Memaparkan catatan dengan label kursus jangka pendek di ASWARA. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kursus jangka pendek di ASWARA. Papar semua catatan

Khamis, 18 Ogos 2011

Tawaran Mengikuti Kursus Jangka Pendek Sesi 2011/2012 di ASWARA

Berikut adalah satu peluang kepada adik-adik kita (akak, abang, pak cik, mak cik pun boleh ikut juga) yang berminat dengan penulisan, seni dan budaya. ASWARA (dahulu dikenali sebagai Akademi Seni Kebangsaan, ASK) telah membuka peluang kepada sesiapa sahaja yang berminat untuk mengambil kursus jangka pendek.

Peserta hanya dibenarkan untuk mendaftar dan mengikuti satu kursus sahaja dalam tempoh yang ditawarkan. Tempoh pengajian untuk semua kursus adalah selama 14 minggu sahaja dengan kuliah diadakan setiap Sabtu atau Ahad mengikut kursus yang kita mohon. Jadi, sesiapa yang dah berkerja tetapi masih menyimpan hasrat untuk belajar kursus tertentu, bolehlah mohon.

Aswara akan beri sijil untuk setiap kursus yang diikuti, bolehlah kumpul sampai penuh dinding ya. Sijil-sijil ini juga nanti boleh digunakan bagi memohon pengajian secara sepenuh masa di ASWARA untuk Diploma atau ijazah nanti. Haaaaa ni peluang bagus ya adik-adik, terutama bagi yang tidak begitu cemerlang dalam peperiksaan dan mempunyai minat yang tinggi dalam bidang seni. Manalah tahu kan kot ada yang nak jadi Pengarah macam Ahmad Idham tu ke...


Kursus ini dibahagikan kepada dua, iaitu mengikutnya untuk tempoh 14 minggu ataupun dalam bentuk bengkel atau kursus yang berlangsung selama beberapa hari (paling singkat 2 hari, paling lama 5 hari).

Program yang ditawarkan untuk diikuti 14 minggu masa pengajian:
Program Latihan Pembangunan Modal Insan Seni & Budaya (Setiap hari Sabtu)
Hari Pendaftaran: 10 September 2011 (Sabtu)
Masa : 8.30 pagi – 1.00 petang
Tempat : Dewan Orkestra, ASWARA

kursus-kursus ditawarkan:

FAKULTI MUZIK

Kursus Teori Asas Muzik
Kursus Teori Lanjutan Muzik
Kursus Penulisan Lagu (teringin sangat nak ikut kursus ni, apa daya aku masih bergelar pelajar lagi. yang ni pun tak cukup tanah dah nak lari…)
Kursus Harmoni
Kursus Teknik Gubahan
Kursus Ensemble Muzik
Kursus Alat Muzik Major

FAKULTI TEATER
Kursus Asas Lakonan
Kursus Pengurusan Pentas
Kursus Pengurusan Teknikal Teater

FAKULTI TARI

Kursus Teknik Tarian Tradisional Malaysia

FAKULTI PENULISAN
Kursus Penulisan Skrip Drama Televisyen (kursus yang sama juga ditawarkan di Finas. Ada masa nanti aku cuba tulis pasal kursus-kursus yang ditawarkan FINAS pula)


FAKULTI FILEM DAN VIDEO

Kursus Asas Pengarahan Filem
Kursus Penerbitan Dokumentari
Kursus Pengarahan Video Pendek

FAKULTI SENI HALUS
Kursus Figure Drawing


PENGAJIAN TERAS AKDEMIK
Kursus Mak Yong


Kursus yang ditawarkan dalam bentuk bengkel:
Program Latihan Pembangunan Modal Insan Seni & Budaya Intensif (Bengkel/Masterclass)
Hari Pendaftaran : 10 September 2011 (Sabtu)
Masa : 8.30 pagi – 1.00 petang
Tempat : Dewan Orkestra, ASWARA

FAKULTI MUZIK
Kursus Asas Sistem Audio
Kursus Muzik Komputer


FAKULTI TARI
Kursus Tari Asia Tenggara (Cambodia)

KURSUS TARI & MULTI-MEDIA 


Sila layari laman web di bawah untuk muat turun borang permohonan mengikuti kursus dan melihat syarat-syaratnya http://www.aswara.edu.my  atau lihat Buku Panduan Kemasukan Kursus JangkaPendek ASWARA Sesi 2011/2012

Borang yang lengkap diisi hendaklah dibawa bersama semasa hari pendaftaran. Sebarang pertanyaan sila hubungi Bahagian Kemasukan dan Rekod ASWARA (Cik Norzamhana Mohd Yusof dan En. Mohd Fhais Ngadirin).  Urusan melalui telefon pada waktu pejabat:

Isnin – Khamis (8.00 pagi – 12.00 tengahari, 2.00 petang – 5.00 petang)
Jumaat (8.00 pagi – 12.00 tengahari, 3.00 petang – 5.00 petang) 

Akademi Seni Budaya Dan Warisan Kebangsaan (ASWARA)
464 Jalan Tun Ismail 50480 Kuala Lumpur
Tel: 03-2697 1777/1200 Faks: 03-2697 5513

Kalaulah semua pelakon di negara kita ikuti kursus-kursus ni, tak lah kita menangis masa dia orang buat lawak ataupun kita ketawa masa mereka beria-ria menangis sedih kan? 

PssssT: Tahun ini, dua barang lagi dimasukkan sebagai barang kawalan sepanjang Aidilfitri 2011 ini dalam skim kawalan harga musim perayaan menjadikan senarainya 20 barangan, iaitu;  Ayam hidup, ayam standard, ayam super, daging lembu tempatan, daging lembu import, daging kerbau tempatan, daging kerbau import, telur ayam gred A,B dan C, kubis bulat import, cili merah, tomato, kelapa biji, kelapa parut, kacang tanah import, bawang besar import, bawang merah kecil (India), bawang putih (China), dan ikan kembung.