Jumaat, 21 September 2012

Komuter Rawang-Seremban, Sg Gadut Hanya Setakat Stesen Serdang Dan Kajang Sahaja Esok


Raya dah habis kan? Ke ada yang lajak?
Kepada rakan-rakan blogger yang berhasrat guna komuter
Untuk hadiri Gathering Glamer Raya Blogger 2012 di Bandar Baru Bangi
Mungkin boleh minta rakan blogger angkut di stesen komuter Serdang
Dah tak jauhpun untuk ke Bandar baru Bangi dari KTM Kajang
Opsssss! Gathering Glamer Raya Blogger 2012 tu hari Ahad ya…
bukan Sabtu...hu hu hu nampak sangat dah tak sabar
hari pun dah lupa...

Tarikh Gathering Glamer Raya Blogger 2012: 23/9/2012

Waktu : 9.30 pagi hingga Dato' LF suruh balik!

Tempat : No 8, Jalan 3/6F,
Bandar Baru Bangi.

Hu h u hu saje je buat-buat sasul ya ;)
Maklumat lanjut sila ke blog Kakcik seroja
Dan …yang ingin kukongsi… semua dijemput hadir
sila jemput diri sendiri ke majlis raya tu, tak payah malu-malu
kalau rasa macam nak malu sikit-sikit tu, pakai je spek hitam
dah sampai masa tak malu lagi...boleh bukak dah hu hu hu

Menurut Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dalam satu kenyataannya,
Perkhidmatan tren komuter bagi laluan Rawang-Sg. Gadut-Rawang
akan tamat di Stesen Serdang dan Kajang sepanjang hari esok,
susulan kerja pembinaan pembetungan di landasan berhampiran Stesen Kajang.
Jadi penumpang perlu menukar tren di kedua-dua stesen berkenaan
bagi meneruskan perjalanan ke destinasi masing-masing.
Kerja pembinaan akan bermula pukul 12 tengah malam ini hingga 8 malam esok,
maklumat lanjut, sila menghubungi pusat panggilan KTMB [1-300-88-5862]

maknanya, pengguna dari Sungai Gadut atau Seremban
akan turun di stesen UKM, kemudian naik bas ke Stesen KTM Kajang
itu yang aku fahamlah…kalau nak lebih faham, atau tak salah faham
silalah dail nombor dan Tanya terus dengan KTM di [1-300-88-5862]

Komen aku: mohon maaf kepada rakan-rakan blogger,
walaupun dah 3 tahun pertemuan blogger dibuat,
kesempatan untuk aku sampai masih juga belum ada
sebelum ni bolehlah bagi alasan jauh kan…namun,
bila pertemuan blogger dibuat di Bandar Baru Bangi
yang hanya dua tiga pelaung je dari teratak hamba itu,
masih juga berhalangan untuk sampai
sebab itulah aku tak ada hati nak janji apa-apa
bila kakcik dan cik puan Azieazah laung-laung dok panggil hebah,
sebab aku sendiri tak pasti dapat sampai ke tidak
karang aku pulak yang terlebih kechiwa pulak...bahaya tu!
InsyaAllah, andai panjang umur…satu masa nanti akan ada juga kesempatan
Untuk beramah mesra dan bertukar cerita dengan rakan blogger
Dalam majlis seumpama itu




Tiada ulasan: