Memaparkan catatan dengan label mawar merah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label mawar merah. Papar semua catatan

Rabu, 10 Ogos 2016

Mawar Putih Filem Terakhir Mak Nani

Penerbit dan pengarah filem veteran iaitu Datuk Rosnani Jamil atau lebih dikenali sebagai Mak Nani menyatakan filem Mawar Putih adalah hasil kerja seninya yang terakhir. Mak Nani mulakan dunia pengarahan melalui filem Mawar Merah dan akhirinya dengan filem Mawar Putih. Pada usia 80 tahun ini Mak Nani masih berkarya. Kagum sat!

Mawar Putih - Official Trailer




Filem Mawar Putih dibarisi pelakon-pelakon filem Mawar Putih iaitu Triestan Aprilian, Adli Eddynor dan Herdawatie. Turut berlakon dalam filem berkenaan ialah Reen Rahim, Arja Lee, Datuk Tamimi Siregar dan Syanie. Sinopsis Filem Mawar Putih mengisahkan tentang kisah percintaan antara dua darjat. Ia mengisahkan sebuah keluarga bangsawan yang mempunyai seorang anak gadis yang cantik dan bekerjaya namun gadis tersebut jatuh cinta dengan lelaki tidak sedarjat dengannya.

Lagu tema untuk filem ini dinyanyikan oleh penyanyi baharu Tiesha menerusi lagu Kamar Rindu dan Kau Yang Ku Panggil Cinta.

Mak Nani memulakan penulisan skrip selepas pemergian suami tercinta Allahyarham Datuk Jamil Sulong pada 25 September 2014. Pelakon filem Sri Mersing ini berkata, dia mengubati rasa kekosongan dan kesedihan tersebut dengan penulisan dan pembikinan filem Mawar Putih. Filem Mawar Putih ini bakal ditayang di pawagam bermula 18 Ogos ini.

Filem Pertama Mak Nani: Mawar Merah



Nostalgia kan?

Waktu dan zaman tu memang dah rasa gempak gilerr dah filem ni. Mana taknya, pelakon perempuan pakai seluar pendek je huhuhuhu zaman sekarang ada? Itu belum campur lagi bila Raja Emma nyanyi dangdut gelek-gelek ala lagu hidustan (ehhh, salah...tu lagu dalam filem antara dua hati), ataupun Razis Ismail menyanyi sambil petik gitar tepi pantai fuyooooo siap boleh berbikini lagi. Hebat tak filem zaman dulu huhu huhu

Sabree Fadzil - Oh Manisku (Antara Dua Hati)



Sekalipun dunia filem dah alami banyak perubahan, gaya Mak Nani dalam filem Mawar Putih ni tetap masih kekal.

Agaknya, pada usia sebegini, mampu tak kita hasil sesuatu yang kita suka dan tinggalkan untuk umum? Ke tak sempat cecah umur begini?

Melihat ketabahan dan kuatnya semangat Mak Nani, ambo tetiba rasa tak mahu berhenti apa yang dah dibuat. Rasa macam betapa masa sebegitu singkat untuk sudahkan sebegitu banyak perkara yang disenaraikan. Sempat tak?