Anda Juga Mungkin Berkenan

Isnin, 28 Februari 2011

Kenapa perlu jadi orang lain?

Dah lama aku tulis pasal benda ni, namun entah kenapa tak pernah jadi entri dalam blog ni. Kenapa perlu takut menjadi diri sendiri? kenapa nak jadi orang lain?

Menurut DUA pakar pembedahan plastik terkemuka di Beverly Hills, seorang wanita yang sempurna tahun ini akan mempunyai mata seperti Anne Hathaway, bibir Scarlett Johansson, pipi January Jones, bentuk muka Halle Berry dan hidung seperti Natalie Portman.

Bagi lelaki pula, pipi Leonardo DiCaprio, kulit Neil Patrick, hidung Jude Law, mata Hugh Jackman, bentuk wajah Jon Hamm, bibir Ashton Kutcher, rambut George Clooney dan tubuh Mark Wahlberg menjadi dambaan pelanggan lelakinya.

Ciri wanita sempurna 2011 adalah seperti berikut:

PENELOPE Cruz: Tubuh sempurna

TAYLOR Swift: Rambut sempurna

ANNE Hathaway: Mata sempurna

NATALIE PORTMAN: Hidung sempurna

SCARLETT Johansson: Bibir sempurna

HALLE Berry: Dagu sempurna

JANUARY Jones: Pipi sempurna

Perlu ke jadi orang lain? mengapa nak menyesal jadi diri sendiri?
Psssst: Sentiasa bangga menjadi diri sendiri, walaupun kulitku gelap bak Dayang senandung, badan berpanau bak Malim deman, Mata besar bak Kajol, hidung penyek bak cekodok terhempas, bibir moncong bak flower corn, muka bulat bak Tempayan Budu…hu hu hu syukur alhamdulillah. Paling kurang aku masih ada diri. Ada orang, bukan sahaja tak berpeluang jadi sendiri…tak ada diripun untuk dapat peluang. Ohhhh apa yang aku melalut ni?

Ahad, 27 Februari 2011

Rakyat Malaysia di Libya Dibawa Pulang

Tindakan negara kita yang cepat menghantar sebuah pesawat C-130 milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) untuk operasi menyelamat dan membawa pulang 190 rakyat Malaysia di Libya memang sangat patut. Kita tahu kosnya memang tinggi, tapi itulah namanya tanggungjawab negara kerana "Rahyat didahulukan". Bukan macam Ghadaffi...sanggup bedil, bom rakyat sendiri.

Situasi semakin mendesak. Walau bagaimanapun, pesawat C-130 itu masih menunggu untuk mendapat kebenaran mendarat daripada pihak Lapangan Terbang Antarabangsa Tripoli. Nasib baik pesawat C-130 itu kebetulan berada di Eropah untuk tugasan. Boleh terus sambar rakyat Malaysia yang berada di sana.

Lihatlah betapa pentingnya negara kita aman. Kalau kacau bilau, bukan sahaja ekonomi akan merudum, hilang nyawa dan kucar kacir, tapi...nak mimpi pun payah. Ingat tu...jangan sesedap rasa je nak berarak hulu hilir perjuangkan entah apa-apa yang hanya untungkan pihak tertentu sahaja...mmmm apa yang aku tengah leter ni ya?

Apapun, sama-samalah kita kekalkan keamanan negara. Erggggggg ngantok lah!

PsssT: Orang Malaysia memang suka berpesta di lebuhraya kan? Duit syiling pun jadi...beras lagilah seronok. Mmmmm aku tengah bayangkan bermandikan yogourt...huh! awet muda tu. Baring-baring atas yourgt sambil makan ;)

Khamis, 24 Februari 2011

Pelatih PLKN meninggal ketika solat

Seorang pelatih lelaki Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) di Kem Temasya Rimba Templer, Rawang, rebah dan meninggal dunia ketika menunaikan solat Zohor berjemaah, semalam. Syed Abdul Rahman Syed Ahmad, 17, dari Kota Samarahan, Sarawak, dikejarkan ke Hospital Selayang kira-kira pukul 1.50 petang sebelum disahkan meninggal dunia pada 50 minit kemudian.

Tak payahlah kita buat spekulasi tentang perkara ni. Ajal maut tu di tangan Allah. Meninggal ketika solat tu lebih mulia daripada meninggal masa merempit atau meragut, ye tak?

Takziah kepada keluarga arwah. Doakan moga arwah ditempatkan bersama para kekasihNya.


PssssT: Errrr...kalau terdengar suara dari kubur takut tak?
Penduduk di Prumpung, Jatinegara, Jakarta Timur mengerumuni sebuah kubur yang dikatakan mengeluarkan suara seperti orang menangis. Kubur itu menempatkan jenazah seorang remaja perempuan Desi Tri yang berusia 15 tahun yang meninggal kerana sejenis penyakit.



PsssT: Ngidam nasi kerabu...tolong!

Rabu, 23 Februari 2011

Berapa Banyak Cukup Untuk Kita?

Baru balik dari Seremban, terkurung 3 hari di sana siang malam tanpa dapat berhubung dengan dunia luar. Tak sempat sebenarnya. Semua perkara yang dibuat perlu dibentangkan hasilnya kepada cikgu yang mengajar kami selama hampir tiga hari siang dan malam itu. Jadinya, anak murid kenalah bersungguh-sungguh buat kerja, karang, kalau tak tahu buat termalulah pulak hu hu hu

Walau bagaimanapun, sempat juga curi-curi baca novel comel ini;


Bukankah hidup ini perlu diisi sepenuhnya dengan sesuatu yang kita suka. Walaupun tak mampu isi dengan penuh, sesuku penuh atau separuh penuhpun kira dah okey apa.

Sebenarnya, dalam tempoh ini, tersangat banyak yang ingin aku kongsikan dalam blog ini. Ada masa apa yang aku nak tulis di sini tak tertulis, apa yang nak kongsi tak sempat dikongsikan dan semuanya berlalu begitu sahaja. Hidup memanglah sangat komppleks. Kalau diikutkan, aku sendiripun kian tidak mengerti apa sebenarnya yang kita nak kejar dalam hidup ini. Kalian tahu tak apa yang kalian ingini dalam hidup ni?

Berapa banyak harta cukup untuk kita hidup di dunia ini? Berapa banyak RM kita perlukan? Berapa banyak kemewahan yang kita dambakan? Berapa tinggi pangkat nak kita capai, berapa banyak pengaruh yang kita idamkan? Berapa gulung ijazah nak kita gantung di dinding rumah? Berapa banyak itu, berapa banyak ini lagi yang belum cukup? Berapa? Berapa?

Setiap kali apa yang dihajatkan itu tercapai, setakat mana nilai kepuasan yang ada? Mengapa masih mahu mencapai hajat yang lain, yang lebih besar, yang lebih tinggi? Tamakkah? Halobakah? Atau sebenarnya keinginan untuk berada di atas itu masih tinggi dan meledak-ledak?

Tidak salah bercita-cita tinggi. Tidak juga salah ada impian yang besar. Lagi tidak salah kalau kita punya tenaga yang cukup untuk realisasikan impian dan cita-cita itu. Yang salahnya, bila kita pijak kepala orang untuk naik hanya kerana menutup peluang kita ke atas. Yang salahnya juga bila kita sabotaj orang lain agar persaingan tidak lagi menjadi sengit. Yang salahnya juga bila...kita gunakan cara yang tidak sepatutnya hanya kerana nak capai impian dan angan-agan sendiri.

Setiap apa yang kita buat, yang kita kejar, yang kita dapat...kita bertanggungjawab sepenuhnya. Kiranya semua itu diperoleh dengan cara yang tidak betul, kita perlu menjawabnya pada hari kemudian. Kiranya kita tidak berlaku adil dengan semua perkara yang sepatutnya menuntut kita bersifat sebegitu, kita juga perlu menjawabnya pada hari kemudian itu. Dan, lebih parah lagi...kiranya ada antara insan yang teraniaya dari tangan kita tidak memaafkan dan tidak redha dengan apa yang kita buat itu...bagaimana untuk kita menjawabnya nanti? Bersediakah kita?

Bagaimana kalau orang itu buka kaunter di padang Mahsyar? Perlukah kita daftarkan diri untuk senarai nama orang-orang yang perlu minta maaf daripadanya? Saat sangat-sangat memerlukan markah kebaikan untuk meniti siratulmustaqim, tetiba kena derma markah baik kepadanya untuk menebus maaf...sangat sadis kan? Pernah tak terfikir begitu?

Selasa, 22 Februari 2011

Akhirnya! Pemenang Kontes Cerita Paling Lawak Sedunia Aku Jumpa

Fuhhhhhhhhhhhhhhhh! Lama gilerrrrr kan baru aku nak umumkan siapa pemenangnya. Macamlah ramai sangat peserta. Macamlah panjang bebenornya aku nak kena baca.


Sebelum tu…aku nak kena mintak maaf zahir batin kepada semua peserta yang dah pasti sangat tertunggu-tunggu nak tahu keputusannya. Walaupun hadiahnya bukanlah kaw-kaw sangat, tak lah mahalpun hadiah kerongsang tu, tak juga secantik mana…dari terbiar berhabuk, apa salahnya berkongsi dengan orang lain. Moga-moga, mutiara itu menjalin ikatan baru yang lebih mahal daripada nilainya yang tidak seberapa itu.

Aku juga nak berterima kasih kepada semua peserta yang turut serta dengan kontes ini. Ini kontes pertama yang aku anjurkan, jadinya aku memang tak target ramaipun akan ikut serta. Aku pun sedar, tak ramai orang baca blog aku ni. Dan, aku sendiripun tak pasti adakah aku akan adakan kontes lain atau tidak pada masa hadapan. Kalau tengokkan masa, ikut macam sekarang ni, sangat-sangat terkejar-kejar masa itu. Macam tak cukup hari. Terlalu banyak masa rehat perlu dikorbankan. Masa tidur juga. Mmmmmm impikan mimpi macam semalam! Sampai terlupa untuk bangun!

Setelah menelaah semua entri lawak yang ikut serta, berbincang serba sedikit dengan juri jemputan (yang tidak mahu nama dan blognya dipaparkan di sini. Sekalung terima kasih untuk juri jemputan...), kami sepakat untuk memilih pemenang berdasarkan keaslian, jenaka yang spontan dan bahasa. Maka, kami telah putuskan tiga pemenang Kontes Cerita Paling Lawak Sedunia adalah seperti berikut;


Pemenang Pertama


Pemenang Kedua


Pemenang Ketiga
Blognya sangat berat untuk aku loading…dah lama tunggupun hanya katak ini je muncul. nasib baik aku dah salin dan tampal siap-siap lawaknya dalam word. Kepada tuan punya katak ini…anda adalah pemenang!


Tiada hadiah misteri kerana blog mereka dijadikan rujukan oleh peserta lain. semua peserta kontes mendapat maklumat terus dari blog ini. Keputusan adalah muktamad.

Semua pemenang perlu emailkan saya di annieyss@gmail.com dan nyatakan alamat untuk penghantaran hadiah.

Tahniah kepada para pemenang. Kepada peserta yang tidak berjaya, boleh sertai kontes yang lain pada masa hadapan. Itupun kalau aku ada kesempatan untuk anjurkannya. Doa-doakanlah aku ada masa ya ;)

Niatnya nak tulis paling pendek yang dapat…memang sangat-sangat kejar masa, tapi dah terpanjang jugak.

Sudirman Haji Arsyad: Setelah 19 Tahun, Masihkah Kita Rindukan?

Hari ini 22 Februari 2011, genaplah 19 tahun negara kehilangan Bintang Pujaan ramai, Sudirman Haji Arsyad. Pada tarikh yang sama seperti hari ini, tahun 1992 negara dikejutkan dengan berita pemergian tak kembali lagi seniman negara itu.

Apa yang aku tahu, pemergian Bintang RTM 1976 itu benar-benar dirasai seluruh negara. Kalau aku ada blog pada masa itu, mmmmm aku dah tulis semua tu (errrrr apa yang aku merapu ni?).

Lagu-lagu dendangannya masih lagi relevan dan segar sehingga kita pasti akan tertawa, senyum dan menangis menghayati alunan suaranya yang satu dalam sejuta itu. Boleh dikatakan semua lagunya ada dalam komputer aku ni. Ada dalam telefon. Ada dalam mp3 juga yang akan aku pasang tiap kali merayap ke tempat yang tak dapat siaran radio (terutama dalam flight). Syahdu jeeeee…Nak buat macam mana, memang aku suka lagu jiwang karat hu hu hu

Antara lagu yang aku akan dengar berulang kali tanpa jemu;



Lagu yang tak pernah nak lupa tiap kali musim perayaan adalah Balik Kampung. Bila dengar lagu ni, tak sedar pun kaki tekan minyak rapat-rapat, kalau boleh nak terbang je redah hutan dan gaung terus landing depan rumah kan?

Dia memang ligat di pentas. Pada masa itu, tak ada siapa mampu seligat itu, seceria itu…setiap kali rancangannya di tV atau pentas (macamlah aku pernah tengok konsert dia…nengok kat TV jugaklah tuh!), aku memang kagum. Lebih kagum bila dia mampu buat konsert di Jalan Chow Kit sambil nyanyi lagu Chow Kit Road. Fuhhhhhhhhhhhhhhh! naik apa ke benda tu…(jangan kata fortlift dahhhhhhh)

Dia dapat banyak penghormatan dan pengiktirafan. Kemuncaknya dianugerahkan dengan gelaran Datuk daripada Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah pada 18 Jun 2009. Pada aku, lebih dari itupun tak salah untuk anugerahkan.

Dia artis idola ramai dalam semua segi. Dari sudut pendidikan, dia artis pertama yang ada ijazah dalam bidang guaman. Dia tersohor ke dunia luar. Dia juga berjaya dalam perniagaannya. Aku masih ingat lagi tentang jenama air tin “sudi” keluarannya. Mana perginya “sudi” itu sekarang, sudah berkubur? Tiadakah waris terdekat teruskan impian besarnya itu?

Lagu ini ditujukan kepada semua jururawat di Malaysia;



Tahniah kepada AETN All Asia Networks dengan kerjasama Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) kerana telah mengambil inisiatif menerbitkan sebuah dokumentari khas untuk tatapan penonton Malaysia tentang arwah. Dokumentari tersebut ber judul Sudirman Arshad dan ditayangkan di saluran History Astro pada 20 Februari lepas (aku tak nengok, tak ada orang nak derma Astro Free hu hu hu). Moga-moga dokumentari ini memberi gambaran kepada ganerasi muda tentang tokoh terbilang ini. Kita pun pernah ada artis agung, kenapa nak malu untuk mengaku kan?

Sudirman juga ada nyanyikan beberapa lagu saduran jepun seperti:

Cinta dan Cita Sudirman



Versi Melayu ni lebih rancak berbanding versi Jepun. Apa-apapun, kedua-dua lagu ni sedap didengar.

Dream oleh Hiromi Iwasaki 1976



Kedua-dua lagu ni pula memang serupa sahaja. Nasib baik suara Sudirman lagi merdu kan ;)

Toyol Sudirman



Ini versi Jepunnya. Best juga nak tengok sebab joget dia comel jugak hu huhu

Monster oleh Pink Lady 1978



Dalam banyak-banyak lagu arwah yang terlebih feeling tu, aku lebih suka lagu, pTidurlah (sebelum kau pergi). Namun, puas cari kat you tube, tapi lagu ni tak ada. Namun, aku ada dalam bentuk mp3 yang sentiasa aku putar tanpa rasa jemu. Satu lagi lagu yang jarang kita dengar adalah lagu ini;

Setelah Kau Tiada



Moga-moga dengan lagu-lagu yang kita boleh dengar pada hari ini, terubat juga hati kita padanya. Lagu-lagu yang terisi banyak perasaan. Banyak derita. Banyak sengsara. Banyak rindu. Banyak juga kegembiraan.

Dan usah juga lupa, anugerahkan arwah sekalipun hanya Alfatihah, tanda kasih sayang kita. Tanda terima kasih kita dengan semua perasaan itu. Tanda kita masih lagi mengenang dia dengan penuh rindu. Penuh syahdu. Dan, doakan kesejahteraan dia di sana. Moga-moga dia yang dekat di hati kita itu digolongkan antara para kekasih.

Isnin, 21 Februari 2011

Seorang Peragut Mati, seorang Lagi Parah

Kejadian ini berlaku di Ampang pagi tadi. Orang tengah kalut nak kejar masa pergi kerja, si mat peragut ni dah mulakan operasinya. Shif pagi. Menurut berita TV3 tengahari tadi, seorang wanita yang bengang dengan tindakan peragut bermotosikal yang mengambil beg tangannya di tempat duduk kereta telah bertindak mengejar peragut terbabit.

Kedua-dua peragut bermotosikal itu tersalah masuk ke lorong mati. Ketika mereka berpatah balik untuk keluar dari lorong berkenaan, motosikalnya bertembung dengan kereta orang yang dia ragut. Motosikalnya terbabas masuk longkang menyebabkan seorang meninggal dunia di tempat kejadian, manakala seorang lagi cedera parah.

Hah? Tak insaf lagi peragut lain? Kankah dah mati dalam glamer tu!


Mahkamah Tinggi hari ini memutuskan bahawa dua orang pekerja ladang, Suraj dan Saravanan dijatuhkan hukuman penjaran selama 20 tahun dengan “kerja”nya tak berperikemanusiaan melupuskan mayat arwah Sosilawati Lawiya. Sebelum ini, kedua-dua mereka dijatuhi hukuman penjara 7 tahun. Antara 7 tahun dan 20 tahun...angka itu terlalu besar. Apapun, mereka patutnya sedar kerja “melupuskan” orang itu tidak sama seperti melupuskan pokok kelapa sawit atau melupuskan sampah.

Errrr...ini hanya entri pendek masa aku tengah kebuluran yang amat.

PsssT: aku janji, esok senarai pemenang Kontes Cerita Paling Lawak Sedunia akan diumumkan. Janji lagi!

Sabtu, 19 Februari 2011

Aku Hanya Semut Merah

Rajin tak aku hari ni? Kemaskini blog pada hari Sabtu. Fuyooooooo cayalah!

Salleh Yaakob pernah nyanyi lagu ni...antara liriknya, “Aku Hanya Semut Merah”. Apa maknanya tu? Kalau dihayati senikata lagu berkenaan, ayat “Orang yang tak punya apa-apa”, “Kau si raja harta, Ku raja sengsara”, dan “Aku orang kecil, Engkau orang besar…Engkau ibarat gajah, Aku hanya semut merah” dah beri gambaran kepada kita makna ayat tu.

Ya, Aku Hanya Semut Merah..maknanya aku serba kekurangan, tak setanding dengan kau hu hu hu boleh gitu? Hebat sangat ke macam tu? Kalau kita GAJAH, memanglah seronok. Boleh lanyak apa sahaja yang menghalang di hadapan. Reba berduri, semak samun, ranjau dan lalang...sekali lanyak sahaja dah terang benderang. Dah lunyai dan bersepai, mudah sahaja kita melangkah ke hadapan.

Bagaimana kalau kita jadi semut merah? Bila sebut semut, hingga hari ini belum ada semut gergasi yang lebih besar daripada gajah kan? Maknanya, tetap kecil di mata. Di hati?

Namun, agak-agaknyalah...kalau semut merah dan gajah itu beradu tenaga, siapa akan menang? Selamat berfikir pada hari Sabtu ;)

PsssT: Ada sesiapa nak tolong buang semak samun kat belakang rumah tak? Gajah berlindungpun dah tak nampak, apalagi takat semut merah yang bersarang hu hu hu sangat sadis!

Khamis, 17 Februari 2011

Membayar Hutang

Dah lama aku dapat tag ni dari Aanas. Masa tu aku melompat merata-rata tempat hingga tak sempatpun nak basuh kasut di rumah. Dasat tak?

Kebetulan terpaku depan TV3 tengok drama yang menarik sempena Maulidur Rasul, terus sahaja buat apa-apa yang patut. Hasilnya, inilah hutang yang aku tebus itu. Maaflah ya Aanas, ambil masa yang lama juga untuk buat semua ni.



Namun ada syarat2 la pulak kalau nak amik award nih...
Syarat-syarat:

1. Jangan kerek. Ucapkan Alhamdulillah dulu, pastu thanks giver award ni

Alhamdulillah sebab sihat badan, lapang fikiran, tenang hati, damai jiwa, :) ...
Again, thank you Aanas sebab ingat kat saya tapi maaf zahir batin ya (macam nak raya pulak) …sangat lambat baru jawab tag ni hu huhu hu baru jejak bumi bangi ;)

2. Jangan kedekut, kongsi nikmat bersama rakan-rakan lain2

Nak kongsi ngan:- SEMUA yang baca entri ni hari ini ;) [nanti nak check saya yang baca la la la ---? siap ugut lagi tu hu hu hu ] Gurau je!

3.TUJUH perkara tentang diri saya:

1. Sangat suka jalan-jalan, melancong tengok tempat orang walaupun…akhirnya semua itu melencong akhirnya.
2. Sangat suka membaca dan menulis walaupun sangat-sangat tak sempat. Paling kurang baca dan tulis blog.
4. Sangat tak suka shopping, lagi-lagi kalau ramai-ramai. Ada masa sangat malas nak shoping tapi kalau dah shoping, memang boleh muflis hu hu hu alang-alang shoping kan!
5. Sangat suka cheese kek, asam pedas dan tomyam.
6. Perahsia kecuali dengan orang tertentu. Tak suka cerita hal peribadi kepada orang.
7. Sangat tak suka aktiviti bergosip tak kiralah di pejabat, tepi pagar rumah, beratur kat tangga sambil cari kutu ataupun gayut kat tepon. Kekadang terpaksa tadah telinga orang datang mengadu, kerap juga membebel kat telinga tertentu kalau toksik penuh dalam darah. kesian betul orang yang terpaksa dengar tu…


Nasib baik 7 je…kalau berderet mintak sampai beratuihhhh, tahun depan pun belum tentu terjawab tag ni hu hu hu

Rabu, 16 Februari 2011

Pulut Apa? Pulut Jawa?

Berkat Maulidur Rasul agaknya, aku berkesempatan merasa makanan ini. Cantik je bungkusnya. Ada seni yang tersendiri.


Isinya juga comel molek. Tengok pun dah tahu pulut tu asalnya dikukus. Digaul santan. Kalau orang Kelantan, dah pasti akan tabur gula juga hu hu hu


Di dalamnya ada inti…macam serunding. Sedikit pedas. Tak manis. Sangat sempurna. Sedap.


Aku penggemar pulut. Kalau aku kata sedap, dah paasti akan tersangat sedap. Sebab utama sedapnya itu sebab pulut tu dikukus dan diletakkan santan. Kalau letak serunding daging…fuyooooooo tak boleh bayangkan macam mana enaknya benda ni.

Namanya Pulut Jawa. Tak tahulah asalnya dari mana, tanah jawa kot.

Ada sesiapa tahu macam mana cara nak buat? Nak kena tanya Kak Kujie ni, mak mertua Kak Jie kan jawa. Mana tahu ilmu masakan jawa telah diperturunkan…er, agak-agaknya, Kak Jie ada baca tak blog ni?

Terkini Tentang Kontes Cerita Paling Lawak Sedunia

Aku pernah anjurkan kontes ni Disember lepas yang boleh dilihat dalam entri ini


Dah tamat pun kontes ini pada 31 Januari lepas. Mesti peserta kontes tersebut dok tertunggu-tunggu siapa gamaknya yang akan menang. Walaupun hadiahnya taklah seberapa, namun, bila kita masuk mana-mana peraduannya, kita tetap teruja nak tahu kan siapa yang menang.

Setakat ni, aku pernah masuk kontes yang dianjurkan blogger sebanyak tiga kali. Kali pertama masuk, aku menang tempat kedua. Namun sampai sekarang (selepas dua tahun berlalu), hadiahnya aku masih belum dapat. Kontes kedua aku masuk kontes bergambar, hanya tersenarai dalam 10 terakhir sahaja. Itu pun dah puas hati. Kontes ke tiga aku masuk dengan tulis puisi tentang kapcai buruk aku tu. Juga tak menang.

Memahami situasi rasa ingin tahu itu, aku telah cuba sedaya upaya untuk tidak panjangkan masa menunggu itu. Namun kehidupan aku yang sentiasa sahaja tidak cukup hari menyebabkan ia tetap tertunda. Maaf ya kawan-kawan dengan kelewatan ini.

Aku tetap tak pernah lupa hutang aku ni. Jadinya, entri kali ini aku paparkan semua link peserta kontes berkenaan. Bolehlah kita sama-sama baca dan sama-sama ketawa ya...

masa anjurkan kontes ni dulu, aku hanya target 5 orang je yang akan masuk. Bila dah tamat tarikh kontest berkenaan, inilah semua peserta kontes berkenaan;











Bolehlah ke blog mereka untuk baca cerita lawak tersebut. Sama-sama kita hiburkan hati ;)

Kepada semua peserta kontes, pemenangnya akan diumumkan tidak lama lagi. Sila bersabar seketika lagi ya...lawak anda sedang diadili.

Selasa, 15 Februari 2011

14 Februari: Mengenang Budi Menyanjung Bakti

Hari ini hari Maulidur Rasul, rasul junjungan kita Muhammad S.A.W. Namun, entri ini masih lagi tentang 14 Februari, namun bukan tentang sambutan Hari Kekasih atau Valentine Day. Malas dah nak tulis tentang benda alah tu. Ramai blogger dah tulis, termasuk aku juga di Kempen Jerat Valentine’s Day dan Sambut Hari Kekasih.

Ramai ingat 14 Februari sebab Hari Berkasih Sayang. Sebab Valentine’s Day. Sebab kena beli atau terima hadiah. Sebab semua orang meraikannya ramai-ramai, sebab satu dunia mengagungkannya.

Kenapa ramai yang tak ingat bahawa pada tarikh 14 Februari inilah, kita telah kehilangan seorang wira negara? Seorang pejuang yang sanggup pertaruhkan nyawanya demi tanah tumpah darah kita nan tercinta ini? Mengapa tidak ada orang pun mengenangnya?

Tiada orang jugakah yang hulurkan alfatihah tanda terima kasih tak terhingga kepadanya?

Tak nak cerita panjang, nanti jadi macam kuliah sejarah perang dunia ke dua pulak. Jadinya, silalah nikmati kisah pejuang kita ini. Kisah Leftenan Adnan.

Menjejak Wira Di Bukit Chandu



Juga terdapat di sini:



Walaupun animasi, ada banyak benda yang kita boleh pelajari;

The Battle of Bukit Chandu (Pasir Panjang)



Sesekali, apa salahnya kita belajar sejarah. Itupun tujuannya semua pelajar diwajibkan ambil mata pelajaran sejarah. Baru tahu akar umbi bangsa dan negara. Biar kita tahu sejarah bangsa, barulah kita tahu mana letaknya diri.

Barulah kita akan lebih hargai apa yang kita ada. Ya tak? Nanti taklah ada malaun yang sanggup gadai negara hanya kerana kepentingan sendiri sahaja.

Biarpun 14 Februari yang itu telahpun lama berlalu, apa salahnya, kita sama-sama hulurkan doa dan alfatihah kepada wira ini.

Aminnnnnn. Moga rohnya dicucuri rahmatNya.


PsssT: moga-moga maulidur Rasul kali ini kita dapat "sesuatu" lebih dari tahun-tahun sebelumnya.

Isnin, 14 Februari 2011

Sambut Hari kekasih a.k.a Valentine's Day?

Memanglah seronok kalau terima hadiah. Terima bunga. Terima kek. Terima coklat. Terima pewangi. Terima bear. Lagi seronok kalau terima kereta sport. Masalahnya, kenapa hanya 14 Februari je nak bagi? Hari lain tak boleh bagi ke?

Kalau nak bagi semua hadiah tu, bagi hari ni pun bukannya aku nak tolak hu hu hu macamlah ada orang nak bagi kat aku kan ish! ish! ish! Payah betul kalau perasaan perasan tu meluap-luap kan?

Perlu sangat ke nak sambut hari kekasih a.k.a Valentine’s Day ni? Bagi yang nak berkasih sayang tu, sambutlah pada hari yang lain. Kalau aku...hari-hari aku nak sambut. Ada ke orang nak sambut hari kekasih dengan aku setiap hari? Kering lunyailah poket ya kalau setiap hari hu hu hu

Aku hanya nak kongsi artikel yang aku jumpa di JAKIM (sambungan entri KEMPEN AWAS! JERAT VALENTINE’S DAY) yang aku paparkan sebelum ini. Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-71 yang bersidang pada 22 hingga 24 November 2005 memutuskan:

“Bahawa amalan merayakan Valentine’s Day tidak pernah dianjurkan oleh Islam. Roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam. Oleh itu amalan meraikan Hari Kekasih tidak digalakkan oleh agama Islam”.

Setiap tahun, sambutan Hari kekasih ini telah akibatkan ramai anak tak sah taraf dilahirkan pada hujung tahun. Jomlah kita kongsi-kongsi maklumat dengan artikel berikut;Sambutan Hari Kekasih Salah Di Sisi Islam


Oleh Mohd Hariri Bin Haji Mohamad Daud, (Panel Penulis Luar Jakim), Majalah Cahaya keluaran Februari 2009.

Tarikh 14 Februari setiap tahun menjadi tarikh yang ditunggu-tunggu oleh pasangan bercinta sebagai hari untuk memperingati dan meluahkan cinta sejati kononnya kepada pasangan masing-masing. Amalan songsang seperti ini sudah menjadi taqwim tahunan remaja dan semestinya penganut agama Kristian. Lantas, remaja Islam di Malaysia diseru agar tidak terpengaruh dan meraikan sambutan Hari Kekasih (Valentine Day) yang disambut pada 14 Februari ini. Sudah jelas bahawa sambutan Hari Kekasih ini salah di sisi agama Islam dan bercanggah dengan aqidah Islam itu sendiri.

Perbuatan untuk meraikan sambutan Hari Kekasih amat bercanggah dengan syara’ kerana ianya mempunyai unsur kepercayaan agama kristian dan menjurus kepada kebobrokkan akhlak. Selain itu, sambutan yang tidak berfaedah ini dirai dengan penuh adegan maksiat seperti berdua-duaan, berpeleseran hatta membawa kepada perbuatan seks bebas. Hari yang dianggap “hari berbulan madu” bagi remaja sehingga mereka sanggup menggadaikan maruah demi membuktikan cinta mereka kepada kekasih masing-masing. Sesungguhnya budaya meniru budaya barat yang terpesong dan mencampurkan perkara aqidah mengikut kepercayaan agama lain adalah salah di sisi Islam.

Dalam erti lain umat Islam tidak boleh mencampur adukkan akidah dan peribadatan agama Islam dengan akidah dan peribadatan agama lain. Ini berdasarkan firman Allah SWT yang bermaksud;

“Katakanlah (wahai Muhammad): Hai orang kafir. Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) apa yang aku sembah. Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat. Bagi kamu agama kamu, dan bagi aku agamaku.” (Surah Al-Kafirun ayat 1-6 )
  
Nabi SAW dengan tegas telah melarang kita daripada meniru budaya Yahudi dan Nasrani dalam hadis yang bermaksud;
“Nescaya kamu akan turut jejak langkah mereka (Yahudi dan Nasrani ) sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta sehingga kamu akan turuti mereka walaupun mereka masuk ke dalam lubang biawak. Lantaran sahabat bertanya: Adakah mereka itu Yahudi dan Nasrani? Baginda menjawab: Siapa lagi kalau bukan mereka.”
  
Keputusan Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor telah menyatakan melalui Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor Kali 1/2006 pada 21 Februari 2006 telah memutuskan bahawa amalan merayakan Valentine’s Day tidak pernah dianjurkan oleh Islam. Roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam”.

Para mufti di Malaysia juga telah bersepakat untuk memutuskan bahawa amalan meraikan Hari Kekasih tidak digalakkan oleh agama Islam seperti yang dibincangkan dalam Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-71 yang bersidang pada 22 hingga 24 November 2005 yang lalu.

Melalui sejarah Valentine, jelas ianya dapat disabitkan dengan budaya Kristian yang menyatakan Valentine’s Day bermula dari kematian tragis seorang Paderi yang bernama St. Valentine yang dibunuh oleh seorang Raja Romawi yang bernama Raja Claudius pada II (268-270M ).

Bermula dari kisah ini mereka telah mengabdikan St. Valentine sebagai seorang tokoh yang hebat dalam mempertahankan cinta dan dianggap sebagai simbol ketabahan, keberanian dan kepasrahan dalam menghadapi cubaan hidup. Maka, 14 Februari dijadikan sebagai hari perlambangan dalam memperingati kematian St.Valentine dan dianggap sebagai upacara keagamaan masyarakat Kristian.

Justeru, Islam menyeru seluruh umat Islam khususnya remaja-remaja Islam agar tidak meraikan sambutan Hari Kekasih dan menghindari perkara-perkara yang boleh membawa kepada sikap untuk meraikannya. Berikut adalah sikap-sikap yang perlu dihindari oleh remaja Islam pada Hari Kekasih:
1. Sikap untuk keluar berfoya-foya sesama kekasih dan mengadakan majlis untuk menyambut hari tersebut dengan mengadakan parti atau majlis seumpamanya.













2. Menghantar kad-kad ucapan yang tertera kata-kata Valentine Day dan pada kad-kad tersebut terdapat gambar pari-pari yang mempunyai dua sayap yang menjadi simbol kepercayaan agama kristian.


3. Menulis ucapan kata-kata cinta di dalam kad yang diutuskan dengan menyatakan keinginan cinta kepada kekasih kerana ianya juga sikap mempamerkan rasa gembira dan percaya akan hari tersebut.

4. Kebanyakan negara-negara Barat, parti-parti diadakan sempena hari tersebut disambut dengan pesta seks dan tari-menari. Kebanyakan mereka menghantar hadiah-hadiah seperti bunga ros dan sekotak coklat kepada sesiapa yang mereka cintai.

5. Menghantar pesanan ringkas (SMS) kepada kekasih untuk meluahkan rasa sayang bersempena dengan Hari memperingati kekasih (Valentine Day) sebagai tanda percaya akan “keajaiban” hari tersebut.

Namun, segelintir pihak sanggup menaja majlis sambutan Hari Kekasih dan menjual barang-barang cenderahati untuk mempengaruhi remaja memperingati hari tersebut sehingga mengheret ke lembah makisat. Ironinya, remaja menganggap sambutan ini sebagai simbol kecintaan dan kasih sayang yang tidak berbelah bagi kepada pasangan. Islam melarang umatnya berlebih-lebihan dalam bercinta sehinggakan sanggup menyerahkan maruah kepada pasangan yang dicintainya.

Sesungguhnya perbuatan ini juga bercanggah dengan syara’ kerana ianya juga menyumbang berlakunya perkara maksiat dan zina. Firman-Nya:“Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang membawa kepada kerosakan.” Surah Al-Isra’;32)
Ibu bapa juga perlu memainkan peranan penting untuk mengawasi anak-anak mereka agar tidak meraikan hari tersebut dan melalukan perkara-perkara yang tidak mendatangkan manfaat. Selain itu, pihak pentadbiran sekolah dan institusi pengajian tinggi juga agar lebih proaktif untuk memastikan tidak wujud program sambutan kepada hari tersebut serta aktiviti bertukar-tukar bunga ros, kad-kad ucapan dan sebagainya.







  • Secara kesimpulannya, Islam memberi garis panduan yang jelas dan membenarkan hubungan kasih sayang sesama manusia dalam kerangka syariat. Hubungan kasih sayang kepada ibu bapa, sahabat dan sesama masyarakat boleh dilakukan setiap hari dan tujuh golongan manusia yang akan mendapat lindungan `Arasy ialah salah satunya mereka yang berkasih sayang ( bertemu dan berpisah ) kerana Allah SWT.
    Firman Allah SWT: 'Wahai kaumku! Sesungguhnya kehidupan dunia ini hanyalah kesenangan (untuk sementara waktu sahaja) dan sesungguhnya hari akhirat itulah sahaja negeri yang kekal.' Surah al-Ghaafir: 39
    Artikel lain tentang hukum orang islam menyambut hari kekasih atau valentine boleh dibaca di sini;

    Semoga kita bukanlah antara golongan yang menyambutnya. Nak juga? Ye lah...bagi je semua hadiah tu kat aku hu hu hu












  • Khamis, 10 Februari 2011

    KEMPEN "AWAS! JERAT VALENTINE’S DAY"

    Sekarang ni bulan Februari. Tak lama lagi, Isnin depan je pun akan datang 14 Februari. Ada apa dengan 14 Februari?

    Untuk orang macam aku, datang ke tidaknya 14 Februari itu tidak bawa makna apa-apa sejak dahulu, kini dan selama-lamanya. Aku bukanlah orang yang sambut macam-macam hari kecuali sambut Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha sahaja. Hari jadi pun selalu jugak aku terbabas dan lupa nak sambut.

    Bagi yang tengah hangat bercinta, baru nak mula hangat atau nak lebih hangatkan percintaan yang suam-suam kuku, atau juga nak panaskan cinta yang dah basi (ada ek gitu?), maka 14 Februari ni konon-kononnya adalah tarikh yang sesuai.

    Ini yang aku tak faham ni. Selain 14 Februari tak boleh hangat ke? Oppssssss! Itu macam nada orang tengah cemburu kepada orang yang tengah hangat hu hu hu

    Sempena 14 Februari yang ramai orang nak sambut setiap tahun, kali ini aku nak ajak ramai-ramai dikalangan kita agar BOIKOT sambut hari hangat 14 Februari. Boleh gitu? Ini bukan sebab jeles kat orang yang tengah hangat dan sengaja menghangatkan diri setiap 14 Februari, tapi... 14 Februari ni banyak juga bawakan bala kepada ramai orang.


    Bila ke laman web JAKIM siang tadi (Nampak sangatkan aku update entri ni malam: siang kerja dek non, mana boleh guna harta benda kerajaan untuk urusan pribadi terutama untuk kemaskini blog), aku jumpa satu kempen JAKIM anjurkan. Jadinya, aku pun naklah ikut sama kempen ini walaupun tak mampu nak ikut serta dalam kempen tersebut (Errrr…bukan Putrajaya tu belakang rumah aku ke?).

    Kat entri ni aku nak kongsi dengan semua orang tentang kempen AWAS! JERAT VALENTINE’S DAY anjuran JAKIM tersebut;

    KENYATAAN MEDIA JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA(JAKIM)

    BICARAWARA & PELANCARAN KEMPEN AWAS! JERAT VALENTINE’S DAY

    Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) akan mengadakan satu program “BICARAWARA & PELANCARAN KEMPEN AWAS! JERAT VALENTINE’S DAY” pada 11 FEB 2011(Jumaat). Majlis akan bermula pada jam 8.00 malam bertempat di Aras5, Auditorium D8, Kompleks D, Putrajaya.

    “Merujuk kepada Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Islam Malaysiakali ke-71 (22 – 24 November 2005 ) memutuskan bahawa amalan merayakan Hari Valentine tidak pernah dianjurkan oleh Islam. Roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam.”

    Sehubungan itu, penganjuran bicarawara ini secara khusus akan membicarakan tajuk AWAS! JERAT VALENTINE’S DAY. Bicarawara ini akan di moderator oleh selebriti Riben Merah Majlis Aids Malaysia iaitu Saudara Fahrin Ahmad manakala 3 orang panel jemputan adalah Saudara Muhammad Asyraf bin Ridzuan; Juara Imam Muda Astro, Puan Rosmawati binti Zainal dari Pusat Raudhatus Sakinah dan Ustaz Mohamad Zarifi Mohamad Daud dari JAKIM. Kemuncak bagi program ini juga akan dilancarkan kempen anti Valentine’s Day.

    Sehubungan itu, orang ramai khususnya pelajar IPTA/S dan penduduk sekitar Putrajaya dan Lembah Kelang adalah dijemput hadir.


    Aku sertakan juga aturcara program untuk Bicarawara Dan Pelancaran Kempen Awas! Jerat Valentine’s Day. Bagi yang dekat dan sepelaung sahaja dengan Putrajaya tu…bolehlah ikut serta (Aku berada di negeri berhampiran pada waktu berkenaan, kena kurung 3 hari. Bagi sesiapa nak hantar bunga, coklat atau patung beruang, lupakan sahajalah ya…hantar kereta spot cukuplah ya, dah penat naik kamcai spot hu hu hu) ;

    Aturcara Program Bicarawara Dan Pelancaran Kempen Awas! Jerat Valentine’s Day

    TARIKH : 11 FEBRUARI 2011/JUMAAT
    LOKASI : ARAS 5, AUDITORIUM D8, KOMPLEKS D, PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN, PUTRAJAYA


    MASA & ATURCARA

    5.00 Petang – 8.00 Malam
    • Ketibaan/Pendaftaran Peserta
    • Makan Malam
    • Solat Maghrib

    8.15 Malam – 9.00 Malam
    • Ketibaan Y.B Senator Dato’ Dr. Mashitah Binti Ibrahim (Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri)
    • Ucapan Aluan: Y.Bhg. Dato’ Ketua Pengarah Jakim
    • Ucapan Pelancaran Kempen Oleh Y.B. Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri

    9.00 Malam-10.30 Malam
    • Program Bicarawara:
    Tajuk: Awasi Jerat Valentine’s Day

    Moderator:
    1. Fahrin Bin Ahmad (Celebriti Riben Merah Mac)

    Ahli Panel :
    1. Muhammad Asyraf Bin Ridzuan (Juara Imam Muda,Astro)
    2. Puan Rosmawati Binti Zainal (Raudatus Sakinah)
    3. Mohamad Zarifi Mohamad Daud (Bahagian Perancangan & Penyelidikan Syariah,Jakim)

    10.30 Malam
    • Penyampaian Cenderamata
    • Sidang Akhbar
    • Jamuan Ringan Vvip
    • Bersurai
    • Tamat Program


    Sila ramai-ramai ke sana ya…opssss! Sambut Valentine dengan Fahrin Ahmad ok jugak apa ;)


    PsssT: nanti aku akan tampal entri tentang mengapa kita tak boleh sambut Valentine day ni ya dalam entri akan datang.

    Selasa, 8 Februari 2011

    Pengumuman kepada Peserta Kontes Cerita Paling Lawak Sedunia

    Wahhhhhhhhhhh lama nyeee tak kemaskini blog ni kan?
    Ada orang rindu tak?
    Ada orang jengah blog ni cari sesuatu tak?

    Ha ha ha soalan tak boleh blah kan?
    Okeylah, entri ni pendek sahaja. Maklumlah, lepas cuti memang banyak kerja kena buat...termasuklah terlupa nak masuk mesyuarat. Pelik tak? Tak pelikpun...itu memang sindrom selepas cuti he he he

    Entri ini hanya nak umumkan kepada peserta kontes Cerita Paling Lawak Sedunia bahawa ...er errrrr aku belum sempat lagi nak baca cerita-cerita lawak yang masuk kontes ni. Sabar ya...hidup aku memang kelam kabut tengah kejar masa untuk hantar report study. Kalau tak hantar report tu, tak dapat daftar.


    Harap-harapnya minggu depan aku dah boleh hantar report tu...lepas tu bolehlah aku belek-belek mana satu cerita lawak yang boleh buatkan aku jatuh kerusi tergeli-geli hati nanti. Boleh ya?

    Boleh la....Pleaseeeeeee!

    Jumaat, 4 Februari 2011

    Nak Letak Tajuk Apa Ek?

    Musim Cuti dah Sampai, Walaupun Hanya 2 Hari

    Bila musim perayaan, semua tempat akan sibuk. Pergi pusat beli belah penuh orang, pergi bank juga penuh orang. Lari pergi Tabung Haji, ramai tak orang?

    Ini cerita hari Rabu lepas. Huh! Masa menunggu hanya 1 jam 51 minit sahaja. Ohhhhhh!


    Kebetulan tak sempat sarapan walaupun dah jam 2.15 petang. Selesai isi borang dan ambil nombor, terus ke kedai makan berdekatan. Selesai sebat sepinggan nasi goreng dan neskafe ais, hanya 15 nombor sahaja bergerak.

    Jengah seketika ke kedai buku. Apa nak cari tak jumpa. Datang balik Tabung Haji. Masih belum banyak nombor berganjak. Tak ada pilihan lain, berdiri sahaja di dalam Tabung Haji yang sempit. Berbanding di luar, panas di bahagian dalam tidak sepanas di luar.

    Lima minit kemudian, seorang jejaka yang hensem hatinya serahkan nombor berikut padaku;


    Alhamdulillah. Aku hanya perlu tunggu 5 orang sahaja lagi di hadapan. Terima kasih adik nan hensem ;) Hensem tak semestinya pada rupa...lagi penting pada hati...


    Bila musim perayaan sebegini, ramai ambil peluang untuk tinggalkan rumah beberapa hari; balik kampung, bercuti atau menikmati keindahan erti hidup sebelum perlu berkerja semula minggu hadapan. Bagaimana dengan keselamatan rumah yang ditinggalkan?

    Aku pernah tulis tentang Keselamatan Rumah di Musim Perayaan, ada beberapa cadangan di entri tersebut.

    Aku juga tinggalkan Bangi walaupun tidak begitu jauh langkahnya. Namun, pada musim perayaan sebegini…ada baiknya singgah seketika jumpa Pak Sedara, beritahu rumah akan kosong selama beberapa hari;

    Mereka akan selalu buat rondaan di kawasan perumahan kita. Dan aku dibekalkan dengan senarai nombor berikut untuk dihubungi kalau-kalau ada masalah nanti;


    Baiknya Pak Sedara aku kan?

    Jadinya, jangan dok gedik nak panjat pagar rumah aku tu ya…Pak Sedara sentiasa dok intai tau!

    Rabu, 2 Februari 2011

    D’Puncak Bris Lake Resort

    Keluar dari Ladang Anggur Tasik Beris, kami meneruskan perjalanan ke hadapan. Nak tengok kawasan sekitar. Lebih kurang 5km dari Ladang Anggur Tasik Beris, kami temui D’Puncak Bris Lake Resort. Ada kafe kat sini, tepi jalan juga. Pemandangannya sangat indah, penuh dengan kehijauan.

    Kami basahkan tekak di restoren yang terdapat di D’Puncak Bris Lake Resort. Harganya sangat murah. Harga biasa sahaja. Di bahagian bawah kafe ini, terdapat resort comel yang sangat cantik. Harganya semalamaan juga terlalu murah, sekitar RM40 hingga RM70. Geram je nak bermalam kat situ.



    Pelbagai aktiviti boleh dilakukan di sini seperti menyeberang tasik, berakit, jungle trekking, musang terbang (flying fox), night safari, kayak, star cruise, memancing, team building, BBQ dan berkhemah. kalau nak buat tempahan, bolehlah telefon;

    Hj Rashid: 013-4290084
    Pn. Zaini: 019-4058160
    En. Sobri: 013-5913694
    En.Zaini: 019-5497765

    cantik tak chalet kat sini?

    Kat belakang tu ada tasik yang sangat cantik. Sangat sesuai menjadi tempat persembunyian daripada kesibukan kota raya. Sesuai juga menjadi tempat ubat hati dan bawa diri. Kalau merajuk, best juga datang sini ye...tengok pemandangan indah sambil berkayak. Bukan nak terjun bunuh diri ya kawan-kawan. Barulah payah sikit orang nak datang memujuk ya tak? Mmmmmm bersungguh-sungguh betul merajuk tu ;)



    Jom berperahu keliling tasik. Dayung berdua, nak?

    Pelajar Malaysia Di Mesir Akan Dibawa Pulang (UPDATE)

    UPDATE

    Berita penuh dalam Utusan dan akhbar lebih melegakan dengan maklumat lengkap. Selain kapal di Teluk Eden, jalan darat, MAS, TUDM dan AirAsia akan digunakan. Memang urusan akan ambil masa, namun kuasa politik akan mudahkan semua urusan (macamlah sebelum ni tak reti nak guna kuasa tu). Namun, 5 Februari tu rasa terlalu lambat. Dalam masa dua tiga hari, macam-macam hal boleh berlaku.

    Nak berita lanjut, baca ajelah akhbar hari  ni ya...dalam Utusan tulis macam ni;

    Antara langkah berkenaan ialah meminta kapal Bunga Mas 5 iaitu sebuah kapal serbaguna yang dikawal oleh Tentera Laut Diraja Malaysia yang sedang bertugas di Teluk Aden, untuk belayar ke Pelabuhan Adabiyah yang terletak kira-kira dua jam setengah perjalanan dari selatan Kaherah, bagi membawa keluar pelajar-pelajar berkenaan.


    “Kapal itu dijangka tiba di Pelabuhan Adabiah pada 5 Februari. Ia dapat memuatkan kira-kira 500 pelajar kita,” katanya.

    Najib juga berkata bahawa beliau sudah berunding dengan Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman untuk meminta syarikat penerbangan Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) dan AirAsia untuk melakukan penerbangan khas ke Kaherah untuk membawa keluar pelajar-pelajar Malaysia.

    “Mereka (MAS dan AirAsia) akan memaklumkan kepada saya esok mengenai kemungkinan menggunakan pesawat mereka untuk tugas ini,” katanya.

    Beliau berkata, kerajaan juga akan berusaha membawa pelajar-pelajar Malaysia ke Jeddah untuk ditempatkan sementara di pusat Tabung Haji di sana sehingga ada penerbangan pulang ke Malaysia. Bagaimanapun, menurutnya ada beberapa perkara yang perlu diselesaikan terlebih dahulu termasuk urusan visa pelajar berkenaan.

    “Kerajaan sedang berurusan dengan kerajaan Arab Saudi untuk mendapatkan kebenaran khas membawa para pelajar kita ke Jeddah,” kata Najib. Perdana Menteri berkata, kerajaan akan memberi maklumat lanjut mengenai perkara itu kepada pelajar dan ibu bapa esok.

    Sementara itu, Kohilan yang berada di Kaherah ketika dihubungi Bernama hari ini berkata pesawat C-130 Charlie Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) juga akan digunakan bagi membawa keluar pelajar Malaysia di Mesir secara berperingkat ke negara jiran terdekat.

    Katanya Dewan Malaysia Abbasiyah, Rumah-Rumah Negeri di Kaherah, dan Rumah Mara di Iskandariah menjadi kawasan perlindungan selamat kepada pelajar-pelajar dan rakyat Malaysia di Mesir.

    “Bagi memastikan keselamatan di sana (rumah perlindungan) serta keperluan harian mencukupi, kerajaan akan meningkatkan kawalan keselamatan serta menyalurkan dengan segera bekalan makanan serta keperluan yang lain,” katanya. Terdahulu, beliau dan Sahlan Ismail yang mengadakan perjumpaan dengan pegawai-pegawai Rumah Negeri dan wakil-wakil pelajar di Mesir, mendapati rata-rata pelajar Malaysia berada dalam keadaan terkawal dengan moral mereka tinggi. Sementara itu, Sahlan berkata, pegawai kedutaan ditempatkan dengan segera di Lapangan Terbang Antarabangsa Kaherah untuk membantu pelajar dan warganegara Malaysia yang terkandas.

    “Kami hadapi masalah untuk berikan bantuan makanan dan minuman ekoran laluan di bandar dan lorong dikawal oleh penduduk Mesir yang berdemonstrasi, jadi tugas pegawai kedutaan adalah untuk menyediakan makanan, dan minuman di samping membantu dalam urusan tempahan tiket,” katanya.

    Beliau berkata, sehingga hari ini 150 pelajar dan rakyat Malaysia yang terkandas sejak Sabtu lepas berjaya pulang ke tanah air dengan pembiayaan sendiri menerusi Oman, Abu Dhabi dan Amsterdam.

    “Kami jumpa mereka di lapangan terbang dan beri kata-kata semangat sebelum mereka pulang, kami juga akan usahakan untuk (bawa pulang) yang lain,” katanya.

    Sahlan berkata, dalam masa yang sama rakyat Malaysia atau ibu bapa khususnya dinasihatkan agar menangguhkan perjalanan yang tidak perlu ke Mesir memandangkan amat sukar untuk mendapatkan penerbangan pulang, di samping kesesakan lapangan terbang dan perintah berkurung yang dikuatkuasakan.

    Beliau berkata, kerajaan dan pejabat kedutaan akan terus menyalurkan maklumat mengenai perkembangan semasa kepada semua pelajar dan pegawai-pegawai Malaysia di Mesir serta kepada rakyat Malaysia. – BERNAMA




    Entri lama

    Berita tengah malam tadi mengatakan bahawa pelajar malaysia di mesir akan dibawa keluar ikut udara dan laut. Tentera malaysia yang berada di Teluk Eden akan digunakan untuk bawa mereka ke lokasi lain di negara berhampiran Mesir sebelum mereka ini dibawa balik ke Malaysia. Berita Harian Online menulis:

    PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak malam ini berkata kerajaan memutuskan untuk membawa keluar pelajar-pelajar Malaysia dari Mesir menerusi laut dan udara berikutan pergolakan di negara itu bertambah meruncing. -- BERNAMA

    Aminnnn. Sama-samalah kita doakan moga mereka semua selamat kembali ke tanahair. Macam-macam berita dan cerita serta suasana tegang boleh kita baca. Secara peribadi, aku kagum dengan mereka yang saling berkerjasama dan mengutus berita sesama sendiri. Blog dijadikan medan untuk komunikasi dengan masing-masing melaporkan keadaan di tempat masing-masing. Kita (aku sebenarnya) yang berada di tanahair naik gerun untuk membaca dengan lebih terperinci. Kalau benarpun ada orang salahgunakan medium dalam situasi sebegini, namun aku percaya, cara berkomunikasi melalui blog sangat banyak membantu mereka di sana dan kita di tanahair (sebelum internet diputuskan).

    Jadinya, aku sangat-sangat mengharapkan berita positif diumumkan. Bila PM umumkan yang warga Malaysia di Mesir akan dibawa balik, aku cukup lega. Hakikatnya tiada saudara mara atau kenalan aku berada di sana, namun sebagai warga Malaysia, aku sangat berharap agar rakyat kita di sana akan sentiasa selamat. Lebih-lebih lagi, seramai lebih 1200 orang pelajar yang berada di sana terdir daripada warga Kelantan di bawah tajaan kerajaan negeri. Keseluruhan pelajar kita di sana dianggarkan lebih 11 ribu orang. Bagaimana pula dengan pelajar tanpa tajaan? Harapnya mereka juga akan turut mendapat manfaat.

    Bagi sesiapa yang rajin nak baca situasi yang perlu ditempuh sebilangan pelajar kita di sana, bolehlah baca beberapa blog di bawah seperti;


    Sausana di Lapangan Terbang Cairo, mesir yang padat dan sesak dengan manusia boleh dilihat dalam tampalan blog Pink Turtle. Blog yang sama menulis tentang perkembangan terkini rakyat Malaysia yang berada di mesir terutamanya golongan pelajar. Beberapa entrinya menulis tentang situasi semasa yang berlaku. Walaupun internet telah diputuskan, perkhidmatan sms juga tak dapat, namun hubungan melalui talian tetap masih berlaku. Tak pasti pula bagaimana blog ini boleh dikemaskinikan, agaknya sebelum kena potong talian kot depa update.

    PsssT: kepada  keluarga dan saudara mara pelajar Malaysia di Mesir, moga2 mereka lebih tabah. Sama-sama kita doakan agar mereka di bawah lindungan Ilahi. InsyaAllah, mereka yang sedang menuntut ilmu sama seperti pejuang di medan perang, Allah akan rahmati dah kasihi.

    PsssssT: US hantar pesawat sewa khas, Indonesia dah hantar Garuda untuk bawa balik rakyat depa, errrr....kita bila?

    Selasa, 1 Februari 2011

    Maafkan Aku





    Entri ini akan jadi sangat pendek
    hanya beberapa ayat
    beberapa rangkap

    maafkan daku semua ya
    hari ini memutuskan untuk…
    buang shout box a.k.a kotak jerit
    dalam blog ini
    setelah sekian lama jiwa lara
    hati merana berduka nestapa memendam rasa
    dek tampalan iklan tanpa makna

    jadinya,
    rakan-rakan lama, rakan-rakan baru sahaja singgah
    atau semua pengunjung
    andai ada kesudian tinggalkanlah jejak anda
    pada bahagian komen

    ampunlah
    sukarkan komunikasi
    hanya kerana beberapa kerat orang
    yang berfikir tak serupa orang
    dan akan marah bila kita kata
    dia bukan orang
    padahal cara bertindak
    tak ubah seperti orang
    yang dah jemu digelar orang

    maka dengan ini
    pada tarikh ini
    dengan rasminya aku akan buang
    kotak jerit berpesan-pesan itu
    dari blog tak seberapa ini
    Sekian
    Harap Maklum

    aku yang menjalankan tugas
    ~Anyss~


    PsssssT: Malam nanti shoutbox itu akan dighaibkan dari blog ini.

    Memetik Anggur Di Tasik Beris

    Kalau pergi ke Sungai Petani, Kedah...selain singgah Tanjung Dawai untuk beli ikan atau hasilan laut yang lain, ataupun pergi cari dosa kering skodeng orang buat maksiat di air terjun Tupah, ada satu tempat lagi yang menarik untuk dikunjungi. Ladang anggur Tasik Beris.




    Jom petik anggur. Bukan senang nak petik anggur yang boleh dimakan (bukan anggur yang ditanam sebab tak dapat kerja). Rasa macam berada di Australia lah pulak. Nasib baik hanya anggur je...kalau ada epal sama, fuihhhhhhhh mesti aku boleh tipu korang kata pergi melancong ke Tasmania hu hu hu

    Ladang di sini seluas 34 hektar ini ditanam dengan empat jenis anggur iaitu; Black Opal, Black Grape, White Malaga dan Loose Pelite. Walaupun begitu, hanya dua tiga batas sahaja yang kita boleh lawat dan tengok-tengok. Kalau benarkan 34 hektar tu orang ramai lanyak, bukan sahaja buah anggur yang pupus, sekali dengan batas boleh roboh hu hu hu




    Bayaran masuk untuk dewasa hanya RM3, manakala kanak-kanak RM1.50 sahaja. Bolehlah kalau nak posing maut dengan buah-buah anggur tu. Kalau nak petik sendiri dikenakan bayaran RM34 untuk sekilo. Jadi, tak ramai yang ambil tiket tu.

    Bagi sesiapa yang nak pergi, bolehlah exit tol Gurun, terus ke arah Jeniang dan Sik. Kemudian ikut je papan tanda ke arah Tasik Beris. Dah semakin dekat, kita akan dapat lihat lebih banyak papan tanda untuk ke Ladang Anggur tersebut.

    Ladang ni letaknya di tepi jalan sahaja. Dari tepi jalanpun kita dah nampak. dibuka setiap hari mulai jam 9.30 pagi hingga 6.30 petang. Alamat penuh dan maklumat lainnya adalah seperti berikut;

    Ladang Anggur Tasik Beris
    Lot 264 Kampung Ternas,
    Sik Kedah.
    Tel: 04-4620466
    Fax: 04-4620611
    hP: 0195667908
    0195641134

    Selain boleh beli anggur kat sini, ada juga produk yang dihasilkan daripada hasil anggur seperti jus dan jem.


    Di belakang ladang anggur ini terdapat satu pelantar. Sangat cantik pemandangan di situ.



    Kalau nak tahu betapa best dan seronoknya kami pergi sana, silalah bawa diri sendiri ke ladang ni ya. Selain di Beris, kat Perlis p un ada ladang anggur, begitu juga di negeri sembilan.