Ahad, 9 Jun 2013

Latifah Omar Meninggal Dunia


DariNya kita datang, kepadaNya jua akan kembali. Belum lagi reda dengan pemergian tokoh S.Samsudin @ Sudin, hari ini Negara kehilangan seorang lagi senewati Negara, si jelita bertahi lalat di sudut bibir, Latifah Omar. Arwah sudah menjalani dua pembedahan dan disahkan meninggal jam 6.19 petang pada usia 74 tahun.


Arwah Latifah Omar dilaporkan meninggal dunia di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) petang tadi setelah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) HUKM selepas menjalani pembedahan pada pukul 2 petang semalam akibat penyakit ulser. Seniwati yang merupakan pelakon era tahun 1950-an itu sebelum ini telah menjalani pembedahan pada bahagian perutnya dan tidak sedarkan diri selepas pembedahan tersebut.

Pelakon veteran Latifah Omar dimasukkan ke wad setelah mengadu sakit perut dan mengalami muntah-muntah pada Khamis lalu sebelum dibawa ke hospital. Sebelum dimasukkan ke HUKM, Allahyarham telah dimasukkan ke Hospital Islam Kampung baru namun dipindahkan ke HUKM ekoran kos perubatan terlalu tinggi.


Jenazah akan disembahyangkan di Masjid Al-Khairiah AU3, Taman Keramat di Kuala Lumpur dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam AU4, Taman Keramat, Kuala Lumpur kira-kira pukul 11 pagi Isnin. (ada laporan mengatakan Jenazah akan dikebumikan esok pagi di Tanah Perkuburan Ampang yang turut semadikan Allahyarham Tan Sri P. Ramlee dan beberapa seniman serta seniwati lain).

Selamat Tinggal...malam dan keindahannya
 Filem: SUMPITAN RACHUN (1961) Cathay-Keris, lakonan Latiffah Omar (suara Saloma)



Latifah yang sering digandingkan dengan Nordin Ahmad membintangi sebanyak 23 filem antaranya Bawang Putih Bawang Merah, Jebat, Jalak Lenteng, Laila Majnun, Putus Sudah Kasih Sayang, Gurindam Jiwa, Che Mamat Parang Tumpul dan terakhir Hati Batu pada 1973.



Filem: MERANA (1954) Malay Film Productions: lakonan Latifah Omar (suara Normadiah)

Sebenarnya aku lebih suka lagu dalam filem Bawang Puteh Bawang Merah, tapi dalam filem tu, arwah berkemban...tak sesuai untuk aku letak kat sini. Lagu ni best apa...selamat beradu nanda ;)

Alfatihah. Semoga rohnya dicucuri rahmat. Aminnn.

Tahniah juga kepada Farid Kamil dan Diana Danielle yang dah menimang cahaya mata lelaki mereka. Tak perlu rasanya nak buat spekulasi pelbagai. Doakan mereka sentiasa bahagia dan rumahtangga mereka dirahmati. 

Persoalannya, betul ke Diana Danielle dah bersalin? Betul ke gambar yang tersebar itu adalah anak Farid Kamil? cerrr jawab!


 


3 ulasan:

Amin A. R berkata...

Saya suka filem lakonan latifah omar...... Semoga rohnya dicucuri rahmat......

Anna berkata...

:'( Semoga Allah swt melimpahkan rahmat dan hidayahNya kepada arwah... minat sgt lakonan arwah dlm Bawang Merah Bawang Putih.. :'(

al-Fatihah...

azieazah berkata...

Takziah buat seluruh keluarga seniwati Latifah Omar. Rasanya filem pertama beliau ialah Bujang Lapok, jadi Jeton 20 sen!

Hmmm Farid Kamil dah dapat anak? Tahniah.