Khamis, 12 Julai 2012

Siapakah Penyanyi Popular Itu?


Selain heboh pasal status suami tersayang Irma hasmie
yang dikatakan duda, hari ni juga ramai yang terbuntang mata
dok mencari siapakah gerangan penyanyi wanita popular
berasal dari Johor yang adiknya dipenjara 7 tahun
kerana menyamun seorang wanita rakyat Singapura, awal tahun ini

Huh! Memang suka sangat jaga tepi kain orang
memang nak tahu sangat pasal aib kemaluan orang
akulah tu…bukan kalian, aku cerita pasal aku je ni
bukan pasal orang lain sama ada sedang mati atau akan mati
entah apa pekdahnya dapat, aku sendiripun tahu tak ada
gatal nak tahu

Hari ni meluas tersbar tentang Adik lelaki seorang penyanyi wanita popular
Telah dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun oleh Mahkamah Sesyen
di sini hari ini selepas didapati bersalah menyamun seorang wanita warga Singapura.
dengan merampas beg tangan milik warga Singapura, Rohana Jamal, 30,
di hadapan masjid, Taman Tampoi Indah, Tampoi, 23 Januari lepas.

Maklumat lain kalian dah tahu kan?
tak payahlah aku tuliskan namanya di sini
kalau nak cari siapakah gerangan si penyanyi wanita popular itu
mmm anak Pak Abu Hasan asal Kampung Melayu, Gelang Patah
dia yang bekerja sebagai pembantu kedai makan telah bercerai
dan mempunyai seorang anak perempuan berumur tiga tahun
bayangkanlah…hukumannya penjara 7 tahun
bila keluar nanti, anaknya tu dah berumur 10 tahun
entah bagaimana anak tu akan berhadapan dengan masyarakat
kalaulah semua masyarakat perangainya macam aku
suka ambil tahu dalam kain orang, suka je selidik hal orang
memang payah anak tu…dia kena kuat ketahanan mental
biasalah orang kita, selalu sangat suka menyalahkan orang
paling tak boleh, salahkan hantu
maklumlah, hantu tak boleh nak bela diri…tak mampu menjawab!
cer kalau hantu boleh berdebat, buat siaran langsung
ada sesiapa akan salahkan hantu lagi?
Errrr aku rasa tulisan ni dah mula terpesong,
Sila kembali ke pangkal jalan!





4 ulasan:

eelobor berkata...

daku pun tertanya2 gak tadi.... hahaha

azieazah berkata...

Tapi dari cerita-cerita ambil tahu hal orang juga, ada pihak yang boleh buat duit, cari makan dan cari untung.

anyss berkata...

Eelobor: biarlah rahsia hu hu hu

anyss berkata...

Azieazah: biasalah dunia sekarang ni...zaman dulu mesorat tingkap, zaman skrg mesorat maya ;)