Memaparkan catatan dengan label semakan rayuan permohonan UPU. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label semakan rayuan permohonan UPU. Papar semua catatan

Selasa, 12 Jun 2012

Keputusan Rayuan permohonan ke IPTA/Politeknik Premier diUmum 14 Jun


Kepada adik-adik lepasan SPM yang buat
rayuan permohonan ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA)/Politeknik Premier)
bagi program pengajian lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setara
dah boleh semak keputusan rayuan IPTA/Politeknik Premier
mulai 12 tengah hari Khamis ini.

Kementerian Pengajian Tinggi dalam satu kenyataan hari ini berkata,
semakan boleh dibuat melalui:

hotline 03-88706767,
helpline 03-88706777,
talian am 03-88706755/6766,
laman web rasmi IPTA berkenaan dan
khidmat pesanan ringkas (SMS) dengan menaip UPU RESULT (no. kad pengenalan) dan SMS ke 16888.

Keputusan rayuan adalah muktamad. Jika tiada sebarang tawaran diterima dari IPTA/Politeknik Premier sehingga 30 Jun ini, maka rayuan dianggap gagal.

Cepat dik, pi semak…jangan tak semak. Jangan terlepas semak!


Isnin, 12 September 2011

Semakan Rayuan UPU bermula 17 September


Bermula Selasa lepas, UKM dah  mula sibuk semula. Pelajar baru dah mendaftar. Pergi mana tempatpun penuh dengan orang. Minggu ini pula, pelajar-pelajar lama dah menderu datang. Mana-mana tempatpun dalam kampus ini dah ramai orang.

Kalau baca akhbar Berita Harian, dah ada maklumat tentang semakan rayuan UPU untuk pelajar yang tidak ditawarkan tempat di universiti seperti petikan berikut;


Berita Harian:

KUALA LUMPUR: Kementerian Pengajian Tinggi menerima sebanyak 30,414 permohonan rayuan untuk kemasukan pelajar ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA) bagi Program Pengajian Lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM)/Setaraf (Ijazah Pertama) Sesi Akademik 2011/2012.
Daripada jumlah itu, sebanyak 16,159 atau 53.13 peratus permohonan rayuan diterima daripada calon memiliki kelayakan diploma atau setaraf, 12,183 atau 40.06 peratus (STPM), 1,057 atau 3.48 peratus (matrikulasi/asasi) dan 1,015 atau 3.34 peratus (Sijil Tinggi Agama Malaysia/STAM). 

Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Tinggi (JPT), Prof Datuk Dr Rujhan Mustafa, berkata Mesyuarat Pemilihan Bersama Rayuan akan diadakan mulai Isnin depan sehingga 15 September ini. Keputusan permohonan rayuan itu akan diumumkan pada 17 September ini mulai jam 12 tengah hari melalui url http://www.upu.mohe.gov.my  yang mana calon boleh mencetak surat tawaran menerusi laman web IPTA berkaitan dan mereka yang berjaya dijadual mendaftar di universiti mulai 19 September ini.

Hujung minggu ni dah tu...jangan lupa serbu laman sawang UPU untuk dapatkan keputusan rayuan tersebut. Kalau dah diterima tu, jangan pula lupa untuk belajar sungguh-sungguh. Peluang bukannya datang banyak kali, sekalipun payah nak jumpa. 

Petang tadipun aku dah beri taklimat kepada pelajar baru, hanya separuh yang datang. Lainnya mana?

Lupakanlah dulu riuh rendah raya tu, tahun depan pun masih ada raya kalau panjang umur, peluang bukannya datang banyak kali. Rebutlah mana yang penting dulu.