Isnin, 17 September 2012

Innocence Of Muslims Disekat Akses Di Malaysia


Penerbitan filem berjudul ‘Innocence of Muslims’ membangkitkan kemarahan umat Islam dan seluruh pemimpin dunia mengecam perbuatan yang tidak bertanggungjawab tersebut. Treler pendek berdurasi 13 minit yang tersebar melalui Youtube itu melabelkan perwatakan Nabi Muhammad SAW sebagai penipu, kaki perempuan dan gila adalah bertentangan dengan peribadi sebenar nabi .

Treler filem kontroversi Innocence of Muslims ini sudah tidak boleh diakses oleh pengguna dari Malaysia mulai petang semalam. Sekatan itu berkuat kuasa sehari selepas Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim mengarahkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) agar mengambil tindakan sewajarnya. Antara klip yang tidak boleh diakses ialah "Innocence of Muslims - Muhammad Movie - FULL HD", Full HD Innocence of Muslims, Full HD Muhammaad movie trailer, dan Full HD Muhammad Movie-Innocence of Muslims.

Klip itu memaparkan mesej "This content is not available in your country due to a legal complaint" (kandungan ini tidak boleh didapati di negara anda ekoran aduan perundangan) apabila cuba diakses sejak petang semalam walaupun pada sebelah paginya kesemua dapat akses tanpa sebarang masalah. Bagaimanapun bukan semua klip ataupun filem penuh tertakluk kepada sekatan. Berpuluh-puluh klip, yang durasinya antara satu minit dan 15 minit masih boleh akses oleh pengguna dari Malaysia.

Bilangan mereka yang akses kepada treler itu telah mencecah ratusan ribu sementara protes umat Islam merebak ke 20 negara setakat ini. YouTube telah menyekat pengguna di Libya dan Mesir daripada akses kepada treler itu buat sementara waktu. Bagaimanapun ia menegaskan tidak akan mengeluarkannya secara kekal kerana tidak melanggar garis panduan YouTube.

Justeru, walaupun kerajaan telah mengambil langkah menyekat treler filem itu secara berperingkat sejak petang semalam, namun pada masa yang sama, didapati bahawa treler filem ini sentiasa dimuat naik oleh pengunjung laman YouTube sepanjang hari dengan menggunakan judul yang hampir sama dengan filem asal.

Antara judul yang berkaitan filem masih belum disekat ialah Muhammad Movie Trailer - Innocence Of Muslims, Innocence of Muslims Trailer "Egypt Protest Movie, Sam Bacile Mohammad Trailer Egypt Protest Film dan Innocence of Muslims - Film That Provoked Libya Terror Attack.

Komen aku:
Tak heran sangatpun bila kafir laknatullah tu menghina Islam, namun lebih hairan bila orang Islam sendiri yang buat penghinaan bagaikan tak teringat nak mati. 





Tiada ulasan: