Khamis, 19 Julai 2012

Imam Dapat Durian Runtuh?


Bagi sesiapa yang baca Utusan Malaysia akan terbaca tentang
Seluruh Imam satu Malaya akan dapat durian runtuh
Pengumumannya akan dibuat oleh Perdana menteri di Serdang hari ni
dalam Majlis Perhimpunan Perdana Warga Imam dan
Jawatankuasa Masjid seluruh negara dianggarkan dihadiri 10,000 orang
Perhimpunan bersama PM itu diadakan
di dewan konvensyen Taman Ekspo Pertanian Malaysia, Serdang

selain durian runtuh kepada Imam dan jawatan kuasa masjid
yang jumlahnya dianggarkan 135,000 orang
pemberian juga meliputi juadah istimewa kepada masjid-masjid
sepanjang bulan Ramadan juga akan bermula Sabtu ini
Terdapat 14,254 imam di seluruh negara.
Jumlah masjid pula adalah 6,472 buah
surau untuk solat Jumaat pula sebanyak 640
manakala surau biasa berjumlah 16,834 buah.

PsssT: teringin nak makan Musang King
Mana nak cari ya?

Imam dan Jawatankuasa Masjid berpeluang dapat giliran tunaikan haji percuma
dengan lebih cepat berikutan penambahan 300 tempat kepada mereka pada tahun ni




4 ulasan:

Kakcik Seroja berkata...

Mudah2an durian yang diberi itu durinya tidak beracun dan isinya tidak berulat. :)

Unknown berkata...

biasanya kalau gerai cina memang ada musang king..

anyss berkata...

Kakcik: hu hu hu bahasa tahap tinggi gini saya sangat sokong hingga terkelu jiwa dan minda ;)

anyss berkata...

Diana: walaupun buah, kalau ada pilihan, lebih suka beli dengan melayu...yang hampehnya, SEGELINTIR peniaga melayu tak amanah bila berniaga hu hu hu

sebenarnya: di Bangi tak de peniaga durian cina ;)