Rabu, 22 Jun 2016

Kelik La Wei Lagu Raya 2016

Haaaaa dah musim lagu raya bertebaran serata alam kan? Dah dengar Lagu raya versi Kelantan, lagu raya versi Thai...haaaa ada satu lagi lagu raya versi Kelate. Lebih kepada lagu balik kampung ni. Moh kita dengar;



Kelik la weiiiii!!!!
Tak sabo nak balik kampung!

Selasa, 21 Jun 2016

Persiapan Raya yang Sederhana



Dalam kita cuba tidak membazir padabulan Ramadhan, kiranya berusaha untuk bersederhana, adakala kita terlupa pula nak bersederhana untuk persiapan raya pula.

Sebenarnya, definisi SEDERHANA itu sangat berbeza antara seorang dengan seorang yang lain. Sederhana bagi kita, belum tentu lagi sederhana bagi orang lain. Mungkin gaya sederhana kita itu termasuk dalam kategori mewah untuk orang lain.

Contoh mudahnya adalah: bagi kita yang biasa sediakan 10 pasang baju raya, bila tahun ni kita hanya beli 5 pasang sahaja, sudah dikira sederhana berbanding dengan Cik Ta yang sediakan 110 persalinan raya. Bagi Cik Ta pula, jumlah tersebut adalah terlalu sederhana sebab sepanjang Syawal nanti dia perlu hadiri 3-4 acara rumah terbuka, perlu jalani penggambaran sambutan raya dan sebagainya. Kalau penggambaran tu, dah tentu kena sebat 5-6 pasang kerana setiap scene kena tukar baju. Bagi Cik Ta, itu dah sederhana. Bagi kita yang hanya beraya hujung minggu sahaja ni, 10 pasang tu pun dah terlebih bajet.

Hanya kita yang tahu tahap sederhana tu takat mana. Kalau kita terpaksa buat pinjaman setiap kali ketibaan Syawal, rasanya kita dah berada di luar kemampuan diri, jadinya…silalah kaji semula. Bukan tak boleh sediakan 30 jenis kuih raya (ada orang buat sejenis kuih setiap hari bermula 1 Ramadhan), namun adakah ia sesuai? Benda makan banyak mana letak pun boleh habis. Rumah ambo yang penuh dengan budak-budak tu, ambo hanya hidang kerepek sahaja. Humban je 3 guni kerepek, habis cerita. Setiap seorang usung satu balang. Tetamu datang depa tak kacau dah sebab memasing ada balang sendiri.

Adakah setiap kali buat persediaan raya, kita perlu tukar perabut baru? Tukar langsir baru? Cat rumah baru? Jambangan bunga baru? Atau…kereta pun kena tukar baru? Tepuk dada tanya iman. Rasanya jenis mami jarum yang pergi belek langsir orang musim raya dah tak ada dah kot…ke masih ada? Mmmmmm tetiba teringat langsir rumah Mek di kampong belum bertukar sejak 10 tahun. Tiap kali raya hanya basuh dan pasang balik. Ada satu tu je pun. Raya lain kali baru tukar langsir baru, boleh? Tak sempat nak jahit lah!

Kakak ipar pernah sebut, “Bunga ni seingat kak lah…masa kak kawin dulu lagi,” huh u huhu itu bila kami putuskan untuk lupuskan beberapa jambangan bunga yang dah terlalu pudar warnanya. Ketika dialog tersebut terjadi, anak bujangnya tengah tunggu keputusan peperiksaan SPM. Ohhhh itu betul-betul marhain. Kami hanya cuci, lap habuk dan gubah semula selagi elok.

Jadinya, berapa sederhana persiapan kita, bergantung kepada definisi kita sendiri. Bagi kami, kami sudah terbiasa untuk beli sesuatu ikut keperluan. Hanya bila perlu. Itupun banyak kali jugak lajak TERbeli ikut kemahuan huhuhuhu

Jumaat, 10 Jun 2016

Acah-Acah Kaya



Pernah jumpa tak perangai orang yang acah-acah kaya, padahal….mmmmm sendiri sambung ayat tu bagi sudah. 

Bila orang kaya amalkan gaya hidup macam orang miskin untuk pembelajaran anak-anak, kita kutuk macam-manam. Nak menunjuklah. Nak cari publisiti murahanlah. Pendek kata negatif semua.

Tapi, bila orang tak berapa nak kaya, acah-acah macam urang kaya, mmmmm nak kata apa ek? 

Maksudnya kat sini, kalau kita benar-benar mampu macam Dato’ Vida ke, Datuk Syukri Terlajak Laris ke, tadak hal lah nak menunjuk kaya pun memang sah-sah depa ni dah kaya. Ikut suka depa lah nak tayang koleksi intan permata mas dinar pun, tapi…bila kita yang tak berapa nak kaya ni, perasan macam urang kaya…makanya, cucilah hati dahulu.  Belum capai tahap untuk Allah nak uji tu. Jangan ingat jadi miskin sahaja dipanggil ujian, jadi kaya pun ada jugak ujiannya. Belum jadi kaya punnnnn lagi banyak ujian kena tempuh, termasuk ujian acah-acah kaya. 

Tak payahlah kita bangga sangat takat ada rumah dan kereta yang belum habis bayar pun lagi tu. Tak payahlah dok ugut orang itu ini kononnya menjalankan kerja sukarela tak berbayar...dah namanya pun SUKA dan RELA, kalau tak suka dan tak rela tak payahlah tunjuk baik nak buat. Ya dak? Tanpa niat ikhlas dan dilakukan juga dengan ikhlas, memaksa-maksa diri...tak ada maknanya semua tu. 

Sempena bulan Ramadhan yang mulia ni, marilah kita sama-sama muhasabah diri. Prof Muhaya kata audit diri. Kalau kita tu tak adalah kaya mana pun, tak payahlah acah-acah kaya menyemakkan biji mata orang. Kalau kita ni termasuk dalam kategori miskin tegar macam ambo, berusahalah untuk ubah moga-moga ada rezeki tambahan untuk tingkatkan nilai diri, tambah jumlah sedekah pulak.

Bagi yang tak pernah rasa kehilangan harta benda emas dinar duit berjuta tu, tak perlulah berlagak sangat. Allah nak tarik kejab je. Kun fayakun...maka jadilah. Cumanya, janganlah sampai mulut kita sendiri yang mendoakan kemusnahan hidup kita.  Kalau betul-betul jadi, mampu ke nak hadap?

Maka, dengan bongkaknya ambo nak bagi tahu yang ambo dah berjaya lepasinya. Bongkak sat. Tapi masa dok hadap tu...kering jugaklah air mata. Sekarang ni je air mata mudah basah. Tengok iklan pun kena cari tisu. Mmmmmm hati dah jadi tisu kot!

Sekian, tazkirah hari Jumaat di bulan Ramadhan.

Khamis, 9 Jun 2016

Berbuka Apa Hari Ni?



Dalam pada kita taksub berkongsi gambar juadah berbuka tu, pernah terfikir tak tentang orang lain?

Bukan nak marah kalian, tegur diri sendiri jugak. Kita dok teruja nak kongsi gambar makanan di media sosial, dan kita tak tahu kesukaran orang lain. Contohnya pernah berlaku pada aku sendiri;

Peringkat awal aku keluar hospital masa kena slip disc dulu, upaya memang sangat terhad. Doctor memang nasihatkan (paksa sebenarnya) “Jangan turun katil!”. Persoalannya, macam mana nak hidup kalau hanya berada atas katil sahaja. Aku tak punya hamba sahaya untuk buat semua urusanku terutamanya libatkan makan. Nak tak nak memang kena makan sekurang-kurangnya sekali sehari. Ada kederat ke jika hanya telan air putih sahaja sepanjang hari.

Jadinya, aku perlu juga turun dan masak paling ringkas sehari sekali. Ketika itu aku hanya mampu berdiri tak sampai 5 minitpun, jadinya acara untuk turun tangga dah makan masa lebih 5 minit. Sampai di ruang tamu aku perlu berbaring dahulu. Kemudian pergi tanak nasi; cuci beras dan tonyoh dalam rice cooker. Baring lagi sekali. Hilang lenguh, pergi sambung semula untuk goreng telur mata kerbau. Baring semula. 

Akhir sekali baru boleh makan. Itupun kena baring semula sebelum mampu pergi humban semua pinggan dalam sink sahaja. Lain tahunlah basuh. Maka begitulah keadaannya selama berminggu-minggu hinggakan aku tak mampu lagi tengok gambar-gambar makanan melintas di timeline fb.  Tak mampu itu sebabkan naik statusku memohon rakan-rakan tidak muatnaik gambar makanan, namun, ada pulakkklah mempersendakan status tersebut. Menitik ayaQ mata wa cakap sama lu! Fuhhh! Hati masih tisu rupanya padahal selama ni rasa macam brutal benar!

Jadi, peringatan untuk aku sendiri yang suka tampal gambar di fb, cubalah kurangkannya. Bila kita kelaparan, walaupun hanya gambar ikan masin, itu sudah begitu membuatkan perasaan sangat terdera. Sedangkan, kita tak mampu untuk dapatkannya.

Tak mampu itu bukan sekadar tak ada RM. Banyak faktor lain lagi mempengaruhi punca ketidakmampuan itu.

Rabu, 8 Jun 2016

Membazir di Bulan Ramadhan



Setiap kali tibanya Ramadhan, ramai yang menyentuh tentang pembaziran makanan. Kononnya terdapat antara kita yang mengikut nafsu bila berbelanja di Bazar Ramadhan. Maklumlah, beli makanan masa lapar, semuanya Nampak sedap. Jadi, semuanya nak borong.

Betul ke kita membazir? Sejauh mana kita membazir?

Bila kita Nampak orang beli di Bazar Ramadhan dalam plastic kecil sahaja, ada kuih 3-4 ketul, ada nasi beriani kebungkus, ada air sebungkus. Maka pada anggapan kita, dia seorang yang berjimat dan tak membazir. Betul ke?

Habis tak dia makan kuih tu? Habis tak dia makan nasi beriani tu? Habis tak dia minum air sebungkus tu? Atau bakul sampah jugak yang makan selepas kita peram dalam peti ais selama beberapa hari.

Bila kita Nampak laki bini jinjing plastic tak muat tangan, automatic mulut kita terlopong hatipun berbisik. Banyakkkkknya dia beli. Habis ke? Padahal kita tak tahu pun berapa ramai ahli keluarganya yang ada. Kalau anaknya je pun dah 8 orang, campur mak bapak dah jadi sepuluh. Kalaupun mereka beli 3 bungkus air, 3 jenis kuih dan 3 jenis lauk, memang betul ke mereka membazir? Ataukah dengan jumlah yang sebanyak itu, bila azan berkumandang sahaja…sekelip mata ghaib dari pandangan. Mak bapak hanya sempat tengok sahaja.

Persoalan membazir ke tidaknya kita setiap kali datangnya Ramadhan hanya kita sahaja yang mampu menjawab. Tak perlu menilai orang lain. 

Ambo? Berbuka puasa dengan cekodok dan air rendaman kurma (Nabez) pun dah cukup. Kata diet!!!!