Ahad, 15 Julai 2012

Pesta Liar Remaja Bawah Umur


Masa sekolah dulu, aku belajar biologi je
ada terangkan pasal binatang liar,
tak ada pulak tahu pasal parti liar,
parti hari jadi pun masa tu dah jadi pelik kalau sambut
nampak macam kebaratan sangat
sampai terlebih umur pun tak pernah pergi mana-mana parti
termasuk parti taperware
tetiba je sekarang ni remaja bawah umur
dah pandai buat parti liar…ohhhh! Sangat maju ke hadapan!

Seorang bapa mengesan aktiviti online anak remajanya
menemukan satu perkara yang mengejutkan
hingga mendorongnya buat laporan polis

Sekumpulan remaja, majoritinya masih di bawah umur,
dikesan membentuk satu forum sosial dengan lebih 3,500 keahlian
di facebook dan twitter semata-mata untuk sertai beberapa siri pesta liar.

Kumpulan lelaki, perempuan, pondan dan lelaki lembut itu
menggunakan laman sosial untuk berinteraksi menetapkan
tarikh dan lokasi pertemuan pesta liar dinamakan ‘parti lolipop’
sama seperti sambutan ‘ladies night’, merujuk kepada
ahlinya yang sebahagian besar remaja bawah umur.
parti berbaur maksiat dari satu lokasi ke satu lokasi itu
diadakan di beberapa pusat hiburan, turut menghidangkan
arak dan pil khayal, dikhuatiri berlanjutan dengan hubungan seks.

Aduhhhhh! Apa nak komen? Apa nak kata?
Dah habis perkataan dahhhh!


Tiada ulasan: