Isnin, 2 Julai 2012

Anzalna Dah Mohon Maaf Pada Neelofa


Sebulan dok kecoh konflik dua orang artis jelita ni
heboh merata alam maya termasuk dalam entri aku
berjudul Neelofa beri tempoh seminggu kepada Anzalna
hari ni harapnya semua selesai bila
Anzalna dah mohon maaf pada neelofa secara terbuka
dan setuju dengan syarat-syarat ditetapkan dalam surat perjanjian itu.

Konflik antara dua aktres itu tercetus ekoran kenyataan Anzalna
dalam artikel bertajuk “Anzalna Bidas Neelofa”
yang dianggap sebagai satu fitnah oleh Neelofa
susulan itu, Neelofa melalui peguamnya Ahmad Hidayat Md Nor
dan Mohd Irwan Mohd Mubarak mengeluarkan notis menuntut
Anzalna mengemukakan bukti dalam tempoh tujuh hari
dengan kenyataan yang dikeluarkannya, tetapi Anzalna gagal.
jadi, dia bersedia memohon maaf secara terbuka kepada Neelofa
Neelofa pula menetapkan beberapa syarat
untuk permohonan maaf itu yang tidak dinyatakan.

Permohonan maaf Anzalna @ nama sebenarnya Nur Anzalna Md Nasir, 24,
dalam sidang media khas anjuran Persatuan Seniman Malaysia (Seniman)
di Hotel Royale Chulan Antaranya adalah:
“Saya Nur Anzalna Md Nasir di atas nasihat Persatuan Seniman Malaysia dengan ini memohon maaf kepada Neelofa kerana mengeluarkan kenyataan di Berita Minggu pada 10 Jun 2012 di muka surat 10 yang telah menjejaskan maruah Neelofa dan keluarganya. Saya akui tidak mempunyai bukti yang kukuh ketika mengeluarkan kenyataan di akhbar tersebut. Sejujurnya saya tidak bermaksud apa-apa dan tidak berniat untuk mengaibkan sesiapa daripada kenyataan itu,”

Saksi Kenyataan maaf secara terbuka itu adalah Neelofa,
Presiden Seniman Zed Zaidi, Biro Aduan dan Perundangan Seniman, Zahrin Ishak
dan peguam kedua-dua aktres terbabit.
Kedua-dua aktres tersebut bagaimanapun tidak bersemuka
atau bersalaman selepas sidang media
tetapi meninggalkan majlis dengan tanda tanya.

Komen aku: Eloklah tu berdamai...tak cun konflik gaduh masam muka
Mmmmm susah juga jadi cantik ya,
siapa kata senang? Jadi artis pun payah, kena bayar ufti
kepada pengarah dan penerbit dulu sebelum berlakon
mujurlah aku tak jadi retis…mujur jugak aku tak suka glamer
kalau idak….aku pun boleh terjebak sama


2 ulasan:

eelobor berkata...

elok lah tuh, industri kita kecik jer. gi mari-gi mari juppo muko samo. lagi pun duo2 comammmmmmmm, hihihihi

anyss berkata...

Eelobor: kurang sikit jelita bila ada krisis lagu ni...