Memaparkan catatan dengan label Hawa Resort Janda Baik. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Hawa Resort Janda Baik. Papar semua catatan

Jumaat, 2 September 2016

Kenduri Durian di Janda Baik



Niat nak jelajah Janda Baik, Pahang dah lama muncul. Kalau pernah baca entri ambo, pada tahun 2010 lebih kurang bulan Julai macam tu lah, ambo pernah tulis entri Maafkan Daku dari Tulus Hatimu Paling Dalam, Teman.

Itu entri yang ada macam-macam perasaan. Asalnya teruja. Dari dok teruja tergedik-gedik, akhirnya sentap bila maksud sebenar orang tak faham. Sejak itu, mood dan nafsu untuk ke Janda Baik terpendam begitu sahaja. Akhirnya tenggelam bagaikan tak pernah ada niat pun nak pergi sana. Bila ada kawan-kawan letak status di facebook tentang Janda Baik, yang muncul di kepala hanyalah ingatan pilu.

Ya, ambo mudah serik. Lain kali tanya je pakcik Google, semua benda dia boleh bagi tahu tanpa nak merajuk bersindir pesan, ya dak? Nak buat macam mana, memang khilaf ambo. Seriknya itu buatkan minda secara tidak sedar mula melupuskan nama Janda Baik walaupun janda itu memang baik. Tak ada kena mengena dengan apa-apapun. Bila Cik Bintang tiba-tiba sebut pasal Janda Baik, terus je ambo jawab OK tak sempat dia ajak pun. LoQlaQ dak ambo?

 
jerebu walaupun hutan hijau tebal juga kawasan ni
Kami rancang berada di Janda Baik pada hari berkerja. Tak nak menyibuk dengan ramai orang. Jadinya, pada hari pertama tu suasananya sangat nyaman. Hanya kami berdua sahaja menguasai Hawa Resort Janda Baik tu huhuhuhu ko ada????



Petang tu terus sahaja berendam dalam sungai walaupun tak sempat kecut. Berbahagia sekali sambil kejar mengejar dengan sepasang angsa romantic yang asyik mahsyuk bercinta tu. Bila sembang dengan staff Hawa Resort, “Eh, kak Wana ada kebun…boleh pesan durian kalau nak,” Haaaaaa terus bersinar-sinar biji mata teruja ambo. Terus sahaja setuju nak durian, manggis dan rambutan. Janjinya esok hantar, tapi petang tu jugak kami dapat 3 biji durian yang sedap (percuma. Katanya rasa dulu. Kalau cenggitu lah, seguni pun boleh rasa). Terus mintak Kakak Wana simpankan durian 10 biji untuk hari balik nanti. 

jernih dan sejuk


berendam belakang dapur orang je...tapi dapur dia cantik ;)

Malamnya kami tak keluar cari makan pun. Sendat isi perut dengan durian dan manggis dan rambutan di hadapan bilik kami yang mengadap anak sungai tu. Lahap kemain. Sambil makan sambil buka computer kononnya buat kerja. Silalah percaya ambo buat kerja, melainkan makan jualah agenda utamanya. Dan tekak pun dah mula perit huhuhuhu



malam pun melantak buah huhuhu

maka...nikmat manakah yang mahu didustakan?

Esok paginya seusai solat subuh kami dah mengadap sungai…errrr bukan kami. Ambo. Sorang lagi tu tarik selimut sebab sejuk sangat, malam semalam hujan turun dengan lebatnya. Ambo sempat buat kerja hingga jam 10 sambil geram nengok air sungai yang besar dan deras sebab dek semalam hujan lebat. Bila hujan mula merintih turun, kemas computer dan lari masuk bilik, kemudian tarik selimut. Nak buat apa wehhhh kalau tak tarik selimut. Lagipun, dingin amatttt!!

Selepas zohor pergi Bukit Tinggi sekejab. Jam lima dah balik. Tak ada apapun yang best kat situ sebab ambo bukan jenis orang suka berjalan dalam bandar. Ambo suka masuk utan yang tak berapa nak hutan. Tapi sempat jugalah bersantai di Taman Jepun, Bukit Tinggi Resort tu walaupun malas nak beratur pakai kimono. Nanti nak pakai kimono kat Jepun kononnya. Berlatar belakangkan gunung Fuji. Mmmmmm berangan tak payah bayar. Boleh aje huhuhuhu

tadak orang encem pada hari berkerja huhuhuhu 

nampak tak betapa beratnya ambo...gambor pong bulih jadi senget dek kerana itu!

Malamnya makan buah lagi. Lagi dan lagi. Macam tak sedar diri. Diet dah campak ke sungai sejak jejak kaki di Hawa Resort ni lagi. Tengah syokk penuhkan mulut dengan buah, isikan tong sampah dengan kulit, tetiba jiran sebelah satu keluarga yang baru masuk petang tadi datang hulurkan sepinggan ayam dan kentang BBQ. Maka bertukar-tukar hidanganlah kami.

Pagi 31 Ogos, operasi mencari durian dilakukan selepas pergi ambil durian rumah Kak Wana tu. Rasa macam tak cukup pulak. Durian kampong yang sedap, rasa rugi pulak kalau takat bawak balik 10 biji sahaja sedangkan semuanya hantu durian. Tambah semangat nak tambah bila rakan blogger Sekadar Berkongsi berminat nak kenduri durian juga. Jadinya, kami singgah di kebun tempat kami beli nasi goreng petang semalam.

“Dah habis,” kata kakak jual nasi goreng tu. Sembang sat pi mai pi mai puji nenek (ibu kakak jual nasi goreng yang usianya dah 80 tahun lebih itu), dapatlah lebih kurang 5 biji. Ada rezeki lagi. Hu huhuhu bukan bodek tau…kalau nak kata bodek pun boleh juga. Tapi nenek tu memang tak nampak pun usianya 80 tahun. Katanya ada 30 orang cicit.

banyak ni je angkut bawak balik untuk 3 kumpulan...cukuplah. Ambo kan diet huhuhuhu

Alhamdulillah kami terlepas dari kesesakan akibat bas persiaran terbalik selepas terowong Genting Sempah tu. Sampai Bangi dalam jam 4.15 gitulah. Terus je budak ni melahap durian;

modelnya seksi sikit...pakai pampers je untuk ulas ke dua
 Maklumat tentang Hawa Resort di Janda Baik tu boleh google je ya, banyak dah orang lain tulis tentang tu. Setelah kami ronda-ronda keliling kampong, kami bersyukur menginap di sini dengan pakej paling miskin untuk kami RM160 satu malam. Kononnya nak jugalah ke Pulau Santap Janda Baik yang dikatakan best sangat tu sampai ada orang sentap sentap bagai (siapa lagi nak sentap kalau bukan ambo huhuhu), tapi…Hawa Resort lagi best. Sungainya lebih lebar dan cetek, sesuai untuk budak-budak main ataupun budak tua macam kami main. Kalau nak privasi buat hal macam kamilah. Ni bukan sebab dapat durian free tau? Sebenarnya kami dah tibai sebiji durian di Hawa Resort yang menurut mereka belum luruh lagi. Bila kami pergi je, tetiba durianpun luruh. Merasalah kami dengan ceria gembira bak kanak-kanak ribena.

Macam nak ulang lagi pergi. Tapi, musim buah jugaklah. Baru extra seronok kan kan kan?