Isnin, 3 November 2014

Bila Tauke Kafe Merokok

Kaki rokok tak akan suka entri aku hari ni. Tak apa, aku tak kesahpun. Yang aku kesah adalah…lepas ni aku tak akan singgah lagi ke kafe tu.

Bila kita kaki rokok, memang serba tak kena kalau tak boleh merokok. Masa memandupun boleh merokok, apalah sangat masa lain kan? Namun, universiti adalah kawasan larangan merokok. Walaupun ada aje orang curi-curi merokok, namun dah tentulah ia tidak libatkan orang lain. Kat toilet ofis aku tu selalu je ada bau dan habuk rokok. Aku pun heran jugak, boleh pulak depa ni merokok dalam tandas sambil buat urusan tutttttt tu.

Bila tauke kafe merokok kat kaunter, yang kemudiannya sekejab-sekejab dia akan kira harga makanan, pergi buat air minuman, pergi juga ambil hidangan yang dah siap masak kat dapur, itu rasanya sudah melebih.

Aku memang anti orang merokok. Bau orang merokok pun aku tak boleh, apalagi bau asap rokok. Bila tengok tauke kafe merokok masa dia kerja begitu…terang terangan pula, apa lagi yang aku tunggu. Boikot sahaja walaupun dia bukannya Israel! Dia Islam seagama dengan aku. Dia Melayu, sebangsa dengan aku.

Sebelum ni aku tertanya-tanya kenapa kafenya itu tak begitu dapat sambutan berbanding kafe sebelah. Itulah antara puncanya. Yang lain belum tahu lagi….

Kepada sesiapa yang berkerja uruskan makanan orang, kalaupun dikau kaki rokok, silalah tahan nafsu rokok tu seketika kala berkerja. Professional sikit, boleh?

Aku tahulah bukan banyak manapun kesannya bila aku boikot pergi kafe dia. Sebelum ni pun bukannya selalu aku pergi. Namun, kalau diri sendiri yang sebabkan orang tak menyinggah beli makanan kita, usahlah nanti disalahkan hantu polong pelesit bagai. Diri sendiri jadi penyebabnya hu huhu hu

Akhirnya, aku buat juga aduan online kepada pihak pengurusan. UKM ni ada system aduan dalaman, klik-klik tulis aduan beberapa baris, tindakan akan diambil kerana mereka perlu buat report kepada pihak pengurusan tertinggi dan dibentangkan dalam mesyuarat Senat. Maaflah ya kalau selepas ni kontraknya tak sambung lagi. Paling malang kalau kena tutup bisnes sebelum kontrak tamat. Harapnya, dia hanya diberi amaran sahaja. Aku dah penat menjadi penyebab tertutupnya periuk nasi orang!


1 ulasan:

Unknown berkata...

kafe kat mana tu?/aih teruk sangt tu..sampai merokok kat kaunter..tak risau ke pelanggan lari..