Anda Juga Mungkin Berkenan

Jumaat, 13 Julai 2012

Upsi Tawar Program Eksekutif Luar Kampus


Kalau di UKM, program Eksekutif Luar Kampus
berlangsung selepas waktu pejabat hingga malam
ada kala termasuk juga hujung minggu
yang benar-benar Program hujung minggu adalah PJJ
pelajar dewasa yang ada pengalaman kerja ini
hanya hadiri kelas setiap sabtu dan ahad je
di semua tempat seluruh negara…ini bagi peluang ramai orang
nak sambung belajar dan dapatkan sijil
pada masa sama ada komitmen kerja
bukan senang sebenarnya, tambah lagi kalau dah berkeluarga
besar pengorbanannya…aku juga pernah belajar cara ni
tapi untuk suka-suka je
akhirnya aku sedar, memang sangat susah

Walaupun kelas bermula jam 5.30 petang,
jam 3.15 dah kena gerak dari bangi ke Ampang
hampir jam 12 malam baru buka pintu rumah, penat gila!
nak kerja lagi…nak belajar lagi
bila pergi exam, sepatah haram tak sempat nak baca
main belasah je jawab huh u hu

Kepada anda yang ada kekuatan luar biasa
sukakan cabaran berganda untuk tingkatkan lagi mutu hidup
sekarang ni UPSI juga ada tawarkan program Jarak Jauh
tak payah belajar sepenuh masa, tapi hujung minggu je
paling utama; keinginan nak belajar

Upsi Holdings, sayap pelaburan dan pemasaran milik penuh
Universiti Pendidikan Sultan Idris (Upsi),
sedang giat merencana program eksekutif pembelajaran sepanjang hayat
bagi membolehkan orang ramai menimba ilmu dengan kos berpatutan.
antara program yang ditawarkan menerusi pembelajaran jarak jauh
ialah Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah, Sarjana Pendidikan,
Sarjana Bimbingan Kanak-kanak dan kaunseling dan
Sarjana Pendidikan Bahasa Melayu.
Upsi turut menawarkan kursus Sarjana
Teaching in English as a Second Language (TESL)
Upsi Holdings berkerjasama dengan Jabatan Agama Islam Pahang
bagi membantu guru agama memperoleh Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah.

Sesiapa yang berminat boleh menghubungi UPSI Holdings
di talian 05-4582525 dan 05-4582929 atau melayari laman
web www.upsiholdings.edu.my


2 ulasan:

eelobor berkata...

hati nok sambung tapi kelayakkan x dok... nok wak guano eh?

anyss berkata...

Eelobor: pengajian jarak jauh guna pengalaman kerja...sijil SPM pun boleh terima pakai dengan syarat pengalaman kerja beberapa tahun ;)

ambo pong skulah atap je dulu, dok negeri paling miskin kang, mana mampu nak bayar yuran periksa hu hu huhu