Anda Juga Mungkin Berkenan

Rabu, 28 Julai 2010

Maaf Sebelum Ramadhan Menjelma


Mmmmm tengok tajuknya, macam beria-ria tak ingat dunia nak sambut kedatangan Ramadhan. Memang tak sabarpun. Banyak kelebihan Ramadhan selain kehilangan berat badan dan latihan bajet yang memang menjadi. Kelebihan-kelebihan lain tu sila tanya Inche Google, hari ni malas nak tulis kutbah jumaat.

Semenjak dua tiga menjak ni, aku memang jarang datang pejabat. Boss pun hairan, tetapi…ada aku kesah? Aku bukannya sesiapa yang dia nak kesahpun, bak debu yang berterbangan dan hinggap di hujung sepatunya yang akan menghilangkan kilat sapuan polish kelmarin sahaja. Jadinya, sehingga hujung tahun nanti, aku akan sentiasa tak ada di pejabat (Nampak macam aku lah pulak dah jadi bos kan? Hu hu hu memang aku tak kesah).

Namun, saban hari, aku tetap luangkan masa menjenguk dan menyapu ruang blog yang aku agak sangat mudah bersawang dan berhabuk ni. Banyak perkara yang aku nak tulis, namun jari jemari bagaikan sudah capek untuk menari di kekunci. Jadinya, anda perlu bersabar hingga tahun depan untuk melihat blog ini dikemaskini secara kerap. Hingga ke saat itu, aku hanya akan kemas kini sesekali sahaja. Itupun kalau dah gian sangat. Yang paling kerap aku boleh tulis hanyalah…sekali seminggu sahaja (macamlah sebelum ni kerap sangat kemas kini).

Walaupun aku tidak di sini sentiasa, tidak bermakna aku akan mengabaikan blog ini. Tidak bermakna sesiapa sahaja boleh meninggalkan kata-kata manis di kotak laung bak jurujual di uptown. Blog walking dan sapaan untuk memenuhi nilai ringgi semata-mata tidak akan dilayan. Bukan sahaja akan dipadamkan dari kota laung tersebut, istiharkan anda sebagai spam juga. Kejamkah?

Memang kejam kan? Aku akuinya. Aku bukan dengki dengan orang lain yang berusaha mencapai nilai ringgit menggunakan blog. Namun, andainya blog ini yang dah bertahun-tahun dibangunkan (macamlah lama sangat kan) hanya disinggahi selama 2 saat sahaja, adakah anda ikhlas untuk singgah sebenarnya? Sebegitu tidak ikhlasnya anda singgah di sini, maka sebegitu tidak ikhlasnya juga penerimaan tuan rumah. Adil bukan?

Tak baik kan curigai orang lain? Mmmm itu memang dah hakikat hidup. Bila kita mengaku diri kita hanyalah makcik cleaner kat pasaraya, boleh anda nampak perubahan air muka orang yang tanya itu? Kalau tak lama, cukuplah sesaat. Kemudian, dia dengan rasa bersalah akan kata “apa-apa kerja pun tak apa, asal halal…”, namun katanya itu masih mampu lagi kita nilaikan ikhlas tidaknya berdasarkan body language yang terpamer.

Apa yang aku dah melalut ni? Sebenarnya entri ini aku tulis sebab nak beritahu sesapa yang blog walking dan tinggalkan pesanan kat kotak laung tu untuk meraih wang semata-mata, aku akan padamkan dan tolak dia ke kotak spam. Jelas? Mmmmmm bolehpun tulis dengan ringkas dan padat, yang aku melalut sampai ke makcik cleaner tu kenapa ya?

Ohhhhhh Ramadhan dah tersangat dekat. Maafkanlah aku sebelum Ramadhan menjelma.
Mmmmmm macam pelik pulak bila entri tak ada gambar yang berlambak-lambak ;) nanti rayalah ya letak gambar banyak-banyak...

Jumaat, 23 Julai 2010

Kembali Ke Zaman Silam

Pernah tak terasa macam nak kembali semula ke zaman silam? Kiranya berpeluang berbuat sebegitu, zaman mana yang nak anda pijak semula?

Aku teringin nak ulang semula zaman sekolah menengah walaupun tak suka peperiksaan.

Kiranya dapat kembalikan Kuala Lumpur ke wajah ini, bagaimana agaknya kita ya?





Jom berangan...bukan kena bayar pun!

Dan aku tetiba rasa kagum dengan Pak Arab ni...mendaulatkan bahasa Buduku lebih tinggi dari aku sendiri



Tabik spring!

Isnin, 19 Julai 2010

Mengayam Mutiara Jadi Kenangan Indah

Separuh minggu ni aku habiskan masa menadah angin laut di Pulau Mutiara. Tak sah ke Pulau Pinang kalau tak beli jeruk ni kan?
Line Clear punya...yummy!


Terima kasih Aop, bawa jejalan ke Rumah P.Ramlee dan Padang Kota.





Pekena pasembor. Licin!




Terima Abby, dengan novel comel ni;

Dah habis baca masa tunggu belon. Ulasan? Kiranya ada kesempatan, insyaAllah. Namun tak mampu nak janji sangat, hidup ni tengah nazak mengejar masa.

Sempat ke Kulim berkejaran bersama mereka di Taman Burung, Seberang Jaya;








Naik feri ke pulau...


Sangat letih. Tenaga dah habis. Lain kali sahaja sambung tulis ya ;)


Sabtu, 17 Julai 2010

Sauna Kecantikan Gaya Baru: Efektif dan Percuma

Nak tahu sauna paling baik untuk kecantikan? Silalah mandi dengan kopi panas; Ipoh White Kopi. Sangat mujarab. Tak percaya? Cubalah. Sangat mujarab. Tanpa bahan kimia tak terjadual. Sungguh mesra alam. Lebih efektif kiranya dilakukan 30 ribu kaki dari aras bumi dalam Airasia. Percuma sahaja. Ada sesiapa nak cuba? Aku dah mencubanya.

Tony Fernandez tak perlu risau. Kali ini aku tak akan tulis panjang-panjang tentang isu itu. Tak akan saman juga. Amy Search perlu bayar ganti rugi RM18 ribu sebab seorang budak bermandikan Tomyam di restoren Cheng Ho nya. Agak-agak berapa aku boleh tuntut daripada Airasia ya?

Tony Fernandez tak perlu risau. Entah kenapa aku rasa macam baik hati sangat kali ni. Itupun setelah baca tentang perkhidmatan penerbangan di negara asing yang Mazidul tulis di blognya. Insaf sekejab kot. Mmmmm banyak juga RM18 ribu tu kan....ohhhh...agak-agak dapat tuntut lebih tak? Airasia lagi glamour dan kaya daripada Amy Search kan? Berapa banyak depa boleh tutup mulut aku yang macam tempayan ni ye? Satu tempayan, cukup? Besauuuuuu punya hu hu hu

Sejak Rabu, aku sudah di sini;


Jom pekena Mee Udang ;)

Selasa, 13 Julai 2010

Jamu Mata

Isnin, aku migrine teruk. Walaupun berjaya tidur selama satu jam di bawah meja di pejabat, namun tak hilang juga. Semuanya gara-gara ini;



















Kepada kumbang, kepada pencinta bunga, kepada pemuja bunga, kepada sesiapa yang rasa nak nikmati semua ini, sila lah ke Precient 2 Tasik Putrajaya. Ahad nanti hari terakhir.


Pendek kan aku tulis kali ni...

Ahad, 11 Julai 2010

Maafkan Daku dari Tulus Hatimu Paling Dalam, Teman

Aku suka jalan, suka nikmati keindahan ciptaan Allah. Suka mencari ketenangan dan hayati panorama yang menyegarkan. Seringkali teruja dengan tempat-tempat indah walaupun hanya belakang rumah sahaja.

