Isnin, 2 Julai 2012

Ijazah Palsu USM?



Fuhhhh kagum giler aku dengan USM ni
Hanya dengan harga lebih RM5 ribu je
Dah boleh dapat Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana
dan Ijazah Doktor Falsafah (PhD) termasuk MUET tak payah susah
masuk exam, belajar, buat tesis segala…tak payah bayar yuran tiap semester
tak payahlah kan pinjam dengan PTPTN yang hanya jadi FREE
bila dapat ijazah kelas pertama je…ingat senang nak dapat?
Tak tidur 4 tahun pun belum tentu dapat wehhhh!

Tiga bekas pelajar Universiti Sains Malaysia (USM) ditahan reman hingga selasa
dipercayai jadi dalang jual ijazah palsu menerusi laman web.
Mereka terdiri dari dua wanita dan seorang lelaki berusia lingkungan 20-an
ditahan selepas Universiti Sains Malaysia (USM) buat report.

Cara beli ijazah palsu:
1. Pilih kursus
2. Hubungi nombor perkhidmatan
3. Bayar pendahuluan RM400
4. Kemuka salinan kad pengenalan
5. Berumur atas 17 tahun
6. Contoh sijil dihantar ke e-mel
7. Bayar harga pakej keseluruhan RM5,888 termasuk sijil MUET
8. Sijil diperoleh tempoh seminggu


Pandai betul mereka ni kan? Belajar tinggi-tinggi kat USM
lepas tu meniaga yang menguntungkan
jual sekeping sijil je dah dapat rm5-6 ribu
aku yang dok buat tesis siang malam
sampai mata pun dah jadi macam mata panda
tak jugak siap-siap…nak beli 3 boleh?

Errrr…kira timbang kilo je lah ya…
nak ijazah perubatan boleh? karang bolehlah buka klinik sendiri
hari-hari bagi panadol je kat sesape yang sakit
sakit hatipun ubat dengan panadol
tak pun ijazah undang-undang…leh lah jadi loyar buruk la la la

Ada beza tak dengan sekumpulan penjenayah yang
memecahkan empat buah mesin pengeluaran wang automatik (ATM)
di carefour Wangsa Maju dan melarikan wang tunai berjumlah RM1.17 juta
dari empat mesin itu baca di ondscene untuk lebih banyak gambar
dan maklumat…

Adusssssss! sila usaha untuk kaya ya...baru dapat banyak pahala la la la


Sepanyol Juara Euro 2012 Ek?


Pepagi buta lagi riuh di radio yang
Sepanyol dah Juarai Euro 2012 menewaskan Itali 4-0
penat telinga dok dengar ulasan gumbira
peminat-peminat bola sepak
dah berjaga sepanjang malam, siangnya masih cergas lagi?
minum tongkat ali ke redbull?

Ni dah kali ke 3 ek Sepanyol juarai Euro?
cer citer…aku nak sambung tido sat!


Ahad, 1 Julai 2012

Pengalaman Pahit Tinggal Di Lampung


Alhamdulillah, akhirnya tiga orang kanak-kanak rakyat Malaysia
yang tinggal dengan ibu tiri mereka di Lampung,
[Lampung terletak paling selatan di Pulau Sumatera, Indonesia.
sebelah utaranya Bengkulu dan Sumatera Selatan]
telah selamat di bawa pulang semalam melalui kerjasama
Biro Aduan Komuniti Pemuda Umno, yang pergi ke Lampung pada 26 Jun lalu.
Anak-anak tersebut adalah Nurul Safiza Fitri, 11, Muhammad Nurhan, 9,
dan Nurmasyita Amiera, 8, manakala Siti Norzana, 12,
tidak dapat dibawa pulang kerana tinggal berasingan dengan saudara ibu tirinya
di Temusuci, Indonesia.

Semuanya bermula pada 2005 apabila ibu kandung kanak-kanak terbabit,
Mohaina Asmad, 34, meninggalkan mereka dan suaminya, Nordi Adi, 57.
Nordi berkahwin dengan Kasini Kaslam, 25 (warga Indonesia) pada 2007
dan menetap di republik itu.
Pada 2008, Nordi balik seorang diri untuk bekerja
sebagai pengawal keselamatan dan menetap terus di Malaysia.
Isterinya menghalang dan mengugut supaya diberikan sejumlah wang
sebagai syarat untuk membawa pulang empat anaknya ke Malaysia.

Nordi mengeluarkan RM27,000 daripada KWSP dan diberikan kepada isterinya,
tetapi wanita itu tidak membenarkan anak-anaknya dibawa pulang.
Nordi meminta bantuan Biro Aduan Komuniti Pemuda Umno
hingga berjaya dibawa pulang semalam.
Nordi juga telah menceraikan isterinya talak satu dua hari lepas.

Menurut kanak-kanak terbabit, mereka hanya diberi makan
dua senduk nasi sehari dan dipaksa masuk ke hutan
dari pagi hingga ke petang dan mencari hasil hutan untuk dijual
sedangkan hasil jualan dibahagikan dengan ibu tiri mereka.
Fuhhhhhh! Memang sama sangat dah dengan cerita
Bawang Putih Bawang Merah...
bezanya, Normala Omar masuk hutan cari kayu api
kemudian nyanyi atas buai dan terserempak anak raja
zaman sekarang ni, ada ke anak raja akan masuk hutan?

"Sekiranya kami membuat kesalahan kecil kami akan dipukul,"
...selain tidak dibenarkan bersekolah
kesian kan? Gitu ehh perangai ibu tiri?
mmmmmm klise! Nak baca lebih lanjut sila baca ondscene

Komen aku:
Kalau ke Indonesia untuk jenjalan merewang buang duit,
memanglah seronok
kalau suruh aku kerja kat sana...boleh juga
dengan syarat, gajinya ikut tangga gaji sekarang
barulah joli rimau namanya
aku suka kat sana sebab alam semulajadinya masih banyak belum terusik
sangat indah dan segar bugar dengan pemandangan mabeles,
namun kalau dah masuk pedalaman tu...
ada ke idaknya line internet?
kalau tak tulis blog, tak berfacebook...tak tahu perkembangan dunia
rasanya, aku akan jadi macam katak bawah tempurung kaca
yang diserkup dengan kotak dan kotak tu pulak
berada di hujung kampung...fuhhhhh! sadis gila!