90 tempat kosong masih menanti) 

3) Email kepada 100penulis[at]gmail[dot]com, hantarkan details berikut: 
a) tajuk entri dan link entri anda 
b) link blog anda 

P/S : Elakkan dari memaparkan terus alamat email seperti ini di entri anda: xxxx@gmail.com tetapi gunakan xxxx[at]gmail[dot]com 

Mudah je kan? Tunggu apa lagi? Baik buat cepat sebelum peluang diisi orang lain. Dari dok ping melalut merata tempat yang belum tentu orang klik pun tu, baiklah letak benda alah ni. Tampal sekali je kat blog kita...sepanjang hayat dia berkerja tanpa perlu kita ping manual. 

Aku dah dapat benda ni serta merta sebaik dilancarkan. Ehhhh aku kan editor 100 Penulis, mestilah dapat. Nak kena BAKO kalau tak dapat? He he he...sebenarnya nak promosikan diri sendiri yang aku dah nak setahun sertai 100 Penulis la la la

Selasa, 16 Ogos 2011

PERMOHONAN PINJAMAN PENDIDIKAN YAYASAN NEGERI SEMBILAN

Berikut sedikit maklumat untuk dikongsi bersama: Khusus untuk anak-anak negeri sembilan sahaja, kalau takat melintas sekali sekala di Nilai 3 tu...lupakan sahajalah ya hu hu hu


PERMOHONAN PINJAMAN PENDIDIKAN YAYASAN NEGERI SEMBILAN BAGI KURSUS PERINGKAT PhD, SARJANA, IJAZAH SARJANA MUDA DAN DIPLOMA BAGI SESI PENGAJIAN 2011/2012

Permohonan adalah dipelawa daripada anak-anak Negeri Sembilan Darul Khusus yang telah ditawarkan untuk melanjutkan pengajian di institusi-institusi berikut untuk dipertimbangkan tajaan pinjaman pendidikan Yayasan Negeri Sembilan bagi mengikuti kursus peringkat PhD, Sarjana, Ijazah Sarjana Muda dan Diploma:-
  
  1. Semua Universiti Awam Tempatan (IPTA)
  2. Semua Politeknik Tempatan (Kementerian Pengajian Tinggi)

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN
  1.  Tawaran adalah terbuka kepada calon-calon anag Negeri Sembilan ; atau
  2.  Salah seorang daripada ibu/bapa kelahiran Negeri Sembilan ; atau
  3.  Salah seorang daripada ibu/bapa telah menetap tidak kurang dari lapan (8) tahun berterusan di Negeri Sembilan. (Surat pengesahan daripada Ketua Jabatan/Ketua Kampung/Penghulu/ JKKK/Wakil Rakyat kawasan berkenaan hendaklah dilampirkan).

CARA MEMOHON

Permohonan boleh dibuat dengan mengisi borang permohonan yang boleh didapati terus daripada Pejabat Yayasan Negeri SembiIan dan melaluI laman web www.yns.gov.my.

PERINGATAN

  1. Permohonan yang tidak lengkap atau tidak memenuhi syarat tidak akan diproses.
  2. Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan dalam tempoh 2 bulan dari tarikh tutup
  3. permohonan, hendaklah menganggap bahawa permohonan tersebut tidak berjaya.

PERMOHONAN DIBUKA;-

1 Jun - 31 Julai (bagi peringkat Diploma sahaja)
1 September - 31 Oktober (bagi peringkat PhD, Sarjana dan Ijazah Sarjana Muda sahaja)

Untuk sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi:

BAHAGIAN PENDIDIKAN YAYASAN NEGERI SEMBILAN
TKT 11, BANGUNAN YAYASAN NEGERI SEMBILAN
JALAN YAM TUAN
70000 SEREMBAN
NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS

TEL:- 06-7628046 Website: www.yns.gov.my Email: admin@yns.gov.my