Jumaat, 31 Oktober 2014

Monolog Dalaman Orang Sentap Hari Jumaat

Orang tak akan faham pun walaupun dia kata dia faham. Yang kau nak sentap ni kenapa?

Bukan sentap, tapi kecewa. Aku tengah kalut berjuang nak bernafas pun dah rasa sesak, pulun celah jugak luangkan masa tinggalkan plan asal aku terbongkang…ada orang nak hargai? Dikata pula!

Sejak bila pulak kau dah mula kesah dengan apa yang orang kata? Dia tu siapa sampaikan kata-kata dia kau nak pegang dok kecewa bagai? Penting sangat ke dia? Kalau kau susah dia tolong tak? Ke hanya tahu mengata dan dok tak puas hati semua benda yang kau buat tu?

Tak adalah penting manapun.

Kalau tak penting, abaikan je. Orang macam tu tak reti bersyukur. Dalam kepala otak dia hanya tahu nak lebih je. Nak orang baik dengan dia, dia ada buat baik dengan orang? Nak orang hormat dia, dia ada hormat orang? Kalau kita tak buat apa, tapi nak lebih aje dari orang…baik terjun kandang buaya. Hidup pun menyusahkan orang!

Gangguan mental tau dak?

Yang kau kena risau… betulkan tesis tu. Spesies ni tetap tak puas hati hingga kiamat, kudis je tu…tak payah nak risau! Kalau takat cakap je “faham”, tapi tindakan tak satu pun melambangkan dia faham...kau nak sentap lagi? Tak payah buang masa. Kau dah cakap kan tengah kalut nak siapkan kerja skulah? Dia dah tahu kan kau tak boleh duduk lama, tak boleh lasak, tak boleh angkat benda berat…tak boleh tu, tak boleh ni…berjalanpun masih macam robot, mop lantai pun tak boleh. Ada dia datang tolong kau mop lantai? Kalau benda mudah macam mop lantai pun dia tak boleh tolong kau, kau rasa benda besar dia boleh buat untuk kau tak? jangan harap!!!!

Errrr errrr…errr

Nak Berjaya, jauhkan dari aura negative. Tak rugi apapun dia tak ada dalam hidup kau kan? Selama ni boleh aje kau hadap orang dok mengata bagai? Orang buat fitnah... Orang tak layan kau. Makcik sihir tu pun boleh je kau buat tak tahu. Dia ni lebih hebat dari bini professor tu ke?

Tak payah nak blur. Pi buat bab tesis tu! Pulun! Masa dah tak ada. Dia orang bukannya reti pun pasal semua tu…reti dok menyebok hidup orang je. Tak payah dok tiru perangai “tak pernah cukup”, “tak pernah puas hati dengan orang”. Kalau kita tu baik sangat tak apa juga. Kau tu sapa kat dia untuk dia menempel? Ada dia beri faedah kat kau? Hidup kalau tak reti nak bersyukur, memang payahlah!

Errrr…errrr….errr

Dahhh! Pi sambung buat kerja! Buang masa je dok piker pasal orang macam tu. Hablunminannas pun tak reti nak jaga. Cheittts!!!

Mmmmmm itulah contoh monolog dalaman ya murid-murid. Monolog dalaman ni kita boleh jumpa dalam karya kreatif macam novel dan cerpen. Sila faham betul-betul. 

2 ulasan:

Unknown berkata...

kadang2 bila dah sampai tahap mengganggu fokus kita,bukan senang nak abaikan benda tu..Orang yang tak kena memang senang cakap.tapi kita ni sampai nak tidur malam pun hati perut dok berkata2 lagi..

Unknown berkata...

Betul....betul... Kekadang memang sentap gak dgn kawan2. Ambil masa utk pujuk diri dgn bermonolog bagai. Org lain kalau sentap terus pi sound dlm WhatsApp. Kita kalau sentap, dok diam...makan hati. Donia...donia...