Selasa, 22 Julai 2014

Membeli Tak Semestinya Hadap Nak Makan Pun


Balik dari ambik kek dari Kak Nor dalam kejadian kereta mati tengah jalan itu, azan zohor dah berkumandang lebih kurang 10 minit. Semasa melintasi surau Sungai Ramal Luar, jelas benar ahli surau sedang solat zohor berjemaah yang dah sampai ke hujungnya.

Melewati jalan sempit itu aku Nampak seorang wanita sedang tolak kereta sorong. Ya kereta sorong yang digunakan kawasan pembinaan itu. Isinya disusun bermacam peralatan hingga kereta sorong itu tak Nampak lagi macam kereta sorong tetapi melimpah dengan barangan termasuk kuali.

Dia tolak kereta sorong tu dengan hati-hati kerana tidak mahu terbalik dan terjatuh barangan muatannya. Juga kereta sorong itu sangat berat saya kira dengan kudrat wanitanya. Beberapa kali dia berhenti menghela nafas, kemudian mengumpul kudrat semula menyorong ke hadapan. Gigih kan?

Aku agak dia sedang menuju ke satu kawasan lapang berjualan di jalan sebelah surau syeksen 8 untuk juadah Ramadhan. Barangkali ada kesempatan untuk merasa hasil tangan jualannya satu hari nanti. Bukan sebab malas nak masak atau suka manjakan anak tekak, namun sekadar menyokong kegigihannya mencari rezeki.

Kalau dia ikhlas, kalau dia jujur…insha allah, rezeki sentiasa ada.

Ada waktu, dan sebenarnya lebih kerap kita membeli bukannya perlukan sangat. Namun lebih kepada menyokong gigih usahanya. Bila kita menyokong orang yang tak kenal, semuanya setakat itu sahaja. Tanpa sentap bagai, tanpa cemuh cerca. Mudah. 


2 ulasan:

azieazah berkata...

Benar. Ada banyak masanya, kita lebih selesa membeli dari orang kita tak pernah kenal. Tapi keikhlasan depa menjual juga menjadi keikhlasan pula kita membeli.

Perit orang mencari rezeki, memberikan pula rasa insaf. Kita ni, kadang lupa nak bersyukur. Kerja dok dalam aircond pun banyak merungut lagi. adehhh.

norhidana berkata...

usaha utk mendapatkan sesuap nasi utk raya nnti kan...