Isnin, 4 Jun 2012

Gempa Bumi di Sabah dan Gerhana Bulan?



Ada kaitan tak antara gempa bumi lemah bermagnitud 3.7 pada skala Richter berlaku di Kunak, Sabah pada jam 2.36 petang tadi dengan kejadian gerhana bulan yang berlaku petang ni hingga malam nanti?

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia, pusat gempa terletak di Kilometer 22 selatan Kunak. Gegaran turut dirasai di Semporna dan Tawau.

Kalau ikutkan maklumat di Falak Online, jarak Zuhrah dan bumi sangat hampir hari ni, sebab aku bukanlah pakar dalam bidang kaji bintang…entah bidang apa aku pakar pun tak tau, makanya aku sarankan kita semua menelaah maklumat di blog ini untuk mengetahui fonomena yang sedang berlaku malam ni. Orang angkasa lebih tahu tentang ni…

Biasanya aku dapatkan maklumat kat Falak Online dan tengok secara live online di Falak Ustream.

Berikut maklumat tentang gerhana bulan yang bakal berlaku malam ni…jom baca dan tengok langit ya

Umat Islam disaran menunaikan solat sunat gerhana bulan berjemaah dan adakan khutbah gerhana hari ini berikutan fenomena gerhana bulan separa yang dijangka bermula pada jam 4.49 petang ini. Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Datuk Othman Mustapha, berkata fasa pertama gerhana bulan bermula jam 4.49 petang itu dijangka mencapai tahap kemuncak pada jam 7.03 malam dan dijangka berakhir pada jam 9.17 malam.

JAKIM akan menganjurkan solat sunat ini di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Masjid Putra di Putrajaya, Masjid Negara dan Masjid Wilayah Persekutuan di ibu negara selepas solat Maghrib.

Seksyen Falak Jakim dengan kerjasama Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia akan mengadakan aktiviti cerapan di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin hari ini. Orang ramai, terutama penduduk Putrajaya dijemput menyaksikan fenomena alam semula jadi dan bersama menunaikan solat sunat ini.

Agensi Angkasa Negara (Angkasa) pula turut menyediakan beberapa teleskop untuk orang awam menyaksikan gerhana bulan separa di Planetarium Negara di ibu negara. Berdasarkan maklumat di laman web Angkasa, program itu akan berlangsung dari jam 8 malam hingga 10 malam ini dan masuk adalah percuma.


2 ulasan:

eelobor berkata...

ambo tok perlu teropong bule... mugo napok ngambang sokmo. hahahahaha

anyss berkata...

Eelobor: la la la bule kalar putih tuuuuu