Memaparkan catatan dengan label hijrah cinta. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label hijrah cinta. Papar semua catatan

Isnin, 23 Mei 2016

Entah Sampai Bila



Kerap kalinya kita alpa tentang macam-macam perkara.
Kerapkali juga kita sentap tentang bermacam perkara, namun peduli apa bila tiada siapa kesahpun
Dan kita perlu bebat sendiri hati yang terlelas
Itulah makna sebuah kehidupan
Bukannya macam drama waktu senja di TV, bila merajuk ada orang pujuk
Bila sentap ada orang datang bebat luka

Hidup bukan panjang manapun
Bukan banyak sangatpun yang nak dikejar
Bukan panjang benarpun senarai perkara perlu kita buat
Yang panjang itu hanyalah haloba hati sendiri
Yang banyak itu hanyalah ketamakan kita sebagai manusia
Sedangkan yang patut kita kutip hanyalah menjadi manusia yang BAIK
Namun, definisi baik itupun sangat jauh dari kita
Entah bagaimana untuk kita tempa arah tuju sebuah sisa usia

Biar berapa banyakpun adanya yang kita punya
Sentiasa sahaja tidak pernah kecukupan
Sentiasa sahaja kita kejar sekalipun cicir merata apa yang dah dikendong
Dan kita mudah benar melupakan apa yang ada
Melainkan sentiasa sahaja mencerlang biji mata
Memandang apa yang tak mampu kita capai
Sekalipun apa yang ada itu tiris merata

Rossa Hijrah Cinta



Hingga bilakah tamak itu perlu kita bela
Haloba itu dirajakan atas takhta?
Bila pulakah kita berusaha untuk syukuri segala ada
Dan kongsikan seadanya
Agar sentiasa lapang dan dirahmati?

Bila kita nak mula ya?