Memaparkan catatan dengan label gambar video kaabah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label gambar video kaabah. Papar semua catatan

Rabu, 29 Julai 2015

Masjidil Haram Dahulu hingga Kini

Masa kecik dahulu, hanya mampu tengok gambar gambar kaabah dan masjidil haram di kalender sahaja. Manalah ada video bagai.

Masa arwah tok ayah balik dari Mekah naik kapal laut, aku masih ingat lagi masa itu musim hujan (banjir). Arwah tok ayah turun kapal di singapura, kemudian naik keretapi. Kami budak-budak ni tunggu kat rumah aje sebab kan hujan. Lagi pun manalah ada banyak kereta macam sekarang ni. Tak muat nak ikut. Lagi pun sapa nak bawak budak comot ikut sama kan kan kan.

Salah satu barang yang arwah tok ayah beli adalah kamera plastic. Kat dalam tu ada gambar kaabah, masjid-masjid di mekah sana. Dalam lima keping aje pun gambarnya. Manual aje. Kena pusing satu punat untuk tengok gambar lain. Itu pun dah terkagum benar aku melihatnya.

Kalau arwah tok ayah masih ada, aku sangat yakin arwah mesti kagum tengok kaabah yang ada sekarang. Tengok betapa luas dan besarnya masjidil haram sekarang ni. Jom kita tengok rupa masjidil haram dahulu hingga kini;

Masjidil Haram Dahulu hingga Kini



Semoga setiap dari kita dimurahkan rezeki untuk sentiasa berkunjung ke sini.