Sabtu, 8 September 2012

Pesawat Terbabas Di Tioman



Ada pengalaman ngeri bila kapal terbang terbabas?
Aku pernah…walaupun kapal terbang terbabas di landasan sahaja
Namun pengalaman sebegitu memang sedikit sebanyak
Buatkan jantung berdegup kencang juga
Apalagi kalau kapal terbang tu kat atas sana
Lagilah risau…

Seorang juruterbang dan penumpang sebuah pesawat ringan
milik persendirian terselamat apabila pesawat jenis Piper 34200 terbabas
di Lapangan Terbang Pulau Tioman Kuantan Pahang semalam.

Jurucakap polis berkata, juruterbang, Salem Ibrahim yang juga seorang peguam,
dan Foo Shing Yng, kedua-duanya warga Singapura tidak cedera
Pesawat dipercayai terbabas semasa juruterbang melakukan pendaratan
akibat tayar hadapan yang tidak berfungsi dengan baik.
menyebabkan pesawat hilang kawalan & terseret hingga ke tengah landasan

sepasukan anggota bomba dan penyelamat lapangan terbang
bergegas ke tempat kejadian bagi memberi bantuan kecemasan.
pesawat berkenaan telah dialih dari tempat kejadian dan ditempatkan
di kawasan lapangan terbang pulau Tioman.

Sebenarnya, kat mana-manapun kita terdedah dengan bahawa
Jalan kakipun ada risiko tersendiri, begitu juga memandu kereta
Apatah lagi naik kapal terbang…

 Jommmm...terima undangan ke rumah terbuka!





Tiada ulasan: