Jumaat, 5 April 2013

Apalah Nak Jadi Dengan Aku Ni!

Renungan pagi Jumaat:

Entah kenapa, orang kita ni (aku la tuh!)
lebih gemar jatuhkan orang dari menyokong
lebih suka menyakitkan hati orang lain dari gembirakan
lebih seronok tengok orang lain gagal dari berjaya
lebih gembira ceritakan keburukan orang lain yang hanya sekali itu,
berbanding sejuta kebaikannya tak pernah kita sebut

Entah kenapa, orang kita ni (aku la tuh!)
lebih gemar mencerca maki orang lain berbanding memuji
lebih seronok mengeji berbanding nasihati
lebih suka berprasangka buruk berbanding berbaik sangka
lebih gembira orang lain ditimpa musibah berbanding mendapat laba
Entah kenapa, yaaa…entah kenapa orang kita ni (aku la tuh!)
lebih rasa bahagia bila orang lain ditimpa kesusahan…

Entah sampai bila kita ni (aku la tuh!) akan ubah sikap begini
Bukankah lebih baik kita (aku la tuh!) tengok orang lain senyum dari menangis
Bukankah lebih baik kita (aku la tuh!) tengok orang lain Berjaya dari gagal
Bukankah lebih baik kita (aku la tuh!) tengok orang lain kaya dari miskin papa kedana
Bukankah lebih baik kita (aku la tuh!) tengok orang lain sihat dari sakit
Bukankah lebih baik kita (aku la tuh!) tengok orang lain bahagia dari derita
Bukankah lebih baik kita (aku la tuh!) tengok orang lain positif dari negatif

Bukannya kita perlu bayarpun dengan semua rasa itu
Kedekut benar kita (aku la tuh!) ni kan?
Bagi semangat sekadar seayat positif yang menyenangkanpun payah
Yang hairannya,
Bersedia pulak untuk menjatuhkan semangat orang ke bawah
Mempersenda-sendakan usaha orang lain
Alahaiiiiii! Kesian betul untuk kita (aku la tuh!) yang begini!
Moga kita (aku la tuh!) yang begini cepat insaf
Dan sedar Allah itu hanyalah SATU





16 ulasan:

JunAina berkata...

Sebab orang kita banyak sangat PHDnya...moga2 kita dijauhkan sifat sebegitu.

Unknown berkata...

semoga kita semua dijauhkan dari perasaan hasad dengki sesama manusia :)

Murni Alfathunnisa berkata...

setuju komen kak jun_aina. hasad dengki orang kita (saya jugak le tu) yang susah nak dikikis..

Amin A. R berkata...

bila tompok-tompok hitam mula merebak dalam hati.......ianya lama2 akan menjadi busuk..jadi jangan tanamkan hitam itu... :)

Unknown berkata...

sgt setujuuuuu
byk kena pebaiki diri nie.

thanks anyss

Sunah Sakura berkata...

moga kita semua dijauhkan dari sikap dan sifat macam ni...

mekasih anyss sudi menjejak kaki ke blog..ni anyss je kawan FB kak ayu ye? hehe...salam kenal..

saya bukan novelis.. :)

anyss berkata...

JunAina: hu hu hu phD yg ni tak mau lah...mintak simpang

anyss berkata...

Nisa; Selamat datang nisa nan chumil ;)

moga2 tadak phD ni dlm jiwa kita.

anyss berkata...

Murni: mula2 hasad dengki, lepas tu cantas atau pijak kepala orang ----> selalu sangat jadi kan?

kan bagus kalau cemburu, kemudian tingkatkan usaha untuk bersaing

anyss berkata...

Amin: basuh titik2 hitam itu dengan iman yg jd klorox ;)

anyss berkata...

Cik Puan Ayu: JOMMMMM!

anyss berkata...

Sunah Sakura: Selamat datang. berbesar hati dgn kunjungan anda.

Kawan maya cik puan Ayu yg ntah bila boleh merasa mi rebus dia yg mabeles tu ;) insha allah, akan serbu jugak Citarasa Rinduan ;)

PsssT: ada bakat menulis tu, apa kata tulis novel?

Nina Mads berkata...

phd nie jugak dtg dr hati..semoga org itu mendapat hidayah

Cetusan berkata...

akujanji,,kena pinjam cermin orang baru nampak wajah cun kan?

Cetusan berkata...

hati hati memilih mee kuning, ada cop sirim tak

Cetusan berkata...

PhD, pzzahutdeliv