Rabu, 12 Jun 2013

Cuti Peristiwa Sempena Final Piala FA


Ini yang aku suka pasal negeri paling miskin di Malaysia ni…negeri mana lagi kalau bukan negeri Kelantan.

Hari ni, Kerajaan Kelantan mengumumkan 30 Jun ini sebagai cuti peristiwa sempena kemaraan pasukan bola sepak Kelantan, The Red Warriors (TRW) ke peringkat akhir Piala FA. Sila ingat ya…29 Jun nanti Kelantan TRW bakal bertarung dengan JDT di Bukit Jalil ya. Menang atau kalah, rakyat kelantan dapat cuti 30 Jun ya...

Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah mengumumkan perkara itu selepas mesyuarat Exco, di sini, hari ini. Cuti berkenaan membolehkan para penyokong Kelantan pulang dengan selamat dan tidak tergesa-gesa selepas menyaksikan perlawanan akhir itu.

Kelantan selaku juara bertahan Piala FA layak ke pentas akhir selepas menyingkirkan seteru tradisi, Terengganu dengan agregat 6-5. Sementara itu, Johor Darul Takzim (JDT) mara ke akhir Piala FA selepas menumbangkan Pahang menerusi kelebihan jaringan tempat lawan selepas kedudukan agregat terikat 2-2 dalam aksi separuh akhir kedua di Stadium Nasional, Bukit Jalil baru-baru ini.

Saingan kali ni tentulah sengit. Ada banyak sebabnya. Namun, aku sangat bangga bila penyokong Trengganu dan penyokong Pahang pun turut sokong Kelate TRW kali ni.

Gomo Kelate Gomo….aku nak tulis panjang lagi, tapi lebih baik aku berhenti dulu di sini sebelum ayat-ayat seterusnya itu mengguris perasaan entah berapa ramai orang.



Tiada ulasan: