Isnin, 18 Julai 2016

Hargai Ibu Bapa Selagi Mereka Masih Ada

Ini adalah Iklan Hari Raya Aidil Fitri 2016 terbaru yang sungguh menyentuh perasaan daripada Candy Factory Studios. Wajib ditonton. The best ads! Unexpected climax! This a very touching, meaningufl and heartfelt 2016 Iklan Raya / Eid al-Fitr TV Commercial from Candy Factory Studios Webfilm titled "Penantian" (Malay Language Without Subtitles). Please visit their website at www.candyfactorystudios.com.my



Mata masuk habuk tak?
Hebat kan makcik dan pakcik ni berlakon. Menusuk kalbu!

Jumaat, 15 Julai 2016

Sedih Cucu Tak Jadi Balik Raya

Bila anak cucu tak jadi balik beraya, kesiannya;



Kasihan atok, merindu. Cuti beku, atok...nak buat macam mana. Redha ajelah.

Itulah pengorbanan ramai pekerja di malaysia. Jururawat, doktor, tentera, polis, bomba. Kita yang mudah dapat cuti ni, bersyukur sangat-sangat mak ayah tak punah harapan kat tengah jalan macam ni.  Setiap tahun balik juga beraya walaupun terpaksa menempuh jam berbelas jam. Paling tidak, beraya juga kita bersama keluarga di kampung halaman.

Khamis, 14 Julai 2016

Hadiah Kereta Untuk Abah

Alaaaaaa syahdunya iklan raya NAZA Hari Raya 2016 - Aidilfitri yang amat bermakna ni;



Bertuahnya mak dan abah dia…dapat kereta NAZA musim raya cenggini. Mmmmm kalau mampu bagi hadiah macam ni pun ok jugak. Sangat ok lah kan.

Rabu, 13 Julai 2016

Mak Nak Raya Sorang Tahun Ni

Memang ada ek kisah cenggini berlaku?



Musim raya anak-anak balik kampung untuk meriahkan suasana, bawakan gembira untuk mak. Tapi...kalau balik kampung lagi peningkan kepala otak mak, baiklah tak payah balik. Boleh eh tak payah balik musim raya?

Dah lah kita balik sekali sekala je, kesiankanlah kat mak. Mak tu bukan babu kita yang jadi tukang masak, tukang kemas, tukang sental jamban kita. Patutnya, sekali sekala balik tu, bagilah mak rehat. Bagilah mak jadi mem besar. Bagilah mak jadi pengarah aje. Bagilah mak rasa beruntung ada ramai anak, bukannya tambahkan lagi penat mak.

Memanglah keluarga kita tak sempurna, tapi sebagai seorang anak, tak kan nak pikir pasal mak sendiri pun payah. Yang kita angkut bawak balik anak-anak ramai kemudian bebankan mak pula yang kena kemas rumah, masak nak isi perut anak bini kita, sental jamban hancing dek anak-anak kita yang kencing tu apa pasal? 

Eh, terlebih iklan pulak huhuhuhu



 

Selasa, 12 Julai 2016

Iklan Raya MAS yang Comel

Comel je iklan raya Malaysia Airlines 2016 ni.




Ingatkan adik dia nak kena tinggal huhuhuhupatutpun "adik tak boleh ikut" huhuhuhu