Kerana terlalu teruja, terlalu ingin tahu...terlalu nak jejaki satu tempat di Janda Baik, aku telah minta (cadang) seorang teman untuk letakkan maklumat berkaitan tempat itu di blognya. Aku teruja nak pergi, sangat-sangat perlukan info tentang tempat itu. Dan rasa teruja itu buatkan aku terlebih meminta. Tanpa niat, tanpa sedar...permintaan itu telah mengguris hatinya. Mohon maaf, teman. Aku memohon kemaafannya saat itu setelah sedari khilaf diri.

Ingatkan, semuanya berakhir di situ. Namun, bila kutemu ulangan ayat ini, “jadi sesiapa yang rasa sia2 masuk blog saya..jgn masuk ok..takde paksaan pun..sbb klu nak info apapun memang takde dlm blog ni”, aku sedar, lukanya masih berbekas.

Mohon maaf teman, kerana terlalu teruja dengan apa yang aku suka, aku telah mengguris hatinya. Niat memang tak pernah ada, namun andai kerana itu begitu melukakan, dalam entri yang serba sederhana ini, aku layangkan permohonan maaf ini sekali lagi. Secara rasmi. Aku bukanlah sesiapa untuk buat sidang akhbar dan papar di muka depan mana-mana akhbar atau menjadi isu utama dalam berita arus perdana di TV. Maafkan aku kerana terlalu teruja itu.


Entri ini tak punya puisi, tak punya ideapun nak tulis puisi terjun terutama tengah kejar “tarikh mati”. Aku hanya harapkan lagu di bawah dapat mengubati hatinya.



Aku hanya memohon untuk info itu, namun andai tak dapat, sangat tidak mengapa. Janda baik bukannya jauh sangatpun untuk pergi.

Pertama kali aku menulis entri tanpa rasa selesa. Dan entah kenapa, sukar benar tiap patah kata untuk mengalir di hujung jari. Barangkali masanya sudah tiba untuk aku menyepi seketika dari tempat lepak kegemaranku itu (Aku tahu Cik Bintang akan sangat teruja dengan statement ni). Andai hati tidak mampu untuk ditahan, mungkin aku masih boleh ziarahnya seminit dua. Usah risau, aku akan duduk diam-diam. Hanya ingin melepas rindu sahaja. Aku janji!

Kata Cik Bintang, Entri Senafas

Ada beberapa gambar yang menarik untuk aku tampal kat sini. Masih lagi gambar-gambar yang aku ambil masa pergi Semporna hari tu. Gambar yang menarik juga, tapi tak dapat nak letak kat mana-mana entri sebelumnya kerana entri-entri berkenaan ada cerita yang tersendiri, sedangkan gambar-gambar ini pula tersasar sedikit dari temanya.

Peringatan penting dari AirAsia kat depan hidung aku masa duduk dalam pesawat. Chomel je kucing tu kan?


Bukan selalu ada peluang rakamkan momen senja dalam pesawat


ANak-anak berbakat dari SM Datuk Panglima Abdullah, Semporna dalam majlis penilaian tarian di sekolah tersebut. Mereka memang pandai menari.







comel je kan?


Pusat Pelancongan Lautan Semporna. Orang sini panggil ‘floating”. Kat sini terletak beberapa agensi pelancongan yang uruskan pelancongan laut di kawasan Semporna. Tempat penginapan Dragon Inn juga terletak di sini.







Kat sinipun dah rasa macam nak terjun masuk laut, apalagi kalau dah pergi pulau.











Di pasar Semporna; Tengoklah matanya...jernih je. Mesti sangat sedap untuk diratah. Sila bakar untk saya ya....

Pelik tak rupa ikan ni?


Jeti berhampiran pasar, menjadi tempat tumpuan ramai. Sangat sibuk. Apa yang istimewa, pemandangan tetap indah walaupun di tengah kesibukan bot, perahu dan tongkang sekalipun. Bila hijau laut menyatu dengan biru langit nan terhias awan putih...apa lagi nak dilafazkan?











Mereka kendalikan bot macam kita main basikal je...


Perkahwinan masyarakat Bajau, sempat alami kemariahannya dan hayati keunikannya.


Ramai tetamunya.


Buah tangan untuk tetamu.




Kat jeti menikmati senja












Akukah sang perahu yang terdampar sendiri di jeti usang?