Khamis, 20 November 2014

Salah Sendiri Tak Ngaku! Ego!

Pernah jadi tak? Memang kita tahu salah sendiri, tapi ego nak mengaku. Nak mintak maaf lagilah. Memang tak lah kan!

Lagi kantoi bila orang yang kita buat salah tu pula tahu apa kesalahan kita. Muka memang tak tahu nak sorok mana, kalau boleh nak masuk dalam supik gelenyar, apa daya…tak muat!

Nak tambah lagi sadis cerita, orang tu pulak buat-buat tak tahu. Buat selamba je depan kita macamlah dia tak tahu kita dok mengata mengutuk dia bagai kat belakang. Padahal, dia ada bukti pun. Dan bukti tu tak boleh dipertikaikan. Memang sahih. Memang sah. Tak boleh diada-adakan. Dan kita pulak tertanya-tanya, kenapa dia buat-buat tak tahu. Kenapa dia tak marah? Kenapa dia tak serang kita dan maki hamun?


Nak tutup salah yang sedikit tu, dek termalu dengan silap sendiri, makanya…dengan muka tak malu kita reka cerita lain. Kita sedarpun cara tu memang sah-sah dipanggil fitnah. Entah kenapa kita buat juga. Kita sebarkan kat orang juga.

Hati kita masihkah tetap tenang dengan diamnya dia tanpa kata apa walaupun dia tahu kita dah fitnah dan reka cerita macam-macam untuk tutup silap mengumpat dan prasangka kita yang awal itu? Tenang kah? Walaupun semua orang percaya dengan cerita buruk yang kita sebarkan itu, mengapa dia masih jua tidak marah dan maki hamun kita? Dia hanya senyum dengan segala gelagat kita itu.

Korang tak rasa pelik ke? Tak ada perasaankah dia?

Mmmmmm pernah alami begini tak?

PssssTTT: kejadian ini sebenarnya berlaku di dunia lain, bukan di bumi. Tak ada kaitanpun dengan spesies Darwin.




Rabu, 19 November 2014

Sembunyikan Kebenaran

Bukan semua orang mampu untuk berkata benar, apalagi jika kebenaran itu berkaitan dengan kesilapan sendiri. Dan diam itu menyebabkan orang lain terfitnah.


Orang yang terfitnah itu pula, ada ketikanya membisu...seakan mengiakan. Tidak menepis, atau suaranya tidaklah selantang mana mencari ruang untuk membela diri. Satu dunia menganggap dia bersalah.

Tak pasal-pasal ramai orang mengumpat dia. Diaibkan. Dan dia, mengaut sebegitu besar pahala dengan redha dan sabar menelan fitnah itu. 

Pernah terfikir tak, kita juga antara orang yang memberi pahala percuma kepada orang lain gara-gara percayakan fitnah? Ataukah, kita antara orang yang terfitnah itu?
 

Selasa, 18 November 2014

Ini Bukan Tentang Tanah Runtuh di Genting Higlands

Hari tu Cameron Higlands banjir lumpur dan berlaku tanah runtuh. Sekarang ni semua PATI di Cameron Higlands lari sembunyi ke Lojing bila Cameron Higlands kena gempur secara besar-besaran. Harapnya PATI hilang selamanya dari Cameron Higlands.

Sekarang, tanah runtuh di Genting Higlands pula. Errrr jalan nak pi Genting Highlands. Berita jam 8 malam tadi, Menteri kata tanah runtuh di Genting Higlands memberi imej buruk kepada pelancongan negara.

Mmmmmm aku tak nak komen banyak sangat bab menteri di Malaysia ni, tunggu aku jadi menteri dulu baru aku komen ya. Tak pepasal bacaan gula dalam darah aku meningkat mendadak pulak kang huhu hu huhu

Bila musim hujan, tanah memang lembut dan mudah runtuh. Bangunan yang keras tu pun boleh runtuh, apalah sangat takat tebing kan? Bab runtuhnya Cameron Higlands aku dah jangka pun akan berlaku semenjak zaman Cameron highlands masih dingin dan sejuk tahun 2000 nun…14 tahun lepas. Masa tu kami berada di puncak Equatorial gariskan apa yang patut dibuat di tempat indah tu dan serahkan kepada pak menteri untuk jadi panduan. Kononnya nak jadi penyelamat Cameron highlands. Akhirnya, Cameron highlands tetap runtuh sana sini juga. Tetap banjir lumpur juga sejak tahun lepas. Entah-entah dokumen yang kami serahkan dulu tu dah hanyut ke sungai sejak 14 tahun lepas lagi huhuhuhu


Bila kejadian tanah runtuh berlaku pula di Genting Higlands dan menimbus sebuah kereta peronda, aku tak terkata apa. Nak kata apa? Nak salahkan siapa?

Kejadian tanah runtuh Genting Highlands berlaku di Kilometer 4.2 tengah malam tadi. Kejadian berlaku kira-kira pukul 12.50 tengah malam menyebabkan laluan tiga lorong menuju ke pusat peranginan itu tertimbus dan tidak dapat dilalui oleh kenderaan

Tanah runtuh itu menutupi jalan utama kira-kira empat kilometer menuju sehingga puncak Genting Highlands. Hanya dua lorong dibuka kepada pengguna untuk naik dan turun dengan dikawal polis bantuan Genting.

Seorang anggota polis bantuan Genting yang sedang membuat tinjauan di kawasan terbabit sempat melarikan diri sebelum keretanya tertimbus oleh tanah runtuh tersebut.


Komen lebih kang ada yang sentap pulak, tapi hakikatnya benda-benda pelik sentiasa sahaja berlaku. Sama macam ramai pak menteri sekarang ni…bila bercakap lupa nak rujuk buku PMR, tetiba jadi fonomena dan viral di media social. Mmmmm sekali kenang, sekali ingat cerita orang-orang dulu, macam berada di zaman penjajah pun ada. Pada zaman penjajah, rakyat tidak bebas bersuara. Salah cakap “potong keparaaaa!!!!”

Maka lahirlah karya-karya patriotic macam novel “Anak Mat Lela Gila”. Kalau tengokkan tajuknya, mmmmm mana ada nilai patriotic….cerita pasal anak mat lela yang gila huh uhu huh u tapi itulah hebatnya penulis zaman dahulu. Penulis zaman sekarang mana reti nak guna symbol dan lambing. Mana tahu guna semiotic. Redas kena buah butir terus atas batang hidup pun tak reti lagi. Mmmmm itulah bezanya ilmu mantik zaman dulu dan zaman sekarang.

Sebenarnya, aku nak tulis pasal tanah runtuh di Cameron Higlands. Tak tau pasai apa entri ni jadi lagu ni. Maaflah ya….dah dua hari aku tak sembang dengan orang, tak jumpa orang berkurung dalam gua gelap. Makanya, dah wenggg kepala otak!