Anda Juga Mungkin Berkenan

Selasa, 18 Jun 2013

Kenaikan Gaji Kakitangan Awam Julai 2013


Pekeliling dah keluar. Kepada penjawat awam, dah boleh semak PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 5 TAHUN 2013: PEMBERIAN PEMINDAHAN GAJI KEPADA PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM PERSEKUTUAN DI BAWAH SISTEM SARAAN MALAYSIA. Sila klik kalau nak baca pekeliling penuh.

Pekeliling ni mengandungi kadar kenaikan gaji tahunan mengikut gred jawatan boleh rujuk: PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 5 TAHUN 2013: PENAMBAHBAIKAN JADUAL GAJI MINIMUM - MAKSIMUM BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM PERSEKUTUAN DI BAWAH SISTEM SARAAN MALAYSIA. 

Berkuatkuasa 1 Julai 2013, semua kakitangan awam (yang memenuhi syarat seperti di dalam pekeliling 5/2013) layak menerima 1 KGT. Pemberian kenaikan 1KGT ini tidak akan mengubah tarikh kenaikan gaji tahunan. Kalau naik gaji bulan 4, tetaplah akan dapat pada bulan 4 tahun 2014 dan seterusnya.

Sesiapa naik gaji bulan 7 akan menerima 2 kali KGT (KGT 2013 + Pemberian 1KGT). Siapa yang dah naik gaji bulan januari dan april, penjawat awam ini menerima pemberian 1KGT ini pada Julai 2013. 

Aku? Lambat lagi…berjanggut dulu tunggu huh u hu apapun, jom semak dulu Pekeliling Kerajaan Kenaikan Gaji Kakitangan Awam Julai 2013 yang dimaksudkan tu. Sila klik kalau nak baca pekeliling penuh.

Komen aku: janganlah pula sedikit kenaikan gaji ni menyebabkan BANYAK kenaikan harga barang. Tapi, hakikatnya memang begitu. 


10 ulasan:

Amie berkata...

Alhamdulillah....

anaa berkata...

bestnya naik gaji.. huu..

Chik Att berkata...

org kasi kita ambik ...kan kan

anyss berkata...

Amie: Alhamdulillah

anyss berkata...

Anaa: ini yang janjinya lain tahun, baru dapat pekeliling walaupun harga barang dah naik selepas pengumuman tu. Esok lusa barang akan naik lagi...barang naik 2x walaupun gaji kami blm naik lagi pun hu hu hu hu

anyss berkata...

Chik Att: rasa ati orang kalau tak amik kan? hu hu hu hu

diana berkata...

syukur....:)

eelobor berkata...

hok ambo...kenaikan tahunan dari bulan januari tok masuk2 lagi guano crito eh? hahahaha

anyss berkata...

Diana: alhamdulillah

anyss berkata...

Eelobor: tunggakan sekali kot bln Julai...buleh beli muka semi D la kalu trima sekali dgn tunggakan gak ;)